Anda di halaman 1dari 6

KAMI BENCI DADAH

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MARAN

BULETIN PPDa
P E N D I D I K A N P E N C E G A H A N D A D A H , P E J A B A T P E L A J A R A N D A E R A H M A R A N

BIL 2 / 2010
MAC

KELUARAN TERHAD

EDITOR BULETIN PPDa MARAN EN RAMLI YAHYA (K.U. PSPK) EN MOHD JASMI (PKD) EN ABDUL SANI (P.HEM) EN AZMAN (P.KAUNSELOR) EN SHAHRUL NIZAM (SK CHEDUNG JAYA) EN JOHAR ARIFFIN (SMK SRI JAYA) EN ZAMRI (SK JENGKA 11) G7 PPDa MARAN

DADAH MASIH TERUS MEMBELENGGU KITA


Visi dan misi kita bagaikan sukar dicapai jika kita melihat pemasalahan dadah yang terus tidak dapat diselesaikan. Sekolah bebas dadah Tahun 2012 begitu sukar untuk dicapai sekiranya kita melihat daripada statistik dan permasalahan dadah yang masih melibatkan pelajar sekolah. Daripada hasil perlaksanaan Ujian Saringair Kencing di sekolah, kita melihat para pelajar begitu mudah terlibat dengan dadah. Setakat bulan Februari 2010, seramai 3 orang pelajar yang telah dikesan positif ujian saringan dadah. Daripada hampir 200 orang pelajar yang kita uji, hampir 13 % yang mengaku pernah mengambil dadah terutamanya ganja. Ada juga yang terlibat dengan pernah mencuba meminum air daun ketum dan hidu gam. Daripada hampir 200 respoden pelajar yang disoal selidik, 85% daripada mereka adalah perokok malah 65% respoden adalah perokok tegar. Jelasnya di sini, permasalah dadah dan rokok di sekolah sukar untuk diatasi jika tiada usaha yang jitu daripada semu pihak termasuk ibu bapa dalam membanteras Dadah di kawasan kita. Kita rasa kecewa juga kerana ada kalangan mereka yang terlibat merupakan pelajar yang akan mengambil SPM dan PMR pada tahun ini. Pihak sekolah harus memainkan p e r a n a n u n t u k mengerakkan usaha membanteras dadah secara berhabisan. Kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa amat penting dalam memastikan dadah tidak membelenggu kita lagi. PPDa bukan sahaja melibatkan kesedaran bahaya dadah, tetapi juga menerangkan tentang kesedaran bahaya rokok, Aids/ HIV, penagihan arak/ alcohol dan masalah keruntuhan akhlak dan seks bebas. Semua ini adalah pemasalah Negara , terutama yang melibatkan pelajar remaja . Bersamalah kita membanteras masalah ini.

Kesedaran tentang najis dadah perlu kepada para pelajar dan ibu bapa.

MENARIK DI DALAM : UJIAN URIN 2

AKTA RACUN 3

Pelbagai jenis dadah di pasaran

ECSTACY

GANJA

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH


Pada 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah di peringkat kebangsaan. Uasaha ini terus dimantapkan lagi dengan adanya Minggu Anti Dadah di sekolah-sekolah. Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan, keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan rakyat. Menyedari hakikat ini, Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan usaha kesedaran penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah dengan tema, 1 Malaysia Membanteras Dadah. Sekolah sekolah diminta untuk melaksanakan minggu anti dadah dengan mengadakan pelbagai aktiviti kesedaran bahaya dadah kepada para pelajar. Bagi sekolah, Minggu Anti Dadah akan dilaksanakan mulai 19 Februari 2010 hingga 31 Mac 2010.

DADAH DARI SUDUT AGAMA AKTIVITI PPDa SLAD

Namun begitu, ia boleh dijalankan sepanjang tahun jika mendapat sokongan PIBG dan pentadbiran setempat. Selain itu, Program PPDa iaitu Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah perlu dimantapkan lagi denagn meningkatkan tahap perlaksanaan bilik sumber, sudut PPDa, Klinik Berhenti Merokok d an k emp en k es ed ar an . Sasaran utama program ialah pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

MUKA 2

GERAK-SEDAR

Ujian Urin

Generasi muda perlukan bimbingan.

Para pelajar melihat langkah pengujian saringan urin .

Kesedaran bahaya najis dadah amat perlu kepada para pelajar

DEFINISI INHALAN Sebarang jenis bahan meruap yang diambil melalui sedutan wapnya seperti gam, pelarut cat, tinner dan gas anestetik
Ujian Urin dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan dengan bantuan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), bertujuan sebagai langkah pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar. Mereka dapat mendengar taklimat bahaya dadah, menguji air kencing dan membuat penilaian kendiri terhadap diri. Selain itu pelajar didedahkan dengan mengenal pasti kandungan dadah, ubat, atau bahan larangan dalam badan. Bagi yang pernah terlibat, kita membantu mereka dari segi kaunseling dan kesedaran sebelum terlambat. Pelajar akan cuba dibantu untuk keluar dari gejala yang tidak sihat seperti dadah dan rokok. Jika air kencing positif, ia akan di bawa ke ujian makmal. Pelajar yang terlibat mencuba dan positif akan dibuat pemantauan dan seliaan daripada sekolah, Jabatan Pelajaran dan dibantu pemantauan ibu bapa. Ujian Urin di sekolah lebih bersifat pendidikan dan pencegahan. Pegawai AADK membuat pemeriksaan ke atas air kencing para pelajar yang dipilih secara rawak.

PEMANTAUAN PPDa
Semua sekolah diminta melaksanakan program PPDa seperti yang dirancang. Surat siaran tersebut dikeluarkan bagi memaklumkan tentang usahausaha yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam memperkasakan Program PPDa di sekolah. Pemantauan akan dijalankan oleh PPD dan JPNP dari masa ke semasa bagi memastikan sekolah melaksanakan program PPDa. Kedapatan beberapa sekolah yang masih belum melaksanakan PPDa. Kita mengharapkan 2010 ini, semua sekolah dapat melaksanakan aktiviti diperingkat sekolah seperti menyediakan Bilik Sumber atau Sudut PPDa, melaksanakan PROSIDAR (sekolah rendah), Kempen Antidadah, melaksanakan SLAD (sekolah menengah), merancang takwim PPDa, kempen Anti Rokok/Nafas Segar, PPDa dalam KBSM (SM), Program Kesedaran HIV/AIDS, dan sebagainya.(sila rujuk surat siaran JPNP19/01/001/jld3 (69) dan Buku Panduan PerlaksanaaPPDa di sekolah / surat perkeliling. Semoga 2010, membangkitkan semangat baru untuk kita.

Bil 2/ 2010

Page

Akta Racun 1952 bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. Racun bermaksud bahan yang dinamakan dan disenaraikan dalam Senarai Racun dan termasuklah apa jua campuran, sediaan, larutan atau bentuk asli yang mengandungi bahan tersebut kecuali apa-apa sediaan atau bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini. Pengawalan dadah yang tidak dinyatakan di bawah Jadual pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dikawal di bawah Akta ini. Akta ini mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 September 1952 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mulai 1 Jun 1978. Jenis racun yang berada di bawah kawalan akta ini termasuklah bahan yang digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian. Sebahagian racun telah dikelaskan sebagi bahan psikotropik dan hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan, doktor haiwan dan doktor pergigian. Ahli farmasi atau doktor yang diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan ini. DAUN KETUM, GAM, THINNER serta pelbagai jenis kimia lain adalah tertakluk kepada Akta ini. Pada tahun 1983, kerajaan telah meminda Akta Racun 1952, bagi memasukkan peruntukan mengawal bahan-bahan acetylating seperti acetic anhydride, acetyl chloride dan acetyl bromide. Bahan -bahan ini adalah amat diperlukan dalam pemprosesan dadah heroin daripada morfin.

NAMA GELARAN: MDMA,Pink Lady, Playboy Love Drug, Apple Pil Goyang Kepala YAMA, YABA E, Adam, Eve, X, Speed, XTC, Roll CARA DIGUNAKAN: Diminum bersama air buah-buahan bagi melindungi rasa masinnya. BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK : Tablet di cop dengan pelbagai simbol TANDA DIGUNAKAN: Khayal Cakap berlebihan Menggoyangkan badan dan kepala mengikut muzik tanpa henti. Mendengar muzik dengan kuat Mudah mesra dan suka didampingi. Gelisah

AKIBAT BURUK PENGGUNAAN: Khayal Kelesuan Aneroksia Sukar tidur Emosi terganggu / paranoid Menggeletar Kekejangan otot Dehidrasi yang teruk Peningkatan suhu badan melampau Kecenderungan berindak ganas Mudah marah Kegagalan jantung berfungsi Merosakkan organ-organ utama seperti otak, paru-paru, buah pinggang dan hati. Kematian akibat peningkatan tekanan darah dan kadar degupan jantung keterlaluan. Pendarahan otak CATATAN: Ecstacy merupakan dadah sintetik yang bertindak ke atas otak dan merangsang aktiviti fizikal penggunanya. Ianya dihasilkan oleh kilang-kilang yang beroperasi secara haram. Kesan ecstacy bermula selepas 20-40 minit ia masuk kedalam badan.

MUKA 4

GERAK-SEDAR

NAMA GELARAN: Dam, Weed, Pot Sayur, Satay, Blunt Joint, Roach, Balut, Dagga, Kif Takrouri Hashish, Tarek Daun, Pot, Dagga Marijuana, Barang, Indian Hemp CARA DIGUNAKAN: Pipe-on dengan dapur ganja Dibalut dan dihisap BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK : Serbuk (hashish) Blok mampat / sate Herba / Resin Getah TANDA DIGUNAKAN: Kesukaran berjalan Mengantuk Kelihatan bodoh dan ketawa berlebihan Rambut berbau Mata sangat merah dan berair Mudah marah Banyak bercakap Kuat makan Terlampau cergas

AKIBAT BURUK PENGGUNAAN: Gangguan mental Mati pucuk (impotensi) Kerosakkan pada organ peranakan / pembiakan yang boleh menyebabkan kemandulan. Kelahiran anak cacat Kerosakan teruk paru-paru Peningkatan mendadak degupan jantung Ketagihan Merosakkan sel-sel saraf bahagian otak Merosakkan daya imbangan diri Kekurangan daya tahan badan Perubahan tingkahlaku dan peribadi CATATAN: Ganja boleh mengakibatkan ketagihan. Penghisap ganja terpaksa meningkatkan pengambilan ganja dari masa ke semasa kerana daya tahan (tolerance) mereka terhadap ganja turut meningkat. Apabila ganja tidak lagi mendatangkan keseronokkan walaupun dalam jumlah yang banyak maka penagih ganja akan beralih kepada dadah yang lebih kuat seperti heroin dan syabu.

Muka 5

idak terdapat hukuman atau larangan khusus daripada Al-Quran atau hadis Rasullullah S.A.W tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatanperbuatan yang keji dan merosakkan diri. Oleh kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kehidupan yang sejahtera, maka larangan-larangan keras telah dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak dalam kebinasaan. Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-Hadis yang menjadi dalil haramnya bendabenda memabukkan hanya dikhususkan kepda arak sahaja. Oleh kerana itu, di dalam penetapan hukum, selain daripada Al-Quran dan Hadis, Jumhur Ulamak telah berpendapat bahwa ijmak Ulamak dan Qias juga merupakan sumber yang ketiga dan keempat bagi menentukan sesuatu hukum. Oleh kerana itu, hukum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, tetapi akan ditentukan daripada sumber keempat iaitu Al-Qias. Imam-imam yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) tidak memberi sebarang fatwa mengenai dadah kerana pada masa itu dadah belum wujud lagi. Dadah hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar. Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya Fatwa Al-syariiyah (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali. Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis :Ertinya : Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram (hadis Bukhari dan Muslim)

KAMI BENCI DADAH


Aktiviti PPDa 2010

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, PEJABAT PELAJARAN DAERAH MARAN


Buku Log Program SLAD. Sila dapatkan di PPD Maran sekarang.

Minggu AntiDadah di Sekolah-sekolah Bilik Sumber PPDa (Pertandingan) Sudut/ Lorong Sumber PPDa (pertandingan) Ujian Urin di Sekolah Menengah (FebMac )

TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN, 26500 MARAN, PAHANG Phone: 09-4771751 Fax: 09-4771737 E-mail: ppd_maran@yahoo.com.my

Program Sahabat PPDa-Petronas Program Intervensi Pelajar Program Sifar Dadah di Sekolah (PROSIDAR)

PEGAWAI KHAS PPDa MARAN: EN MOHD JASMI BIN JAAFAR mohdjasmi_ppdmaran@ yahoo.com.my

Arak : semakin ramai pelajar kita yang mengambil arak. Fikirkan kesan dan risikonya?

Pelbagai lagi program akan diusahakan. Pihak sekolah perlu terus melaksanakan apa jua program anti dadah sepanjang tahun.

LAMAN WEB PPD MARAN:

HAPUSKAN DADAH

www.moe.gov.my/ppdmaran

SEKOLAH BEBAS DARIPADA DADAH


RAKAN PPDa: SLAD perlu diwujudkan di sekolah Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) perlu digerakkan kembali di semua sekolah menengah bagi memastikan program menangani isu dadah di sekolah boleh di atasi. Pihak sekolah diminta menubuhkan SLAD dan mendapatkan buku log daripada PPD. Ahli SLAD terdiri daripada para pelajar Tingkatan 2 dan 4 , manakala programnya adalah berupa aktiviti yang berkaitan dengan kempen pendidikan pencegahan dadah di sekolah. Jabatan Pelajaran Pahang sendiri amat mengambil berat penubuhan SLAD ini dan pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa. Diharapkan sekolah dapat member kerjasama dan menghidupkan kembali program SLAD di sekolah. BERSAMA KITA HAPUSKAN DADAH

Pegawai AADK sedang melaksanakan pengesanan dadah dalam air kencing pelajar. (Urin)

Bilik sumber PPDa di SMK Seri Jengka

Sudut/Lorong PPDa di PPD Maran

Sebarang pertanyaan Sila hubungi JK Buletin PPDa , Pejabat Pelajaran Maran. Untuk mengikuti maklumat PPD dan PPDa, boleh ke LAMAN WEB PPD MARAN:

www.moe.gov.my/ppdmaran

Anda mungkin juga menyukai