Anda di halaman 1dari 4

SENI LUKIS MODEN MALAYSIA

Seni Lukis Moden Malaysia



Seni Halus adalah terjemahan daripada perkataan Inggeris: Fine Arts objek seni (atau aktiviti
apresiasi dan penghargaan) yang berkaitan dengan lukisan , catan, cetakan dan arca.

Seni Lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930-an dengan terciptanya karya-karya catan awal
oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff, dan lain-lain.

Pelukis-pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah
kepada tradisi atau aliran dari barat karya pelukis-pelukis / seniman terkemuka dunia.
Pendedahan hanya terhad kepada karyawan di sekeliling mereka dan penghasilan rakan
sejawat

Karya-karya mereka mentah dan tidak halus tidak berpeluang mendapat bimbingan

Awal 1950-an baru muncul pelukis yang berkedudukan dan dedikasi: Yong Mun Sen, Abdullah
Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia, dan lain-lain

Pelukis asing: Chuah Thean Teng (dari China) dan Mohd Hoessein Enas (Indonesia)

Malangnya alam seni masih berada dalam keadaan sepi dan mengecewakan pameran yang
diadakan sekali sekala cepat dilupakan kerana tidak cukup publisiti dan ulasan melalui media
massa. Karya seni dalam pameran jarang dibeli orang

Tahun-tahun 50-an merupakan zaman perintis pelukis Malaysia. Mereka menemui ketakjuban
dalam berkarya, penglibatan, dan rasa tanggungjawab serta menyedari kebolehan mereka.

1952 Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang dari United Kingdom : memperkenalkan
konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukis tempatan.

Pada tahun yang sama Peter Harris (seorang pegawai di Kementerian Pendidikan) juga telah
menubuhkan Wednesday Art Group di Kuala Lumpur, bertujuan antuk memeperkenalkan
estetika dan cara seni lukis moden kepada guru-guru dan dan pelukis muda tempatan yang
berminat.



1954 Mohd Hoessein Enas, Idris Salam, Zakariah Noor dan kumpulan telah membentuk Majlis
Kesenian Melayu. Kumpulan ini telah menghasilkan karya-karya yang menonjolkan imej figuratif
Melayu. Kumpulan ini akhirnya dikenali dengan Angkatan Pelukis SeMalaysia

The Thursday Art Group ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1957 dengan tujuan
memeprkenalkan konsep-konsep baru, mengadakan kelas-kelas melukis, sesi perbincangan dan
pameran

The Penang Art Teachers Council yang ditubuhkan pada tahun 1952, dihidupkan semula oleh
Tay Hooi Keat dan nama kumpulan ditukar kapada The Penang Art Teachers Circle (1965)



Majlis Kesenian yang ditubuhkan pada 1952 memberi sokongan, menjaga, dan menggiatkan
aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan bantuan kerajaan.

Kumpulan-kumpulan dan organisasi seni yang ditubuhkan dalam tahun 1950-an memainkan
peranan yang penting dalam proses perkembangan seni lukis Malaysia pada peringkat
permulaannya

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di
Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah: Seni daripada taraf rendah
(kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

Hasil pembangunan dan kesedaran tentang pendidikan, di tahun-tahun kebelakangan ramai
pelukis-pelukis tanah air menerima pendidikan seni secara formal di dalam dan luar Negara

1958 Balai Seni Lukis di tubuhkan. Ianya memberi sokongan amat bermakna daripada
kerajaan kepada pelukis-pelukis menambahkan keyakinan mereka.

1960 Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) ditubuhkan. Guru-guru berminat di bidangn seni
diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka
yang menunjukkan bakat yang besar dihantar untuk berkursus penuh masa / melanjutkan
pengajian di luar negara. Usaha kerajaan telah melahirkan sekumpulan guru seni yang lebih
mahir dan luas pengetahuannya di bidang pendidikan seni.

Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat
tahun 1960-an

Kakitangan akedemik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti syed Ahmad Jamal,
Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong laitong, Jolly Koh dan lain-lain memainkan
peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini

Mereka telah membuka jalan untuk deria baru mengenai kebebasan sikap pengajaran seni
lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada daya ciptaan, dan mengadakan keharusan untuk
pemikiran.

Gaya catan pelukis-pelukis 1950-an hingga 1960-an beranika; dari aliran realism kepada
impresionisme, ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada pengaruh dan
pendedahan pelukis-pelukis. Pilihan subjek catan juga berbagai-bagai

Seni lukis aliran utama 1960-an dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian
audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Demikian juga dengan adanya tradisi
seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri

Nilai-nilai gerak berus (brush stroke) dalam karya mereka mempunayi peresamaan dengan
seni tulils tradisional warisan kebudayaan kaum Melayu dan China telah menjadi satu bahasa
visual yang difahami serta dihayati oleh keseluruhan rakyat Malaysia.

Tahun 1960-an melahirkan pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti
dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan,
laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis telah menjadi acara gemilang yang
dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni di samping ahli-ahli politik dan diplomat

Karya-karya yang lebih matang dan bermutu tinggi telah muncul melalui usaha ini

Pameran seni sering dibuka dengna resmi oleh para menteri atau orang kenamaan kerana
telah dianggap antara akltiviti kebudayaan yang penting. Liputan yang meluas media-massa
seperti surat khabar, radio dan televisyen.

Penghujung tahun 1960-an pelukis-pelukis Malaysia terlibat dengan intisari mengunakan bahan-
bahan tempatan dan suasana alam sekitar sebagai ramuan gambaran tampak

Mereka telah memasuki era baru kesedaran, menyiasat ke alam pemikiran; menghubungi
suasana sosial, dan warisan kebudayaan. Banyak peluang pameran di peringkat antarabangsa
yang diadakan di seberang laut yang telah disertai oleh pelukis-pelukis Malaysia

Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru
pendidik seni di Negara dan juga usahawan-usahawan Melayu dalam bidang-bidang seni
tertentu.

Awal tahun 1970-an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alilh tempat
avan-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene ialah Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa,
Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain. Kumpulan ini telah mendebarkan
keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar

Pendekatan gaya catan mereka berasaskan kepada optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan juga masyarakat umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain alliran
semasa tetapi juag mula menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan
metafisika, maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah mempunyai ikutan yang teguh di awal
1970-an

1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli
muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis
SeMalaysia

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat untuk mewujudkan
sebuah badan yang yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan
berkerjasama denngan kerajaan mengenai hal-hal yang berkait dengan seni lukis di Malaysia
dan luar Negara

Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-
guru pemegang ijazah bagi institut, maktab, dan sekolah-sekolah serta para profesional yang
lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus

Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar Negara juga telah memberi
sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang yang tertentu.

Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum, dan para peminat seni yang berada, telah
mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan. Sambutan ini menambahkan lagi
semangat dan minat pelukis-pelukis tempatan untuk menghasilkan karya yang lebih tinggi
mutunya.

Awal tahun-tahun 1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yanh naf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-
karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan legenda yang kaya di rantau ini.

Kini terdapat artis yang mendekatkan diri mereka kepada subjek-subjek berkaitan dengan
keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, mereka yang bergerak ke arah subjek
berkaitan dengan metos dan legenda, meneliti persolan identiti kosmologi diri sendiri, kesamaran
ruang gambaran, warisan budaya serantau, isu-isu sosial politik, keadaan dalam kontek Islam,
perluasan tulisan seni khat, sifat-sifat lahiriah bahan, cabang nilai semasa dan tradisi serta
banyak pilihan subjek lain yang menarik.

Dalam jangka masa yang begitu singkat, alam seni Malaysia telah mengalami perubahan yang
luas dan cepat, daripad suasana kedaerahan dan rentak perlahan awal 1950-an kepada tempo
rancak serta kaedah dan corak yang beranika. Seni lukis yang membangkitkan perasaan,
mengusik intelek, dan mencuit jiwa telah berkesan sebagai satu bentuk pernyataan yang
bermakna dalam kebudayaan negara kita yang hidup seger terus berkembang bersama-sama
perkembangan politik, ekonomi, dan sosial negara.

Anda mungkin juga menyukai