Anda di halaman 1dari 16

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

ISI KANDUNGAN PENANDA WACANA


MUKA SURAT
1.

ABSTRAK

2.

PENGENALAN KEPADA PENANDA WACANA

3.

HURAIAN EMPAT FUNGSI PENANDA WACANA

4.

PERBINCANGAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM


PERENGGAN

5.

CADANGAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PENANDA


WACANA DI KALANGAN PELAJAR

13

6.

KESIMPULAN

15

7.

RUJUKAN

16

ABSTRAK
1

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Tugasan ini dilakukan bagi mengetahui bagaimana penggunaan penanda wacana yang tepat
akan dapat menyempurnakan pertautan isi dalam penulisan. Selain daripada itu ia turut
mengkaji bagaimana fungsi-fungsi penanda wacana dalam Bahasa Melayu dapat mewujudkan
keseimbangan antara ayat dengan frasa. Dalam tugasan ini, penanda wacana wujud apabila
ada rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea. Hubungan ini
terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Pengulangan kata atau rangkai kata utama,
terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana. Bagi para
pelajar, penanda wacana boleh membantu bagi mereka menulis esei atau isi syarahan dengan
dengan lebih teratur. Setiap isi dalam perenggan akan lebih nampak mesejnya jika penanda
wacana yang bersesuaian digunakan untuk menerangkan maksudnya.

1.

PENGENALAN KEPADA PENANDA WACANA

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru(1993), bermaksud ucapan,


pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan manakala
Harimurti Kridalaksana (1984) menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa
terlengkap dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar.
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku,
ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang
lengkap. Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab,
buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Penanda wacana pula ialah kata atau frasa perangkai ayat. Ia menghubungkan dua ayat
lalu membentuk satu ayat dan antara perenggan. Fungsi kata hubung ini ialah
menghubungkan dan sekali gus menerangkan apa yang sedang dikatakan oleh ayat yang
mengikutinya dan yang telah dikatakan oleh ayat sebelumnya. Penanda wacana juga
dapat digunakan untuk menghubungkan idea antara perenggan. Sementara itu, penulisan
tanda wacana harus dikuti tanda koma.
Pada kebiasaannya, dalam sesuatu ayat terkandung sesuatu idea, hujah, atau pandangan
penulis atau pengucap. Semua itu dikatakan maklumat tentang sesuatu topik. Beberapa
maklumat ini dianggap tidak mempunyai pautan yang lengkap sebagai satu kesatuan
tatabahasa jika tanpa penanda wacana, atau jika tidak mempunyai penanda wacana yang
lengkap. Oleh yang demikian, dalam sesuatu wacana, perkaitan antara unit bahasa yang
terlibat dapat melahirkan kesatuan yang utuh, kerana wacana itu sendiri, sama ada dalam
bentuk lisan mahupun tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat
tentang sesuatu topik.

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Oleh yang demikian, penanda wacana berupa kata atau rangkai kata digunakan untuk
merangkaikan ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan
ayat yang utuh. Oleh sebab penanda wacana itu berfungsi merangkaikan ayat dengan
ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai perangkai ayat.
Penggunaan penanda wacana yang betul akan meyerlahkan idea dengan lebih mantap.
Ketidaktepatan dalam menggunakan penanda wacana bukan sahaja merupakan kesalahan
dalam tatabahasa justeru akan mencelarukan kesatuan idea yang ingin disuakan.
Ketidaktepatan dalam menggunakan penanda wacana sering kita temukan dalam bahan
bacaan.
Secara amnya, dalam bahasa Melayu terdapat sekurang-kurangnya lima penanda wacana,
iaitu penanda wacana penghubung, penanda wacana rujukan, penanda wacana
penggantian, penanda wacana leksikal, dan penanda wacana elepsis atau pengguguran.
Penanda wacana dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Ia
adalah seperti berikut:a) Penanda tambahan:Selain itu, tambahan pula, lagipun, dan juga
b) Penanda akibat:Dengan yang demikian, oleh itu, sebagai akibatnya, jadi, oleh hal yang
demikian
c) Penanda contoh:Sebagai misalnya, sebagai contohnya, sebagai umpamanya, terutamanya,
khususnya
d) Penanda keterangan atau penjelasan:Dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni
e) Penanda kesimpulan:Intihanya (akhirnya), kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

f) Penanda perbandingan:Sebagai perbandingan, demikian juga.


Yang berikut ialah senarai penanda wacana yang terdapat dalam bahasa Melayu baku:
Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Setelah berusaha bersungguh-sungguh akhirnya Alif berjaya menyiapkan segala
projek sekolah yang diberi oleh gurunya itu.
2. Shafiq telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh
itu, majikannya telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya.
3. Amirul ke Subang pada sebelah pagi.Kemudian, dia akan ke Kelang pada sebelah
petangnya.
4. Hairul mati dibaham harimau. Oleh sebab itu, mayatnya itu tidak perlu dimandikan
kerana semua bahagian badannya telah berkecai.
5. Azree suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin.
6. Fahmi masih mahu meneruskan perniagaannya meskipun terdapat banyak
persaingan.
7. Lutfi suka pulang lewat ke rumah. Oleh sebab itu, ibunya tidak membenarkannya
keluar bersama-sama dengan kawan-kawannya

2.

HURAIAN EMPAT FUNGSI PENANDA WACANA

Penanda wacana pada amnya mempunyai beberapa fungsinya yang tersendiri. Perkataan
ataupun rangkaian perkataan dalam penanda wacana itu sendiri berfungsi mempertalikan
sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
Seandainya sesuatu wacana karangan berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang
tepat ini akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap. Ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan atau

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

penyampaian idea atau mesej tidak sampai kepada pembaca bagi seseorang pembaca
buku, artikel atau esei dan sebagainya.
Untuk wujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana,
penanda wacana berfungsi sebagai:(a) penghubung tambahan
(b) penghubung tentangan
(c) penghubung musabab
(d) penghubung tempoh
(a) Penghubung Tambahan
Penghubung yang memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang
diperkatakan sebelumnya , contohnya: dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih
lagi, di samping itu, selanjutnya.
Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:
Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan
sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan menentukan bahawa kuasa itu
digunakan dengan munasabah, adil, jujur, dan saksama.
(b) Penghubung Tentangan
Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baharu
diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama, contohnya: tetapi,
sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun
Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:
1. Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun tersebut namun hatinya
masih teringat akan kampung halamannya.

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

2. Morfem bebas boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialahmorfem yang
dapat wujud

bersendrian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya

wujud bersama-sama morfem lain.

(c) Penghubung Musabab


Penanda wacana yang mengaitkan sebab berlakunya sesuatu. Contoh : Kerana, oleh, oleh
sebab, oleh itu, oleh demikian, dengan itu, maka itu.

Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:


1. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian,
bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris.
2. Sebenarnya semua pihak patut terasa terpanggil untuk menangani masalah sosial
dalam masyarakat kini. Dengan itu, kejayaan dapat dicapai dengan segera
(d) Penghubung Tempoh
Penanda

penghubung

yang

menunjukkan

urutan

masa

atau

siri

berlakunya

sesuatu.Contoh : pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya


Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:
Terdapat beberapa sebab Kerajaan Malaysia mengharamkan iklan rokok di media massa
dan cetak. Pertama, mengurangkan jumlah perokok. Seterusnya, menghalang daripada
generasi muda terlibak dengan gejala tersebutAkhirnya, sebagai kempen
kesedaran kepada semua pihak yang terlibat.
3.

PERBINCANGAN
PERENGGAN

PENGGUNAAN

PENANDA

WACANA

DALAM

Memang tidak dinafikan, penanda wacana berperanan untuk menjadi penyambung,


pengukuh atau pencetus kelancaran sesuatu ayat tersebut.Tanpa penanda wacana, sesuatu
ayat itu mungkin agak longgar, tidak bermaya atau tidak kukuh huraiannya.Namun apa

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

yang lebih penting ialah penggunaan penanda wacana yang betul bagi memastikan
kelancaran sesuatu ayat yang ingin ditulis.
Selain daripada itu, penggunaan penanda wacana dalam sesebuah karangan atau
penulisan perenggan amat penting bagi mewujudkan pertautan dan kesepaduan bentuk
dan makna sesebuah karangan. Hal ini demikian kerana penggunaan penanda wacana
yang berupa kata atau frasa perangkai membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun
dengan baik sehingga urutan maklumat atau gagasan menjadi lancar dan tidak melompatlompat atau terputus-putus. Penanda wacana boleh digunakan dua situasi, untuk
menghubungkan dua ayat bagi membentuk satu ayat, dan antara perenggan. Penggunaan
penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan antara ayat atau ayat-ayat sebelumnya.
Keadaan ini membentuk satu aliran huraian yang logik dan sistematis. Dengan demikian,
pembaca dapat mengikuti perkembangan sesuatu idea yang ingin disampaikan oleh
penulis. Penulis dapat juga melahirkan dan mengolah ideanya dengan lancar dalam
urutan yang logik dan tanpa menggunakan penanda wacana huraian dan penerangan akan
menjadi terputus-putus.
Berikut adalah beberapa contoh penanda wacana yang boleh digunakan dalam menulis
ayat dalam sesuatu perenggan. Penggunaannya mestilah bersesuaian dengan topik atau
idea yang ingin disampaikan.
1. Penanda permulaan atau pendahuluan karangan.
Contoh penanda wacana yang boleh digunakan papa permulaan karangan:
a. Pada era globalisasi ini,

f. Kini,

b. Pada zaman pasca kemerdekaan ini,

g. Dasawarsa ini,

c. Dalam meniti arus kemodenan ini,

h. Dalam meniti kehidupan pada

d. Dewasa ini,

marcapada,

e. Pada masa ini,

i. Sejak sedekad yang lalu,

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

j. Sejak negara menikmati arus

l. Belakangan ini,

kemerdekaan,

m. Sejak akhir-akhir ini,

k. Kebelakangan ini,

Contoh penggunaan penanda wacana pada permulaan karangan:1.

Sejak akhir-akhir ini, masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja


menjadi isu yang hangat diperkatakan.

2.

Pada alaf moden ini, penggunaan computer menjadi satu keperluan dalam
kehidupan manusia.

3.

Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lanjut, eloklah saya menerangkan
maksud iklan.

4.

Memang tidak dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda sekarangini


menghimpit kehidupan rakyat, terutamanya golongan bawahan.

5.

Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangani
segera.

2. Penanda memulakan isi baharu.


Contoh penanda wacana yang boleh digunakan untuk memulakan isi baharu:a. Selain itu,
b. Di samping itu,
c. Sementara itu,
d. Dalam pada itu,
e. Lain daripada itu,
f. Pada waktu yang sama,
Contoh penggunaan penanda wacana untuk memulakan isi baharu:-

HBML 3203 SMP

1.

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Sementara itu, pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan


berlakunya masalah ini, antaranya termasukalah...

2.

pada waktu yang sama, faktor ibu bapa punca utama menyebabkan
berlakunya kemerosotan disiplin dalam kalangan remaja masa ini.

3.

Selain itu, faktor...

4.

Sementara itu terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan


untik mengatasi masalah ini, seperti...

5.

Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah


iniadalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang
tegashendaklah dilaksanakan supaya...

3.

Penanda huraian isi karangan

Contoh penanda wacana yang boleh digunakan untuk huraian isi karangan:a. Hal ini demikian kerana
b. Hal ini berlaku kerana
c. Hal ini terjadi kerana
d. Hal ini disebabkan oleh
e. Hal ini wujud akibat daripada
f. Hal ini bersangkut-paut dengan
g. Hal ini berpunca daripada
h. Hal ini tercetus apabila
Contoh penggunaan penanda wacana untuk huraian isi karangan:1.

Hal ini berlaku kerana ketidakpuasan para penduduk terhadap sistem perparitan
yang tidak terjaga.

2.

Hal ini terjadi apabila salah seorang penumpang cuba menimbulkan kekecohan
di dalam kapal.

3. Dengan kata lain, hal ini berpunca dari salah faham antara dua pihak yang bertelagah.

10

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

4. Hal ini tercetus apabila seorang penonton mengumban objek yang tajam kea rah
penonton hadapan.
5. Hal ini bersangkut paut dengan kegagalan salah satu mesin beroperasi dengan baik.

4. Penanda menghuraikan contoh


Contoh penanda wacana yang boleh digunakan untuk menghuraikan contoh:a. Hal ini mengakibatkan

e. Oleh hal yang demikian

b. Hal ini menyebabkan

f. Oleh sebab itu

c. Oleh itu

g. Jelaslah bahawa

d. Maka

h. Justifikasinya

Contoh penggunaan penanda wacana untuk huraian isi karangan:1. Jelaslah bahawa kita masih memerlukan kerajaan yang mampu membantu
menyelesaikan masalah rakyat.
2. Oleh itu, masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini,
misalnya, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian...
3. Justifikasinya, kes penderaan kanak-kanak semakin serius, Kes terbaru ialah...
Sebagai contoh...
4. Maka sistem yang efektif dan efisien adalah amat perlu dalam mengurus tadbir
sesebuah syarikat.
5. Oleh sebab itu, kemiskinan menjadi penghalang terbesar bagi perkembangan
jasmani dan emosi kanak-kanak di luar bandar.
7. Penanda untuk bahagian penutup

11

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Contoh penanda wacana untuk bahagian penutup:a. Kesimpulannya,

e. Sebagai penghias bicara akhir,

b. Secara tuntas,

f. Sebelum mengakhiri wacana ini,

c. Konklusinya,

g. Secara keseluruhan,

d. Sebagai penutup wacana,

Contoh penggunaan penanda wacana untuk bahagian penutup:1. Tegasnya, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial.
Oleh itu...
2. Kesimpulannya, pendisiplinan diri menjadi kunci kepada kejayaan seseorang
individu kerana...
3. Akhir kata, sambutlah anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda...
4. Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya...
5. Saya sudahi ucapan ini dengan...

4. CADANGAN
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN
PENANDA WACANA DI KALANGAN PELAJAR

PENGGUNAAN

Pada pandangan saya, cara yang paling berkesan untuk membantu para pelajar
dalam meningkatkan penggunaan penanda wacana adalah dengan menggunakan
formula Jadual Penanda Wacana yang disertakan. Pelajar perlu tahu, jenis
penanda wacana yang ingin digunakan dan apakah kegunaannya. Selepas itu
barulah menggunakan contoh penanda wacana yang bersesuaian untuk sesuatu ayat
ataupun perenggan. Apabila para pelajar melakukan latih tubi dengan menggunakan
jadual disediakan pada setiap minggu, pelajar tentu tidak mempunyai masalah untuk

12

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

menggunakan penanda wacana yang bersesuaian dalam esei mereka. Pelajar perlu
memahami dan menghafal perkataaan atau ayat-ayat penanda wacana yang ingin
digunakan dalam karangan mererka. Penggunaan penanda wacana yang salah akan
menyebabkan pelajar kehilangan markah yang berharga dalam karangan mereka.

Pelajar juga perlu mempratikkan penggunaan penanda wacana yang berlainan untuk
tajuk esei atau syarahan yang berlainan. Mereka masiah boleh merujuk kepada
Jadual Penanda Wacana yang telah dinyatakan sebelum ini. Ini akan mampu
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan pelbagai penanda wacana
untuk situasi yang berbeza. Pelajar yang dapat menguasai kemahiran penggunaan
penanda wacana akan memndapati mereka akan lebiha dapat menyusun ayat-ayat
dengan mudah tanpa menggunakan susunan ayat yang panjang lebar.
Alternatif lain yang boleh membantu pelajar mendalami penggunaan penanda
wacana adalah dengan mengadakan bengkel aplikasi Jadual Penanda Wacana
dengan yang mengumpulkan pelajar dan pelajar mempratikkan apa yang dipelajari
dalam satu kumpulan belajar ataupun study group. Guru-guru boleh bertindak
sebagai mentor dan pelajar berbincang dalam kumpulan tentang penggunaan
penanda wacana yang bersesuaian. Hasil perbincangan akan dibentangkan bersama
di hadapan mentor. Mentor akan mengulas dan akan cuba memperbetulkan
kesalahan pelajar sehinggga mereka dapat menghasilkan hsail kerja yang
memuaskan.

13

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Jadual Penanda Wacana


Penanda
Wacana
Penanda
Tambahan
Penanda
Akibat
Penanda
Contoh Atau
Ilustrasi

Penanda
Keterangan
Atau
Penjelasan
Penanda
Kesimpulan
Penanda
Masa /
Turutan

Contoh
Selain itu,.. / Tambahan pula,..
Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,..
Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,..
Bertitik tolak dari situ,..
Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,..
Sebagai akibatnya,..
Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,..
Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,..
Khususnya,.. / Tamsilanya,..
Terutamanya,..
Biar kita mengambil contoh,..
Yang dimaksudkan ialah..
Hal ini dapat dilihat melalui..
Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,..
Tegasnya,.. / Sebenarnya,..
Hal ini demikian kerana,..
Secara empirikalnya,..
Menurut kajian..
Akhirnya,.. / Kesimpulannya,..
Pada keseluruhannya,..
Intihanya,.. / Konklusinya,..
Pendek kata,.. / Sesungguhnya
Pertamanya,.. / Keduanya,..
Berikutnya,.. / Kemudian,.. / Kini,..
Keesokannya,.. / Pada masa itu, ..
Selepas itu,.. / Seterusnya,..
Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,..
Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,..
Dewasa ini,.. / Marcapada ini,..

Penggunaannya
Perenggan isi
Ayat huraian
Ayat huraian
Kesan sesuatu

Ayat contoh

Ayat huraian
Menegaskan sesuatu

Perenggan penutup

Perenggan Isi
Ayat huraian

14

HBML 3203 SMP

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

Sebagai perbandingan,.. / Ironinya,..


Penanda
Sebaliknya,.. / Berbeza dengan..
Perbandingan Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,..
/ Alternatif
Sehubungan dengan itu,..
Dalam nada yang berbeza,..
Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,..
Penanda
Ramai berpendapat bahawa..
Umum
Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,..

5.

Perenggan Isi
Ayat Huraian
Membandingkan
sesuatu
Ayat Huraian
Ayat Akhir perenggan
Isi

KESIMPULAN
Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, penghubung ayat atau penanda wacana ialah
kata atau frasa yang berfungsi sebagai penghubung atau jambatan yang membantu
seseorang membaca dari satu ayat ke satu ayat dengan lancar. Penulis menamatkan
suatu idea yang lengkap dalam satu ayat, dan menandakannya dengan tanda noktah di
akhir ayat tersebut. Untuk memudahkan pembaca agar dapat mengaitkan ayat
sebelum dengan

ayat yang berikutnya, penulis memasukkan penghubung ayat

sebagai jambatan antara kedua-dua ayat tersebut. Pada kebiasaannya, sebuah


penulisan karangan yang baik adalah yang mempunyai isi yang banyak dan
bertepatan dengan tajuk. Tetapi sekiranya karangan itu tidak mempunyai penanda
kata wacana yang berkesan maka sudah tentu sebuah karangan menjadi tidak
sempurna disebabkan binaan ayatnya tidak gramatis. Penanda kata wacana adalah
perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea
dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.Aspek penanda wacana akan
mempengaruhi pengolahan,struktur ayat, pemerenggan, kosa kata, dan bahasa secara
keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan
atau ucapan yang baik. Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan
perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok
itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Tegasnya, penanda wacana
menyempurnakan tautan isi-isi di dalam ucapan atau karangan.

(2531 PATAH PERKATAAN)


15

HBML 3203 SMP

6.

HALIZATUL RAHMAH BT. AHMAD ALI

RUJUKAN

www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp4feb8.pdf
www.stamfordonline.com.my/.../MPW1113_MP.
bmpmrspm.blogspot.com/.../penanda-wacana-karangan
guruselamanya.wordpress.com/.../penanda-wacana...
osee.mmu.edu./.../Strategi_Menulis_Karangan.

16

Anda mungkin juga menyukai