Anda di halaman 1dari 3

Catan

The Death Of Socrates 1787 Jacques-Louis David Cat minyak atas kanvas Deskripsi Catan di atas bertajuk the death of Socrates telah dihasilkan pada 1787 oleh JacquesLouis David. Media yang digunakan adalah cat minyak. Dalam catan di atas, terdapat figura dengan aksi yang tersendiri dan kesemuanya adalah lelaki. Jelas kelihatan di sini terdapat banyak ekspresi muka yang sedih kecuali figura yang berada di tengah catan. Di sedang menunjukkan tangannya ke atas. Walaupun rambutnya telah beruban dan mukanya kelihatan tua, namun, tubuh badannya tegap dan sasa. Di sebelah kirinya,

terdapat seorang lelaki sedang meratapi dan meletakkan tangan kanannya di atas paha lelaki itu. Di sebelah kanannya pula, terdapat seorang lelaki yang sedang memberi cawan kepadanya sambil memalingkan mukanya. Di hujung kakinya pula, terdapat seorang lelaki tua yang sedang menundukkan mukanya. Interpretasi/tafsiran Catan ini melambangkan tentang kematian Socrates iaitu ahli falsafah barat yang terkenal. Dalam catan tersebut, Socrates berada di tengah catan dan figuranya dicerahkan.Beliau tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan Athens yang merasuah golongan muda. Disebabkan penentangannya, beliau telah diberi dua pilihan sama ada meminum racun atau dibuang negara dan tidak boleh meneruskan lagi falsafahnya. Jadi, beliau telah memilih untuk meminum racun yang dipanggil Hemlock sebagai tanda protesnya. Tema yang ingin diketengahkan oleh pengkarya adalah berkaitan dengan kematian yang bermakna atau pun disebut seb agai martyr. Tangan Socrates yang ditunjukkan di atas melambangkan bahawa beliau percaya kematiannya adalah sesuatu yang bermakna dan benar sebagai tanda protes kepada kerajaan Athens. Badannya yang sasa dan tegap walaupun sudah berumur 70 tahun sebelum kematian, menggambarkan kepentingan dan kekuatan idea dan falsafahnya. Di hujung katil pula merupakan Plato. Di sini, kita dapat lihat berdasarkan posisi badan Plato yang sedang tunduk tidak gembira dengan apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, beliau percaya gurunya telah membuat keputusan yang betul.untuk mengambil nyawanya sendiri daripada orang lain yang mengambil nyawanya. Latar belakang juga tidak berapa ditekankan. Apa yang diberi penekanan adalah kualiti figura dan ekspresi emosi. Analisis Unsur seni yang jelas kelihatan adalah bentuk. Bentuk figura jelas kelihatan dalam karya ini. Contohnya figura yang berada di tengah iaitu Socrates. Figura tersebut jelas menunjukkan fizikalnya sebagai lelaki. Rambutnya yang kerinting, badan yang tegap dan sasa serta memakai pakaian kuno lama. Selain figura, terdapat bentuk katil dalam

catan tersebut. Hal ini dapat dilihat Socrates berada di atas katil tersebut sambil dikelilingi oleh figura yang lain. Seterusnya, unsur warna. Warna yang digunakan adalah malap. Walaubagaimanapun, terdapat ciri-ciri chioroscuro dalam catan ini. Cahaya dapat dilihat datang dari luar. Dinding yang tidak terkena cahaya digelapkan dan dinding yang terkena cahaya dicerahkan. Prinsip seni yang terdapat dalam catan ini pula adalah kepelbagaian. Terdapat pelbagai aksi manusia yang sedang mengekspresikan emosinya dalam catan ini. Selain itu, terdapat prinsip kontra di dalam karya ini di mana Socrates memakai baju yang berwarna putih dan lebih cerah daripada latar belakang dan figura lain. Penilaian Melalui pengamatan saya, stail dan gaya neo klasik ini, temanya lebih kepada hikayat Yunani dan Rome. Mereka memperjuangkan nilai moral. Di sini, saya dapat lihat mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya dapat dikenalpasti setelah membuat tafsiran. Contohnya, Socrates tidak berasa bersalah dan menganggap apa yang dibuatnya betul sebagai protes kepada keruntuhan nilai yang ditunjukkan oleh kerajaan Athens melalui rasuah.

Anda mungkin juga menyukai