Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Bidang Pembelajaran Tajuk Teknik Masa Hasil Pembelajaran

: Pendidikan Seni Visual : 3 Jauhari (32 orang pelajar) : 16 / 4 / 2012 Hari : Isnin

: Membentuk Corak dan Rekaan : Rumah Impianku : Mozek : 10.20 hingga 11.20 pagi (60 Minit) : Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak dan rekaan.
Aras 1. i. Mengenali rupa bentuk geometri yang boleh digunakan untuk menghasilkan rupa bentuk rumah. ii. Mengenali warna yang sesuai. Aras 2. i. Aras 3. ii. Menghasilkan rupa / corak dengan menggunakan bahan dan teknik secara kreatif berdasarkan penerokaan. Mempamerkan hasil kerja. Menyusun motif untuk menghasilkan rupa / corak.

iii. Objektif P&P

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i. Mengenali rupa bentuk geometri pelbagai rupa. ii. Menentukan warna yang sesuai untuk menghasilkan karya mozek. iii. Menggunakan teknik mozek untuk menghasilkan sebuah karya. iv. Menyatakan perasaan terhadap hasil yang telah dibuat.
1

Alat & Bahan Penggabungjalinan

: Gunting, gam, kertas lukisan, majalah, surat khabar, kertas warna, warna air, warna pastel : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pengetahuan sedia ada : i. Teknik-teknik membentuk corak dan rekaan seperti catan, kolaj, montak dan mozek. ii. Fungsi warna untuk membezakan sesuatu objek seperti daun berwarna hijau. Rujukan Penerapan nilai BBM Pendekatan : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) : Sabar, Bekerjasama, Kasih sayang, Kekemasan Kerja & Bertanggungjawab : Gambar 2 Dimensi (Lukisan Teknik Mozek, Kolaj, Montaj, Catan) & Gambar Rajah Carta Gerak Kerja : Berpusatkan tugas, berpusatkan guru, berpusatkan bahan & berpusatkan murid.

Perkara / Masa
Induksi set (5 minit)

Isi Kandungan
Gambar 2D Lukisan Teknik Catan i.

Aktiviti P&P
Guru menunjukkan contoh-contoh lukisan yang menggunakan pelbagai teknik. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang perbezaan teknik lukisan yang dipaparkan. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang fungsi warna yang sesuai untuk menghasilkan rupa bentuk rumah. Contoh soalan: a. Apakah perbezaan hasil karya yang dipaparkan? b. Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan lukisan ini? c. Bagaimanakah lukisan mozek ini dihasilkan? d. Apakah warna yang sesuai untuk mencorak daun? iv. v. Guru merumuskan jawapan pelajar. Guru menerangkan kepada murid bidang membentuk corak dan rekaan yang akan diajarkan iaitu Teknik Mozek.

Catatan (strategi pengajaran dan pembelajaran)


Model: Pemprosesan Maklumat Strategi: Berpusatkan murid / Berpusatkan bahan Pendekatan: Deduktif & tematik Kaedah: kelas Teknik: Sokratik & Sumbangsaran BBM : Contoh Karya Catan, Karya Kolaj, Karya Montaj, Karya Mozek Nilai: Kasih sayang KBKK: Membanding beza

ii.

Lukisan Teknik Kolaj

iii.

Lukisan Teknik Montaj

Lukisan Teknik Mozek

Langkah 1 (10 Minit)

Pengenalan Teknik Mozek

i.

Guru menerangkan definisi teknik Mozek. (Mozek adalah satu aktiviti guntingan, susunan dan tampalan) Guru menerangkan aktiviti yang akan murid-murid lakukan iaitu menghasilkan lukisan teknik mozek tentang Rumah Impianku. Guru mengedarkan kertas lukisan yang telah siap dilakar bentuk sebuah rumah kepada murid-murid. Guru menerangkan bentuk-bentuk geometri untuk menghasilkan rupa bentuk rumah. Guru menayangkan gambar rajah cara menghasilkan lukisan teknik mozek (cara menggunting, menyusun dan menampal cebisan kertas). Murid-murid melihat dengan teliti cara penghasilan lukisan teknik mozek. Murid-murid membezakan antara teknik kolaj dengan teknik mozek. Teknik kolaj : tampalan cebisan kertas boleh bertindih. Teknik mozek : tampalan cebisan kertas tidak boleh bertindih.

Model: Ekspositori Strategi: berpusatkan guru Kaedah: kelas Teknik: a. Penceritaan b. syarahan BBM: kertas lakaran sebuah rumah Model: Sosial Pendekatan: tematik Strategi: berpusatkan bahan Kaedah: kelas Teknik: demonstrasi / tunjuk cara / pengajaran langsung BBM : Gambar Rajah KBKK: Membanding beza, menganalisis

ii.

iii.

Langkah 2 (5 Minit)

Gambar rajah - Demonstrasi guntingan dan tampalan.


Gambar Rajah Cara Kerja memilih bahan yang sesuai seperti kertas warna atau majalah untuk digunting. Menggunting kertas dengan bentuk yang sama. Memilih cebisan kertas mengikut warna yang sesuai untuk ditampalkan pada kertas yang sudah dilakar. Menampal cebisan kertas yang telah dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki.

i.

ii.

iii.

iv.

Langkah 3 (20 Minit)

Gerak kerja - Menghasilkan karya menggunakan teknik mozek Agihan kumpulan: Kumpulan 1 (Melur) Kumpulan 2 (Mawar) Kumpulan 3 (Teratai) Kumpulan 4 (Kenanga) Kumpulan 5 (Anggerik) Kumpulan 6 (Cempaka) Kumpulan 7 ( Bakawali) Kumpulan 8 (Seroja)

i.

Guru membahagikan murid-murid kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. Murid melengkapkan lakaran dengan menambah objek disekitar lakaran rumah mengikut kreativiti kumpulan masingmasing. Murid memilih kertas warna yang sesuai dan menggunting kertas warna tersebut membentuk bentuk geometri. Guru memberikan bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan teknik mozek iaitu teknik menyusun dan menampal cebisan kertas tanpa bertindih. Setelah siap menggunting, murid-murid dalam kumpulan menyusun dan menampal keratan kertas atas bentuk rumah pada kertas lukisan. Murid-murid dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas. Guru memantau setiap aktiviti murid. Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dikehendaki melakukan aktiviti pembentangan hasil kerja.

Model: Pemprosesan Maklumat Pendekatan: induktif & tematik Strategi: berpusatkan murid, berpusatkan bahan & berpusatkan tugas. Kaedah: kumpulan Teknik: a. projek b. kerja praktikal Nilai: Bertanggungjawab, Berkerjasama, Kekemasan. KBKK: Menyusun mengikut urutan

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii. viii.

Langkah 4 (15 Minit)

Aktiviti pembentangan hasil kerja. Lukisan Teknik Mozek Rumah Impianku

i.

Murid-murid menyatakan secara lisan tentang hasil kerja kumpulan dan rakanrakan secara kritikan berdasarkan pengalaman sepanjang aktiviti dijalankan. Guru meminta murid-murid lain memberikan respon / kritikan tentang hasil kerja rakan-rakan mereka.

Pendekatan: tematik Strategi: berpusatkan murid Kaedah: kelas Teknik: pendedahan kendiri KBKK: menganalisis, menilai hasil

ii.

Penutup (5 Minit)

Sesi Apreseasi

i.

Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti karya yang telah dihasilkan oleh murid. Guru menerapkan nilai-nilai murni kepada murid. Guru membuat sesi soal jawab sebagai pengukuhan. Contoh soalan: a. Apakah yang dimaksudkan dengan mozek? b. Berikan nama seorang tokoh mozek tanahair? c. Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat daripada pembelajaran hari ini?

Strategi: berpusatkan guru Kaedah: kelas

ii.

Teknik: soal jawab Nilai: Menghargai

iii.

Anda mungkin juga menyukai