Anda di halaman 1dari 9

Topik10 Renjisan

dan Percikan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti apakah percikan dan renjisan; Menceritakan sejarah awal percikan dan renjisan; Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam percikan dan renjisan awal; Mengenal pasti beberapa teknik dan media percikan dan renjisan; dan Membuat percikan dan renjisan dengan pelbagai teknik dan media dan menghasilkan corak yang menarik.

PENGENALAN
Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

148

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

10.1 SEJARAH AWAL


Teknik dan gaya hasilan karya ini bermula selepas Perang Dunia Kedua dan sangat terkenal di Amerika Syarikat. Karya dari teknik ini menggambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui penggunaan berus, warna, renjisan serta percikan warna dengan gaya artis yang bebas dikenali sebagai Aliran Abstrak Ekspressionisme. Pelbagai alatan juga digunakan dalam penghasilan karya ini seperti alat semburan. Artis hanya mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya. Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira dan memberikan kesan kepada penghasilan karya. Karya Jackson Pollock yang bertajuk Autumn Rhythm dihasilkan dengan cara mencurah, merenjis atau menyapu cat dengan pergerakan keseluruhan anggota badan sehingga memenuhi keseluruhan kanvas. Karya ini memperlihatkan warna yang dimanipulasikan bagi penghasilan garisan dan jalinan yang menggambarkan pergerakan yang dinamik. Karya berjudul Woman 1 oleh William de Kooning ini menggunakan sapuan berus yang pantas dan laju bagi menghasilkan garisan dan rupa yang bertindih. Oleh sebab karya ini memerlukan pergerakan badan dan aksi untuk menghasilkannya, maka de Kooning mengistilahkan karyanya sebagai aliran action painting.

AKTIVITI 10.1
Apakah yang anda faham tentang corak renjisan?

10.2 TOKOH

Rajah 10.1: Jackson Pollock sedang menyiapkan karyanya

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

149

Paul Jackson Pollock telah dilahirkan di Cody, Wyoming di 28 Januari 1912. Dia adalah anak kelima dan merupakan anak bongsu kepada pasangan LeRoy McCoy Pollock dan Stella McClure Pollock. Ketika berusia setahun beliau telah dibawa berpindah ke Arizona dan California kerana masalah perniagaan pertanian bapanya yang telah gagal. Bapanya menjadi seorang juruukur jalan di Grand Canyon dan di tempat lain dalam wilayah Southwest. Pollock, yang kadangkala mengikut bapanya bekerja mengaitkan panorama menarik pemandangan yang dilihatnya sebagai satu idea estetik yang membentuk beliau menjadi artis. Ketika mengikuti pelajaran Manual Arts High School di Los Angeles, Pollock telah dirangsang untuk meneruskan penglibatan awal dalam seni. Dua abang iaitu Charles dan Sanford juga dibentuk menjadi artis. Charles, abangnya yang sulung, pergi ke New York untuk belajar dengan pelukis Regionalist Thomas Hart Benton di Art Students League, dan dia mencadangkan bahawa Jackson harus menyertainya. Dalam 1930 Pollock pergi ke timur dan didaftarkan oleh Benton di League. Di bawah tunjuk ajar Benton, Pollock belajar menganalisa lukisan-lukisan lama dan ilmu mengenai asas-asas lukisan dan komposisi. Dia juga belajar melukis lukisan dinding bersama Benton. Pengalaman Pollock yang pertama menghasilkan lukisan dinding yang kontemporari telah menyemarakkan lagi semangat beliau bagi menghasilkan lukisan yang berskala besar. Albert Pinkham Ryder merupakan tokoh yang amat dikagumi oleh Pollock. Karya-karya Polock juga dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat asli Amerika. Pollock kemudian mengahwini Lee Krasner yang juga merupakan seorang artis dan pelukis. Beliau meninggal pada tahun 1956 dalam usia 44 tahun akibat pengambilan alkohol yang keterlaluan.

AKTIVITI 10.2
1. 2. 3. Hasilkan satu analisis karya renjisan Jackson Pollock. Hasilkan tiga corak renjisan yang berbeza daripada segi teknik dengan menggunakan kertas. Hasilkan sebuah corak renjisan yang menarik di atas kanvas dengan menggunakan warna minyak.

AKTIVITI 10.4

150

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

10.3 CORAK RENJISAN DAN PERCIKAN PADA LANGSIR (SPLATTER CURTAINS)


Terdapat beberapa cara bagi menghasilkan corak percikan pada langsir anda tetapi aktiviti di bawah adalah cara yang paling menyeronokkan untuk dilakukan. Bahan: Langsir ( jenis kain kosong tanpa corak) Berus cat Plastik pengalas Jarum menjahit Pin Beberapa tin cat Nota: Cat yang digunakan ialah latex water based paint. Warna akrilik juga boleh digunakan dan boleh diperolehi di kedai alatan seni. Dye juga boleh digunakan supaya tidak pudar apabila dicuci. Langkah 1 Ukur tingkap yang akan digunakan bagi memasangkan langsir tadi. Ukuran tersebut mestilah ditambahkan 12 inci bagi membolehkan pemasangan rod bagi menggantung langsir tersebut. Potong langsir supaya sama panjangnya.

Rajah 10.2: Langkah 1

Langkah 2 Pastikan langsir tersebut dipotong dan dijahit mengikut ukuran yang telah dibuat tadi.

Rajah 10.3: Langkah 2

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

151

Langkah 3 Ukur 4 inci di bawah langsir dan pinkan. Bahagian ini akan digunakan bagi memasukkan rod bagi tujuan penggantungan langsir.
Rajah 10.4: Langkah 3

Langkah 4 Bentangkan langsir yang akan mengadap ke dalam bilik di bahagian atas. Cat akan disapukan di bahagian ini kerana ianya akan dilihat. Bahagian luar dibiarkan begitu sahaja.
Rajah 10.5: Langkah 4

Langkah 5 Celup berus ke dalam cat dan mulakan merenjis. Renjisan adalah bebas dan biarkan ianya meleleh dan berderaian jatuh ke bahagian bawah. Ia akan membentuk satu corak yang bebas dan menarik. Langkah 6 Setelah langsir siap dicorak, keringkan kemudian gantunglah langsir tersebut di dalam bilik anda.

152

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

10.4 CORAK RENJISAN PADA KERTAS


Terdapat beberapa cara bagi mengasilkan corak renjisan pada kertas. Aktiviti dibawah adalah salah satu daripada caranya.

Rajah 10.6: Bahan yang diperlukan warna air, kertas warna, berus lukisan, span, sikat dan berus gigi

Langkah 1

Rajah 10.7: Langkah 1

Bancuhkan warna yang dikehendaki Langkah 2

Rajah 10.8: Langkah 2

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

153

Celup berus gigi ke dalam warna dan gosok pada sikat. Percikan warna akan terhasil memenuhi ruangan kertas lukisan. Langkah 3

Rajah 10.9: Langkah 3

Tukarkan warna lain dengan menggunakan aktiviti yang sama. Warna akan bertindih dan membentuk corak menarik. Ulang dengan seberapa banyak warna yang disukai.

AKTIVITI 10.3
Hasilkan satu modul pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah bertajuk renjisan.

154

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

Hasilan Corak Renjisan Dan Percikan.

Rajah 10.10: Contoh hasilan renjisan dan percikan

TOPIK 10

RENJISAN DAN PERCIKAN

155

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Action Painting
Corak Terancang Corak Tidak Terancang Jackson Pollock

Pengetahuan Budaya Perlakuan Persepsi

Anda mungkin juga menyukai