Anda di halaman 1dari 9

IBU TUNGGAL

Definisi ibu tunggal



Seseorang wanita ditakrifkan sebagai ibu tunggal sekiranya :

Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-
anaknya
Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-
anaknya.
Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil
masa yang panjang).
Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal:

Masalah ekonomi
Masalah sosial
Masalah psikologi
Masalah dalam berurusan dengan mahkamah.

Masalah ibu tunggal yang telah dicerai suami

Masalah ibu tunggal merupakan salah satu isu yang sering dipertikaikan dalam masyarakat kita.
Fenomena ini didapati meningkat secara berterusan sejak kebelakangan ini.Tahun ini memang
tidak dinafikan bahawa sebagai seorang ibu perlu memainkan peranan bapa pada masa yang
sama sesuatu yang agak susah.Tambah pula, cabaran masa kini yang begitu kuat menyebabkan
Masalah mereka menjadi semakin meruncing.Fenomena ibu tunggal ini telah memberi kesan
kepada wanita yang terbabit dan anak-anaknya secara tidak langsung.Oleh itu,bantuan terhadap
golongan tersebut adalah wajar.Ibu tunggal meliputi mereka yang mendapat anak tanpa
pernikahan yang sah dan memilih untuk memelihara anak tersebut, isteri yang telah diceraikan
oleh suaminya.Isteri yang telah ditinggalkan/ diceraikan serta tidak diberi nafkah untuk menyara
kehidupan. Sebagai seorang ibu tunggal, mereka bertanggungjawab membesarkan anak-anak
tanpa pertolongan suami. Seperti mana yang kita tahu, golongan ibu tunggal sering menghadapi
masalah dalam proses mendidik anak-anaknya,terutamanya ibu tunggal yang kurang
berpendidikan dan berpendapatan kecil.Masalah yang dihadapi oleh mereka meliputi masalah
ekonomi, sosial, psikologi dan hubungan dengan mahkamah.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH IBU TUNGGAL

Masalah ekonomi:
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal.Bagi isteri yang selama ini
merupakan suri rumahtangga, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka mencari peluang
pekerjaan diluar.Keadaan menjadi teruk bagi mereka yang tidak berpendidikan.Sekiranya mereka
mendapat kerja,masalah penjagaan anak perlu diselesaikan jua.
Makanya, untuk menyelesaikan masalah ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau
berniaga sendiri.Namun,ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil.Sumber kewangan yang
terhad menghadkan pilihan mereka dan menyebabkan golongan ini hanya mampu menikmati
kualiti hidup yang rendah.

Masalah sosial
Masalah sosial juga wujud sekiranya ibu tunggal yang mengatakan dirinya terpaksa melibatkan
diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi
menyara anak-anaknya.Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal
di tempat tinggal yang kurang memuaskan. Ini mendedahkan mereka kepada ancaman sosial
seperti rogol, peras ugut dansindiran orang lain.Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang
prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yangdisediakan oleh kerajaan dan pelbagai
bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Bantuan sosial juga berlaku dalam
pelbagai bentuk.Satu daripadanya ialah pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi
membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari.Pengetahuan tentang
selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja
tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka
memulakan perniagaan.

Masalah psikologi
Masalah psikologi juga dihadapi oleh golongan ibu tunggal.Hal ini disebabkan tanggapan negatif
masyarakat terhadap mereka. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan
memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka. Ibu
tunggal yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran
perangkatan jiwanya.Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki mereka terpaksa
bergantung kepada diri sendiri.Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat telah
memburukkan keadaan.Disebabkan kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia
kepada anak-anak mereka, kebanyakan ibu tunggal berasa bersalah.Tekanan hidup atas sebab
kesempitan wang juga membawakan pelbagai kesan negatif.
Masalah dalam berurusan dengan Mahkamah Bagi ibu tunggal akibat perceraian, tidak kurang
yang menghadapi masalah dalam berurusan dengan Mahkamah.
Mereka mengakui sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke
Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya.Pihak
Mahkamah pula mengatakan wanita-wanita ini tidak tahu undang-undang serta prosedur
mahkamah dan tidak tahu hak mereka.
Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan
bekerjasama terutamanya dalamhal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya
merupakan tanggungjawab mereka.











PENGENALAN

Setelah saya diberi tugasan ini,saya terus memikirkan siapa untuk ditemuramah.Bukannya semua
ibu tunggal sanggup berkongsi cerita apabila ditanya.Lebih-lebih lagi jika hendak membuat
tugasan Universiti.Mungkin mereka risau cerita diri mereka diketahui ramai.Rasa malu membuat
mereka terus senyap.

Apabila saya terfikirkan tentang pengusaha kantin saya Pn.K.Kuppama,saya bertanya kepada
beliau.Beliau berfikir sejenak dan bersetuju. Saya menggunakan waktu lepas sekolah untuk
menemuramah beliau dan mencatat cerita beliau pada buku nota saya.Beliau dengan hati terbuka
membuka kisahnya kepada saya.Terdapat beberapa bahagian yang terpaksa beliau sorokkan
daripada saya.Ia bertujuan supaya saya tidak bertanggapan buruk terhadap dirinya.Saya amat
memahami akan perkara tersebut.

Beliau berumur awal 40-an dan telah bercerai selama dua tahun.Mempunyai 4 orang anak dan
tinggal bersama mak mertuanya.












KISAH BENAR SORANG IBU TUNGGAL.

DEMIKIANLAH CERITA PN.K.KUPPAMA..
Musim persekolahan 2014 baru bermula. Tentu ibu bapa merasa lega kerana anak-anak telah
kembali ke sekolah setelah hampir dua bulan bercuti. Rungutan sebahagian daripada anak-anak
disebabkan tidak cukup kelengkapan untuk ke sekolah, tentunya merunsingkan ibu bapa.
Namun apa daya, itulah yang termampu.
Demikian keluhan seorang ibu tunggal, Pn.K.Kuppama berusia awal 40-an pengusaha kantin
sekolah di mana saya bertugas sekarang.
Apabila ditanya atas kesudian beliau berkongsi cerita untuk tugasan saya,beliau dengan rela mula
mencerikan kisah beliau.
Pn.K.Kuppama mempunyai empat orang anak berusia antara 8 tahun hingga 19 tahun. Anak
sulungnya baru balik dari PLKN.Meraka kini tinggal bersama nenek mereka ( ibu kepada bapa
mereka).Neneknya patah hati dengan anak lelakinya yang sanggup menceraikan menantunya
demi cinta perempuan lain yang mana perempuan tersebut juga telah bercerai dengan
suaminya.Bekas suaminya telah ditangkap basah melalui sms yang terdapat dalam telefon
bimbitnya.Apabila ditanya lelaki tersebut mengaku adakan hubungan sulit dengan perempuan
lain.Disebabkan terlalu terluka dengan tingkahlaku suaminya itu, Pn.K.Kuppama bersetuju untuk
berpisah.Akibatnya kini sudah dua tahun berlalu sejak mereka berpisah.
Disebabkan saya terlalu risaukan pendidikan anak-anak saya,maka saya membuat keputusan
untuk tidak tinggal di tempat bekas suami saya.Mahkamah telah memberi keputusan supaya
memberi nafkah hidup sebanyak RM300 tiap seorang.Pada awalnya,nafkah dimasukkan dalam
akaun tanpa sebarang halangan.Tetapi lama-kelamaan nafkah tersebut diberhentikan.
Bukan dia tidak tahu setiap awal tahun anak-anak perlukan wang ringgit untuk naik sekolah, ini
tidak, buat macam orang bujang.
Pernah anak-anak telefon minta duit, jawapannya, mana ayah ada duit? Ini kah jawapan yang
diberikan oleh seorang bapa? Apa dia lupa akan tanggungjawabnya? Apa dia ingat yang
menelefon minta duit itu anak patung atau robot?
Memang saya tahu dia tidak ada duit sebab dia tidak bekerja. Semua orang ada masalah dengan
duit. Tetapi sebagai bapa tidak bolehkah dia berusaha untuk mencari duit bagi perbelanjaan
anak-anaknya itu? Sekurang-kurangnya cari kerja untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-
anak yang saya pelihara.Bagi diri saya sahaja dia Bekas Suami.Bukan untuk anak-anak
sekali.Mana ada Bekas Bapa?
Ini tidak, ceraikan isteri, buang dengan anak-anak sekali.makan ke anak, sekolah ke tidak, ada
mereka peduli?
Memang lelaki sekarang tidak ada perasaan kasih sayang kepada anak-anak mereka yang di
pelihara oleh bekas isteri. Yang mereka tahu, kahwin, lepas dapat anak tinggal begitu sahaja,
yang kena pikul isteri juga.
Bukan setakat persekolahan, apabila musim perayaan tiba begitu juga, tidak pernah ambil tahu
satu perkara pun tentang anak-anak.
Pernah satu ketika apabila fikiran runsing, saya seperti mahu tinggalkan sahaja anak-anak dan
buat haluan sendiri, tapi hati ibu, mana tergamak, mulut saja cakap, hati berkata tidak.
Susah macam mana sekalipun anak tetap anak kena jaga dan bagi pendidikan. Masa depan
mereka yang penting.
Saya juga sudah bosan hendak lalui semua ini, hendak menuntut di Mahkamah apa yang dapat?
Naik turun beratus kali pun, bekas suami tetap macam itu, mahkamah juga tidak dapat berbuat
apa-apa apa lagi jika bekas suami tidak bertanggungjawab ini tidak bekerja.
Yang rugi kita, bekas isteri, yang penat pun kita. Sudah duit ringgit habis buat tambang, masa
juga terbuang, kes macam itu juga tidak ada kesan apa pun kepada bekas suami, sebab yang
merana adalah bekas isteri dan anak-anak.
Mereka tetap bahagia bersama isteri baru. Tambahan pula jika dapat kereta, hidup senang
sebab isteri baru boleh tanggung. Ke hulu ke hilir dengan isteri baru macam baru pertama kali
kahwin, tidak ada tanggungjawab.
Saya hairan macam mana bekas suami tidak boleh berfikir dan tidak ada perasaan kasihan
kepada anak-anak yang ditinggalkan. Lelaki dan bapa jenis apa mereka itu?
Saya berdoa agar satu hari bekas suami yang perangai macam ini akan sedar akan kesilapan
mereka dan insaf dengan perbuatan itu. Doa saya juga semoga anak-anak berjaya dalam
pelajaran dan menjadi insan soleh .
Saya berharap saya diberi kesihatan yang baik, kekuatan dan kesabaran untuk menangani
kesempitan hidup ini selagi hayat di kandung badan. Demikian Pn.K.Kuppama menamatkan
ceritanya.
Kisah Pn.K.Kuppama bukan cerita baru yang pernah kita dengar.Ia kini menjadi satu virus yang
semakin merebak di dalam kehidupan masyarakat kita.
Begitu juga kisah bekas isteri naik turun mahkamah kerana masalah nafkah anak semakin
berleluasa. Setakat ini belum ada satu cara konkrit untuk menanganinya dan memaksa bekas
suami bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka yang dipelihara bekas isteri.
Saya puji sikap Pn.K.Kuppama yang tidak mahu bersandarkan kesempitan hidupnya dengan
hanya naik turun mahkamah tetapi tidak ada jalan penyelesaian.
Hidup perlu diteruskan, masa depan anak-anak perlu dijana, itulah tindakan bijak Pn.K.Kuppama.
Semoga apa yang diharapnya akan menjadi kenyataan. Anda patut menjadi ibu contoh.
Menutup kata, pesanan saya buat Pn.K.Kuppama, kita harus menjadi wanita yang hebat,
perkasa, tabah dan bijaksana dalam menangani masalah. Ibaratnya seperti pokok mawar yang
baru ditanam, jika tidak berbunga ia pasti akan terus tumbuh dan segar.


Lampiran

Anda mungkin juga menyukai