Anda di halaman 1dari 12

20the century Malaysian Art 1.

1900 1920 aktiviti melukis oleh the Penang Impressionist Society yang mula2 berdaftar ada 1896. Isteri2 mem expatriates melukis. Hanya pada tahun 1931 barulah Abdullah Ariff diterima masuk. 2. AA ikut stail impressionist dengan calitan cat bebas, rakam nature.

3. Pada tahun 1922, Sultan Idris Teachers College di Tanjong Malim mula memberi kursus Lukisan kepada pelatih yang nanti, sebagai guru, mengajar murid2 mengajar tentang warna, perspektif, dan halbenda. Di kolej tersebut pelatih juga terdedah kepada gambar2 ilustrasi dalam buku Shakespeare dan Charles Dickens. Mereka juga dapat maklumat dari majalah The Illustrated London News yang banyak melaporkan tentang perkembangan seni di Eropah seperti Realisme, Eskpresionism, Dadaism, Surealisme, nama seperti Renoir, Gauguin, Piccaso, dan Dali mulai disebut2. Maklumat beginilah yang memberi pendidikan seni secara informal kepada guru2 dan murid2 mereka. 4. Pada zaman Jepun antara tahun 1941-1945, AA melukis satira mengkritik pihak Inggeris dan Amerika, dan menyokong pihak Jepun yang memerintah Malaya. Tetapi selepas Jepun, kalah AA kembali bertugas sebagai guru di Anglo-Chinese school di Penang, berpihak kembali kepada Inggeris. 5. Pelukis2 seperti Kuo Ju Ping lebih selesa melukis adegan bangunan dan jalan raya di Penang, bermain dengan cahaya, menggunakan bahan murah seperti kerayon. Syed Ahmad Jamal dan Tay Hooi Keat telah pergi belajar seni halus di England pada lewat tahun 1940an. 6. Pada tahun 1950, Yon Mun Sen juga melukis pemandang2 dengan cat air yang cepat boleh disiapkan, dan dijual dengan harga satu ringgit kepada pelancong. Balai Seni Lukis Negara do buka pada 1958, setahun setelah Malay Merdeka pada 31 August 1957, sebagai menyahut kepada cabaran bahawa negara yang merdeka mesti mempunya BSNnya sendiri, sama seperti ia mesti mempunyai universiti dan prasarana kenegaraan yang lain, seperti mahkamah, tentera, polis, parliament. 7. Berbagai persatuan tertubuh pada tahun 1950an: 1. Penang Teachers Art Circle 1952 dipimpin oleh Tay Hooi Keat dan AA. 2. Majlis Kesenian/ Arts Council tertubuh pada 1952 di KL dipimpin oleh Mubin Sheppard yang nantinya menjadi Ketua Pengarah BSN yang pertama. 3. Wednesday Art Group tertubuh di KL dipimpin oleh Peter Harris. 4. Penang Art Society tertubuh di Penang dipimpin oleh Kuo Ju Ping. 5. Malay Teachers Union tertubuh pada tahun 1954 dipimpin oleh Mohd Noor bin Ahmad. 6. Majlisd Kesenian Melayu tertubuh pada 1958, yang telah menukar namanya kepada Angkatan Pelukis Semenanjung atau APS, dipimpin oleh Hoessein Enas yang membawa aliran realisme. 8. Abdul Latiff Mohidin pulang ke tanahair pada 1964 seletah tamat pelajar senilukis di Universiti of Fine Arts di Berlin, Jerman, memperkuatkan lagi fahaman akbstrak expressionsm. Lagaan antara karya yang abstrak dan karyta yang realis rancak pada tahun 1960an. School of Art and Design tertubuh di ITM untuk peringkat diploma, dan Bahagian Seni Halus tertubuh di USM untuk peringkat ijazah, pada tahun 1968.

9. Pada tahun 1974 ALM menubuhkan persatuan tidak resmi bernama Anak Alam, yang menggabungkan seni lukis, seni teater, seni puisi. Falsafah mereka ialah kembali merujuk kepada alam untuk keindahan dan pembersihan diri. 10. Pada tahun 1980, ramai pelukis2 muda pulang ke tanah air sesudah menamatkan pelajar di England, Peranchis, Australia, Amerika sehingga seni Malaysia menjadi rancak dengan berbagai idea dan fahaman. 11. Eksperimentasi ke atas hal benda dan bahan tetap diteruskan oleh pelukis-pelukis, dirangsang oleh definisi yag yang semakan terbuka. Ini adalah pengaruh Barat yang masuk terus menerus melalui media massa dan Internet. Pengaruh itu dapat disimpulkan dengan kata2: The finest work of art is the artist himself - karya seni yang tercantik ialah pelukis itu sendiri. Inilah yang membangkitkan semangat individualisme yang menyebabkan kurangnya orang mahu berpersatuan. Masing2 berkarya sendiri2. Persatuan Pelukis Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1980 itu hidup segan mati tak mahu. 12. Kerajaan memberi perhatian kepada perkembangan MMA sepanjamng dekat ini. Komitmen tersebut dapat dikaji melalui kedudukan BSLN, pindah randahnya dari alamat asalnya di sebuah bunglo 2 tingkat di 109 Jalan Ampang, KL yang dibuka oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 August 1958, hampir setahun selepas merdeka pada 31 August 1957. Bila koleksi bertambah maka BSLN berpindah ke Hotel Majestic, No. 1, Jalan Hishamuddin, depan stesen keretapi, pada May 21, 1984. Hotel itu direnovasi supaya ada cukup dewan pameran. BSLN menyediakan sebuah galeri khas di sebelah bangunan yang diberi nama Pusat Kreatif. Di sinilah pelukis2 tempat diberi peluang mengadakan pameran secara berseorangan atau berkumpulan. Ramai pelukis yang baru mendapat pendedahan berpameran di galeri ini, seperti Siti Zainon Ismail, Abdul Ghani Ahmad, Samjis Mat Jan, dan Lee Kian Seng. Disebabkan tempat itu tiada medan meletak kereta sehingga sukar untuk didatangi pelawat maka tempat baru didirikan di Jalan Temerloh, off Jalan Tun Razak. BSLN berpindah ke situ pada September 25, 2000. 13. BSLN juga mengadakan pameran besar2an bertajuk Melayasiaan Seni Lukis Malaysia: Soal Identiti dan meminta Dr. Zakaria Ali menjadi kuratornya. Di dalam kataloknya itu Dr. Zak menganjurkan bahawa identity Malaysia terletak pada kepelbagaian tradisi seninya, bukan kepada mana2 satu seni yang tunggal 14. Galeri Petronas pula mengeluarkan katalog pada tahun 2000 untuk pameran yang telah berlangsung pada tahun 1999 yang bertajuk Aku 99 yang juga mengolah tema identity melalui gambar potret diri. 74 pelukis dijemput ikut serta. Empat orang penulis pula dijemput untuk memberi ulasan di dalam katalog: J. A Anurendran, Zakaria Ali, Niranjan, Hasnul Saidon mengenai apakah yang dikatakan potret diri itu. Adalah pd itu rakaman muka semata, atau tunjuk ego, atau kaji diri, atau tunjuk lawa. Kesemua ini adalah motif yang merangka persoalan identity tersebut. 15. Aktiviti seni juga giat di Penang di mana Galaeri Seni Negeri PP, Galeri USM, CFA Art Gallery, The Art Gallery, Alpha Utara Gallaery, Galeri Seni Mutiara, Chng Huck Theng galeri serta banyak galeri kecil2an di tepi pantai Batu Feringhi yang mempamerkan karya2 seni baik untuk pasaran dalaman mahupun untuk pasaran pelancongan. Anggota persatuan seperti The Penang

Teachers Art Circles, the Penang Watercolor society, the Penang Oil Painting society, Persatuan Pelukis Melayu Pulau Pinang, telah menyambung tradisi berpameran, baik secara sendirian mahupun secara berkumpulan

Agama Kristian Dalam Seni Zaman Renaissance Agama Kristian seperti agama Hindu dan Buddha, secara langsung mempengaruhi seni di Eropah. Jika agama Hindu dan Buddha bertapak kekal di India dan Asia, maka agama Kristian itu juga kekal bertapak di dunia Barat. Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga berpecah sehingga timbul banyak mazhab. Mazhab yang terbesar ialah aliran Katolik yang bertapak di Rom dan Itali. Sejak permulaan agama Kristian itu, aliran Katolik inilah yang menjadi penaung seni yang terbesar. Membiayai pembinaan gereja-gereja, arca-arca dan catan-catan. Pada Zaman Reinassancelah, penaungan itu mencapai kemuncaknya. Ketua-ketua agama aliran Katolik ini diberi nama Pop. Dialah yang memilih para seniman untuk berkarya demi agamanya seperti arkitek diupah mereka dan membina gereja, pelukis diupah untuk melukis adegan-adegan keagamaan, baik di atas kanvas mahupun di atas dinding sebagai mural. Pengarca pula diupah untuk mengukir figura-figura orang-orang kenamaan, yang memimpin gereja itu. Pengetahuan tentang pemikiran zaman silam telah dihidupkan kembali oleh pengarangpengarang Zaman Reinassance itu. Mereka telah menterjemahkan kembali ke bahasa Greek, Latin, dan Itali karya-karya Plato dan Aristotle yang telah dikekalkan di dalam Bahasa Arab. Umpamanya, karangan Plato yang bernama Symposium dan karangan Aristotle yang bernama Politics yang telah lama hilang dari bahasa asalnya, iaitu bahasa Greek purba yang telah diterjemahkan oleh penulispenulis Arab ke Bahasa Arab. Maka, bolehlah dikatakan nafas intelektual Zaman Reinassance itu dihidupkan kembali oleh orang-orang muslim khususnya di Baghdad, di mana terjemahan tersebut dilakukan. Kedua-dua karya Plato dan Aristotle itu mengajar manusia cara untuk mencari kebenaran. Seni Zaman Reinassance berpunca dari keinginan merakam dunia seperti adanya. Bentuk yang 3D yang dirakamkan pada permukaan leper adalah suatu jumpaan yang dicetuskan oleh ilmu perspektif yakni benda yang di hadapan kelihatan besar, dan benda yang di belakang kelihatan kecil. Merakam alam benda dengan menggunakan lapisan-lapisan satah memungkinkan terciptnya karyakarya agung yang diberi nama Master Pieces; yang dikagumi hingga ke hari ini. Leonardo da Vinci seorang pelukis, saintis, arkitek dan pelbagai lagi bidang ilmu, telah menghasilkan suatu buku yang bernama Thiesaries. Buku tersebut menganjurkan fahaman, Empiricisme, yakni kepercayaan bahawa ilmu itu hanya boleh diperolehi melalui faktor pengalaman. Dengan terdorongnya orang-orang tentang madah Leonardo da Vinci maka Zaman Reinassance itu menjadi zaman mencari ilmu. Leonardo da Vinci sendiri umpamanya pernah membedah mayat manusia untuk melakar segala urat dan otot dan menamanya satu persatu. Tujuannya ialah mengkaji bagaimana jantung itu berdenyut, darah mengalir, suara terdengar, bayi terbentuk di dalam rahim serta peranan-peranan tulang rangka. Zaman ini juga orang-orang Eropah menjelajah ke serata dunia yang ketika itu dipercayai berbentuk leper. Pengembara-pengembara ingin

membuktikan bahawa dunia itu bulat. Ada pengembara yang sampai ke Amerika, namanya ialah Christopher Columbus. Pengembara bernama Cortes sampai ke Mexico. Pengembara bernama Alfonso De Albuqurque sampai di Melaka dan menaklukinya. Vasari, telah menulis buku yang bernama Lifes Of The Artist yang telah terbit pada tahun 1960-an di mana dia telah menceritakan riwayat hidup pelukis-pelukis Itali untuk menjadi tatapan umum. Vasarilah yang memulakan ilmu bernama Sejarah Seni. Dia mendapati bahawa karya seseorang seniman itu adalah sama pentingnya dengan riwayat hidup seniman tersebut. Zaman Reinassance ini juga timbul fahaman yang bernama Humanisme yang bererti memberi nilai bagi segala jenis ilmu seperti sains, astronomi, ekonomi, ketenteraan, fizik, falsafah, matematik, seni dan sebagainya. Ilmu-ilmu tersebut ditulis dan disebarkan berdasarkan kepercayaan bahawa setiap manusia mempunyai akal yang boleh menyelesaikan apa sahaja masalah. Maka terjadilah pertentangan yang hebat antara pihak gereja yang selama ini menguasai ilmu dan pihak para intelektual yang bertungkus lumus ingin menyebarkan ilmu tidak kira apa bangsa dan agama. Dengan adanya pertentangan itu, maka Zaman Reinassance ini adalah penuh pancaroba yang didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda-agenda yang bertentangan.

Lukisan-lukisan berkaitan 1. Brunelleschi, Santo Spirito 1434, Florence Perspektif, keseimbangan, pengulangan, pencahayaan yang gelap

Peranan agama yang berada jauh di belakang, ritual supaya pergi ke hadapan dengan berjalan perlahan-lahan. 2. 3. 4. 5. 6. Leone Battista Alberti, St. Andrea 1470. Mantua. Donatello, David , 1430. Bronze 63 in, Florence. seorang pemuda yang telah membunuh gergasi yang jahat ada pedang pada tangan dan kepala gergasi di kakinya. Berdiri di atas satu kaki ( Contraposto). Donatello, Equestrian Monument of Gattamelata 1450. Bronxe. 12ft. Padua. Michelangelo, David, 1504, Marble 14ft, Florence. Giotto Lamentation 1306, Fresco. Padua.

Tangisan pengikut-pengikut Isa, kerana kematian Isa yang disayangi akibat dihukum salib oleh orang ramai yang memusuhi beliau 7. Ada malaikat yang memiliki sayap. Lelaki dan perempuan, ada cubaan awal utk melakar kedutan-kedutan kain. Masaccio, Tribute Money, 1424. Fresco. Florence.

Ada 3 cerita, 1 watak yang berdiri satu kaki, adalah pengutip cukai dan mengambil cukai dari Isa, Pengikut pergi tangkap ikan (dalam sungai pada sebelah kiri karya) dan Isa jadikan ikan tersebut kepada kepingan emas. Bermula di tengah, ke kanan dan berakhir di kiri.

Ada pokok-pokok di belakang, ikut kadar perspektif. Bangunan tersusun di belakang pengikutpengikut. 8. Leonardo Da Vinci, Mona Lisa, !506. Oil on Board, 30x21 in. Louvre, Paris. Tiada calitan berus (buat secara berulang, jadi tiada calitan kelihatan, kemas, teliti)

Menunjukkan raut wajah dan senyuman yang berlainan, bentuk tangan yang halus dan licin (perkara yang sukar dilakukan dalam melukis catan) dan bentuk buah dada yang leper (larangan tertentu pada zaman itu). Kampung halaman Leonardo di belakang watak Mona Lisa.

Mungkin lakaran jelmaan ibunya yang digambarkan, kerana Leonardo tidak pernah melihat ibunya, kerana beliau merupakan anak luar nikah. 9. 10. 11. Leonardo da Vinci, Virgin of The Rocks, 1497-1511. Oil on board. 74x74 in. London. ada garisan 3 segi yang tersirat dalam lukisan. Menggambarkan Mariam dan Isa, dikatakan Mariam melahirkan Isa tanpa bersetubuh. Leonardo da Vinci, Proportion. Leonardo da Vinci, Internal Organs. 1500. gambaran organ dalam manusia

12. 13. 14. 15. -

Leonardo da Vinci, Bones structure. Raphael, The Holly Family 1520, Oil on canvas. 207x140cm the little holly family 1520. Oil on canvas, 39x30cm. Michaelangelo, creation of adam sistine ceiling vatican 1511. fresco gambaran adam yang diberi roh oleh tuhan. Lukis secara berbaring. Pernah kena komen. Lukis pgawai tersebut di dalam neraka.

15. Michaelangelo, study of adam. 1511.

Kuliah: Seni Islam Dalam Miniature

1. Miniature erti kecil, mini. Lukisan2 miniature dibuat pada permukaan surat dalam kitab untuk memperjelaskan lagi erti sesuatu teks itu. Biasanya teks itu ialah cerita yang bersifat epik, atau panjang, melibatkan beberapa watak yang baik dan yang jahat, bertempur dengan hebat. Dalam kitab bertajuk Maqamat oleh al-Hariri yang tertulis pada sekitar 1250an, kita dapat melihat penghidupan sehari2 yang dilaporkan dengan penuh detail. Detail2 tersebut dijelaskan lagi oleh illustrasi, atau lukisan yang biasanya dilukis pada muka surat yang sama. Dalam muka surat itu, lukisan miniature lebih besar saiznya daripada barisan teks.

2. Maqamat (Assemblies /Persidangan) ialah karya oleh al-Hariri (1054-1122). Di dalam cerita ini heronya bernama Abu Zayd, yang bertindak nakal, ketua penyamun, yang mempermangsakan penggembara di padang pasir dalam perjalanan dari satu caravanserai ke caravanserai. Abu Zayd ini amat popular di kalangan rakyat biasa yang mendengar cerita mengenainya itu. Dia semacam lambang yang dikagumi disebabkan oleh keberanian, merompak orang2 kaya, dan mengagih2kan dapatannya itu kepada kawan2nya yang rata2 miskin. Walaupun kepada orang yang kena rompak dia jahat; kepada orang2 yang menerima pertolongannya dia baik. Watak yang ambiguous atau kabur inilah yang menyebabkan dia disukai ramai. Orang ramai dapat mengidentifikasi dengan Abu Zayd yang berperangai seperti mereka juga. Tidak seratus peratus baik macam malaikat; atau

seratus peratus jahat macam syitan. Abu Zayd manusia biasa yang cerdik, tetap menggunakan akalnya untuk melepaskan dirinya bila tersepit. Bibit2 adventurenya itu memberi peluang kepada pelukis untuk menggambarkan adegan2 yang hampir menyerupai komik moden. Terdapat Abu Zayd berdebat dengan Kadhi, berhubung dengan soal hokum hakam, keadilalan dan ketidakadilan. Dia berjumpa dengan governor untuk menjual seorang budak yang lawa, padahal budak itu adalah orang tua yang dicantikkan supaya kelihatan muda.

3. Dalam kitab Maqamat itu banyak cerita2 lain dimuatkan seperti ilmu perubatan herbal sehingga banyak sekali lukisan2 pepohon, dengan daun, batang, ranting dan akar dilukis yang disenaraikan khasiatnya untuk mengubat segala macam penyakit. Gagitu juga gambar2 binatang yang berguna dalam ramuan perubatan dilukis seperti rusa, burung2, belalangm kupu2, arnab.

4. Kitab Shah Nameh (Buku Untuk Raja2) oleh Firdawsi Tus tertulis pada tahun 1614, atas naungan Shah Abbas I (1557- 1629). Firdawsi mengambil 35 tahun untuk mengarang kitab ini yang mengandungi 50,000 puisi, mengesahkan tentang adventure watak2 Rustam, Khasraw, Bahram Gur.

Buddhisme Jepun dalam Seni

1. Agama Buddha di Jepun meninggalkan kesan paling mendalam ke atas perkembangan sejarah seninya. Ajaran Buddha merebak masuk ke pulauan Jepun pada 552 A.D. oleh mubaligh Korea. Selepas itu sejarah seni Jepun menempuhi 8 period: 1. Asuka (552-645). 2. Nara (645 -794). 3. Jogan (794-897). 4. Heian/ Fujiwara (897-1185). 5. Kamukura (1185-1333). 6. Nambokucho (1333 1392). 7. Muromachi (1392-1573). 8. Momoyama (1573-1615. 9. Edo (1615-1868). 10. Moden (1868 kini).

2. Agama Buddha pula melalui transformasi yang dipengaruhi oleh budaya tempatan. Buddha di Sri Lanka menghasilkan seni yang watak figurannya meyerupakai orang Sri Langka. Buddha di Thailand menghasilkan watak figuranya menyerupai orang Thai. Buddha di Jepun menyerupai watak figura orang Jepun.

3. Agama Buddha itu diperthalus oleh orang2 Jepun sehingga mencipta semacam agama baru bernama Zen Buddhism. Buddha asal mempunya dua mazhab: Hinayana dan Mahayana. Mazhab Hinayana merebak di Sri Lanka dan Asia Tenggara. Buddha Mahayana pula mereka ke negeri China, Korea, dan Jepun.

4. Zen adalah ajaran yang mengajurkan bahawa pengikutnya berfikir sendiri untuk menggembangkan potensinya, melalui latihan yang sukar, perit, dan berpanjangan. Zen menggalakkan meditasi atau renungan ke dalam diri sendiri secara bersendirian, tanpa bergantung sangat kepada buku2 agama, arahan2 zen masters yang terdahulu. Zen mengharga intuition, atau gerak hati.

5. Seni Jepun mencerminkan fahaman Zen itu dalam pemilihan hal benda secara teliti dan berhemah. Setiap benda yang dilukis dan dirakam mesti dibuat dengan halus, baik figura manusia dalam media cetak kayu, cat air, atau seketul batu dan sebilah rumput dalam susunan taman di sekitar rumah. Zen amat mementingkan kesepian. Seni Jepun menggambarkan kesepian sebagai halbenda yang memungkinkan pelukis atau seniman mencapai keutuhan fikrah dirinya yang kemudian disalurkan kepada pemerhati yang memandang karyanya itu.

6. Seni Jepan menghragai apa saja benda seperti adanya, seketul atau sekepiung kayu, seketul atau selonggok batu, selepak atau sepentas tumbuhan2 rumput atau lumut sebab keasliannya itu adalah wadah yang menjamin keindahan. Dengan keindahan maka tercapailah ketenangan dalam meditasi atau renungan. Seni Jepun tidak boleh dipandang dengan cepat atau rengkas. Setiap karya Jepun mesti direnung dengan minda yang kosong, terbuka, sehingga seni itu meresap masuk dan mengisi minda dengan kepuasan.

Islam: Masjid2 Nusantara

1. Iklim tropika di Asia Tenggara menggalakan pembinaan menggunakan kayu seperti jati dan cengal yang tahan lama, kalis anai2 dan tidak rapuh oleh cuaca. Berbeza dengan cuaca di Timur Tengah, atau Afrika Utara di mana cuaca kering, diselubungi oleh tanah gurun yang penuh pasir dan batu. Seni Bina di sana menggunaka batu2 yang boleh dikuari dengan bantuan pekerja yang banyak dan percuma.

2. Seni bina masjid di tanah Melayu atau di Jawa menyambung tradisi binaaan tempatan yang berasaskan kayu. Ciri pertama ialah bangunan berlantai tinggi dari paras bumi, seperti rumah Melayu tradisional yang mempunyai fungsi kemasukan arus angin untuk menyejukkan suasana dalam. Ciri kedua ialah bumbungnya tirus untuk membiarkan air hujan mengalir cepat. Ciri tiga ialah bumbungnya tinggi untuk membiarkan putaran udara dalaman, dan mengurangkan terik mata hari. Ciri keempat ialah banyak banyaknya tingkap, juga untuk aliran udara.

3. Kesemua cirinya terdapat pada masjid Kg. Laut di Kel;antan yang diagak terbina pada tahun 1750an, walaupun bukti bertulis tiada. Agakan tarikh ini berdasarkan stail binaan yang mirip menyerupai Masjid Demak di Jawa yang terbina pada tahun 1479, dengan adanya bukti bertulis. Tarikh masjid Kg. Laut berdasarkan cerita lisan, cerita atas cerita, pendapat yang dikutip berulangkali sehingga nampaknya sah. Masjid Demak mempunyai bumbung atau atap tiga tangkup

4. Masjid Demak pula dibina oleh Sunan Kalijaga, salah seorang mubaligh dari gulongan wali songo. Seperti rumah suci Hindu yang terletak di atas tanah, Masjid Demak pun demikian pula.

Lagenda mengatakan bahawa Sunan Kalijaga menegakkan tiang tengah yang dipanggil suko-guru dalam satu malan menggunakan papan2 lebihan.

5. Masjid Sendang Duwur terleak di Jawa Timur dekat Surabaya, pada tahun 1563, di atas puncak sebuah bukit. Masjid ini juga adalah bukti peranan wali Songo yang menyebarkan Islam di kalangan penduduk Hindu yang kemudian masuk Islam. Haram utama masjid ini tiada tingkap, kecuali tiga pintu menghara ke arah penjuru angin. Minbarnya mempunya wajah makara, seperti juga yang terdapat di gerbang. Ini menunjukkan kuatnya pengaruh seni Hindu.

Kritikan dan Apresiasi Karya Agung:

Kritikan bererti mengupas sesuatu karya dari segi formal: yakni, warna, garis, isi, bentuk, olahan, dan stail.

Apresiasi bererti menyatakan sebab2 kenapa kita suka, atau tidak suka, sesuatu karya itu.

Gunakan kaeadah description bila kita berbicara tentang isu2 formal. Kita tafsir atau interpret bila kita mengapresiasi, mengetengahkan sebanyak butir visual yang mata kita nampak. Kita sendiri meletakan makna, atau meaning, bila mengolah maklumat visual itu.

Karya untuk diulas:

1. 2. 3. 4.

Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci Christinas World oleh Andrew Wyeth Nighthawaks oleh Edward Hopper Li Po Chanting a Poem oleh Liang Kai

Kuliah Kritikan dan Apresiasi Karya Agung

1. 2. 3. 4.

Dome of the Rock. Tahun: 687 691 Penaung: Khalifah Abd al-Malik Tempat: Jerusalem

Kaedahnya.

1.

Cari maklumat tentang bangunan ini melalui buku-buku, majalah-majalah, info dari Internet.

2. Kaji gambar-gambar mengenainya: dari pelbagai sudut, dari selatan, utara, timur, barat, malah dari atas, hitam putih, color, video. Kepelbagaian views ini memberi gambaran yang lebih lengkap. 3. Kaji pelan bangunan ini yang mengandungi tindihan dua segi empat yang tersisih 45 darjah dari satu sama lain. Bila disambung hujung dua petak segi empat ini maka terjadi pelan berbentuk octagonal, yang mempunyai 8 sisi.

4. Pembahagian tiang: ada 4 tiang besar di tengah-tengah, diselangi oleh pasangan 3 tiang antara satu tiang besar dengan tiang besar yang lain. Empat tiang besar itu menampung satu drum yang di atasnya terletak kubah. Di bawah kubah inilah terletak tapak batu yang kita percaya menjadi titik permulaan Nabi Muhammad naik ke langit dalam peristwa Mikraj. (Quran: Surah XVII: 1) 5. Di luar bulatan ini ada dua lapisan lingkaran. Antara lingkaran dalam dan lingkaran luar ada barisan sejumlah tiang-tiang: 8 tiang besar yang diselang-seli oleh dua tiang kecil. 6. Pintu masuk disusun mengikut kompas terbuka ke utara, ke selatan, ke timur dan ke barat.

7. Hiasan mosaic menghiasi dinding, tiang, dan kubah. Juga dihias dengan kaligrafi, ayat-ayat Quran ( 33: 56, 17:111, 64: 1, 57:2, 33: 54 ) yang terpilih, sepanjang 240 meter, berbentuk Kufik. Di luar banguan pada drum itu tulisan 6:12 dan 7: 156 diakhiri dengan nama Mamun, yakni, Khalifah Abbasiah bertarikh 831, yang mengganti nama asal Abd al-Malik Khalifah Umayyah yang lebih awal. Kamu boleh agak kenapa pembesar yang terkemudian mengganti nama orang yang terdahulu pada salah satu bangunan yang terulung dalam kesenian Islam. Kamu boleh bercerita tentang bangunan ini secara keseluruhan berdasarkan pelan, atau sekeping gambar yang menunjukkan satu sudut pandangan, atau secara kecilan menggambil bahagian-bahagian yang menarik perhatian kamu. Umpamanya pintu, atau kubah, atau hiasan mosaic bunga-bungaan, atau kaligrafi.

Anda mungkin juga menyukai