Anda di halaman 1dari 4

Les Demoiselles d’Avignon ( Pablo Picasso )

Demoiselles d'Avignon

Perkaitan hasil karya Dengan Latar belakang Pablo Picasso


Pada tahun 1906, Picasso menghasilkan Les Demoiselles d’Avignon iaitu
sebuah lukisan yang menampakkan perubahan mendadak dalam gaya lukisannya.
Picasso yang terpengaruh dengan lukisan Paul Cezanne dan seni lukis orang asli di
dalam gaya lukisannya. Picasso yang terpengaruh dengan lukisan Paul Cezanne
dan seni lukis orang asli Afrika melukis watak manusia dalam bentuk pecahan-
pecahan seolah-olah dilihat dari beberapa sudut dalam suatu masa. Picasso
bersama kawan karibnya Georges Braque bersama-sama mencipta satu stail
melukis yang di penggil kubisme. Maka dengan penerokaan dan percubaan baru
ini, picasso cuba menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu subjek dalam
bentuk yang berpecah-pecah, menggunakan permukaan warna yang rata untuk
memaparkan idea yang terdapat pada subjek yang dilukisnya.
Karya Les Demoiselles d’Avignon yang dilukis oleh Picasso ini menandakan
Pablo Picasso sentiasa menggunakan ilham dari kehidupan hariannya lalu diluahkan
apa yang difikirnya itu kepada kain kanvas. Beliau menganggap bahawa seni tidak
harus terikat dan terkongkong dengan tradisi catan yang ada, seseorang seniman
harus sentiasa mencari perubahan untuk mencari peringkatan kesenian yang lebih
tinggi. Imejan-imejan karya Les Demoiselles terdiri daripada 5 orang perempuan
yang bongel, di mana dua dari imejan itu memakai topeng. Ini disebabkan Pablo
Picasso telah mengembara ke Afrika serta tertarik dengan keunikan patung-patung
Afrika . Beliau juga pernah memperlajari karya pematung Iberia dan patung-patung
Afrika lainnya ( patung primitif ) yang biasanya berbentuk melengkung dan tidak
proporsional.

Kreativiti Pelukis
Picasso mempunyai persepsi kesenian yang agak berbeza dengan gerakan
seni yang lain. Beliau cuba menerokai teknik dan cara yang baru dalam
profesionalnya. Karya yang digambarnya seolah-olah terpisah atau berkecai, yang
menunjukkan beberapa aspek bagi satu-satu objek secara serentak. Akibatnya
objek perempuan yang digambarkan adalah kelihatan bersepihan dengan tepian
yang tajam dan sudut yang meruncing. Satah yang berbeza-beza adalah pengisi
ruang yang menafikan wujudnya kedalaman. Ini merupakan satu pembaharuan
dalam pembinaan form dan ruang dalam catan iaitu perkembangan idea yang mana
menganggap bahawa struktur geometri adalah asas kepada form yang terdapat di
alam semulajadi.
Beliau menganggap seni sebagai satu konsep, ke arah penciptaan dan
menolak peniruan. Justeru itu, walaupun hasil karya Picasso digolong dalam isme
kubisme, tetapi Picasso mendepani aliran kubisme. Beliau melukis susuk
perempuan-perempuan terlanjang yang sukar difahamkan siapakah modelnya. Ia
melukis wajah-wajah perempuan yang kejang dan kabur dalam Les Demoiselles
d’Avignon. Lukisannya menyampaikan perspektif dan distorsi.

Nilai / nilai murni / moral yang diterap


Nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai peribadi berasaskan interaksi atau persepsi
pelukis dengan persekitaran Picasso telah ditunjukkan dalam hasil karya Les
Demoiselles d’Avignon. Pablo Picasso dianggap sebagai penggerak kepada seni
baru. Nilai semangat keberanian yang ditunjukkan oleh Picasso membawa makna
dan inspirasi yang beru kepada masyarakat pada masa itu. Melalui karya ini, beliau
cuba memberi kesedaran kepada orang ramai agar melihat seni tidak hanya terikat
dengan alam benda atau persekitaran. Seni harus bersifat beru dan bersedia ke
arah kemungkinan-kemungkinan.

Latar belakang budaya yang dipersembahkan


Picasso dipengaruhi oleh dua tokoh yang pada dirinya diilhami pula artifak-
artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les
Demoiselles d’Avignon. Dengan menggunakan imejan-imejan perempuan yang
bongel itu, picasso mendapat banyak kritikan dan tentangan dari masyarakat pada
masa itu, orang ramai menanggap hasil karya ini kurang bersopan dan tidak
menunjukkan nilai moral yang berpatutan. Namun, penerokaan dan pembaharuan
yang ditunjukkan oleh Picasso ini menunjukkan pada zaman itu, ada juga orang
yang inginkan pembaharuan dan pemodenan. Latar belakang budaya yang
dipersembahkan oleh Picasso telah memecahkan tradisi realisme yang bertitik-tolak
dari apa yang dapat dilihat kepada penyelesaian permasalah 3 dimensi ke atas
ruang 2 dimensi. Budaya yang ingin dipaparkan oleh Picasso ialah pandangan dan
kenyataan terhadap bumi menjadi berbeza apabila kita berada pada aras
pandangan yang berbeza.

Unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan


Dalam karya Les Demoiselles d’Avignon, penggunaan warna yang digunakan
oleh Picasso tidaklah banyak. Warna panas yang digunakan oleh beliau ialah warna
merah jambu muda dan warna merah, warna ini hanya dominan digunakan pada
figura perempuan-perempuan yang dilukisannya. Warna sejuk seperti warna putih,
kelabu, biru digunakan sebagai warna latar belakang untuk memberi kesan kontra
dan penegasan kepada figura-figura perempuan yang dilukis. Penampilan warna
pada karya ini menjadikannya sebuah lukisan yang menarik dan unik.
Pembahagian ruang untuk imej-imej perempuan itu begitu seimbangan,
melalui penggunaan warna yang terang, imejan itu kelihatan lebih dekat manakala
sapuan warna yang gelap dan kabur kelihatan imejan perempuan itu lebih jauh.
Garisan-garisan yang suka digunakan oleh pablo Picasso ialah garisan tegak
dan tebal. Dengan itu ia dapat memberi kesan terang-gelap, tebal-nipis, dekat-jauh
dan tinggi rendah pada karya ini. Teknik garisan tebal-nipis, menyerong yang
digunakan dalam karya ini seakan-akan memberi pergerakan dan nyawa kepada
figura perempuan yang dilukis.
Lukisan Picasso ini menunjukkan ruang rata kerana kualiti dekoratif serta
jalinan yang abstrak menonjolkan ruang yang rata pada satah gambar tersebut.
Ruang latar depan dan belakang telah dilukis dengan begitu sepadu untuk
menggambarkan ruang rata.

Anda mungkin juga menyukai