Anda di halaman 1dari 3

Maklumat tentang Ikan Koi

Pengertian ikan koi


Perkataan koi ini berasal dari Jepun yang khas untuk ikan Kap, iaitu sejenis
ikan air tawar berwarna terang dan biasa digunakan dalam landskap dan reka
bentuk di negara Asia, termasuk feng shui Cina. Ikan koi ini terdapat dalam pelbagai
warna dan mempunyai makna simbolik dalam feng shui (Frazier, 2020).

Makna Ikan Koi

Umumnya, ikan koi membawa maskud seperti berikut:

 Membawa nasib yang baik  Keberanian


 Kejayaan  Cita-cita
 Kemakmuran  Ketabahan
 Panjang umur

Ikan koi yang mempunyai warna yang berbeza juga membawa makna yang
berbeza:

Nama Ikan Koi Warna Maksud


Kohaku

Putih dan merah Kejayaan dalam pekerjaan

Kumonryu Terdapat dua variasi utama


koi ini. Satu variasi adalah koi
dengan badan putih dan
bintik-bintik hitam, dan yang
Hitam atau lain adalah badan hitam.
hitam putih Kumonryu koi ini

melambangkan perubahan
dan transformasi kehidupan
Ogon

Kejayaan dalam perniagaan


Perak
dan kekayaan.

Kuchibeni (Lipstick)
Koi berwarna putih dan merah
ini sering disebut sebagai ikan
"lipstik", kerana warna merah
di mulutnya membuatnya
Putih dan merah
kelihatan seolah-olah ikan itu
memakai lipstik. Kuchibeni koi
mewakili cinta dan hubungan
jangka panjang.

Yamabuki

Emas Kekayaan

Arah Ikan Koi

Arah ikan koi juga membawa maksud yang berbeza (Dodd, 2020):

 Ke hulu
 Anda kini sedang dalam pertempuran atau perjuangan dan masih
menghadapi rintangan tetapi tidak akan berputus asa.
 Anda telah mengatasi rintangan dan kini telah memperoleh kekuatan
yang anda perlukan untuk terus melawan arus.
 Ke hilir
 Anda belum memiliki kekuatan untuk membuatnya melawan rintangan
dan menuju ke arah kejayaan.
 Anda telah mencapai matlamat anda dan mengatasi rintangan anda,
dan anda tidak lagi melawan arus.
Yin Yang Ikan Koi

Dalam feng shui, koi terikat pada simbol yin yang. Sebenarnya, simbol air mata
hitam dan putih dari simbol yin yang dikatakan mewakili dua koi, satu lelaki dan satu
perempuan. Mata setiap tetesan air mata melambangkan mata koi yang sentiasa berjaga-
jaga. Sepasang ikan ini sering dilihat di luar konteks simbol yin yang juga. Sebagai contoh,
sepasang koi sering digunakan sebagai simbol keberuntungan untuk perkahwinan yang
Bahagia (Frazier, 2020).

Koi sinonim dengan keharmonian dan kebahagiaan. Kedua-dua yin dan yang koi
saling melengkapkan dan mewujudkan keseimbangan sempurna antara tenaga negatif dan
positif tenaga chi, yang merupakan kekuatan hidup dari semua benda di bumi (Frazier,
2020).

Penutup

Ikan koi dalam feng shui membawa makna yang baik seperti yang telah dinyatakan.
Dalam yin yang koi, ia telah memberi idea kepada saya tentang saling melengkapi.
Memandangkan tahun ini dunia telah menghadapi cabaran yang amat besar, iaitu Covid-19
dan telah membawa nyawa yang ramai, justeru saya telah memilih idea yin yang koi serta
makna ikan koi untuk penghasilan karya saya bagi tugasan ini.

Jenis ikan koi yang saya pilih adalah Kuchibeni dan Yamabuki. Alasan saya memilih
ikan koi tersebut untuk menghasilkan yin yang koi adalah kerana saya berharap
keharmonian, kebahagiaan dan kekayaan dapat saling menyeimbang dalam sesebuah
negara. Tambahan pula, kesihatan bagi setiap hali keluarga juga amat penting terutama
pada tahun ini. Justeru, saya akan mewarna satu ikan koi dengan biru kerana warna ini
mewakili kesihatan (Rikard, 2015).

Dalam memilih warna latar belakang, saya juga memilih warna sejuk kerana semasa
melihat warna sejuk, ia akan memberi ketenangan kepada seseorang (BasicDefinitions.org,
2019).

Dalam hasil karya, saya juga memilih tiga ekor ikan koi. Hal ini kerana nombor ‘tiga’
adalah nombor genap. Dalam tradisi Cina, nombor genap membawa maksud benda yang
baik akan berlaku secara tidak terhingga (Mandarin Zone, 2020). Justeru, dalam hasil karya
ini berharap semua benda yang baik boleh dilakukan dan diteruskan generasi demi
generasi.

Anda mungkin juga menyukai