Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT : IPG Kampus Ipoh MATA PELAJARAN : PSV 3101 TARIKH MULA 17 MAC 2012

NAMA GURU PELATIH : UNIT: PPG/ SEMESTER 1 (Ambilan Februari 2012) TARIKH HANTAR 14 APRIL 2012

TUGASAN PROJEK PPG Rangsangan Tugasan Induk Pengenalan Pendidikan Seni Visual meliputi konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR. Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan seharian, pendapat tokoh-tokoh seni serta sumbangan mereka, di samping mengetahui kesenian pelbagai budaya dan bangsa dan kepentingan PSV dalam era teknologi tinggi. Sub Tugasan 1. Huraikan dengan jelas konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual (PSV) KBSR. Huraikan dengan jelas pengertian dan konsep Pentaksiran Pendidikan Seni Visual. 2. Bidang Seni Visual dapat menyumbang kepada perkembangan menyeluruh terhadap seseorang individu. Ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, entelek, sosial dan estetika. Bagaimanakah bidang Seni Visual dapat memberi sumbangan tersebut dengan merujuk kepada mana-mana dua bidang yang berkaitan.

3. Keindahan seni bukan sekadar bersifat fizikal tetapi perlu dihayati. Penghayatan seni perlu dihayati dari sudut luar dan dalaman. Selain dari itu, penghayatan dalam seni berkait rapat dengan nilai-nilai estetika, kerohanian dan keagamaan.Petikan di atas merupakan ucapan seorang tokoh Islam iaitu Al-Ghazali. (i) Hasil daripada carian anda di internet, kemukakan 5 tokoh-tokoh seni pelbagai budaya. (ii) Nyatakan konsep atau nilai seni yang dipegang oleh mereka berserta contoh karya yang dipilih. 4. Penggunaan multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dipraktikkan dengan meluas. Ianya bertujuan untuk meningkatkan mutu P&P secara berkesan. Nyatakan dua contoh penggunaan multimedia dalam P&P mata pelajaran PSV di sekolah anda. 5. Semua perlaksanaan tugasan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk tulisan dan Powerpoint Presentation(softcopy). Arahan Tugasan 1. Tugasan hendaklah dibuat secara individu 2. Anda perlu malaksanakan tugasan ini dalam jangkamasa 4-6 minggu. 3. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk bertulis dan softcopy. 4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut; I ) Font Arial II ) Saiz huruf ialah 12, III) Langkau satu setengah baris IV) Rujukan mengikut format APA V) Lampiran 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 6. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual) 7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%. 8. Bahagian kulit luar tugasan projekhendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: a Nama Murid b Angka Giliran

c Nombor Kad Pengenalan d Kumpulan/Unit e Nama Pensyarah Pembimbing f Tarikh Serahan Disediakan oleh

Pengesahan

_________________________ ( Siti Hayati binti Hj Mohd Yusoff )

_______________________

4. Huraikan dengan jelas konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual (PSV) KBSR. Huraikan dengan jelas pengertian dan konsep Pentaksiran Pendidikan Seni Visual.

Pengenalan Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dimuridi oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran murid yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual). Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahanperubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai murid.

Konsep Pendidikan Seni Visual KBSR Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik. Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh. Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Howard Gardener pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann pula didalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Manakala Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan

intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni dalam pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :Melukis dan membuat gambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, mengenal kraf tradisional. Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga

membenarkan murid mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika. Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral,. Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti seni juga, para murid boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Objektif Pendidikan Seni Visual KBSR Pengajaran Pendidikan Seni Visual pada peringkat awal adalah bertujuan untuk membentuk murid-murid yang dapat menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Nilai ini dapat diperolehi semasa proses pembelajaran sama ada di dalam ataupun luar bilik darjah. Semasa proses pembelajaran, murid-murid akan diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menjaga alam sekitar dan tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan alam semasa membuat pemerhatian. Penerapan nilai ini akan dapat membentuk murid yang sedar akan tanggungjawab mereka sebagai manusia yang tinggal di bumi dan peka terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Selain daripada itu, pengenalan Pendidikan Seni Visual pada peringkat awal juga akan dapat menghasilkan murid yang sentiasa ingin melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan. Penglibatan ini akan dapat memperkembangkan kebolehan dan kemahiran setiap murid. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pendidikan Seni Visual juga akan memperkembangkan deria penglihatan yang melibatkan pancaindera lain melalui kajian

perbandingan. Pendidikan Seni Visual merupakan satu bentuk pelajaran yang dapat membuatkan murid-murid untuk mengenali asas seni reka. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu diajar pad peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat membolehkan mereka untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Setelah murid-murid tealah mengenali asas-asas yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, secara tidak langsung mereka akan dapat membuat olahan terhadap sesuatu karya seni serta akan dapat mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pendidikan Seni Visual juga merupakan satu mata pelajaran yang dapat mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Dengan memmuridi Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan Perkembangan maklumat dan aplikasi seni ini komputer seterusnya dalam akan kerja seni visual. kemahiran asas dapat membentuk pengalaman di kalangan murid. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual pada peringkat rendah maka murid-murid akan dapat membiasakan diri utuk melakukan sesuatu kerja dengan teratur, cermat dan selamat. Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada asas-asas seni yang memerlukan mereka untuk membuat sesuatu kerja secara teratur dan berperingkat-peringkat seperti pengolahan sesuatu idea dalam sesebuah produk seni. Penghasilan sesuatu karya secara teratur akan menghasilkan satu karya yang kemas

dan mempunyai milai-nilai estetika yang dapat dihayati oleh audien. Namun setiap murid mestilah menitikberatkan hal-hal keselamatan semasa menggunakan alatan dan bahan-bahan seni. Dengan itu, segala proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah yang sukar diselesaikan. Melalui Pendidikan Seni Visual juga, secara tidak langsung ia dapat memupuk nilai-nilai murni, yakin terhadap diri sendiri dan juga bertanggungjawab didalam diri setiap murid tersebut. Nilai-nilai murni adalah sangat penting dalam diri seseorang murid kerana ia akan mencorakkan sifat dan sikap murid tersebut agar menjadi seorang murid yang berdisiplin. Dengan adanya mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di setiap sekolah, sikap bekerjasama dapat di jalinkan tidak kira sama ada sesama murid dengan murid mahupun di antara murid dengan cikgu. Ini adalah kerana, Pendidikan Seni Visual memerlukan banyak tenaga terutama sekali dalam membuat tugasan yang diarahkan. Melalui tugasan tersebut, murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama lain kerana mereka telah dipupuk bahawa bekerjasama adalah sangat penting bagi menjayakan sesebuah tugas yang di arahkan. Secara tidak langsung, melalui Pendidikan Seni Visual juga ia dapat meningkatkan keyakinan diri terhadap setiap murid tersebut. Sifat ini sangat penting adalah disebabkan melalui keyakinan diri yang terdapat dalam diri murid-murid tersebut, mereka akan berani untuk membuat projek-projek besar yang ditugaskan tanpa mengira masalah dan cabaran yang mungkin mereka akan tempuhi. Selain itu juga, melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual juga sikap disiplin diri dan bertanggungjawab juga dapat dipupuk dalam diri murid tersebut. Sikap disiplin diri ini merupakan aspek yang sangat penting kerana dengan adanya disiplin diri yang tinggi, mereka dapat menyiapkan tugasan mereka pada masa yang ditetapkan dan juga hasil tugasan yang mereka hasilkan adalah sangat berkualiti. Ini adalah kerana murid-murid tersebut sudah terdidik dengan adanya disiplin diri yang tinggi, mereka dapat menghasilkan sesebuah tugasan dengan jayanya. Selain itu, dengan adanya mata pelajaran Seni Visual murid-murid dapat mengenal senarai tokoh-tokoh seni yang terdapat dalam dunia ini. Dengan itu, muridmurid tersebut dapat mengetahui jenis-jenis lukisan yang telah dihasilkan oleh tokohtokoh seni tersebut. Lalu, secara tidak langsung mata pelajaran Pendidikan Seni

Visual dapat mengajar murid-murid tersebut agar sentiasa menghargai tokoh-tokoh seni yang telah sedia ada kerana mereka telah banyak menyumbangkan sumbangan bagi menarik para pelancong agar datang berkunjung ke negara kita. Ini adalah kerana melalui hasilhasil lukisan yang mereka hasilkan dapat menonjolkan adat resam, cara hidup masyarakat dan juga budaya kita pada masa kini. Selain daripada itu juga, melalui pendidikan seni visual juga murid-murid dapat menggunakan kemudahan yang telah disediakan seperti teknologi dalam menghasilkan tugasan yang diarahkan. Disamping itu, murid-murid dapat mengetahui dan memmuridi cara-cara untuk menghasilkan sesebuah karya dengan menggunakan teknologi. Contoh kemudahan dari segi teknologi adalah seperti murid dapat menghasilkan sesebuah karya dengan menggunakan perisian adobe photoshop, paint, corel draw dan yang lainlain. Pendidikan seni visual juga ia dapat menarik minat murid agar dapat melibatkan diri dan menyertainya dengan hati yang terbuka tanpa sebarang unsur paksaan dengan itu murid dapat memmuridi dengan hati yang senang. Pendidikan seni visual juga merupakan aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Ini adalah kerana dengan adanya pendidikan seni visual di setiap sekolah, ia dapat mengelakkan murid-murid membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dengan itu, ia dapat murid-murid dapat menigisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Matlamat Pendidikan Seni Visual KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemupukan asas seni visual boleh dirujuk kepada penerapan asas- asas dalam pendidikan seni visual seperti asas dalam seni reka, prinsip- prinsip rekaan dan lakaran asas dalam pendidikan seni. Usaha utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting juga untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian dari memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu. Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka, matlamat pendidikan Seni Visual adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmoni, kritis, kreatif dan produktif menerusi pengukuhan asas seni visual. Selain itu, pendidikan seni visual juga diterapkan dalam pendidikan untuk membentuk murid yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam seni visual

Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual


Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu bidang dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut, iaitu mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenalpasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa, merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid, mengesan keberkesanan pengajaran dan mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Kaedah pentaksiran pula boleh dilaksanakan melalui ujian sejarah pencapaian murid tersebut dan apresiai seni. Kaedah lain pula seperti kaedah pemerhatian, temubual, menggunakan senarai semak, mengunakan soal selidik dan portfolio. Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi;Komunikasi, keyakinan diri, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti , kemahiran , dan kepuasan atau keseronokan. Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja murid, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu; proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kemahiran kritikal, dan peringkatperingkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan. Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut; tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item boleh diukur, setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

Dalam mata pelajaran dan Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. Penilaian Terkawal, penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana murid menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan). Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran murid. Penilaian Tidak Terkawal, penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku murid setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada murid. Hal ini dilaksanakan semasa murid membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

5. Keindahan seni bukan sekadar bersifat fizikal tetapi perlu dihayati. Penghayatan seni perlu dihayati dari sudut luar dan dalaman. Selain dari itu, penghayatan dalam seni berkait rapat dengan nilai-nilai estetika, kerohanian dan keagamaan.Petikan di atas merupakan ucapan seorang tokoh Islam iaitu Al-Ghazali.

(i) Hasil daripada carian anda di internet, kemukakan 5 tokoh-tokoh seni pelbagai budaya. (ii) Nyatakan konsep atau nilai seni yang dipegang oleh mereka berserta contoh karya yang dipilih.
1. Leonardo Da Vinci

Leonardo Da Vinci lahir pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau merupakan anak daripada Ser Piero Da Vinci(bapa) dan Caterina (ibu), jadi nama lengkapnya iaitu Leonardo di Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo adalah putra kepada Ser Piero dan berasal dari kota Vinci. Leonardo Da Vinci adalah salah seorang pelukis pada zaman Renaisans di Itali. Beliau telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Florence Ia juga dikenali kerana lukisannya banyak mencipta design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya,.Selain itu, ia juga turut memajukan ilmu anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam. Leonardo pada zamanya dianggap sebagai seniman gila kerana semasa mempelajari lakaran anatomi, ia suka pergi membongkar kuburan, dan mengambil mayat orang tidak dikenal yang sudah hampir busuk dan membedahnya pada waktu malam. Kadang kala ia melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Ia benar-benar ingin tahu organorgan yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni dan berbagai design yang menakjubkan lainnya sebelum meninggal pada 2 Mei 1519.

Hingga sekarang, bahkan Einstein dan Isaac Newton pun dianggap tidak sanggup menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.

2. Rabindranath Tagore beliau Seorang berbangsa Bengali. Namanya dalam bahasa Bengali ialah Rabindranath Thakur. Dilahirkan di Jurasanko, Kolkata, India. Dikenal dengan nama Gurudev.

Seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik dan sasterawan berbangsaBengali. Beliau berkata, kerana kehadiran bentuk-bentuk yang muncul dengan tiba-tiba menyebabkan beliau mula beralih ke seni lukis. Kerana lukisan-lukisannya terbentuk dari penggerakan-penggerakan getah pemadam dibawah sedar, gambargambar yang dibuat rabindranath mengandungi stigma sebagai dilettante's dabble.

3.

Multimedia Perisian Paint Perkembangan pendidikan masa kini menuju ke arah penggunaan Teknologi Maklumat sebagai alat pengurusan dan alat pengajaran serta pembelajaran. Guru kini bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka dalam tugas harian tetapi juga sedang berusaha untuk memantapkan diri agar lebih berketrampilan dalam profesion mereka. Oleh itu saya juga menerapkan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia yang saya gunakan adalah komputer. Dengan menggunakan komputer murid semakin berminat dengan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu saya dapat menyempurnakan hasrat pendidikan masa kini yang harus diterapkan kepada murid-murid iaitu ilmu Teknologi Maklumat. Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual saya menggunakan computer iaitu menggunakan perisian Microsoft Paint. Dengan menggunakan perisian MS paint saya meminta murid melakukan aktiviti secara berkumpulan kerana computer di sekolah amat terhad. Pelbagai aktiviti murid dapat lakukan dengan MS Paint seperti dalam bidang mengambar dan membuat corak dan rekaan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya laksanakan secara langkah demi langkah supaya murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setelah murid mengikuti langkah demi langkah aktiviti pendidikan seni Visual dengan menggunakan perisian MS Paint, hasil kerja murid dipamerkan dengan menggunakan projector LCD. Setelah dipamer dan dibincangkan, hasil aktiviti murid tersebut dicetak dengan menggunakan pencetak. Hasil murid yang telah dicetak dinilai oleh guru. Perisian PowerPoint

Power Point ialah sejenis fail program yang biasanya digunakan untuk menyediakan bahan-bahan persembahan slaid atau pembentangan kertas kerja denga cara yang lebih menarik dan dalam bentuk yang bersepadu dari segi kesan warna, cahaya, pergerakan dan bunyi. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual saya menggunakan perisian PowerPoint sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual, sebgai contohnya membaut perkataan dalam powerpoint dan memasukkan gambar-gambar. Bagi manarik minat murid-murid saya mengajar murid memasukan gambar animasi yang terdapat didalam perisian powerpoint. Hasil aktiviti murid yang telah disiapkan saya akan pamerkan dengan menggunakan projector LCD dan membincangkan.

Anda mungkin juga menyukai