Anda di halaman 1dari 47

Perkembangan Seni Di Malaysia

Sejarah pada tahun 30-40an


Seni halus Malaysia bermula pada sekitar 1930-an dengan
terciptanya karya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah
Ariff, dan tokoh-tokoh lain.
Pada masa itu, pelukis Malaysia bebas daripada sebarang
kongkongan kerana belum terdedah kepada tradisi atau
aliran agung dari Barat.
Pendedahan hanya tertumpu pada karyawan di sekeliling
mereka dan penghasilan rakan seperjuangan.
Disebabkan mereka tidak berpeluang mendapat bimbingan,
kebanyakan hasil karya mereka adalah mentah dan tidak
halus.
Sejarah pada tahun 50-an

Pada awal tahun 1950-an, Malaysia mula
mempunyai pelukis yang berkedudukan dan
dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff,
Cheong Soo Pieng, Khaw Sia dan tokoh-tokoh.

Pelukis asing yang aktif ialah Chuah Thean Teng
(China) dan Mohd. Hoessein Enas (Indonesia).
Mereka kemudian menetap di Malaysia.
Namun alam seni halus Malaysia masih dalam
keadaan yang suram dan kurang
memberangsangkan. Karya-karya seni dalam
pameran jarang dibeli dan pameran yang diadakan
sekali-sekala juga cepat dilupakan disebabkan
kurangnya publisiti dan ulasan melalui media
massa.
Pada tahun 1952, Tay Hooi Keat yang kembali
ke Pulau Pinang dari UK selepas mendapat
pendedahan di luar negara telah
memperkenalkan konsep baru yang
memeranjatkan masyarakat seni halus
tempatan, The Penang Art Teachers Council
telah ditubuhan di bawah bimbingan beliau.
Dalam tahun 1950-an banyak penubuhan telah
ditubuhkan antaranya:
i. Wednesday Art Group
ii. Selangor Art Society
iii. Angkatan Pelukis Semenanjung
iv. Thursday Art Group




Kumpulan pelukis keluaran Akedemi Seni Nanyang seperti Lai
Foong Moi, Khoo Sui-Ho, Cheah Yew Saik, dan lain-lain telah
membawa balik gaya yang dipengaruhi oleh beraneka aliran
catan Eropah dan juga catan Cina.

Menjelang kemerdekaan, seni telah menjadi suatu simbol yang
menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia
mula beubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf
antarabangsa.

Kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan pembangunan seni
lukis adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis
disebabkan pelukis tanah air telah mendapat pendidikan seni
secara formal di luar negara.

Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 sangat
bermakna bagi para pelukis tanah air.
Pelukis-pelukis tempatan mula mendapat sokongan yang positif
serta pengiktirafan, dan ini menambahkan keyakinan karyawan
Sejarah pada tahun 1960an

Penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960
telah memberi peluang kepada guru-guru yang
berpengalaman untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
seni melalui kursus sepenuh masa selama setahun.

Penuntut yang berbakat besar akan diberi peluang untuk
dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara. Usaha
kerajaan ini telah melahirkan sekumpulan guru seni yang
lebih mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajaran
mata pelajaran pendidikan seni.

Kakitangan akademik seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas
seperti Syed Ahmad Jamal , Yeoh Jin Leng, Anthony Lau,
Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan tokoh-tokoh lain
seperti Ismail Zain dan kumpulan telah memainkan peranan
penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini.


Tokoh-tokoh ini telah membuka jalan bagi deria baru sikap
pengajaran seni lukis di sekolah, memberi kebebasan kepada
daya cipta, dan membuka ruang bagi luahan pemikiran.
Gaya catan beraneka daripada aliran realisme kepada
impresionisme dan ekspresionisme kepada abstrak
ekspresionisme mengikut pengaruh dan pendedahan setiap
karyawan.
Pandangan-pandangan yang kritikal turut dilahirkan terhadap
seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media
massa seperti perbincangan, ceramah, syarahan, laporan,
pameran dan sebagainya.
Karya-karya yang bermutu tinggi dan matang muncul . Acara
seni lukis diutamakan dan pameran seni kerap dirasmikan oleh
para menteri atau orang kenamaan dengan meliputi pelbagai
media massa.
Semangat pelukis Malaysia bertambah baik kerana berpeluang
menyertai pelbagai jemputan pameran yang besar di seberang
laut.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada 1967 telah melahirkan
sekumpulan pendidik seni serta usahawan Melayu dalam
bidang seni di Malaysia.
Antara pelukis terkenal daripada ITM adalah seperti : Ruzaika
Omar Basree, Amron Omar, Ponirin Amin dan lain-lain.
Seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia apabila menjelang kemerdekaan
Malaysia pada tahun 1957. Persepsi masyarakat
terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf
rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat
antarabangsa.
Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar
kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
Menteri Malaysia yang pertama. Ini membawa kesan
yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia
semenjak beliau menjadi setiausaha selama sepuluh
tahun ini kerana beliau berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan
serta karya-karya mereka.
Balai Seni Lukis Negara dirasmikan oleh YTM Tunku
Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran
pembukaan telah memaparkan karya-karya pelukis
tempatan seperti Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah
Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin,
Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi
Keat dan Yong Mun Sen.

Sejarah pada tahun 1970an

Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng,
Joseph Tan dan lain-lain mendebarkan keadaan seni lukis tempatan
dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan
mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan
pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat umum.

Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat
yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck
telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan
yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan
Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.
Pelukis Malaysia generasi kedua tahun 1970-an telah meninggikan
taraf seni cetakan. Karya catan yang wujud juga mengandungi nilai
ikon dengan tegasan monolitik.

Pertubuhan-petubuhan Seni
Sebelum Merdeka
PENANG IMPRESIONALIST
THE PENANG CHINESE ART CLUB
THE PENANG ART TEACHER GROUP
THURSDAY ART GROUP
Majlis Kesenian (MK)
THE WEDNESDAY ART GROUP
PENANG IMPRESIONALIST
Ditubuhkan di pulau Pinang dalam tahun
1928
Ahli-ahlinya adalah pegawai-pegawai
dagang Eropah, terutama suri-suri rumah
berbangsa Inggeris
Dua orang pelukis tempatan yang
menjadi penggerak iaitu: Pn. Lim Cheng
Kung (isteri seorang jutawan yang memberi
sumbangan kewangan kepada kumpulan ini)
dan Abdullah Ariff (guru lukis kapada ahli-ahli
pertubuhan)

THE PENANG CHINESE ART
CLUB
Ditubuhkan dalam tahun 1936 oleh Lee
Cheng Yong, Yong Mun Sen, Tay Hooi
Keat, Kuo Ju Ping dan lain-lain.
Ahli-ahli kelab terpengaruh kuat
dengan sikap dan konsep romantis
Inggeris kesan pendedahan kepada
lukisan-lukisan 'Penang Impressionist',
Gaya catan ahli-ahli aliran realisme dan
impressionisme melibatkan juga catan
berus Cina.
Pertubuhan dibubarkan pada tahun 1939



THE PENANG ART TEACHER
GROUP
Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah
naungan Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang
Ahlinya Tay Hooi Keat merupakan
rakyat Malaysia yang pertama
menerima biasiswa Kementerian
Pelajaran untuk menuntut di luar negara
dalam jurusan Seni Halus di Camberwell
School of Art London

Majlis Kesenian (MK)
Ditubuhkan pada tahun 1952 oleh mereka yang sedar akan kepentingan
menjaga, menggiatkan dan meperbaharui seni dan pertukangan tempatan

Objektif
a. Bertanggungjawab memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti seni seperti
muzik, drama, dan seni rupa
b. Menjaga seni seni dan pertukangan tempatan
c. Menggalak dan mengembangkan pengetahuan dan amalan seni yang
lebih luas di Persekutuan tanah melayu

Majlis ini menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan. Pengasas MK
ialah Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji Abbas.

Sumbangan MK:
a. mempromosi aktiviti kesenian di peringkat kebangsaan
b. menaja pameran-pameran seni lukis Malaysia di negara-negara asing
c. Pertubuhan awam yang pertama menggesa kerajaan mepertimbangkan
keperluan penubuhan Balai seni Lukis Negara dan Sekolah Seni Negara

THURSDAY ART GROUP

Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1957

Diketuai oleh Tay Hooi Keat

Ahli-ahlinya: Tay Hooi Keat, Abdullah Arif, Kuo Ju Ping, Lee
Joo For, Lim Tong Juen, William K.K Lau, dan lain-lain

Objektif persatuan: memperkenalkan konsep-konsep seni lukis
yang baru

Aktiviti: mengadakan kelas-kelas lukisan pada setiap hari
Khamis dan Sabtu bagi pelukis-pelukis muda serta mengadakan
sesi perbincangan dan pameran-pameran.

Corak organisasi hampir sama dengan Wednesday Art Group
THE WEDNESDAY ART
GROUP
Ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur.

Pengasasnya Perter Harris bertugas sebagai pengawas seni lukis Jabatan
Pelajaran

Ahli-ahlinya : Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh,
Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeddar Abdul Majid, Mustapha
Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Laiu Siat Moi, Grace Selvanayagam,
Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat dan lain-lain.

Tema kumpulan : Seni sebagai wadah Ekpresi Diri . Kumpulan ini
memperkenalkan estetika dan cara seni lukis kepada golongnan muda dan yang
berminat terutamanya guru-guru seni lukis. Turut memperkenalkan gouache
bahan yang lebih liut dari cat air serta penggunaan berus yang besar dan keras
menggantikan berus yang halus dan lembut.

Aktiviti Mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan
figura, gubahan dan lakonan

Gaya catan: aliran impresionis, post impresionis dan gaya tersendiri

Asas Falsafah yang disemai oleh kumpulan ini menjadi tanaga pembimbing
dalam bidang seni lukis hari ini.

MAJLIS KESENIAN MELAYU
PERSATUAN PELUKIS
MALAYSIA
KUMPULAN ANAK ALAM
MAJLIS KESENIAN
MELAYU
Ditubuhkan pada tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaung.

Pada tahun 1959 diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
Pada tahun 1964 diubah: Angkatan Pelukis SeMalaysia.

Ahli-ahli pada peringkat awalnya: Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris
Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Kemudiannya: Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal

Objektif
i. Menyatupadukan pelukis-pelukis dan peminat-peminat seni lukis di seluruh tanah air
ii. Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan
iii. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan
antarabanngasa.

Ciri-ciri istimewa APS : catan berbentuk manusia secara realis menggunakan media cat minyak
dan pastel. Mempunyai pengikut yang ramai daripada kalangan pelukis berpendidikan Melayu.
Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur.

Aktiviti-aktiviti:
Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas
Kelas Arca oleh Idris Salam
Kelas grafik oleh Zakaria Noor
Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin

Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar
dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang
kebanyakannya pensyarah-pensyarah.
PERSATUAN PELUKIS
MALAYSIA
Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-pelukis Nasional

Bertukar nama ke Persatuan Pelukis Malaysia pada tahun 1980.

Objektif:
-memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan yang
mewakili pelukis
-Memajukan perkembangan seni lukis di Malaysia
-Menjadikan seni lukis sebagai elemen yang penting dalam perancangan
pembangunan negara
-Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan
nadi negara

Jawatankuasa peringkat awal PPM
Syed Ahmad Jamal (Presiden), Yeoh Jin Leng, Mazli Mat Som, Ahmad Khalid Yusoff, Ruzaikha
Omar Basree, Redza Piyadasa, Lee Kian Seng, Hassim Hassan dll.

Aktiviti:
-mengadakan Pameran Perdana
-Menngadakan khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran
-Mengadakan ceramah, bengkel dan seminar tentang seni lukis
-Menerbitkan majalah seni

Persatuan ini tidak terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli
berkarya mengikut gaya masing-masing

PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis
Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk
menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis.

KUMPULAN ANAK ALAM
Ditubuhkan pada Mei 1974 sebagai kumpulan serpihan APS.

Pengasasnya: Abdul Latiff Mohidin

Aktiviti kumpulan meliputi bidang seni lukis, kesusasteraan dan teater.

Mereka mengenepikan realiti untuk membentuk sesuatu yang berterusan serta
mengubah kesedaran manusia dengan berbagai-bagai cara bagi merasai
alam semesta. Mereka bertindak dengan agrersif dan mahukan satu bentuk
dan gaya baru dalam berkarya.

Gaya catan banyak dipengaruhi oleh gaya abstrak ekspresionis dan mereka
berani membuat eksprimen tanpa mempedulikan kritikan yang diterima.

Ahli kumpulan berkarya dan tinggal bersama-sama, menekankan semangat
kebebasan romantik, menitikberatkan peranan individu, kederiaan tetapi
sentiasa menyedari ragam tan tempo estetika sezaman

Ahli-ahli yang aktif: Abdul Latiff Mohidin, Khalil Ibrahjim, Ismail
Abdullah, Mustapha Hj. Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Ali Rahamad, Siti
Zainon dan lain-lain


Syed Ahmad Jamal
Mohamad Hoessein Enas
Abdul Latiff Mohidin
Yong Mun Seng
Redza Piyadasa
Harun Mokhtar
Awang Damit Ahmad
Syed Ahmad Jamal
1. Beliau dilahirkan di Bandar Maharani (Muar) pada tahun 1929.

2. Beliau telah meneruskan pelajaran peringkat tinggi di
- Chelsea School of Art (1951-1955),
- Institute of Education, London University (1955-1956)
- School of Art Institute Chicago (1963-1964)
- University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).
3. Beliau juga merupakan pelopor aliran ekspressionisme abstrak di
Malaysia pada tahun 1960-an.
4. Dalam pandangan beliau terhadap seni, beliau mengatakan
bahawa sesebuah karya perlulah dilihat sebagai sesuatu yang
memiliki kewujudan, mistik dan makna tersendirinya.

5. Beliau juga berpendapat bahawa seni yang terhasil daripada alam
khayalan dalaman perlu diluahkan dengan kerelaan dan bermotif
serta bersifat individualistik. Melalui kaedah ini, pemikiran pelukis
dapat diluahkan secara langsung dan bebas.
6. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan akhbar, kertas kerja, forum
dan buku ilmiah berkaitan seni tampak.

7. Penglibatan dan sumbangan beliau dalam seni tanah air telah diiktiraf oleh
pihak kerajaan dengan penganugerahan Anugerah Seniman Malaysia serta
dianugerah sebagai Anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN)

Karya-karya Syed Ahmad
J amal
Harapan 1962 Umpan 1959 Gunung Ledang 1978 Jendela Angkasa 1959
Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak Media : Cat Minyak

Mandi Laut Sidang Roh Duel In The Snow Catch a Falling Star

Mohamad Hoessein
Enas
Beliau dilahirkan di Bogor (Jawa) Indonesia
pada tahun 1924 dan berhijrah ke Malaysia pada
tahun 1947.

Beliau tidak pernah menerima kursus secara formal di mana-mana
institusi seni.
Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan
naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang bertemakan
budaya tempatan.
Hasil-hasil karya beliau menonjolkan wajah-wajah yang membawa
mesej kebudayaan tempatan dengan melalui penampilan pakaian dan
kegiataan sosial masyarakat Malaysia pada masa itu.

Karya beliau banyak menggunakan media pastel dan minyak.
Beliau turut mengasaskan Majlis Kesenian Melayu yang kemudian
ditukar kepada Angkatan Pelukis Semenanjung yang bergerak dalam
pelbagai bidang kesenian seperti tarian, muzik, seni tampak, seni
sastera dan seni lakonan.

Pada tahun 1990, lima tahun sebelum kematian beliau, Mohammed
Hoessein Enas telah diperakui dengan gelaran Royal Portrait Painter
(Pelukis Potret Diraja) oleh Sultan Selangor.

Karya-karya Mohamad Hoessein
Enas
Gadis Penumbuk Padi 1959
Media : Cat Minyak
Gadis Melayu (1950)
Media : Cat Minyak
Morning Mist (1990)
Media : Cat Minyak
Pengantin Perempuan Iban (1963)
Media : Cat Minyak
Abdul Latiff Mohidin
Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1941.
Beliau mendapat pendidikan di
- Hochschule fur Bidlende Kunste, Berlin(1960-1964)
- Atelier La Courrier, Paris (1968),
- Pratt Graphic Centre,New York (1970)
Beliau dikenali sebagai artis dua dunia seni, iaitu:
a. Seni Halus
b. Puisi (puisi terkenalnya adalah Sungai Mekong)
Hasil-hasil karya beliau jelas menggambarkan persamaan pemikirannya.
Sajaknya pula digambarkan sebagaimana ia melukis, iaitu soal-soal
seperti warna, ruang dan masa yang diluahkan dalam lukisan dan
sajaknya.

Beliau merupakan pengasas Kumpulan Anak Alam pada Mei 1974
Beliau memenangi pelbagai anugerah seperti
- S.E.A Writer Award di Bangkok (1984)
- Guest Artist Award, Anugerah Puisi Putra 1 (1980)
- John D. Rockfeller 3
rd
Fund, New York (1970)

Karya-karya Abdul Latiff
Mohidin

Pago-pago
(1984)
Media :
Cat Minyak

Two Standing Figure
(1968)
Media : Cat Minyak


Rawa rawa 2
(1998)
Oil on Canvas
Twilight Imago
(1968)
Media : Cat
Minyak
Yong Mun
Seng
Beliau dilahirkan di Kuching
Sarawak pada tahun 1896.
Beliau mendapat pendidikan di Negara China
dan terdedah dengan lukisan China
Beliau menggunakan bahan media cat air dan
cat minyak.

Kebanyakan karya beliau adalah bertemakan
bumi Malaysia.

Beliau turut menjadi perintis seni lukis moden
Malaysia bernama Abdullah Ariff
Karya-karya Yong Mun
Seng
Self Portrait" 1941
Media : Cat Air
Seaside Village (1950) Seaside Village (1950) Seaside Village (1950) Seaside Village (1950)
Seaside Village 1950
Media : Cat Air
Down (1955)
Media: Cat Air

Rumah Atap Di Tepi Laut (1960)
Media : Cat Air
Redza
Piyadasa
Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.

Beliau merupakan seorang pengkritik seni halus
yang terkenal.
Beliau menerima pendidikan di
- Malayan Teacher College
- Brinsford Lodge
- Wolverhampton, England(1958-1959)
- Hornsey College of Art, London, England(1967)
- University Of Hawaii,Honolulu, Hawaii (1975-1977)

Menerusi karyanya, beliau banyak mengingatkan kita kepada
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya contohnya,
penghijrahan dan asimilasi budaya, sejarah politik dan sosial serta
tradisi dan warisan tempatan.

Terdapat beberapa karya beliau yang dipersembahkan secara gambar
foto dengan imej menghadap ke depan.
Karya-karya Redza Piyadasa
Baba Family (1986)
MediaCampuran
Haji Family (1986)
Media : Campuran
Harun
Mokhtar
Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor
pada tahun 1963.
Beliau mendapatkan pedidikan di
Institut Teknologi Mara(1983-1987)
Hasil karya beliau banyak menggambarkan tentang manusia dan kebudayaan
yang diwarisi melalui media catan.

Beliau turut mengaplikasikan prinsip rekaan dalam catan.

Selain itu, penerapan nilai-nilai murni juga ditonjolkan melalui watak-watak
dalam keluarga dan jiran tetangga juga terdapat dalam karya beliau.
Catan beliau menggunaan teknik kecatan(painterly) dan menerapkan nilai-nilai
dekorasi, terutamanya melalui latar belakang dalam bentuk seni bina.

Beliau juga mendapat anugerah seperti
- Anugerah Utama, Bakat Muda Sezaman,
- Balai Seni Lukis Negara dan Anugerah Utama,
- Art&Design Competition,Institut Teknologi Mara.
- Saguhati Mekarcitra 50 Tahun Kemerdekaan (2007)
Karya-karya Harun Mokhtar
Kerbau (2007) Media : Cat Air
Media: Cat Air
Media : Cat Air
AWANG DAMIT
AHMAD
Beliau dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah
pada tahun 1956.
Beliau telah mengambil kursus seni halus di UITM
(School of Art and Design of ITM) dan telah dipilih
sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983.
Selain itu, beliau meneruskan pelajarannya di
Catholic University of America in Washington DC
pada tahun 1988 dan berjaya memperoleh Master's
Degree in Fine Art pada tahun 1990.
Kini, beliau merupakan seorang pensyarah seni
halus UITM.
Beliau turut menyandang jawatan penting seperti
Curator of the Art Gallery dan Ketua Jabatan Seni
Halus sebelum menjadi Associate Professor pada
tahun 2000.
Karya-karya Awang Damit
Ahmad
IRAGA PERJALANAN
UTARA II/08
Mixed On Canvas
(2008)
IRAGA PERJALANAN
UTARA YANG RAPUH
DAN TERHAKIS
Mixed On Canvas
(2008)
Institut Perguruan Sultan Idris (SITC)
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK)
Akademi Seni Nanyang
Institut Teknologi Mara
Institut-institut Swasta
Institut Perguruan Sultan Idris
(SITC)





Ditubuhkan pada tahun 1922 bertempat di
Tanjung Malim, Perak.
SITC = Sultan Idris Training College
Objektif
i. Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar
mata pelajaran seni di Sekolah Rendah Melayu
bagi seluruh Tanah Melayu pada tahun 1930-
an dan 1940-an
Sukatan pelajaran merangkumi : Lukisan,
Catan, Grafik, Kraf tangan.
Maktab Perguruan Ilmu Khas
(MPIK)
Ditubuhkan pada tahun 1960
di Kuala Lumpur.
Ciri-ciri kursus
i. Terbuka kepada guru terlatih
yang berpengalaman.
ii. Kursus sepenuh masa
bertempoh 1 tahun ditawarkan
Jabatan Pendidikan Seni diketuai oleh Peter Harris dan
kakitangan terdiri daripada Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng,
Anthony Lau, Lee Joo For, Jolly Koh.
Objektif :
Melahirkan guru-guru seni berpengalaman luas tentang selok-
belok aspek seni halus, seni grafik dan kraf tangan.
Insentif seperti tawaran melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di
universiti luar negara ditawarkan kepada guru cemerlang.
Pelukis terkenal daripada MPIK adalah seperti: Redza Piyadasa,
Othman Mansor, Ahmad Khalid Yusof, Dr. Chew Teng Beng dan
lain-lain
Akademi Seni Nanyang
Ditubuhkan pada tahun 1937 di Singapura.
Pengasasnya ialah Lim Hak Tai (pengetua 1937-1963)
Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 14
pelajar dan 4 pensyarah sepenuh masa iaitu, Lim Hak Tai (cat air&cat
minyak) Kao Fei Tse (asas lukisan) Chang Meng Tee (grafik) Chung Ting
Wei (pensyarah sambilan)
Pernah ditutup semasa Perang Dunia Kedua dan mengalami masalah
kewangan pada 1946.
Kursus yang ditawarkan adalah mengikut model akademi Beaux-arts
(iaitu akademi seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai
institut yang paling penting di dunia)
Kursus diploma yang bertempoh 3 tahun diperkenalkan pada 1950-an
Pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti : Cheah Yew Saik, Jehan
Chan, Kuo Ju Ping, Lai Foong Moi, Tew Nai Tong dan lain-lain.
Gaya catan dipengaruhi oleh catan Eropah seperti aliraan impresionis,
post-impresionis, kiubisme, ekspresionisme dan juga gaya lukisan dan
catan Cina

Institut Teknologi Mara
Ditubuhkan pada tahun 1967 di Kuala Lumpur
Objektif
i. Memperkembangkan kecenderungaan dan bakat individu
pelajar dalam bidang seni.
ii. Menyediakan pelajar bagi mendapatkan pekerjaan yang
baik dalam sektor awam dan swasta.
iii. Menyebarkan kesedaran bari perubahan terhadap alam
sekitar, kebudayaan dan masyarakat.
iv. Melahirkan usahawan Melayu dalam seni tertentu dengan
mengadakan latihan kemahiran secara profesional hingga
peringkat diploma.
Kursus seperti : Seni halus, grafik, logam, foto, tekstil, reka
fesyen, reka industri,tembikar dan pendidikan seni bagi
diploma perguruan turut ditawarkan.
Pelukis-pelukis terkenal seperti : Syarifah Fatimah Syed
Zubir, Ruzaika Omar Basree, Dzulkifi Buyong,Amron Omar,
Ponirin Amin dan lain-lain.
Institut-institut Swasta
Kini banyak institut ataupun universiti swasta telah
banyak menawarkan kursus-kursus seni sama ada
peringkat diploma dan sijil, atau Ijazah Sarjana
Muda Sastera dalam program berkembar dengan
universiti luar negara.

Kursus yang ditawarkan adalah seperti bidang seni
halus, seni grafik, catan Cina, Arca, tembikar, muzik,
fotografi, seni reka fesyen, seni reka hiasan
dalaman, grafik komputer, multimedia dan lain-lain.

Contoh institut swasta adalah seperti Kolej Seni
Lukis Kuala Lumpur (KLCA), Institut Seni Lukis
Malaysia(MIA), Saito Academy of Graphic Design,
Limkokwing University, College of Creative
Technology, The One Academy of Communication
Design dan lain-lain

UIZ !!!
SOALAN 1
Berikut yang manakah 3 karya
Syed Ahmad Jamal ???
I II III IV




JAWAPAN : I, III dan IV
SOALAN 2
Yong Mun Seng berasal dari
negeri mana???

JAWAPAN :
KUCHING, SARAWAK
Soalan 3
Adakah pelukis terkenal Hoessein Enas
dilahirkan di Malaysia? Kalau bukan,
manakah negara asalnya???

JAWAPAN
TIDAK. Beliau berasal daripada
Bogor, Indonesia.
Buku
1. Rahmat Salihon (2005). Teks Lengkap
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1.
Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti.
2. Kathleen Chee (2012). Fokus Sukses SPM
Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Internet
1. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-
326309.html
2. http://senismkcs.blogspot.com/2011/03/tokoh-
seni-malaysia.html

Sekian Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai