Anda di halaman 1dari 14

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.

Pengenalan Pendekatan kognitif dikatakan mletakkan pemikiran sebagai punca masalah

ataupun kejayaa manusia. Oleh sebab itu, jika timbulnya masalah, maka pemikiran seseorang menolong dirinya sendiri ataupun dibantu oleh orang lain. Masalh periadi seseorang mungkin terdiri daripada masalah sikap, emosi, penampilan diri, keluarga , kesihatan dan kewangan. Apa yang dikatakan dalam diri seseorang itu boleh menghasilkan perlakuan yang positif ataupun negatif. Jika pemikiran seseorang itu tidak rasional, maka seseorang akan menghasilkan perlakuan yang tidak rasional juga. Perlakuan yang tidak rasional termasuk malu, rasa bersalah, marah, kecewa, mengutuk diri atau orang lain dan lain-lain lagi. Begitu juga jika disebaliknya. Saya percaya bahawa setiap masalah mesti ada jawapannya. Disini, tugas kaunselor profesional sangat penting agar masalah seperti ini dapat diatasi dan dikongsi bersama agar tidak dibebani oleh masalah yang tidak dapat diatasi dan diselesaikan dengan pemikiran yang tidak rasional. Tugas sebagai seorang kaunselor yang prosesional adalah untuk membimbing dan memberi kaunseling kepada mereka yang memerlukannya. Sebelum dihuraikan siapakah itu kaunselor professional, haruslah difahami apakah itu bimbingan dan kaunseling. Istilah kaunseling berasal daripada perkataaan Inggeris counseling. Menurut Akta kaunseling 1998 (Akta 580); Kaunseling merupakan suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyelesaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan , kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Manakala, Krumbolt (1965) mentakrifkan kaunseling sebagai proses dimana seseorang kaunseling membantu seseorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan berinteraksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya.

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas sebagai kaunselor bukan hanya sekadar memberi kaunseling tetapi juga bimbingan. Bimbingan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang menggangu seseorang dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya. Menurut pandangan McDanial dan Shaftel (1957), merka mendefinisika bimbingan sebagai suatu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. Pada pandangan saya, bimbingan dan kaunseling boleh ditakrifkan sebagai membantu memahami dan menerima maklumat untuk membuat keputusan yang efektif serta mengembangkan diri seseorang secara maksimum sejajar denga keupayaan dan minat mereka. Dalam tugasan ini, saya akan mengfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh Sal yang merupakan pelajar tahun 3 di sebuah University di Kuala Lumpur. Sal menghadapi masalah rasa bersalah dan tidak mampu untuk membuat keputusa. Selain daripada itu, saya juga akan membincangkan matlamat kaunselor dalam situasi Sal, sikap yang harus ada pada seorang kaunselor, lima tahap penting dalam sesi kaunseling serta tingkah laku verbal. 2. Kes 1 Sal merupakan pelajar tahun tigadi sebuah Universiti di Kuala lUmpur. Beliau tinggal bersama dengan lima orang rakannya di sebuah flat yang berhampiran dengan Universiti. Kelima-lima teman serumahnya mengambil program pengajian yang sama hanya beliau seorang sahaja dari program pengajian yang berlainan. Keadaan ini menjadikan Sal tidak selesa tinggal di rumah berkenaan kerana beliau tidak dapat berbincang mengenai pelajarannya. Pada masa yang sama keputusan peperiksaan Sal menurun, dia memerlukan rakan sekelas untuk mengadakan perbincangan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya. Kebanyakkan rakan sekelasnya tinggal jauh dari Universiti. Mereka boleh membantu Sal kalau beliau bersesia berpindah ke rumah mereka. Sal tidak pasti cara untuk menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah kepada rakan serumahnya. Baginya raka serumahnya yang bekerjasama adalah

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

perkara yang amat dihargainya, tambahan pula Sal telah tinggal setahun bersama mereka. Anggapan Sal, rakan serumahnya adalah keluarganya di Kuala Lumpur. 3. Matlamat Kaunselor Dalam Sesi Kaunseling Dengan Sal Nedjedo, Arredondo dan Benjamin (1985) telah menggariskan asas pengetahuan dan kemahiran untuk para kaunselor yang bekerja untuk membantu mereka yang memerlukannya. Setiap manusia mempunyai harapan yang berbeza pada akhir sesi kaunseling atau dari perspektif mana yang dilihat proses kaunseling itu dijalankan. Contohnya seperti jika Ali meminta pertolongan dari guru besar atau ibu bapa, maka dia akan mendapat persepsi atau pandangan yang berbeza daripada kedua pihak tersebut. Apa sahaja pilihan terakhir yang akan diambil oleh Ali adalh terletak kepada persetujuan antara Ali dan kaunselornya. Terdapat lima matlamat kaunseling yang akan dikendalikan bersama Sal iaitu, memudahkan perubahan tingkah laku, meningkatkan keupayaan Sal untuk memulakan dan meneruskan perhubungan, membantu keberkesanan Sal mengurus diri, menggalakkan proses membuat keputusan dan membantu perkembangan dan pencapaian potensi Sal. 3.1 Perubahan Tingkah Laku Matlamat utama kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu sesuatu untuk merubah tingkah laku supaya klien dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik. Contohnya, dalam situasi Sal, matlamat kaunselor ialah untuk memberi perubahan tingkah laku dengan cara memberi sokongan kepada Sal supaya cuba membantu memahami dan mengkaji bagaimana hendak berinteraksi dengan rakan serumahnya mengenai masalah yang dihadapinya. 3.2 Menigkatkan keupayaan Klien Memulakan dan Meneruskan Perhubungan Manusia memerlukan interaksi supaya dapat meningkatkan kualiti hidup. Namun ramai yang tidak pandai berinteraksi dengan cara yang sesuai dan betul. Tugas kaunselor

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

disini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dengan memperbaiki cara berinteraksi dengan orang lain. Contohnya, oleh sebab Sal tidah pandai berkomunikasi dengan rakan serumahnya keran bimbang mereka akan berfikiran negatif maka tugas kaunselor ialah untuk membantu Sal untuk meningkatkan kualiti hidupya dengan cara dia berkomunikasi dengan rakan serumahnya.

3.3

Membantu Klien Mengurus Diri Setiap manusia akan mempunyai kesulitan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang

diketahui, manusia bukannya sempurna. Matlamat kaunselor adalah untuk membantu klien untuk mengurus diri apabila menghadapi masalah atau kesulitan. Contohnya, apabila Sal mengetahui bahawa prestasi peperiksaannya telah menurun maka dia akan menjadi runsing dan tidak tahu bagaimana hendak mengendalikannya. Maka matlamat kaunselor adalah untuk membantu Sal untuk mengurus diri dengan lebih berkesan terutamanya dalam cara mempertingkatkan prestasi peperiksaannya. 3.4 Menggalakkan Proses Membuat Keputusan Semua orang mempunyai tanggungjawap yang harus dipikulnya. Oleh sebab itu, ada sesetengah orang takut untuk membuat keputusan kerana takut keputusannya akan menyebabkan situasi akan bertambah buruk. Matlamat kaunselor ialah untuk membantu kliennya membuat keputusan yang tepat dan dia akan mula memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang tela diambil.Contohnya, Oleh sebab Sal menghadapi maslah untuk membuat keputusan, maka dia akan takut untuk membuat keputusan seterusnya dalam hidupnya. Disini, kaunselor akan cuba mencari alternatif lain dan cuba mencari punca kerisauannya serta menggalakkan Sal untuk membuat keputusan yang betul.

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.3

Membantu Perkembangan dan Pencapaian Potensi Klien Matlamat kaunselor ialah untuk membantu kliennya untuk mengembangkan

potensi pada dirinya. Ini bermaksud, kaunselor akan cuba untuk memberi petunjuk dan cara untuk mengembangkan potensinya dengan lebih baik. Contohnya, jika Sal merasa malu untuk memberitahu rakan sekelasnya mengenai keputusannya untuk berpindah maka tugas atau matlamat kaunselor adalah untuk membantu Sal mengurangkan rasa malunya untuk mengatasi apa yang telah menyekatnya untuk memberitahu rakan sekelasnya tentang keputusannya untuk berpindah dari rumah itu. 4. Sikap seseorang kaunselor dalam sesi kaunseling Menurut teori Pusatan Insan, Rogers (1966) mempercayai matlamat terapi digunakan adalah bertujuan untuk menolong klien supaya kongruen diri dan persekitarannya. Menerima dirinya secara sedar setiap satu-satu pengalaman yang dihadapi, individu akan menjadi lebih realistik dalam setiap persepsinya dan membolehkan klien berkembang mencapai self actualization atau pembenaran kendiri. Dalam hal ini, kaunselor menekankan aspek menggalakkan diri klien itu memahami persepsi tentang dirinya dengan alam sebenar. Bagi mencapai keadaan tersebut perlunya ada satu perhubungan yang terapeutik antara kaunselor dengan klien berasaskan konsep dan amalan seperti berikut: (1) Kongruen atau keikhlasan iaitu kaunselor menunjuk sifat sebenarnya (2) penerimaan tanpa syarat iaitu kaunselor menganggap manusia dengan positif dan mereka boleh berubah. (3) empati iaitu pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya 4.1 Sikap Kongruen Keikhlasan merupakan satu sifat yang terpenting dalam sikap seseorang kaunselor. Ini bermakna kaunselor tersebut tidak akan bertopeng. Secara amnya, dia akan 5

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

mengambil berat tentang kliennya. Seseorang kaunselor seharusnya menunjukkan sikap ketulenan dan bukannya kepura-puraan supaya matlamatya tercapai. Sikap kepura-puraa ini harus di tanggalkan supaya jelas kelihatan keikhlasan untuk memberi bantuan. Jika kaunselor bersikap bermuka-muka, maka klien tersebut tidak akan merasa hilang keyakinan terhadap sesi kaunseling ini. Kepura-puraan untuk meneruskan sesi kaunseling ini akan mempengaruhi keseluruhan pengendalian sesi kaunseling memandangkan kaunselor adalah seorang yang terpenting untuk membantu kilenya dalam mencapai matlamat yang diharapkannya. Andaikan kaunselor tersebut tidak bersedia untuk berjumpa dengan klien, maka haruslah kaunselor itu berterus terang pada waktu itu. Kepura-puraan untuk meneruskan sesi kaunseling ini bukan sahaja menghilangkan keyakinan klien tetapi juga akan emosi kaunselor akan terganggu dan terpaksa secara tidak ikhlas. Contohnya seperti kes Sal yang inginkan seseorang untuk mendengar luahan hatinya tentang kerisauan dan malu untuk memberitahu niatnya untuk berpindah dari rumah tersebut. Maka tugas seorang kaunselor seharusnya mengambil berat terhadap masalah Sal dengan berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Kaunselor akan mendengar dengan aktif, dan dengan penuh perasaan. Dia akan cuba memahami dan bukannya menghukum. Kaunselor akan bersikap terbuka dengan menyatakan apa yang difikirkan dan dirasainya. Dengan cara ini, Sal akan merasai bahawa ada orang lain yang masih mengambil berat tentang masalahnya dan Sal akan lebih bersedia untuk meluahkan atau berkongsi maklumat mengenai masalanya. Dalam erti kata lain, jika kaunselor itu menunjukkan keikhlasan yang benar dan nyata, maka ini akan benar-benar membantu Sal dalam mengatsi maslahnya. Tetapi jika tidak, maka Sal tidak hanya akan kecundang dan masalahnya akan membebaninya dan seterusnya prestasi peperiksaannya akan menurun. 4.2 Penerimaan tanpa syarat Seseorang kaunselor akan menerima seadanya pada diri klien tanpa mengambil kira latar belakangnya, status dan apa sahaja masalah yang dihadapinya. Kaunselor akan menerima klien dengan penuh kemesraan dan bukannya dengan pandangan serong.

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Setiap klien mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk diri sendiri dan bertanggungjawap terhadap tindakannya. Ini menunjukkan penghormatan bahawa kaunselor percaya nahawa klien berupaya untuk mempelajari, mengatasi masalah dan akan matang menjadi individu yang bertanggungjawap dan berdikari. Kaunselor tidak akan sesekali menganggap kliennya tidak cekap dan bodoh. Justeru itu, beberapa faktor penting yang perlu diambil kira oleh kaunselor sebelum menghulurkan bantuan kepada kliennya. Diantaranya ialah andaian mengenai sesuatu tungkah laku, jangkaan atau harapan, maklumat mengenai klien dan turun naik perasaan. 4.2.1 Andaian Mengenai sesuatu Tingkah Laku Kaunselor harus mengenepikan kepercayaan bahawa lelaki yang bermisai adalah bengis dan wanita yang bekerja malam adlah seorang yang sangat sosial. Keprcayaan ini dapat dihadkan jika dapat menghulurkan bantuan dengan ikhlas. 4.2.2 Jangkaan atau harapan Jangkaan boleh membentuk tafsiran. Contoh, jika Sal ada tanggapan yang mungkin rakan serumahnya akan merasa tertipu dan marah terhadap Sal, maka dia akan merasa malu dan takut untuk memberitahu mereka keputusanya nntuk berpindah. Jangkaan ini boleh mengubah pendirian seseorang. 4.2.3 Maklumat mengenai klien Jika kaunselor menerima banyak maklumat tentang kliennya sebelum sesi kaunseling yang pertama, maka kaunselor akan terdorong unutk membuat keputusan berdasarkan maklumat pramatang. 4.2.4 Turun naik perasaan Jika seseorang kaunselor baru sahaja selesai bergaduh dengan seseorang, maka kaunselor itu mungkin tidak berupaya untuk menerima klienya yang kebetulan mempunyai cirri-ciri yang hamper sama dengan kaunselor. Turun naik perasaan

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

seringkali akan mempengaruhi tafsiran ini akan meninggalkan kesan kepada sesi tersebut. Contoh seperti kes Sal, walaupun masalah ini dapat diatasi dengan adanya sikap yakin diri dan boleh diselesaikan dengan mudah, tetapi oleh sebab ada keraguan dan rasa bersalah terhadap rakan serumahnya yang telah lama tinggal bersama, risau jika rakan serumah akan berfikiran negatif terhadapnya. Oleh yang demikian, kaunselor mesti menerima sedia ada sikap dan diri Sal dan cuba membantunya tanpa pemikiran negatif dan pandangan serong. 4.3 Sikap Empati Bertemu akan diakhiri dengan perpisahan. Begitu juga dengan sikap empati. Seringkali empati disalahertikan dengan simpati. Simpati dan empati adalah dua perkataan yang amat berbeza. Simpati tidak menolong klien untuk menyelesaikan masalahnya dan tindakan simpati itu lahir daripada kefahaman atas apa yang dirasai oleh orang yang diberi simpati itu. Ini bermakna orang yang tidak menghadapi masalah tidak akan memahami apa yang dilalui oleh orang yang mengalaminya. Empati pula bermaksud kaunselor benar-benar berada dalam ruang rujuk dalaman klien iaitu menjiwai keseluruhan perasaan dan pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh klien. Menurut Roger (1975), empati adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien. Manakala penerimaan tanpa syarat membawa pengertian bahawa kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa sahaja yang ada pada diri klien. Ketulenan pula bermaksud bahawa kaunselor penuh dengan keikhlasan dan kejujuran menerima klien dalam keadaan yang kongruen di mana kaunselor begitu serasi dengan apa yang dirasai oleh klienya. Ketulenan juga memberi maksud kaunselor tidak berpura-pura dalam sesi yang dijalankan dan integrasi kongruen inilah sebenarnya membayangkan kaunselor berada dalam ruang lingkup yang serupa serasi seperti yang dialami oleh klien. Contohnya seperti kes Sal yang menghadapi masalah yang rumit. Kebanyakkan rakan sekelasnya merasa empati dengan diri beliau dengan menghulurkan ruangan untuk beliau tinggal bersama mereka walaupun Universiti yang mereka menuntut itu jauh dari

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

tempat mereka tinggal. Dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor haruslah mempunyai sikap empati dan bukannya simpati dengan benar-benar memahami perasaan dalaman Sal supaya dapat memberi tindak balas yang sewajarnya dalam usaha membantu Sal. Ini dapat dilakukan dalam atau melalui beberapa sesi latihan. Seringkali klien akan membawa seguni masalah dan ini menyebabkan fikirannya bercelaru dan tidak dapat memisakan dirinya dengan masalah yang dihadapinya. Kliean tersebut akan mula meluahkan satu-persatu masalahnya yang tidak ada kaitan dengan masalah yang sebenar. Oleh sebab itu, kaunselor perlu memberi tumpuan supaya dapat menghayati permasalahan pokok sehingga dapat berempati terhadap diri klien tersebut. 5. Tahap Membina Hubungan Sepertimana yang telah dinyatakan di awal perbincangan tadi, bimbingan dan kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Sesi kaunseling melibatkan lima tahap penting. Salah satu tahap berkenaan ialah Tahap Membina Perhubungan. 4.1 Tahap membina hubungan Tahap ini membina asas yang kukuh untuk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama diantara kaunselor dengan klien. Kaunseling mengikut Zuraidah (1990) adalah suatu proses membina perhubungan diantara seseorang yang berkemahiran dalam menolong. Perhubungan ini berasaskan rasa hormat, mesra dan jujur membantu supaya klien memahami diri, menukar perlakuan, meneguhkan iman dan mengasah keupayaan menyelesaikan masalah dengan objektif. Terdapat empat tugas utama kauselor di tahap ini. Tugas utama kaunselor dapat dilihat dan dibaca pada huraian dibawah. 4.1.1 Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi. Tugas kaunselor sangat penting untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan agar sesi berinteraksi dalam sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lancar. Ia dapat 9

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

membantu klien untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran. Contohnya, Sal telah menemui seorang kaunselor mengenai dengan masalahnya dan dalam pertemuan ii, kaunselor harus bersikap terbuka, memahami dan jujur untuk menolong beliau untuk menyelesaikan masalahnya. Untuk itu, kaunselor haruslah mencari tempat dan masa yang sesuai untuk membuat temu janji untuk sesi kaunseling dengan Sal supaya apabila sesi tersebut dijalankan, Sal dapat meluahkan masalahnya dengan lebih tenang, merasa terbukaan, keikhlasan, rasa mahu berkomunikasi dan tidak terganggu oleh perskitarannya. Semua ini dapat dilakukan jika kaunselor dapat menunjukkan perhatian yang sepenuhnya kepada Sal dan menganggapkannya sebagai seorang yang dihormati, mendengar dengan penuh teliti dan empati dan memberi respond yang sepenuhnya kepada Sal. 4.1.2 Menentukan matlamat awal kaunseling. Matlamat awal kaunseling amat penting dalam tahap membina perhubungan diantara kaunselor dan klien. Ini perlu untuk menentukan dan menjelaskan kepada klien. Terdapat klien yang memahami dan menyedari dengan jelas akan masalahnya dan tujuan dia berjumpa dengan kaunselor. Ada yang berjumpa dengan kaunselor dengan mengemukan masalah lain yang bukannya masalah utama. Apa pun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah matlamat yang ingin dicapai diakhir sesi. Engelkes dan Vandergeot (1982) mengatakan kaunselor menggunakan kemahiran yang ada padanya untuk mencapai objektifnya. 4.1.3 Menstruktur hubungan.;kefahaman tentang proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien Apabila klien berjumpa dengan kaunselor, klien harus mempunyai struktur dengan kaunselor agar dapat memahami arah mana yang akan ditujunya dan memahami proses kaunseling. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah klien akan merasa ragu dengan sesi kaunseling kerana dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkan dan bagaimana semua ini dapat menolongnya. Oleh sebab itu, beberapa perkara penting harus dipersetujui oleh 10

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

kedua-dua pihak sebelum memulakan sesi kaunseling. Diantaranya ialah kefahaman tentang proses kaunseling dimana kaunselor harus memberi penjelasan bagaimanakah proses kaunseling ini berlaku dengan menjelaska cara berinteraksi dalam setiap sesi kaunseling. Klien juga harus mengetahui peranan masing-masing dalam sesi ini. Kedua ialah penjelasan tentang perkara-perkara yang terlibat bermaksud klien harus mengetahui beberapa perkara penting sebelum sesi kaunseling dimulakan seperti masa bertemu, tempat, berapa lama proses kaunseling serta kekerapan bertemu. Akhir sekali ialah aspek kerahsian. Aspek ini penting agar klien akan merasa selamat dan selesa untuk meluahkan masalahnya tanpa merasa ragu dan tidak yakin dengan kaunselor. Contohnya seperti : Segala perbualan kita akan menjadi rahsia dan akan direkodkan supaya dapat dibincangkan pada sesi kaunseling yang seterusnya. 4.1.4 Membina kepercayaan. Kaunselor harus mempunyai etika yang tinggi dalam segala tingkah lakunya. Seperti mana yang diketahui, klien sudah harus memahami aspek kerahsian dan kemahiran yang dimiliki oleh seorang kaunselor. Semua ini bertujuan untuk mendapatkan kepercayaan klien tersebut. 5. Dialog Dalam Tahap Membina Hubungan : : : Selamat pagi.Apa khabar? Sila duduk. Selamat pagi. Khabar baik dan terima kasih. Sebelum saya memulakan sesi kaunseling ini, saya ingin jelaskan tentang beberapa penting supaya saudari Sal dapat memahami proses kaunseling ini. Sal : Ya, saya.

Kaunselor Sal Kaunselor

11

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunselor

Saya sebagai kaunselor saudari Sal akan cuba menolong dalam isuIsu yang sedang Sal alami dan cuba untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah Sal. Ada apa-apa soalan yang ingin ditanyakan? Ya. Saya. Saya ingin mengetahui bila dan manakah sesi kaunseling ini akan berlangsung? Saudari Sal, kita akan membuat sesi kaunseling setiap hari Isnin pada jam 12.30 petang lepas kuliah Sal di bilik kaunseling. Jika Sal mempunyai masalah untuk berjumpa pada hari tersebut, sila maklumkan kepada saya secepat yang mungkin untuk membuat temujanji yang seterusnya. Ya. Saya. Untuk Pengetahun Sal, segala apa yang kita akan bincangkan akan dirahsiakan dan direkodkan untuk tujuan perbincangan pada masa akan datang dalam sesi seterusnya. Setakat ini sahaja sesi kita. Ada apa-apa soalan yang ingin ditanya lagi? Tidak ada. Terima kasih. Kita jumpa pada sesi yang seterusnya.

Sal Kaunselor

: :

Sal Kaunseling

: :

Sal 6.

Dialog Meminta penjelasan lanjut Egan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. Menurut

Egan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jenis kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matlamat kaunseling. Salah satu kemahiran yang digunakan ialah kemahiran tingkah laku verbal yang melibatkan meminta penjelasan lanjut dalam sesi kaunseling ini. Kaunselor : Saya kurang pasti dengan maksud saudari Sal? Boleh saudari jelaskan dengan lebih lanjut lagi? Sal : Saya tinggal bersama dengan lima rakan serumah yang mengambil program pengajian yang berbeza dari saya. Ini membuat kan saya sukar untuk mengulangkaji pelajaran saya dengan mereka. Kaunselor : Teruskan...

12

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sal

Prestasi peperiksaan saya semakin menurun. Saya ingin berpindah ke rakan sekelas saya walaupun mereka tinggal jauh dari Universiti. Tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak menyatakan hasrat saya kepada rakan serumah saya.

7.

Dialog Menyemak Persepsi Dalam menyemak persepsi, kaunselor cuba untuk meminta klien bersetuju

atautidak mengenai persepsinya. Contoh dialog : Kaunselor : Daripada penjelasan saudari Sal, saudari ingin meminta bantuan bagaimana hendak menyatakan hasrat saudari kepada rakan serumah Sal untuk berpindah rumah dan cuba meningkatkan prestasi peperiksaan Sal. Adakah ini benar? Sal 8. : Rumusan Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Ya, benar.

13

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

9.

Rujukan

14

Anda mungkin juga menyukai