Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 2 SENI

LUKISAN
Pendidikan Seni Visual T3 KSSM
Oleh Siti Maisarah binti Ismail
Smk Permai Indah
seni lukisan
◦ Seni Lukisan adalah antara
sebahagian hasil kebudayaan setiap
bangsa di dunia.
◦ Hal ini demikian kerana
penghayatan terhadap karya seni
dapat mendekatkan seseorang itu ke
arah mengenali nilai dan identiti
budaya masyarakat yang
melahirkannya.
seni lukisan
◦ Sejarah membuktikan bahawa lukisan
sebagai sumber bernilai sejarah yang
memberi makna seperti tertera pada
dinding-dinding gua tempatan mahupun
pada tamadun Mesir Purba.

◦ Jika tulisan dapat menyampaikan maklumat


secara tersurat, lukisan pula boleh
diterjemahkan secara tersirat kerana
berkisar mengenai sebuah kisah atau cerita
seni lukisan
◦ Saiful Akmal Zainal,
Belalang, 2018, lukisan
digital (Photoshop),
variasi saiz
◦ Mohd Hoessein Enas,
Malay Fisherman, 1963,
pastel atas kertas, 88.4 x
68.2 cm
Perkembangan Sejarah Seni
Lukisan Tempatan
◦ Era 1960 an
◦ Era 1970 an
◦ Era 1980 an
◦ Era 1990 an
Era 1960 an
◦ Pengaruh gaya Barat
dengan aliran
ekspresionisme dan
abstrak ekspresionisme
dalam kalangan pelukis
yang melanjutkan
pengajian ke luar negara
yang menerapkan stail
tersebut dalam karya
mereka.
Era 1970 an
◦ Berlaku perubahan ke arah kesenian
tradisi yang lebih mencerminkan
identiti nasional daripada ketetapan
dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan (1971) dan Seminar
Akar-akar Kesenian Peribumi
(1979).
◦ Masih mengekalkan gaya seni moden
Barat di samping kesenian tradisi
dan Islam sebagai sumber inspirasi
dalam berkarya.
Era 1980 an
◦ Kebangkitan seni Islam
terserlah
◦ Hasil karya seni lukisan
berkonsepkan Islam.
◦ Kepelbagaian stail dalam
mencari identiti yang
mencerminkan nilai bangsa,
masyarakat, budaya dan
agama.
Era 1990 an
◦ Dikenali sebagai era pluralis
lantaran kaya dengan kepelbagaian
stail, pendekatan dan makna.
◦ Kelompok pelukis terdiri daripada:
◦ i. Pelukis yang menggunakan seni
tradisi.
◦ Ii. Pelukis yang merujuk kepada
estetika seni Islam.
◦ iii. Pelukis yang mengekalkan stail
seni Barat.
Perkembangan Sejarah Seni
Lukisan Tempatan
◦ Pengkarya : Dzulkifli Buyong, Tajuk :
LidiTahun : 1962 , Media : Pastel, Saiz : 75.5
x 54 cm
◦ Pengkarya : Jalaini Abu Hassan, Tajuk :
Ikan Kekek, Tahun : 1993, Media : Arang
Saiz : 135 x 180 cm
Era Seni
Kontemporari
◦ Penerimaan teknologi telah
mengubah persepsi bahawa karya
seni tampak tidak lagi terhad
kepada penggunaan media, alatan
dan teknik konvensional.
◦ Penerokaan aplikasi media digital
oleh pelukis tempatan telah
menzahirkan pelbagai hasil karya
seni kontemporari melalui media
campuran, media baharu, teknik
hibrid dan teknik lukisan digital.
Era Seni
Kontemporari
◦ Pengkarya : Mohd Ekram Al Hafis
Hashim, Tajuk : Digital Potret
Juliana, Tahun : 2015, Media
: Digital , Saiz : Variasi saiz
◦ Pengkarya : Hasnul Jamal Saidon,
Tajuk : Proclaim Series, Tahun
: 1991Media : Cetakan
digital, dakwat, pensel dan kolaj
fotografi atas kertas dan kanvas,
Saiz : 110 x 47 cm
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai