Anda di halaman 1dari 10

Perbandingan seni lukisan antara Tamadun

Posted in Labels: Perbandingan, seni lukisan, Tamadun |

Tamadun
bil

perbandingan
Tamadun india

Tamadun china
lukisan dihasilkan
untuk tujuan
keagamaan
berdasarkan
beberapa prinsip
dan proses alam
semesta. Corak
lukisan lebih kepada
gambar
pemandangan
seperti gunungganang, batu-batuan
dan salji.
daripada fahaman
Daoisme dengan
melakukan seni
melalui proses alam
semesta.
Dikembangkan oleh
orang Buddha.
Pelukis terkenal
muncul dalam
Dinasti Han.

1.

sejarah

lukisan dihasilkan untuk


golongan pemerintah
dan pembesar. Lukisan
miniatur paling sering
dilakukan. Lukisan
menggambarkan
keperibadian pelukisa
dan apa yang
tergambar di fikiran.

2.

aliran

perkembangan lukisan
mengikut empayar
pemerintahan.
aliran lukisan seperti
lukisan Mughal, dan
Lukisan Pahari, lukisan
Rajpur.

3.

motif dan
subjek

motif lukisan
berdasarkan situasi
sekeliling. Biasanya
seperti burung,
pokok,haiwan, dan
potret pembesar, serta
apa sahaja yang
terlintas di fikiran

5.

penggunaan
alatan

elemen-elemen
yang dilukis untuk
mewakili alam
semesta seperti
gunung tinggi yang
dipenuhi pokokpokok , bukit-bukit
dan air terjun,
pokok-pokok kecil
yang rimbun ,air
sungai dan tasik
- masyarakat awal lebih lukisan
selesa menggunakan
menggunakan berus
mata pena dan pen
sepenuhnya. Berus
daripada buluh.
buluh dicelup
- lukisan dilakar dengan kedalam dakwat
menggunakan batu
cina yang cair untuk

Tamadun Barat
mulai membuat
gambar pada
dinding-dinding gua
untuk mencitrakan
bagian-bahagian
penting dari
kehidupan mereka

aliran lukisan dalam


tiga zaman terdiri
daripada aliran
surealisme, kubisme,
realisme, naturalisme
dan favisme

- motif asal biasanya


banyak berkaitan
dengan figure
manusia dan
berkaitan dengan
pengaruh
keagamaan.
- amat
mengagunggkan
manusia dalam seni.
- penggunaan alat
agak meluas.
- merangkumi semua
alatan dalam media
kering seperti pen,
krayon, arang, dan

5.

media

6.

makna lukisan

7.

perkembangan

atau kapur terlebih


dahulu.
- penggunaan berus,
diperbuat daripada bulu
ekor tupai.
lukisan dilukis atas
kertas dan
biasanya menggunaka
n kedua-dua belah
kertas kerana
kekurangan kertas.
makna dan ekspresi
lukisan tidak ditonjolkan
melalui ekspresi pada
wajah subjek. Tapi
penceritaan adalah
melalui pergerakan dan
aksi subjek dalam
lukisan.

melukis.

pensel.

penelitian dilakukan
dalam lukisan.
Setiap maksud
digambarkan
dengan jelas melalui
lukisan yang dilukis.
- lukisan juga
berkaitan dengan
cerita-cerita metos
atau tentang dewadewa.

lukisan berbeza
mengikut aliran.
Ianya bersifat luahan
dan ekspresi diri.
Maksud adalah
bergantung kepada
pentafsir untuk
menilai.

lukisan pada awalnya,


hanya untuk golongan
pembesar.
pelukis dijemput untuk
melukis potre
pembesar.
kemudian berkembang
bila muncul sekolahsekolah yang mengajar
lukisan.

Seni lukis yang


mula-mula sekali
dihasilkan adalah
dari orang-orang
Buddha yang
kemudian
berkembang ke arah
keduniaan.

pada permulaannya,
lukisan berkisar
tentang peradaban.
Cara komunikasi
menggunakan
lukisan
menggalakkan
perkembangan.
Lukisan termasuk
dalam zaman klasik,
zaman pertengahan
dan zaman
Renaissance.

Lukisan dilukis pada lukisan dibuat di atas


kain sutera, tembikar kertas atau kanvas.
dan sampang
Selain pada dinding
dan lantai gereja
sebagai mural.

Lukisan Tamadun Jepun


Posted in Labels: Lukisan, Tamadun Jepun |

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai


keadaan semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai
suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial.
Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek moyang mereka dan ikatan atau
hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang
berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan. Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat
awal Jepun ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sofat kedewaan. Misalnya, keindahan alam semula jadi yang
terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian
kerana secara legendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan
sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga
boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu
matahari terbit.

Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa yang hidup dalam
bersederhana. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu
dan harus menghadapi dunia fana yang tiada menentu. Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia
diterima disebuah sanggar seni seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur
15 tahun. Gurunya dapat mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan wataknya yang lurus,

sehingga ia diberi gelaran sebuah nama iaitu Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji
(aksara Han Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang kedua dari nama
si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil karya seni perdananya. Waktu itu ia baru
berumur 16 tahun.

Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800


merupakan zaman keemasan kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai,
Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e
(genre paintings) adalah lukisan berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di
negara Eropah, seni hanya disajikan dan dinikmati oleh kalagan elit dari masyarakat Edo (Tokyo).
Oleh kerana itu, tema lukisan berkisar kehidupan para bangsawan atau figure wanita selebriti
sedangkan lukisan pemandangan dengan kehidupan rakyat kurang diminati. Namun di zaman Edo
berikutnya yang disebut zaman kemunduran terjadi populerisasi-an seni ke masyarakat luas
sehingga terjadi lonjakan permintaan atas barang seni. Zaman kemunduran yang berkaitan
dengan kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan dalam jumlah besar
untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-satunya cara adalah memasarkan hasil seni
kepada masyarakat luas dengan harga tinggi. Hiroshige yang berkarya di zaman ini mendapat
keuntungan tambahan kerana bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya mengenai
rakyat. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia menggambarkan aktiviti masyarakat
Edo yang gemar mengembara mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk
beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh. Oleh kerana itu, Hiroshige juga
dikenang sebagai seniman yang banyak berpenat lelah dalam merakyatkan seni ke masyarakat
Jepun.
Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan manusia atas dasar
perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang
memikirkan apa yang telah ia capai dan menatap kehidupan berikutnya dan kiranya itupun yang
mungkin telewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni sepenuhnya, Hiroshige
meninggal dengan tenang di umur 62. Ia dikebumikan di Vihara Togakuji yang terkenal di Kota Edo
(sekarang Tokyo).

Lukisan Tamadun China


Posted in Labels: Lukisan, Tamadun China |

Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap


bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan
kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap
penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana
seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan

kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan


prinsip-prinsip atau proses alam semesta.
Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan
perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan
spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya
satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses
alam semesta.
Dalam catan landskap Cina tradisional, elemen-elemen
yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti
gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok, bukit-bukit
dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun, air sungai
dan tasik dan lain-lain lagi.
Manusia boleh timbul dalam catan landskap tersebut
tetapi merupakan bentuk-bentuk yang kecil kerana
menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang
kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan
besar ini.
Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam
tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh
seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakangerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf
Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan (catan) yang
berjaya.
Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang
mempunyai imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang
betul boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi
atau tulisan huruf Cina.Lukisan dilukis pada kain sutera,
tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri daripada
potret
manusia,
gambar-gambar
yang
berlatarbelakangkan cerita-cerita mitos dan peristiwaperistiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang

mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang


Buddha yang kemudian berkembang ke arah
keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis
teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga merupakan
seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah
dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di
kanvas lukisannya. Seni lukis mencapai kemajuan
sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal
zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti
Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi
dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka
seperti ahli falsafah, raja-raja negarawan. Kedatangan
agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis.
Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan
seperti sungai, gunung-ganang, batu-bata dan salji.
Lukisan Tamadun Islam
Posted in Labels: Lukisan, Tamadun Islam |

Dalam budaya islam, penghasilkan hasil seni yang bermotifkan haiwan atau sebarang motif lain
adalah dibenarkan. Tetapi hasil seni yang bermotifkan agama adalah amat dilarang. Gambaran
yang melibatkan penghasilan lakaran berunsur geometri yang abstrak atau motif bunga-bungaan
sering digunakan. Penghasilan motif ini dugunakan dalam bidang pembinaan dan kaligrafi yang
terdapat pada binaan masjid dan buku-buku agama termasuk kitab suci al-Quran. Lakaran-lakaran
abstrak ini bukanlah suatu yang dianggap baru, tetapi ianya sudah lama diguna pakai sejak zaman
Pra-Klasik dan juga zaman Barbarian. Seorang illustrator, M.C. Escher telah memperkenalkan
lukisan geometri islam ini ke dalam dunia barat yang bermotifkan bunga-bungaan.

Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis bermula pada zaman
Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran yang dihiasi
dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque dengan pilihan warna emas. Dalam
seni islam, pelukis diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang bernyawa, namun lukisan
ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana keperluan yang diiktiraf seperti untuk kegunaan
pendidikan. Seni lukis ula bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanyaa
tertera pada helaian-helaian safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar
berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambargambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun al-Lalai dan
buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-bnda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
Di tengah pro dan kontra itu, seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski begitu, para arkeologi
dan sejarawan tak menemukan adanya bukti adanya sisa peninggalan lukisan Islam asli di atas
kanvas serta panel kayu. Hasil penggalian yang dilakukan arkeologi justeru menemukan adanya
lukisan dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi sebagai gambar ilustrasi pada buku.
Salah satu bukti bahawa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar makhluk hidup paling tidak
terjadi pada masa pemerintahan Dinasti Umayyah (661 M - 750 M) di Damaskus, Suriah. Hal itu
dapat disaksikan dalam lukisan yang terdapat pada Istana keci Qusair Amrah yang dibangun pada
724M hingga 748M.

Selain itu, serambi Istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di akhir kekuasaannya
tahun 750M, juga dipenuhi lukisan manusia dan binatang. Pada era kekuasaan Abbasiyah,
penggunaan gambar makhluk hidup dalam lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq AlKharqani yang dibangun oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836M-839M.
Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di Istana Dinasti Abbasiyah di era pemerintahan AlMuqtadir (908M-932M). Dalam dinding istana itu, tergambar lima belas penunggang kuda. Lukisan
ini depengaruhi gaya Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat dalam dinding istana Sultan
Mahmud Gazna (wafat 1030M).
Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana Sultan itu lebih banyak
dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan makhluk hidup mulai berkembang pesat di era
Dinasti Fatimiyah dan Seljuk antara abad ke-12 dan 13 M. Seabad kemudian, seni lukis miniatur
berkembang pesat di era kekuasaan Dinasti ll-Khans--dinasti keturunan Hulagu Khan yang sudah
masuk Islam.
Penguasa ll-Khans, seperti Mahmud Ghazan (1295M-1304M), Muhammad Khodabandeh (Oljeitu)
(1304M-1316M), dan Abu Sa'id Bahadur (1316M-1335M) sangat menaruh perhatian pada
perkembangan seni. Mereka memperbaiki kerusakan-kerusakan yang diakibatkan oleh invasi yang
dilakukan leluhurnya terhadap dunia Islam.
Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis miniatur Persia di zaman itu.
Seni lukis miniatur Persia berkembang makin pesat di era kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah
Iran. Dipengaruhi gaya lukis Cina dan India, seni lukis miniatur Persia itu tampil dengan gaya yang
unik. Seni lukis tradisi berkualiti tinggi juga berlangsung di era kekuasaan Dinasti Safawiyah.
Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di setiap kota Islam sangat
ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti Safawiyah sebenarnya sangat mendukung para
seniman. Salah seorang pemimpin Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu adalah
Shah Ismail I Safav. Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis kenamaan Persia-sebagai direktur studio lukis istana.
Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan kepada raja dan
penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang menggambarkan interpretasi orang Persia
terhadap Islam -- agama yang mereka anut. Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan
penggunaan geometri dan warna-warna penuh semangat.
Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenali mata ilustratif. Lukisannya mampu memadukan
antara puisi dengan seni lukis. Bila kita melihat lukisan Persia, seakan-akan kita diajak untuk
membaca sebuah kisah puitis yang mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan. Hal itu terjadi,
kerana lukisan-lukisan itu diciptakan terinspirasi oleh syair-syair yang begitu luar biasa.
Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman di era kekuasaan Shah
Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para seniman yang bekerja di Istana Shah pergi
meninggalkan Tabriz, Iran. Mereka ada yang hijrah ke Bukhara kawasan utara India. Tak hairan,
jika seni lukis berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah ini, seni lukis dikembangkan
oleh para seniman imigran.
Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik dibandingkan hiasan.
Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk realistik, dibandingkan dalam bentuk fantasi. Pada
era kekuasaan Turki Usmani, seni lukis juga berkembang pesat dengan sokongan dari istana
sultan. Para penguasa Usmani memerintahkan para senimannya menggambar beragam bentuk
peristiwa tentang kiprah Sultan, seperti pertempuran dan festival.
Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur terkemuka bernama Nasuh
Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada zaman ini tersimpan di Perpustakaan Istana di
Istanbul, Begitulah seni lukis berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis
yang khas dari setiap dinasti membuktikan bahawa umat Islam pada waktu itu mampu mencapai
peradaban yang sangat tinggi di dunia.

Lukisan Tamadun Melayu


Posted in Labels: Lukisan, Tamadun Melayu |

Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200
tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun
1930-an saja.
Dunia Seni Lukis di Malaysia
Di negara terdapat sekolah seni lukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus kepada
sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai pelukis
berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke tahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan
dunia seni lukis Malaysia.
Di samping itu, ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka ini samada
belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang berpengalaman. Kelompok ini juga turut
sama menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia.
Dalam aliran seni lukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran daripada barat
kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu, aliran seni lukis formal di
Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada
Asia seperti aliran seni lukis Cina, India dan Islam, biasanua ia hanya diamalkan oleh kelompok
etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini
yang diiktiraf berbanding aliran seni lukis barat.
Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan seni lukis mereka lebih kepada
pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga individu yang berpengalaman
menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya.
Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana
aliran dan penghasilkan karya mereka bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran.
Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia seni lukis Malaysia kepada beberapa
kelompok:

Kelompok pertama adalah seni lukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana kebanyakkan
pengmalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah-sekolah seni lukis kebangsaan dan
mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri
daripada semua etnik di Malaysia.
Kelompok kedua ialah seni lukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana mereka
mempunyai sistem pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja. Namun begitu
terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi pengamal. Bagi kaum India
terdapat juga pengamal aliran seni lukis kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan
biasanya tertumpu kepada seni lukis yang bersifat ritual. Terdapat juga kaum Melayu yang
beragama Islam mempelajari aliran seni lukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh
pemerintah, perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan
popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak perubahan
yang ketara sejak dahulu lagi, Akibatnya aliran ini terkurung dalam lingkungan agaman dan
kepercayaan sahaja.
Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok ini
biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran semata-mata. Kebanyakkan daripada
mereka menumpukan kepada perkhidmatan seni lukis seperti melukis potret atau tempahan
lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa seni lukis
antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya seni lukis yang tipikal untuk satu tempoh yang
panjang.
Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia seni lukis di Malaysia dan berkembang
dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses pembinaan dan perubahan seni
lukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai salah ikon budaya negara. Penglibatan
pemerintah dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu
pertumbuhan bidang ini.

Read Users' Comments (0)

Reactions:
Contoh: Kritikan II
Posted in Labels: apresiasi dan kritikan seni, contoh, kritikan |

Tajuk : Corner of the Garden at Montgeron


Karya: Claude Monet
Tahun : 1876-1877
Alat/media : Painting - Oil on Canvas
Saiz: (67-3/4x76 inches)
Lokasi: State Hermitage Museum in Saint Petersburg, Russia.
Aliran: Impressionism
Karya Monet yang bertajuk Corner of the Garden at Montgeron di atas
dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat
minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.
Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan
pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya
tersebut
dapat memberi tugasan
yang
baru kepada
Claude
Monet untuk melukis empat panel hiasanuntuk interior rumah grand baru, Chateau d
e Rottembourg diMontgeron. Beliau menggunakan musim panas di sana untuk
mecari motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan
menggunakan warna yang terang.

Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objekobjek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan
secara impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi,
dan perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat
tenang terhadap objek tersebut.
Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni
dan prinsip rekaan. Dari segi warna, beliau memberi warna harmoni yang
menimbulkan suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada
iaitu brushstrokes untuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan
hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang
ilusi yang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk
menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam
karya yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap
menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh
menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk
untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman.
Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi
dalam karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan
karya lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan
kesan pergerakan. Dalam unsur-unsur seni, garisan merupakan paling penting
dalam setiap karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini
mempunyai garisan melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan
ketenteraman.
Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan.
Terutama iaitu imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang
bersudut di kiri. Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan.
Sebagai contoh, air dan langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang
demikian, Claude Monet berjaya menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam
seni tampak 2 dimensi.
Tambahan pula, kontra ditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna
seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu
prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti bunga tersebut
berwarna putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam
sebagai menimbulkan kesan tersebut.
Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkankepelbagaian. Dari segi warna
dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya
yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga
mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang.
Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan
kepada kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut,
suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan air yang
bersih pada waktu tersebut.
Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang
menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana
dalam karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya
dalam kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang
seterusnya memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

Anda mungkin juga menyukai