Anda di halaman 1dari 7

CETAKAN SUTERA SARING (SILK SCREEN)

CETAKAN

Pengenalan

Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukispada permukaan blok
atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej
terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain.
Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini
disebut edisi/ siri. Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang
kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli.

Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7 Masihi di
China. Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara
barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan
keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan.
Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di
Malaysia dibawa masuk dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia
yang belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan
memperluaskannya.Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan
pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan Ilmu Khas. Di Malaysia,
cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni
cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu cabang seni halus yang unik.

Media
Pembuat cetakan berkarya menggunakan berbagai jenis media, termasuklah dakwat berasaskan
air, cat air, dakwat berasaskan minyak, pastel minyak, dan pigmen padat yang larut dalam air seperti
crayon Caran D'Ache.Karya seni cetak dilakarkan di atas permukaan yang disebut dengan plat. Teknik
dengan menggunakan kaedah digital menjadi semakin popular saat ini. Permukaan atau hamparan yang
digunakan dalam menciptakan karya cetakan meliputi papan kayu, plat logam, lembaran kaca akrilik,
lembaran linoleum atau batu litografi. Teknik lain yang disebut dengan serigrafi atau cetak saring (screen-
printing) menggunakan lembaran kain berpori yang direntangkan pada sebuah kerangka, disebut
denganscreen. Cetakan kecil juga boleh dihasilkan dengan menggunakan permukaan kentang atau
ketela.

Warna
Pembuat karya grafis memberi warna pada cetakan mereka dengan menggunakan banyak cara.
Seringkali pewarnaannya -- dalam etsa, cetak saring, cukil kayu serta linocut -- diterapkan dengan
menggunakan plat, papan atau screen yang terpisah atau dengan menggunakan pendekatan
reduksionis. Dalam teknik pewarnaan multi-plat, terdapat sejumlah plat, screen atau papan, yang masing-
masing menghasilkan warna yang berbeza.

Tiap plat, screen atau papan yang terpisah akan diberi tinta dengan warna berbeza kemudian
diterapkan pada tahap tertentu untuk menghasilkan keseluruhan gambar.biasanya hampir 3 hingga 4 plat
digunakan, tapi adakalanya seorang seniman grafik menggunakan sampai tujuh plat. Tiap penerapan
warna akan berinteraksi dengan warna lain yang telah diterapkan pada kertas, jadi sebelum menerapkan
warna, pemisahan antara warna perlulah difikirkan dahulu.Biasanya warna yang paling terang diterapkan
lebih dulu kemudian ke warna yang lebih gelap.

Pendekatan reduksionis untuk menghasilkan warna dimulai dengan papan kayu atau lino yang
kosong atau dengan goresan sederhana. Kemudian seniman mencukilnya lebih lanjut, memberi warna
lain dan mencetaknya Lagi. Bahagian lino atau kayu yang dicukil akan mengekspos (tidak menimpa)
warna yang telah tercetak sebelumnya. Pada teknik grafis seperti chine-collé atau monotype, pegrafis
kadang-kadang hanya mengecat warna seperti pelukis kemudian dicetak. Konsep warna subtraktif yang
juga digunakan dalam cetak offset atau cetakdigital, di dalam software vektorial atau bitmap ditampilkan
dalam CMYK atau ruang warna lain.

Jenis Cetakan
(a) Cetakan Timbulan (relief)
(b) Cetakan Benam (intaglio)
(c) Cetakan Data ( planography/litography )
(d) Cetakan Stensil/ Saring sutera (seriography )

Sejarah Cetakan di Malaysia


Hasil penulisan tentang perkembangan seni cetak di Malaysia masih terlalu kurang jika
dibandingkan dengan seni catan.Seperti seni arca, seni cetak tidak begitu mendapat perhatian dalam
perkembangan awal seni lukis kontemporari Malaysia kerana perkembangan sejarah seni moden
lazimnya dilihat dari sudut sejarah seni catan.Hal ini diburukkan oleh hakikat bahawa seni cetak hanyalah
kegiatan "seni pinggiran" bagi karyawan catan pada peringkat awal perkembangan seni lukis
kontemporari Malaysia. Fenomena ini menyebabkan seni cetak terpinggir, meskipun dari sudut
sejarah,seni cetak berkembang seiringan dengan seni catan sewaktu era penjajahan Inggeris.Bastin dan
Rohatgi dalam kajian mereka menyebut bahawa penemuan teknik cetakan akuatin telah memungkinkan
keindahan landskap tanah jajahan yang dirakamkan menerusi lukisan dan catan pelukis Barat sekitar
1786 hingga 1824 dipindahkan dalam bentuk seni.Dalam konteks ini, seni cetak turut memainkan
peranan dalam mempopularkan tema landskap dalam kegiatan seni lukis era penjajahan. Antara faktor
lain yang menghalang seni cetak berkembang sebaik catan adalah kerana disiplin seni ini memerlukan
persediaan kelengkapan yang besar kos perbelanjaannya seperti penyediaan bengkel dengan peralatan-
peralatan khusus.Hal ini tidak memungkinkan kegiatan seni cetak dilakukan secara serius oleh
kebanyakkan pelukis,kecuali mereka yang benar-benar komited.
Di samping faktor-faktor fizikal ini, seni cetak turut dihimpit oleh kecenderungan khayalak dan
institusi seni yang secara umumnya lebih memihak kepada seni catan, baik dalam konteks
penaungan,pemilikan,mahupun penganjuran aktiviti serta pemeran.Kefahaman khayalak terhadap
konsep dan etika disiplin seni cetak asli masih diragukan,serta lenyapnya batasan dalam mentakrifkan
cabang-cabang seni halus juga merugikan bidang seni cetak. Di samping itu,kemunculan seni digital
yang berlandaskan kemajuan teknologi komputer turut mencabar kewibawaan bidang seni cetak dalam
mengharungi arus perkembangan seni lukis negara.Justeru,kepentingan pengertian seni cetak semakin
dipersoalkan.
Perkembangan awal seni cetak kontemporari di negara ini boleh dirujuk kepada kegiatan seni
cetak potongan kayu oleh pelukis-pelukis Akedemi Nanyang di Singapura pada akhir tahun 1940-
an.Tidak seperti kegiatan seni catan awal pada akhir tahun 1920-an yang tertumpu pada tema landskap
alam semula jadi yang romantis,karya seni cetak awal lebih banyak menggambarkan suasana kehidupan
seharian masyarakat,seperti kehidupan pekerja buruh kasar,peniaga,dan kehidupan penduduk di
kawasan setinggan dan kampung Melayu.Hal ini ada kaitan dengan prinsip seni pelukis
Nanyang,kecenderungan media massa, dan pengaruh seni cetakan kayu Cina. Meskipun kecenderungan
merakamkan pemandangan tempatan menjadi trend umum pelukis-pelukis nanyang sejak penubuhannya
pada tahun 1938,terdapat sekumpulan pelukis muda akademi itu pada akhir tahun 1940-an yang lebih
berminat menggambarkan tema kemasyarakatan. Mereka terdiri daripada beberapa tenaga pengajar
muda seperti Lim Yew Kuan,Chuah Mia Tee,dan Tan Tee Chie.Mereka menganggap diri mereka sebagai
pelukis realis yang menekankan gambaran realiri kehidupan seharian tanpa ciri-ciri romantik dan
sentimental.
Perkembangan tema dan gaya seni lukis kontemporari Malaysia pascamerdeka banyak
dipengaruhi oleh faktor pendidikan.Pada dekad 1950-an,dua kumpulan pelukis yang penting telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur,iaitu Wednesday Art Group (1952) dan Angkatan Pelukis Semenanjung
(1956),Ketika negara belum mempunyai sekolah seni lukis secara formal, kedua-dua kumpulan ini
memainkan peranan besar dalam mengembangkan seni lukis menerusi kelas-kelas lukisan yang
dianjurkan. Pada tahun 1954 program latihan guru seni lukis diperkenalkan di Institut Perguruan Ilmu
Khas untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam mengendalikan mata pelajaran seni lukis di sekolah-
sekolah.Kesedaran akan pentingnya pendidikan seni serta kekurangan guru-guru terlatih memungkinkan
lebih ramai pelukis dihantar belajar ke luar negara bagi mendalami bidang seni.Antara mereka ialah Tay
Hooi Keat,Syed Ahmad Jamal,Abdul Latiff Mohidin,Lee Joo For,Yeoh Jin Leng,Ismail Zain,dan Ibrahim
Hussein.Pada dekad 1960-an lebih banyak pelukis menuntut di luar negara,seperti Redza
Piyadasa,Sulaiman Esa,Joseph Tan,Long Thien Shih,Loh Foo Sang,Hashim Hassan,dan Ahmad Khalid
Yusof. Lee Joo For dan Abdul Latiff Mohidin adalah antara pelukis negara yang aktif menghasilkan karya
seni cetak pada dekad 1960-an.Meskipun begitu,seni cetak umumnya masih bersifat sampingan kerana
kerja kreatif utama pelukis Malaysia ketika itu ialah catan.Menerusi cetakan gurisan asid dan potongan
lino,Lee Joo For menggabungkanjalinkan imejan-imejan kepelbagaian budaya yang dipinjam daripada
kesenian dan tradisi Jepun,India,dan malahan daripada karya-karya pelukis moden seperti
Matisse,Picasso,dan kubisme.
Meskipun kegiatan seni cetak masih bersifat pinggiran,terdapat juga beberapa pameran khusus
mengenainya di Kuala Lumpur pada sekitaran dekad 1960-an itu.Antaranya pameran seni cetak
potongan kayu Akedemi Nanyang (1966) dan pameran gurisan asid pelukis Atelier 17 Paris di Galeri
Samat (1968) Pameran-pameran seumpama ini telah mendedahkan khayalak,terutamanya guru-guru
dan murid-murid sekolah akan keunikan seni cetak,justeru telah mempopularkan bidang seni cetak
potongan lino di sekolah-sekolah.Edward Pragasam adalah antara guru seni cetak yang gigih mendidik
pelajar-pelajarnya seni cetakan lino di Sekolah Menengah Baki Johor Bahru pada sekitar 1970-
an.Menjelang akhir tahun 1960-an,lebih banyak pelukis tempatan melanjutkan pengajian di luar
negara.Antara mereka yang turut menyumbang ke arah perkembangan gaya dan tema seni cetak di
negara ini ialah Sulaiman Esa,Long Thien Shih,Loo Foh Sang,dan Ahmad Khalid Yusof.Long Thien
Shih,Loo Foh Sang,dan Abdul Latiff Mohidin mengikuti pengajian seni cetak di Atelier 17,Paris,pada akhir
dekad 1960-an.
Ahmad Khalid Yusof yang menuntut di Wichester School of Art di England (1965-69) banyak
menghasilkan karya seni cetak sutera saring pada tahun 1970-an,begitu juga dengan Lee Kian Seng
yang belajar seni cetak di Institut Seni Cetak Tokyo,Universiti Seni Halus Jepun.Sumbangan para pelukis
ini dalam perkembangan gaya dan tema seni cetak Malaysia begitu menyerlah mulai tahun 1970-an.
Long Thien Shih dalam tulisannya menyebut bahawa pada akhir tahun 1960-an,karya seni cetak terus
terpinggir oleh kepopularan seni catan abstrak dan seni catan bukan objektif.Seni cetak yang berukuran
kecil tidak dapat bersaing dengan karya catan yang besar. Dalam keadaan seni cetak terus
terhimpit,kegigihan beberapa pengkarnya untuk terus mengetengahkan seni cetak telah memastikan ia
tidak terus terkubur.Dalam konteks ini,penglibatan para lulusan Atelier 17,Paris,seperti Long Thien
Shih,Loo Foh Sang,Abdul Latiff Mohidin,dan Sulaiman Esa,serta karyawan-karyawan lain seperti Lee Joo
For,Ahmad Khalid Yusof,dan Lee Kian Seng amat penting dalam meneruskan tradisi seni cetak
kontemporari di negara ini.
Pada tahun 1970 seni cetak menerima nafas baru apabila ditawarkan sebagai satu bidang
pengkhususan di samping catan dan arca dalam program diploma seni halus di Kajian Seni Lukis dan
Seni Reka (KSSR),Institut Teknologi MARA (ITM).Antara tenaga pengajar ketika itu ialah Abdul Latiff
Mohidin,Sulaiman Esa,Lee Kian Seng,dan Kok Yew Phuah. Penawaran seni cetak sebagai satu bidang
pengkhususan dalam program seni halus di KSSR,ITM telah berjaya menghasilkan banyak pengkarya
seni cetak yang utama di negara ini seperti Ponirin Amin,Mansor Ibrahim,Ismail Latiff,Juhari Said,Awang
Damit Ahmad,Rahime Harun,Bahaman Hashim,dan Mohd Jamil Mat Isa.
Sistem kurikulum yang membolehkan pelajar memilih bidang pengkhususan major dan minor
daripada cabang-cabang seni catan,arca dan cetakan telah memungkinkan pelajar-pelajar di institusi itu
terdedah kepada seni cetak.Hasilnya,mereka kenal dan mampu menghasilkan karya seni cetak,kalaupun
tidak menjadikannya sebagai ,edium ekspresi estetik yang utama. Ada antara lulusan seni cetak itu yang
melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar
negara dalam bidang seni cetak dan kembali sebagai tenaga pengajar,misalnya Ponirin Amin (West
Surrey School of Art and Design,Manchester Polytechnic UK),Abdul Mansor Ibrahim (Atelier
17,Paris),Bahaman Hashim (School of Art Institute,Chicago),dan Mohd. Jamil Mat Isa (University of
Central England). Juhari Said pula menerima anugerah penyelidikan daripada Kerajaan Perancis untuk
mengikuti pengajian seni cetak di Paris pada tahun 1993 dan anugerah daripada Japan Foundation untuk
mengikuti pengajian seni cetak tersohor Jepun Yoshisuke Funasaka.Dalam barisan nama pelukis tanah
air,Juhari Said muncul sebaga salah seorang pengkarya seni cetak sepenuh masa yang paling
profilik,gigih,konsisten dan berjaya.
Selain penawran seni cetak sebagai bidang pengkhususan program seni halus di institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan,suasana sihat seni cetak pada dekad 1970-an turut tercermin menerusi
panganjuran pameran dan pertandingan seni cetak oleh Balai Seni Lukis Negara.Lee Kian Seng
memenangi hadiah utama menerusi karya of Image Object,Illusion off Series Mechanism dalam
Pertandingan Terbuka Seni Lukis dan Cetakan Grafik 1971 anjuran ESSO dan dikelolakan oleh Balai
Seni Lukis Negara.Pameran Terbuka dan Pertandingan Seni Cetak Kebangsaan pada tahun 1974 yang
bertujuan menghidupkan minat terhadap seni grafik di negara ini menerima 196 karya daripada 41
peserta.Karya serigrafi Raja Zahabuddin Raja Yaacob yang berjudul Luar dari yang Tidak Diketahui
memenangi hadiah utama.Dalam Salon Malaysia 1978/79,karya Ponirin Amin berjudul Di Atas Pentasmu
Nan Sepi dan karya Ismail Latiff Lembah Binaan memenangi anugerah Frank Sullivan.
Tema dan gaya seni cetak tidak terpisah daripada isu-isu berkaitan kebudayaan dan kesenian
setempat,terutamanya dalam persoalan mencari identiti.Setelah gaya seni abstrak Barat mendominasi
seni lukis dekad 1960-an,para pelukis berusaha mencari pengucapan seni yang baru bersesuaian
dengan rupa dan jiwa setempat,di samping mempersoalkan gaya sedia ada. Justeru,muncul kumpulan
pelukis yang berusaha mencari gaya estetik alternatif menerusi pameran-pameran seperti The New
Scene (1969),Experiment ' 70 (1970),dan Dokumentasi ' 72 (1972).Pelukis-pelukis yang terlibat dalam
pameran-pameran ini ialah Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Tan Teong Eng,Tan Teong Kooi,Tang Tuck
Kan,dan Choong Kam Kow.
Mohamed Ali Abdul Rahman dalam kajiannya Modern Malaysian Art : Manifestation of Malay Form and
Content antara lain menghuraikan aspek-aspek rupa dan jiwa Melayu dalam karya-karya seni tempatan
terjelma menerusi rujukan para pelukis terhadap kesusasteraan dan mitologi ; agama,kepercayaan dan
adat ; alam semula jadi,kuasa ghaib dan luar biasa ; serta hikayat da lagenda.Sumber-sumber asas ini
diolah oleh para pengkarya menerusi tatabahasa visual yang pelbagai.
Pendekatan figuratif dalam seni cetak digunakan oleh Long Thien Shih dan Lee Kian Seng dalam
menyelesaikan persoalan identiti.Long Thien Shih menerusi cetakan gurisan asid Not Yet,But It's Going
To Happen (1971) dan Roh-roh yang Mentertawakan Kita (1975) menggabungjalinkan unsur-unsur
jenaka dan surealistik bagi membangkitkan isu kemanusiaan dan alam sekitar.Lee Kian Seng pula
menggunakan ciri-ciri seni pop melalui teknik serigrafi dan batik untuk menggarap isu-isu jati diri dan
identiti seperti dalam Of Image Object,Illusion off Series Mechanism (1971) dan Yin Yang Series Soul
and Form ... Sound (1973/74).Persoalan identiti,terutamanya isu pertembungan atau konflik nilai Timur-
Islam dengan Barat telah dikupas oleh Sulaiman Esa menerusi karya cetakan gurisan asid yang
kontroversi berjudul Waiting For Godot (1978).Pertentangan nilai itu dikiaskan oleh pelukis menerusi
imejan figura wanita bogel yang mewakili budaya barat dengan ragam hias seni bina Islam bagi mewakili
nilai-nilai Islam.
Dalam konteks seni lukis kontemporari Malaysia,Piyadasa menyifatkan salah satu sumbangan
besar Sulaiman Esa dalam dunia seni lukis tempatan adalah menerusi bidang seni cetak yang
diceburinya. Menjelang pertengahan 1980-an,Sulaiman Esa menemui identiti keislaman dalam seninya
menerusi karya-karya abstrak motif Islam ke Arah Tauhid Kongres Kebudayaan Kebangsaan
mempengaruhi terutamanya bentuk dan makna karya-karya seni cetak pelukis Melayu dan lulusan
KSSR,ITM.Ahmad Khalid Yusof menerusi catan dan cetakan sutera saring seperti Alif Ba Ta (1971)
menggunakan huruf-huruf Jawi sebagai motif seni yang bukan sahaja menyelesaikan masalah ruang dan
permukaan karya malah menjawab kepada persoalan mencari identiti seni berteraskan nilai-nilai tradisi
dan keislaman.Dalam konteks ini,dia telah sejak awal 1970-an menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan
dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Di samping Ahmad Khalid Yusof,nafas kesenian Islam turut
terjelma dalam karya-karya cetakan Ponirin Amin,lulusan dan tenaga pengajar di ITM.Berbeza daripada
Ahmad Khalid Yusof yang menggunakan Jawi,Ponirin memindahkan petikan-petikan ayat suci al-Quran
ke dalam karya seni cetaknya,justeru menghubungkan secara langsung tradisi seni cetak kontemporari
Malaysia dengan pendekatan seni Islam.
Karyawan-karyawan lain yang turut merujuk kepada aspek-aspek tradisi dan peribumi ialah Victor
Chin,Ilse Noor,Tay Chee Toh,Ismail Latiff,Othman Mansor,Lai Loong Seng,Mansor Ibrahim,Juhari
Said,Awang Damit Ahmad,Mohd Jamil Mat Isa,dan Wan Jamarul Imran. Antara pengucapan unik yang
tercermin dalam karya-karya Juhari Said,merujuk kepada peribahasa dan simpulan bahasa sebagai asas
subjek dan pengerak bentuk serta mesej,seperti dalam karya Katak Nak Jadi Lembu (1999) dan Bila
Telunjuk Menunding,Tiga Jari Menunding ke Arah Kita (1996).Rujukan terhadap kedua-dua cabang
kesusasteraan tradisi ini amat menarik dan segar,kerana sebelumnya banyak karyawan merujuk
kesusateraan tradisi sebagai sumber ilham,tetapi lebih tertumpu pada aspek-aspek sejarah,hikayat dan
legenda.
Namun begitu,sebelum menemui siri karya berasaskan peribahasa dan simpulan bahasa
ini,Juhari telah melewati beberapa tahap penting dalam kariernya : era percubaan (1982/83) ; pencarian
subjek kukuh (1984/85) ; siri taman (1986/89) ; siri baju kurung (1990/92) ; dan printmaker's drawing :
baju kurung no. 1-9 (1993).Karyanya Tiga Cawan Kopi (potongan kayu dan lino,1991) memenangi hadiah
utama bahagian seni cetak dalam salon Malaysia 1991/1992.
Percubaan beberapa karyawan memperkenalkan teknik cetakan komputer dari satu sudut
memperluaskan kemungkinan baru dalam pengolahan tatabahasa visual seni itu,dan dari satu sudut
yang lain memperjudikan nilai seni cetak asli dengan mengaburkan definisi dan etika penghasilannya.
Penerimaan karyawan dan khayalak seni cetak terhadap cetakan komputer Kamarudzaman Md Isa
Tanpa Tajuk (1985),ataupun karya-karya Ismail Zain Al Rumi (1986) dan Happy Birthday,Mr.
Parameswara (1987) sebagai seni cetak asli ,masih boleh dipertikaikan.Namun begitu,dalam era pluralis
yang menyaksikan peranan seni berpihak kepada suatu wadah pernyataan,apa jua bentuk seni yang
dilihat daripada persepsi konvensional akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Jika direnungkan kembali serta dibandingkan dengan perkembangan pada dekad 1940-an
hingga akhir 1960-an,seni cetak di negara ini ternyata telah melalui satu proses perubahan yang
memberansangkan,sama ada dari segi tema mahupun gaya,ataupun penerimaan khayalak dan institusi
seni secara umumnya. Dalam era pluralis yang memberi banyak ruang serta kebebasan untuk pelukis
berkarya tanpa dikongkong oleh batasan perngertian bentuk seni,kefahaman khayalak terhadap konsep
dan etika disiplin seni cetak asli sewajarnya diperkukuhkan.Lenyapnya batasan dalam mentakrifkan seni
cetak asli hanya akan merugikan bidang seni cetak itu sendiri.
Kemunculan seni digital yang berlandaskan kemajuan teknologi komputer turut mencabar
kewibawaan bidang seni cetak dalam mengharungi arus perkembangan seni lukis
negara.Justeru,pengertian serta etika menghasilkan seni cetak asli sewajarnya dipelajari dan
dipertahankan,di samping menggunakan kemajuan teknologi sebagai pengukuh dalam proses
pengkaryaan.

Penelitian penghasilan Cetakan

Teknik-teknik yang digunakan dalam proses penghasilan cetakan adala bervariasi, namun sangat
penting untuk bekerja sebagai pencetak. Di akhir proses, artis diwajibkan untuk menyimpan tujuan yang
sangat khusus di dalam fikiran sekaligus menjadikan pola peningkatan dalam pemikiran.Hal ini harus
selari dengan Tradisi Jepun menunjukkan arah yang tepat berus yang akan melukis, sehingga ciri-ciri
dari karya asli dapat ditimbulkan, serta sebagai watak yang ditulis, tidak dengan cara apapun dirosakkan
.Oleh hal yang demikian, dari artis sudut pandang, arah pisau itu harus sesuai identity arah berus, yang
awalnya ditulis dengan gambar ini dikatakan, dengan bahawa diperlukan sebuah tangan yang sangat
terampil untuk meniru unik dan ciri-ciri yang tepat ditangkap dalam aslinya, sementara secara bersamaan
menunjukkan artis kemahiran dan aksara sendiri. Kayu yang digunakan untuk Cetakan balok kayu Jepun
dipilih sangatcarefully.The hutan hanya dianggap termasuk jenis pohon yang sangat khusus, danhanya
tertentu tekstur dari kayu dalam suatu masalah species.No berbeza apa,tekstur kayu harus sangat halus
dan sangat kuat.

Perbezaan antara kaedah lama dan moden Jepun woodcutting adalah sebagai berikut: kaedah
pemotongan kayu - sebagai teknik cukil kayu purba lebih dalam dibandingkan dengan yang dibuat hari
ini. Namun, walaupun lebih dangkal, potongan hari ini membolehkan anda detail jauh lebih besar. Majoriti
woodblock mencetak dihasilkan di bandar-bandar Osaka, Kyoto, dan Tokyo (dahulu Edo). Lokakarya di
Kyoto masih menghasilkan woodblock cetak hari ini, yang merupakan sumber cetak kami menawarkan
untuk dijual di laman web kami.

Anda mungkin juga menyukai