Anda di halaman 1dari 32

STRATEGI MENANGANI KLIEN YANG DIRUJUK

ABUBAKAR MOHD HUSAIN

Sarjana Bimbingan Kaunseling 014 2913562 019 9496100


Universiti Malaya
1

Heckney & Nye (1973) mendefinisikan kaunseling sebagai perhubungan menolong yang melibatkan (1) seseorang yang mencari pertolongan, (2) seseorang yang sanggup memberi pertolongan, dan (3) berkebolehan memberi pertolongan atau terlatih untuk memberi pertolongan (4) dalam seting yang membenarkan kaunseling diberikan dan (diterima)
2

KAUNSELING ADALAH SUKARELA


Kaunseling adalah sukarela; ia biasanya tidak berkesan apabila dipaksakan atau diperlukan untuk dilakukan. Tidak kira bagaimana klien itu dirujuk, kanselor tidak menggunakan paksaan sebagai cara untuk mendapatkan atau meneruskan sesi dengan klien

Kaunseling hanya boleh berlaku jika ada orang yang secara sukarela berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan pertolongan. Dalam lain perkataan orang yang datang berjumpa dengan kaunselor adalah orang yang mempunyai masalah, kemuskilan atau konflik dalam dirinya Syarat ini penting dan diperlukan kerana orang yang mempunyai masalah, kemuskilan atau konflik dalam diri adalah berada dalam keadaan incongruence atau disequilibrium. Sudah menjadi sifat semula jadi manusia apabila berada dalam keadaan incongruence atau disequilibrium mereka merasa tidak seimbang atau tidak selesa. Orang yang berada dalam keadaan tidak selesa atau tidak seimbang perlu mencari keselesaan atau keseimbangan balik Motivasi untuk mengeluarkan diri dari masalah, konflik dan kemuskilan inilah yang digunakan oleh kaunselor untuk membantu individu yang berada dalam keadaan incongruence atau disequilibrium itu untuk kembali balik ke dalam keadaan congruence atau equilibrium.
4

SYARAT MENJADIKAN KAUNSELING BERKESAN Pada umumnya ada tiga syarat yang menjadikan kaunseling berkesan. Pertama, klien yang datang berjumpa kaunselor itu berada dalam keadaan incongruence iaitu mempunyai masalah, kemuskilan, kesukaran atau konflik dalam diri. Orang yang bermasalah berada dalam keadaan tidak selesa atau tidak seimbang. Sifat atau keperluan semula jadi manusia untuk sentiasa berada dalam keadaan seimbang inilah yang menjadi asas kepada perkhidmatan kaunseling dan perkhidmatan menolong yang lain
5

SYARAT MENJADIKAN KAUNSELING BERKESAN (sambungan) Kedua adalah kesedaran klien bahawa dia ada masalah. Semua orang ada mengalami masalah, tetapi ramai orang yang ada masalah tetapi tidak menyedari yang dia ada masalah, oleh itu dia tidak berada dalam keadaan tidak seimbang dan dengan itu tidak melakukan sesuatu untuk mengatasi masalahnya. Ketiga adalah keingingan individu itu untuk mengatasi masalahnya. Ada orang yang bermasalah, sedar masalah, tetapi tidak mempunyai keinginan atau motivasi untuk mengatasi masalahnya. 6

KAUNSELOR TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH KLIEN Kaunselor tidak dapat melakukan magik. Kaunselor juga tidak ada ubat atau pil yang boleh diberikan kepada klien yang menghadapi masalah. Apa yang kaunselor boleh gunakan adalah motivasi yang ada pada individu yang datang berjumpa dengannya untuk kembali balik menjadi congruence, equilibrium atau seimbang. Kaunselor memerlukan syarat ini kerana yang akan menyelesaikan masalah adalah klien itu sendiri. Untuk perkara yang berkaitan dengan tingkahlaku, klien sendiri perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalahnya, ia tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Kita boleh membawa seseekor kuda kepada air, tetapi kalau kuda itu tidak mahu minum kita tidak boleh beruat apa-apa.
7

PELAJARAN
(Educational)

PERGAULAN DENGAN KELUARGA


(Family)

PENJAGAAN KESIHATAN
(Health care)

MEMAHAMI DIRI & ORANG LAIN


(Understanding Own Self & others) SIKAP (Attitude)

PENYESUAIAN

KEWANGAN
(Financial)

EMOSI (Emotion)
AVOKASI (Avocation) PERIBADI & AGAMA
(Personal & Spiritual)

PERGAULAN DENGAN RAKAN


(Relationships with peers)

TEKANAN YANG MEMBAWA KEPADA MASALAH PENYESUAIAN KEPADA INDIVIDU


8

MASALAH MANUSIA
Masalah boleh dilihat dari dua perspektif: (1) dari perspektif orang itu sendiri dan (2) dari perspektif orang lain atau masyarakat. Pelajar yang ponteng sekolah misalnya. Ibu bapanya, guru dan orang lain menganggap pelajar itu bermasalah kerana ponteng adalah tingkahlaku merugikan (self-defeating) oleh itu orang lain atau masyarakat melihat pelajar itu bermasalah kerana bertingkahlaku merosakkan atau merugikan diri. Tetapi pelajar itu tidak merasa dia bermasalah kerana ponteng adalah tingkahlaku yang dia sukai. Tidak ada konflik dalam dirinya. Adakah pelajar seperti ini perlukan kaunseling? Adakah kaunseling berkesan keatas individu yang bermasalah seperti ini?
9

MASALAH MANUSIA
Sebaliknya pelajar yang pemalu adalah bermasalah dari sudut pandangan dirinya. Pelajar yang begini tidak menimbulkan masalah kepada orang lain tetapi mengalami konflik dan keperitan dalam dirinya. Pelajar seperti ini berada dalam keadaan incongruence dan memerlukan pertolongan

10

JENIS INDIVIDU BERMASALAH


1. Dianggap bermasalah kerana menimbulkan masalah, kesukaran atau kebimbangan kepada orang lain (Individu itu sendiri tidak merasa bermasalah) 2. Bermasalah iaitu berada dalam keadaan tidak seimbang dan tidak selesa. Individu itu mengalami keperitan sendiri tanpa mengganggu atau menimbulkan masalah kepada orang lain.
11

JENIS MASALAH
1. Masalah intelektual atau sosial (Tidak melibatkan emosi atau perasaan) 2. Masalah yang melibatkan perasaan atau emosi i. Masalah peribadi yang melibatkan emosi tetapi belum mendalam ii. Masalah emosi yang mendalam yang menyebabkan gangguan personaliti iii. Gangguan psikologi dimana individu itu telah bertingkahlaku tidak normal
12

RANTAIAN AKTIVITI YANG MENGGUNAKAN KEMAHIRAN KAUNSELING (THE CHAIN OF ACTIVITIES USING COUNSELLING SKILLS)
NASIHAT (Advice) BIMBINGAN (Guidance) KAUNSELING (Counselling) PSIKOTERAPI (Psychotherapy)

Nasihat & Bimbingan

Bimbingan & Kaunseling

Terapeutik Kaunseling

Kemahiran Kaunseling
13

LANGKAH-LANGKAH DALAM PERHUBUNGAN KAUNSELING (Steps In The counselling Relationsship)


Meneroka, mengumpul data, mengenalpasti masalah atau krisis dan mendefinisikan masalah atau krisis (Exploration, identify Problems, define problems) Menentukan matlamat dan membincang strategi tindakan (Determine goal and Strategies)

Membina Perhubungan (Develop Relationship)

Penamatan (Termination)

Penilaian dan Penyusulan (Evaluation and Follow-up)

Implementasi Strategi tindakan (Implementation Of strategies)


14

Strategi kaunseling berkesan untuk orang yang bermasalah daripada kumpulan kedua. Ini adalah kerana orang dalam kumpulan berada dalam keadaan incongruence atau disequilibrium. Orang daripada kumpulan pertama tidak menganggap dirinya bermasalah oleh itu tidak ada perkara yang hendak diluahkan kepada kaunselor. Mereka tidak datang secara voluntari tetapi datang berjumpa kaunselor kerana dikehendaki atau dipaksa oleh orang lain seperti ibubapa mereka, guru besar atau 15 guru-guru, mahkamah dan lain-lain

KEBERKESANAN KAUNSELING

KEBERKESANAN KAUNSELING
Sebahagian besar daripada klien yang dikendalikan oleh kaunselor di negara kita ini adalah klien yang dirujuk. Untuk kaunselor di sekolah lebih daripada 70 peratus klien adalah pelajar yang dirujuk oleh pengetua atau guru besar atau guru-guru kerana telah melakukan salahlaku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah, melawan guru, bergaduh, mencuri dan sebagainya. Bagi kaunselor di pusat pengajian tinggi mereka ini dirujuk oleh pensyarah atau dekan fakulti kerana masalah salahlaku. Apakah strategi yang boleh digunakan untuk menangani klien seperti ini. Orang yang sebegini tidak menganggap yang dirinya perlukan kaunseling. Mereka tidak mempercayai kaunseling, tidak melihat kegunaan berjumpa dengan kaunselor dan setengah daripada mereka melihat kaunseling sebagai denda dan oleh kerana itu menolak kaunseling sepenuhnya.
16

KLIEN YANG DIRUJUK Klien yanng dirujuk adalah seseorang yang didapati telah melakukan tingkahlaku yang negatif atau telah melakukan salahlaku oleh orang atau organisasi yang merujuk Klein seperti ini biasanya terdapat di sekolah; di setting pemulihan; dalam kaunseling perkahwinan (terutama jika dikehendaki oleh mahkamah); dalam setting yang berkaitan dengan mahkamah; di pusat pekerjaan, pusat kebajikan, dan di lain-lain ajensi sosial. Mereka biasanya menolak kaunseling, tidak datang dengan sukarela dan enggan.
17

KLIEN YANG DIRUJUK


Penglibatan sukarela klien adalah asas kepada kaunseling yang berkesan. Memaksa seseorang untuk menjalani kaunseling bermakna menafikan hak kebebasan mereka untuk memilih dan tanggung jawab mereka untuk membuat keputusan. Pertumbuhan dan perubahan tingkahlaku tidak akan berlaku jika ada terdapat tentangan dalam diri klien. Kita boleh membawa kuda kepada air tetapi tidak mungkin dapat memaksa kuda itu untuk minum. Begitu juga dengan manusia, kita tidak mungkin dapat mengubah tingkahlaku seseorang kecuali jika orang itu sendiri ingin ingin mengubahnya. Walaupun seseorang itu boleh dipaksa menjalani kaunseling, hanya penglibatan secara sukarela yang boleh memupuk perhubungan kaunseling berkesan dan pergerakan ke arah matlamat klien. 18

JENIS KLIEN YANG BERSIKAP ENGGAN ATAU MENOLAK KAUNSELING Klien yang menganggap tidak ada sebab mengapa mereka perlu berjumpa kaunselor Marah dan sakit hati pada perujuk (guru, ibubapa, agensi) dan perasaan itu ditujukan kepada kaunselor Klien yang dipaksa untuk mengikuti sesi kaunseling Klien yang merasa kekok dengan kaunseling kerana tidak tahu macam mana nak jadi klien yang baik Klien yang mempunyai sejarah suka memberontak Klien yang melihat kaunseling sebagai sesuatu yang dilakukan ke atas mereka, hak mereka telah dicabuli

19

JENIS KLIEN YANG BERSIKAP ENGGAN ATAU MENOLAK KAUNSELING Klien yang mempunyai sikap yang negatif terhadap kaunseling Klien yang menganggap berjumpa kaunselor bermakna mengakui kelemahan, kegagalan, dan ketidaklengkapan dirinya Klien yang mempunyai perasaan tidak percaya pada kaunselor Klien yang tidak menyukai kaunselor yang ditemui Klien yang melihat matlamat kaunseling dan sistem perkhidmatan kaunseling berbeza dengan matlamat mereka Klien yang tidak percayakan kaunselor
20

BEBERAPA FAKTA MENGENAI KLIEN YANG DIRUJUK

Kelien yanng dirujuk adalah seorang yang didapati telah melakukan tingkahlaku yang negatif atau telah melakukan salahlaku oleh orang yang merujuk Klein yang dirujuk tidak merasa bahawa mereka perlukan kaunseling Klien yang dirujuk melihat berjumpa dengan kaunselor sebagai satu denda Enggan memberi kerjasama Tidak mengganggap yang dia ada isu atau masalah yang hendak diselesaikan Berkecenderungan untuk menyalahkan orang lain, setting sosial atau sistem dalam hidup mereka yang menjadi punca masalah mereka Mereka datang dengan persediaan untuk menangkis Belum bersedia untuk kaunseling
21

Model Penggunaan Kemahiran Kaunseling (Sesuai untuk orang yang dirujuk atau yang dipanggil)
MEMBINA PERHUBUNGAN (Develop Relationship)

MENJELASKAN TUJUAN PERJUMPAAN (Discussion on the

purpose of the meeting)

MENDAPATKAN PANDANGAN KLIEN MENGENAI ISU YANG DIBINCANGKAN (Clients view on the issues) BINCANGKAN BURUK BAIK DAN KONSEKUEN PERLAKUAN KLIEN (Discuss pros and cons and consequences)

KEPUTUSAN KLIEN (Clients decision)


22

FORMULA MENOLONG
Kemahiran Keadaan Personaliti Menolong Memupuk Hasil Kaunselor + (Kaunseling) = Pertumbuhan + Khusus
(Personality of The Helper) (Helping Skills) (GrowthFacilitating Condition) (Brammer L. M. (1996). The Helping relationship: Process and skills (6tth ed) Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.)
23

(Specific Outcomes)

Faktor yang menjadikan Kaunseling Berkesan Ada tiga variabel: Ciri-Ciri atau Sifat Peribadi Kaunselor
(Counsellors personal characteristics)

Bagaimana kaunselor melayani klien


(Counsellors responses)

Strategi yang digunakan


(counsellors strategy)

24

Perasaan Yang Dipunyai Oleh Orang Yang Meminta Dan Menerima Pertolongan
Berasa takut-takut (Frightening) Berasa lemah dan tidak berkuasa (Powerless) Berasa diri kekurangan (Feeling inadequate) Berasa tertekan (Feeling depressed) Marah (Angry) Malu (Bashful/embarrass) Ragu ragu, tidak pasti (Unsure) Tidak selesa (Uncomfortable) Berasa rendah diri (Inferior)
25

PERASAAN YANG DIPUNYAI OLEH ORANG YANG MEMBERI PERTOLONGAN

Memuaskan (Satisfying) Merasa kuat dan berkuasa (Powerful) Merasa diri lengkap (Feeling adequate) Merasa selesa (Feeling comfortable) Merasa bernasib baik (Lucky) Merasa gembira (Happy)
26

Sifat/Kualiti/Ciri-ciri Peribadi Kaunselor Berkesan (Personal Qualities of Effective Counselors)

Menghormati dan menerima orang lain berpandangan positif tanpa syarat (Respect and acceptance or others unconditional
positive regard)

Mesra (Warmth) Berfikiran terbuka (Open-mindedness) Empati (Emphathy) Kematangan peribadi (Personal maturity) Sabar (Ability to tolerate tension and ambiguity/patience) Amanah /Boleh dipercayai (trustworthiness) Minat (interest) Ikhlas (sincerity)

27

Sifat Tidak Menolong Dalam Kaunseling


(Unhelpful Characteristics)

Empat tret atau sifat berikut bukan sahaja tidak menolong ia merosakkan: sifat ingin menguasai (possessiveness) sifat memberi nilai atau pengadilan (judgementalness) sifat menyalahkan (blaming) sifat defensif (defensiveness)
28

Gerak Balas Yang Tidak Menolong Dalam Kaunseling (Unhelpful Responses) Berbalah, bertengkar (arguing) Memaksa, mendesak (coercion) Menyidir, mengeji, mencela , menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati (sarcasm) Memberi penilaian moral, mempersoalkan akhlak/moral klien (moralizing) Tidak mempercayai (disbelief) Menyangkal, penentangan (contradiction) Mengkritik (criticism) Memperbodoh, persenda, cemuh, ejek (ridicule) Mengancam (threats) 29

Gerak Balas Yang Menolong Dalam Kaunseling


Memberi sokongan (giving support) Memberi maklumat (giving information) Memeriksa data (reviewing data) Memberi interpretasi (interpretation) Menyemuka percanggahan (confrontation) Memberi penjelasan (clarification) Menghilangkan perasaan takut atau bimbang (reassurance) Memberi penerangan (explanation) Pengenalpastian perasaan (identification of feelings) Memberi persetujuan (agree) Tidak bersetuju (disagreement) Memberi peneguhan (reinforcement) Merefleksi/Biasan (reflection) Merumuskan (summarization)`
30

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING (BASIC SKILLS FOR COUNSELORS)

Tingkahlaku memberi perhatian (Attending behavior)


Appropriate eye contact, body language, vocal qualities and verbal tracking skills

Mendengar dengan aktif (Active listening) Menggalakkan dan MemParafrasa (Encouraging and Paraphrasing) Membias (Reflecting) Membias isi kandungan (Reflection of content) Membiaskan perasaan (Reflection of feeling) Merumuskan (Summarizing) Menyoal (Questioning)
Soalan terbuka dan Tertutup (Open and Closed questions)

Memfokus (Focusing) Menyemuka (Confronting) Memberi sokongan (Supporting)


31

Rujukan (References)
Brammer L. M. (1996). The Helping relationship: Process and skills (6tth ed) Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.) Burnard, P. (1999). Practical Counseling and Helping. Routledge. Nugent, F. A. (2000). Introduction to the Profession of Counseling. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall, Inc. Hill, C. E. & OBrien, K. M. (1999). Helping Skills: Facilitating Exploration, Insight, and Action. Washington, DC: American Psychological Association. Suradi Salim. (2001) Menghadapi klien yang dirujuk, dipaksa dan enggan berjumpa kaunselor. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Kaunseling Kebangsaan Ke-III, Universiti Utara Malaysia 27 Oktober, 2001

SEKIAN DAN TERIMA KASIH


32

Anda mungkin juga menyukai