Anda di halaman 1dari 8

Batik celup atau juga dikenali sebagai batik ikat, merujuk kepada kaedah mencorak batik

dengan cara mencelup kain kedalam pewarna sebanyak beberapa kali. Corak dan reka bentuk
penerapan warna dirancang terlebih dahulu dan bahagian yang hendak dilindung dari pewarna
akan dicorak dengan menggunakan lilit (yang biasanya dicampur damar) atau diikat ponjok.
Lilin atau ikatan tersebut akan melindung warna sedia ada dari bertukar apabila dicelup
kedalam warna berikutnya.

Pada kebiasaannya, batik celup akan dicelup dari warna cerah kepada warna semakin gelap.
Ini bagi mengelak warna celupan dari bercampur atau comot. Proses mengikat atau melilin
corak batik pada kain putih dan proses pewarnaan dengan merencam kain ke dalam pewarna
akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang
lengkap.
TEKNIK IKAT CELUP
“ Lampu Tidur “
Teknik Ikatan dan Celupan
Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)

Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak
pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini
sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.

Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini
merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu

dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa
cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara
jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.
Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang
akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik
celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu
dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan
terhasil adalah kecil.

Sejarah corak ikatan dan celupan

Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui
wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak
begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain
bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman
pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah
diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad
ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu.
Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada
masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat
sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah
biru dan hitam sahaja.
Tokoh

Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan
dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula
dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.

Teknik corak ikatan dan celupan

Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi.
Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain
mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang
dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih
banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti
pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

Contoh Corak ikatan dan Celupan


Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
Jenis Ikatan yang digunakan
Bahan dan alatan
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan

celupan ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas

2. Tali, benang, gelang getah

3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya

4. Warna, dye
5. Garam,
6. Sudu, kayu pengacau
7. Apron
8. Sarung tangan
9. Lain lap
10. Bekas untuk pewarnaan
11. Sodium silikat
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini
telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga
yang berpatutan.

Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah

Anda mungkin juga menyukai