Anda di halaman 1dari 10

APLIKASI KEMAHIRAN

ASAS KAUNSELING DALAM


PROSES PDP

DISEDIAKAN OLEH:
NOR ADILAH ALI

NOR HERLENA ATAN


NORAINI BACHOK

KEMAHIRANMELAYANDANMENDENGAR

Kedua-dua kemahiran - penting untuk membina asas


hubungan yang kukuh antara guru dan murid-murid.
kemahiran melayan dan mendengar, guru
menyampaikan mesej bahawa beliau bersedia secara
fizikal dan psikologikal terhadap apa yang
diperkatakan serta dilakukan oleh murid-murid.
suasana teraputik sedemikian,kanak-kanak didorong
untuk terus menceritakan apa yang terbuku dalam
hati,termasuklah perasaan.
Kemahiran melayan yang digunakan oleh guru
bertujuan menggalakkan murid untuk bercakap

Kemahiran mendengar - Pemahaman yang tepat hanya


akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik.
Dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara
yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang
diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah
laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang
dinyatakan.
guru dapat benar-benar memahami mesej murid dengan
lebih sempurna.
Guru boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya
dengan beberapa cara menyatakan
semula,menggambarkan semula, dan memberikan respon.

KEMAHIRANMENGINTERPRETASITINGKAH
LAKUBUKANLISAN

membawa maksud proses aktif di mana kaunselor atau guru


menjelaskan makna tingkah laku yang ditunjukkan oleh klien
mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru.
Menurut Shostrom (1968), kesenyapan yang berlaku bukan
kerana tindak balas tetapi mempunyai makna yang kompleks.
Kesenyapan terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

Di dalam apa jua situasi, penting bagi kaunselor untuk


mentaksirkan kesenyapan yang ditunjukkan oleh klien sama
ada bersifat positif atau negatif.
Tujuan kaunselor atau guru membuat interpretasi adalah
untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka
berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan.

KEMAHIRAN MEMBERI TINDAKBALAS

memerlukan kaunselor atau guru memberi perhatian kepada


perasaan dan pernyataan lisan kanak-kanak sepanjang sesi
kaunseling.
Kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meneruskan perkongsian
masalah sekiranya guru melaksanakan kemahiran tersebut.
Antara tindakbalas positif guru bimbingan dan kaunseling
terhadap maklumat yang dibekalkan oleh kanak-kanak
termasuklah memberi motivasi, memberi galakan, mencabar secara
positif, memberi pujian, anggukan kepala dan bertanya soalan.
Terdapat empat kaedah memberi tindak balas kepada klien iaitu
dorongan minimum, parafrasa dan refleksi, kemahiran meminta
penjelasan, dan menggunakan konfrontasi.

KEMAHIRAN MENGENALPASTI
MASALAH

satu daripada strategi untuk mengenalpasti masalah


kanak-kanak adalah melalui tinjauan.
guru boleh mengumpul sebanyak mana maklumat
mengenai klien.
Pemerhatian boleh dibuat melalui pergaulan murid,
prestasi murid atau temubual bersama guru kelas.
Guru juga boleh mengenalpasti masalah murid semasa
berlangsungnya sesi kaunseling dengan menginterpretasi
maklumat-maklumat yang diberi oleh murid.
Terdapat dua aspek dalam mengenalpasti masalah iaitu
membuat interpretasi dan pemikiran reflektif.

Menginterpretasi bermaksud memberi tafsiran atau penjelasan


tentang makna, tujuan, dan implikasi terhadap sesuatu.
Kemahiran ini merupakan proses yang digunakan kaunselor untuk
memberikan maklumbalas kepada klien supaya berupaya untuk
melihat masalahnya dari satu sudut yang berbeza.
pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada
untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan
alternatif yang boleh jaya untuk untuk mencapai objektif penyelesaian
masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Guru perlulah berfikir secara reflektif dengan mengaitkan sesuatu
idea dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dan
mengemukakan pelbagai kemungkinan dengan wajar.
guru juga boleh menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan
kreatif.

KEMAHIRAN MELAKSANA
INTERVENSI

konteks kaunseling, intervensi merupakan teknik yang digunakan dalam


sesi terapi. I
Intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang
teruk, gangguan mental dan emosi.
Intervensi boleh dibahagikan secara langsung dan tidak langsung.
Intervensi secara langsung menggunakan teknik kaunseling individu atau
kumpulan manakala intervensi secara tidak langsung melibatkan
kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien
menyelesaikan masalah.
Kemahiran melaksana intervensi melibatkan kemahiran merumus dan
kemahiran membuat keputusan.
Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan
perasaan penting yang telah diberitahu klien semasa sesi kaunseling.
Tujuan kaunselor membuat rumusan adalah untuk menyedarkan dan
mengimbas kembali klien apa yang telah dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai