Anda di halaman 1dari 9

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KM 7.75,JALAN KLUANG
83009 BATU PAHAT.

NAMA

: MOHD IDHAM BIN HASBULLAH

NO.PENGENALAN

:960915235237

TAJUK KURSUS

: PSV 1034 SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL

KOD KURSUS

:PSV 1034

TAJUK PROGRAM

:PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN (PPISMP)

SEMESTER

:SEMESTER 1/2014.

NAMA PENSYARAH

: HAJI EN.MANAN BIN SARBANI

TARIKH MULA

: 13 JULAI 2014

TARIKH AKHIR

:17 OGOS 2014

PENGENALAN
Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di Negara ini. Peratusan
masyarakat Cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah penduduk nagara
yang seramai 19.66 juta orang. Masyarakat Cina turut menyumbangkan ke arah
kemajuan Negara sama ada dari segi ekonomi, pentadbiran ataupun sosial.
Dengan erti kata lain, masyarakat Cina telah bersama-sama menggembleng
tenaga dengan kaum lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
makmur dan maju.
Pada umumnya terdapat perbezaan yang ketara antara masyarakat Cina dengan
masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina
mempunyai amalan budaya dan falsafah hidup tersendiri yang dianggap sebagai
satu fahaman yang amat unik dan berguna dalam usaha membina masyarakat
harmoni dan negara yang aman damai.
Salah satu pencapaian yang membantu kecemerlangan kebudayaan Cina ialah
ketinggian bidang keseniannya. Kesenian orang Cina yang terkenal termasuk
bidang tembikar, bidang sutera dan sulaman, bidang kaligrafi dan catan.
Falsafah hidup orang Cina dapat dikesan melalui kesemua bidang khususnya
bidang catan Cina. Malangnya, seni catan Cina kian makin kurang dapat
sambutan dari generasi muda kerana menganggap ia sesuatu kemahiran yang
sukar dipelajari terutama dalam kemahiran menguasai kuantiti air dalam
sesebuah catan. Teknik melukis dan menulis kaligrafi pada catan memerlukan
kesabaran dan ketekunan membuat latihan berulang-ulang sehingga mencapai
penghayatan estetik yang maksimum. Secara tidak langsung, generasi muda
sekarang lebih tertarik kepada catan gaya barat dimana tidak mempunyai
banyak prinsip dan penentuan struktur seperti catan Cina dalam menjana idea
untuk berkarya. Sebagai bukti, galeri seni yang terdapat di Jalan Tan Cheng Lok,
Melaka kebanyakkannya galeri seni halus berunsur barat. Jarang sekali kita
dapat menemui galeri seni Catan Cina. Tambahan pula dalam zaman mengejar
era teknologi dan sains, kerajaan telah merancangkan pelbagai program dalam
usaha membina Negara ke arah kemajuan bertaraf antarabangsa. Salah satu
program ialah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah,
pelajar digalakkan mengguna dan mempelajari bahasa Inggeris, lama-kelamaan
bahasa Cina makin merosot maka tidak hairanlah generasi sekarang tidak mahir
dalam menulis kaligrafi Cina dan tidak dapat menghayati keindahan catan Cina
yang membawa beribu makna.

Latar belakang aliran seni oriental China :


Sejarah seni China telah bermula dari zaman Neolitik lagi. Pada saat itu
sudah zaman Neolitik telah menghasilkan banyak artefak yang dicat tembikar,
seni yang terbuat dari tulang, ornament dan ukiran-ukiran batu giok dengan
desain yang mulai modern.
Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja
kesenian Cina sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman
Neolitik China memperlihatkan bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar
yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak daripada itu orang Cina mula membuat
beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik. Pada zaman Dinasti Ming
kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu ciptaan yang
dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian, tamadun Cina
bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian
dan keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina.
Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam
tamadun Cina kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan
pemerintah dan kelas elit semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong
utama dalam bidang ini. Contohnya Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung
merupakan seorang yang mencintai kesenian catan Cina. Beliau menaungi
bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan. Oleh sebab
itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan
atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi
pelukis profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan.
Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman dan adalah komoditi. Seni
dikatakan barangan ekonomi kerana ia memerlukan masa dan wang bagi
mengeluarkannya. Ekonomi berkait rapat dengan kesenian kerana kedua-duanya
merupakan subsistem bagi kebudayaan.
Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal
interaksi antara orang Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat
membuat kajian terhadap catan Cina dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi
Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci
menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni. Pendapat
beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke
sini pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui
dan menghargai catan Cina.
Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya
membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan
Dinasti Sung kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai
tahap kecemerlangan dalam kedua-dua Dinasti ini.

i.

Catan Dinasti Tang

Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 907) dan kebanyakan
terdiri dari lukisan garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai
aktiviti kehidupan. Masa ini dipanggil golden age (Zaman Keemasan) dalam
lukisan figura.
Pada pertengahan Zaman Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung
lebih menonjol, diikuti dengan lukisan gunung, hutan, pemandangan dan taman
yang mempunyai keupayaan membawa seseorang dari alam meterial ke dalam
alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di anggap sebagai
lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam
kesusasteraan.
Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun strok
nya ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan
lanskap, bunga dan burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina
tradisional. Pelukis yang terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao
Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.
ii.

Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)

Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960
1279 ) memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini,
lukisan yang kreatif bermatlamat politik dan pendidikan.
Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik seni lukis yang agak
sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan beliau juga
seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang
paling tinggi pada zamannya.
Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial, ekonami dan
kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis.
Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal,
Sun Shih (1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal
dalam literati painting (lukisan yang ada sajak).
Perkembangan seni lanskap bermula dengan pesatnya sepanjang abad ke
sepuluh hinggalah ke 13 iaitu semasa Dinasti Lima dan Dinasti Sung. Pelukis
lanskap yang hebat di Utara melukiskan gunung-ganang bercerun tajam dan

dataran yang luas, manakala rakan seperjuangan mereka di Lembah Sungai


Yangtze pula memaparkan bukit-bukau rendah berdedaunan rimbun yang
diselubungi awan, saling terpisah oleh tepian pantai yang memanca. Pelukispelukis lain yang terkenal seperti Chou Chee Chang, Lin Ting Tsung, Mei Fei dan
lain-lain lagi.
Seni yang amat dikenal setiap pelosok dunia ialah seni kaligrafi. Kaligrafi adalah
seni menulis tanda-tanda sebuah bahasa. Kaligrafi cina ditandai dengan
orisinalitas dan kekayaan tulisan cina sedangkan kaligrafi Tiongkok
memungkinkan bidang ekspresi artistic yang sangat luas.

Seni tembikar China merupakan salah satu seni yang telah lama wujud
sejakpada akhir zaman batu lagi. Tetapi, pada zaman Neolitik, negeri
chinamerupakan tempat yang yang popular dengan pembuatan tembikar.
Kebanyakantembikar di merata dunia hampir datang daripada negeri tersebut.
Jelasnya,negeri China kaya dengan ilmu seni tembikar cina yang merupakan
antara yangterbaik di dunia.Pada awalnya, kebanyakan tembikar China
berbentuk pasu mulut besar dan berbadan kecil. Apabila beralih daripada dinasti
ke dinasti lain, bentuk pasumasih kekal tetapi ciri-ciri perhiasan luaran pasu
adalah berlainan. Sebagaicontoh, tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun
berwarna kemerah-merahandengan perhiasan hitam. Manakala, tembikar Dinasti
Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya.
Seterusnya, tembikar ZamanWangsa Han, menggunakan glaze kelabu
kekuningan yang diperbuat dari timahhitam dan copper.

Selain itu, seni arsitektur juga daripada seni China. Arsitektur adalah seni
dan ilmu dalam merancang bangunan. Dalam artian yang lebih luas, arsitektur
mencakup merancang dan membangun keseluruhan lingkungan binaan, mulai
dari level makro yaitu perencanaan kota, perancangan perkotaan, arsitektur
lanskap, hingga ke level mikro yaitu desain bangunan, desain perabot dan desain
produk. Arsitektur juga merujuk kepada hasil-hasil proses perancangan tersebut.
Seterusnya seni lukis. Tema seni lukis pada zaman dinasti tang tetap
mengutamakan tokoh manusia, sedangkan lukisan pemandangan mencapai
kemajuan yang nyata, lukisan bunga dan burung juga mulai berkembang pada
zaman Dinasti Tang. Pada zaman dinasti song seni lukis mencapai kemuncak
keemasan di cina selatan terutama yang bertema pemandangan yang berkesan
lembut pada permukaan dan menekankan penggunaan warna monokromatik.
Produknya sudah lebih maju dalam warna dan motif hiasnya serta bahan yang
menggunakan porselin dan bahan batuan.

Selain itu seni pahat patung.pada zaman Dinasti Tang, seni pada
pemahatan patung telah berkembang sangat mengagumkan. Banyak patuk
dibuat menggunakan material batu ataupun tanah liat.
Seterusnya seni pembuatan seramik. Pembuatan keramik pada Dinasti Tang
sangat baik. Ciri khas seramik dari Dinasti Tang adalah modelnya yang simple
dan elegen yang disebut qingci. Qingci ini amat popular kerana motifnya yang
simple, hanya dicat dengan satu warna iaitu biru tua dan seramiknya sendiri
berwarna putih kelabu.

Gaya dan teknik seni catan Cina berkaitan dengan kebudayaan


masyarakat Cina :
Seng Yan Chuan dan Fan Pik Wah dalam kertas kerja mereka yang berjudul
Tamadun China: Kesenian dan Kaligrafi, Bengkel Pengajaran Tamadun Islam dan
Tamadun Asia, 16 April, 1998, Kuala Lumpur: Universiti Malaya menjelaskan
tentang seni lukis dalam tamadun China banyak dipengaruh oleh falsafah orang
Cina. Falsafah masyarakat orang Cina berkait rapat dengan ajaran Taoisme dan
Confuciusnisme.
Taoisme sebenarnya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran
falsafah tentang moral dan hubungan manusia dengan alam persekitarannya.
Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze seorang ahli falsafah kuno yang hidup
pada abab ke-5 S.M. Taoisme yang menegaskan bahawa setiap perkara yang
wujud di dunia ini dijadikan dalam keadaan yang bertentangan. Dalam seni catan
lanskap Cina, binaan struktur juga dalam bentuk bertentangan. Contohnya bila
ada langgit mesti adanya bumi (gunung ganang), pokok dilukis dalam keadaan
memberi dan menerima, begitu juga objek ada yang nyata dan ada yang
kabul.
Pertentangan adalah sesuatu yang positif dan ia perlu untuk mengekalkan
keseimbangan yang sedia wujud di alam ini. Pasangan yang saling bertentangan
dikenali sebagai Yin dan Yang. Yin-Yang diandaikan mempunyai asal usul
Austronesia China Selatan (Needham, 1956:275). Yang mewakili unsur positif dan
Yin pula adalah lambang yang negetif. Dalam kehidupan menusia, lelaki mewakili
Yang kerana memiliki ciri-ciri yang baik. Perempuan mewakili Yin kerana memiliki
ciri-ciri negetif dan pasif seperti lemah, dingan dan mempunyai keinginan tidak

terkawal. Jadi, dalam masyarakat orang Cina lebih mementingkan dan


memandang tinggi terhadap kaum lelaki. Kaum lelaki diberi peluang belajar dan
bergembara, oleh sebab itu kebanyakan pelukis adalah terdiri daripada kaum
lelaki.

Ajaran Taoisme juga menegaskan bahawa hidup manusia bersifat


sementara. Lantaran itu kekayaan tidak menjadi matlamat hidup penganut Tao.
Ajaran Tao mengajak penganutnya hidup secara sederhana dan tidak cuba
menentang segala ketentuan alam. Jadi, bila pelukis menghasilkan lukisan,
mereka cuba mencantumkan keharmonian di antara apa yang dilihat oleh mata
dengan apa yang dibuat oleh tangan. Ia mermelukan juga kemahiran yang agak
istimewa. Untuk mendapat kemahiran diwajibkan latihan yang bersungguhsungguh dan teratur serta mengembara dan meneroka keindahan alam ini. Di
dalam latihan ini mesti diuji satu paradoks. Paradoks tersebut ialah, Lebih
sedikit terlukis maka lebih banyak tersuara. Umpamanya: Akar pelukis
memikirkan sebuah idea, tangannya pula terus melukis ideanya seringkas yang
mungkin. Dengan adanya ringkasan maka imaginasi dan permerhatian dapatlah
mengagak. Agakan ini merupakan penerokaan di dalam dunia yang putus-putus,
yang tidak tersudah, yang berlalu sehingga terjumpa suatu sudut suci zaman
kebayian, ketika yang ajab dimana masa telah dibekukan dan dunia diaturkan
dengan selamat, sama seperti imej yang terlukis itu sendiri.
Confucius merupakan ajaran tentang moral. Ia bukan satu agama tetapi
merupakan tertib mengajar manusia bagaimana bertingkah laku, berhubung
dengan orang, hidup sebagai anggota masyarakat disebuah negara. Agama
Confucius telah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ia
menjadi sebahagian daripada kepercayaan norma dan peraturan yang perlu
diikuti oleh orang Cina.
Ajaran Confucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 sebelum
masihi. Bapanya bernama Shuh Liang Heih, ibunya bernama Chiang Tsai. Mereka
mempunyai sembilan anak perempuan dan kepingin seorang anak lelaki.
Masyarakat Cina adalah masyarakat Patrilinear, iaitu meletakkan kaum lelaki
pada kedudukan yang lebih utama dan dominan. Seperti mana yang telah
dibincangkan di atas kaum lelaki berpeluang belajar dan berilmu pengetahuan
yang tinggi. Kebanyakkan pelukis pada zaman dahulu pernah mengalami
kehidupan yang berliku-liku, kecewa dan mereka membawa diri merantau untuk
mencari ketenangan. Melukis merupakan satu cara untuk mereka meluahkan
perasaan dan meyampaikan falsafah diri melalui hasil karya lukisan.
Prinsip asas ajaran Confucius adalah tentang adat baik dan budi pekerti yang
tinggi, tatasusila, kesopanan dan adab sebagai seorang manusia. Terdapat
beberapa konsep dalam ajaran Confucius antaranya ialah Konsep Lamgit-bumi,
Jen, Chun Tze, Li, dan Konsep Kesederhanaan.

4.1 Konsep Langit-bumi


Langit dan bumi mempunyai hubungan yang rapat. Kedua-duanya saling
bergantung untuk terus wujud. Kehidupan bumi dipengaruhi oleh kekuatan di
langit, jadi pelukis cuba menunjukkan kebaktian mereka kepada langit, iaitu
dengan melukis keindahan langit dan keagungan gunung ganang. Dengan ajaran
sebegini masyarakat Cina dipimpin oleh Kung Fu Tze supaya tidak berbalah,
berkrisis dan tidak berebut kepentingan di duniawi. Kekuatan itu bukan
datangnya daripada susuatu kuasa ghaib atau pun alam mistik, tetapi wujud di
dalam diri sesorang. Melalui hasil karya lukisan, kita dapat membaca sanubari
seseorang pelukis.

4.2 Konsep Jen atau perikemanusian


Seseorang itu dianggap mempunyai keperimanusiaan yang tinggi apabila
melakukan kebajikan terhadap sesama manusia. Mereka yang memiliki Jen tidak
mempunyai kepentingan diri dan mereka sanggup melakukan pengorbanan
untuk memenuhi tuntunan Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di
dalam kendiri seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat
berusaha, dan melakukan kerja untuk kebaikan masyarakat keseluruhan. Dengan
adanya sifat Jen, pelukis melukis alam semula jadi yang dipaparkan di kaca
mata pelukis dengan seberapa benar atau seberapa asli yang mungkin. Mereka
tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Jen
adalah bersifat sejagat dan keunivesalannya berupaya menyatupadukan
manusia dalam satu lingkungan kehidupan yang serupa.

4.3 Konsep Chun Tze atau keperibadian yang agung


Manusia agung harus mempunyai sifat Chun Tze pada dirinya. Manusia dapat
hidup berkasih sayang, saling faham memahami, pragmatik, bersikap sederhana
dan segala tindak tanduknya tidak keterlaluan. Chun tze merangkumi sifat-sifat
baik seperti merendah diri, jadi dalam lukisan seni lanskap Cina didapati
manusia atau objek ciptaan manusia biasanya bersaiz kecil jika dibandingkan
dengan keagungan alam. Mereka yang memiliki peribadi Chun Tze tidak mudah
putus asa atau kecewa serta bersedia berdepan dengan segala cabaran yang
mendatang. Kejayaan tidak mendatangkan rasa bongkak kepada dirinya.
Kegagalan tidak pula mengundang kemarahan atau kejengkilan. Chun Tze akan
melahirkan manusia yang berakhlak, dan dengan akhlak yang dimiliki manusia
dapat hidup tenang dan sentosa. Justeru itu jiwa yang tenang dapat
menghasilkan lukisan yang mempunyai kuasa ketenangan dan seterusnya
melahirkan satu perasaan ketinggian dan isipadu (volume) yang besar.

4.4 Li atau Keserasian

Manusia pada asasnya lemah dan memerlukan bimbingan para pendeta serta
sarjana untuk mencapai hidup yang sejahtera.seperti kata pepatah, yang baik
dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan, jadi pelukis biasanya
berilmu dan berpengetahuan luas. Dalam lukisan mereka biasanya sajak yang
ditulis menggunakan ayat dan makna yang baik. Sajak itu biasanya memberi
ajaran atau memberi didikan moral kepada si pemerhati. Contohnya dalam
Orchids on rocks boleh diterjemahkan seperti berikut:
Orkid asalnya adalah tumbuhan gunung;
Marilah kita tanamkannya semula di gunung-gunung:
Dimana-mana mereka diletakkan di dalam bekas atau pasu bunga;
Mengapa tidak biarkan mereka diselubungi kabus dan awan.

4.5 Kesederhanaan
Salah satu aspek ajaran Confucius ialah jalan tengah yang dirujukkannya
sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia ialah
jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan dalam
melakukan sesuatu. Kesederhanaan membolehkan seseorang berada dalam
ketenangan dan dapat membuat pertimbangan yang rasional serta tidak mudah
didorong oleh emosinya. Sifat ini amat penting untuk seseorang pelukis semasa
menjalankan aktiviti melukis.

Anda mungkin juga menyukai