Anda di halaman 1dari 27

ESTETIK

SENI CINA
Disediakan oleh: Dr Ida Puteri Binti
Mahsan
KESENIAN CINA
Muzik Klasik
◦ Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling
berkembang dalam dunia ini.
◦ Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik
Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang
berkaitan dengan agama.
◦ Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara
sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan bahan-bahan seperti logam, batu,
tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh.
◦ Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan
menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik terhadap muzik.
Kaligrafi
◦ Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara
China.
◦ Dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan
kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi
pemupukan personaliti.
◦ Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi
dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
◦ Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari
pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk
ditiru oleh para pelajar.
◦ Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah Wang
Xizhi (321-379).
◦ Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada
kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk
menghasilkan bentuk bentuk garis yang menarik lalu meggubah
struktur yang cantik.
◦ Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke
berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya
dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang
panjang.
Seni Lukis
◦ Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.
◦ Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja mahir melukis, tetapi juga
merupakan sarjana dan pakar kaligrafi.
◦ Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir
cop.
◦ Dibahagikan kepada dua kategori:-
1. xieyi (bebas tangan)
2. gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada
butir-butir)
◦ Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme.
◦Lukisan Xieyi
◦Lukisan Gonghi
Seni Cetakan
◦ Negara China merupakan negara yang paling awal menggunakan cetakan iaitu
pada abad ke-7 Masihi dan merupakan satu ciptaan budaya China yang penting.
◦ Tetapi tahun sebenar tentang seni cetakan di negara China mula wujud masih lagi
diperdebatkan dalam kalangan ahli akademik kerana tiada bahan artifak atau
peninggalan dokumen yang dapat dikaitkan dengan cetakan terawal yang telah
dijumpa.
◦ Namum begitu, perkembangan cetakan dilihat berdasarkan pengamatan daripada
aspek perkembangan sosial, budaya, dan bukti dokumen yang releven untuk
dikaitkan.
◦ Secara pandangan dan pemikiran kasar, cetakan kayu mula digunakan dalam Dinasti
Sui (581-518) dan menjadi popular dalam Dinasti Tang. Walaupunn cetakan ini
popular, tetapi kebanyakan rekod dokumen tentang cetakan blok kayu dalam Dinasti
Tang (618-607) masih sukar dipersembahkan.
◦ Mahadharani Sutra (discovered in Kyongju, South Korea, Chinese. Printing of the Tang)
Cetakan pada pertengahan dan akhir
pemerintahan Dinasti Tang
◦ Pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Tang, cetakan telah menjadi semakin popular sejak awal
penciptaan. Keadaan ini boleh dilihat menerusi buku ajaran Buddha yang telah menggunakan cetakan
secara aktif, dan juga ajaran Taoisme.
◦ Diamod Sutra of 868 (dijumpai di Dunhung)
◦ Pusat perkembangan cetakan juga semakin berkembang iaitu dari ibu negari di Chang’an dan
Louyang (ibu negeri wilayah timur) sehingga ke tempat seperti Sichuan, Huainan, dan Dunhuang.
Tempat-tempat inilah yang membawa kepada perkembangan seni cetakan.
◦ Esoteric Dharani Scriptures (discovered in Dunhuang Tang)
Cetakan dalam Zaman Dinasti Ming
◦ Zaman Dinasti Ming ( 1386-644_ merupakan zaman kegemilangan dalam seni cetak di Negara China.
Antara kecemerlangan ialah :
◦ 1) Semua jenis cetakan yang digunakan sebelum wujudnya dinasti Ming seperti woodblock, wood
movable type, metal movable type, whole metal plates, and techniques of multi-colour printing telah
diguna dan diaplikasi dalam dinasti Ming.
2) Kertas, dakwat, dan papan kayu yang digunakan dalam dinasti ini adalah lebih berkualiti dan lebih
standard berbanding dahulu.
3) Jenis-jenis dan siri cetakan yang dihasilkan juga mencapai tahap yang tertinggi dalam sejarah. Bukan
sahaja mencetak buku traditional, tetapi ia juga menguna secara meluas dengan mencetak bahan
sejarah, filasofi, majarah dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.
4) Perubahan dalam gaya cetakan. Dinasti ini telah menghasilkan karya yang lebih cantik dan karya
Dinasti Song menjadi lebih berkualiti dan digunakan secara meluas.
5) Karya yang dihasilkan dalam bentuk cetakan telah mempunyai warna dan ini sekali gus menambah
nilai estetik pada karyanya.
Shi Zhu Zhai Book on the Art of Painting (A coloured book printed
by Hu Zheng Yan
in the Ming Dynasty)
Cetakan Zaman Dinasti Ding
◦ Satu lagi kemuncak cetakan di Negara China ialah Dinasti Qing (1644-911).
◦ Pada dinasti ini, skala pencetakan dilakukan secara meluas, dan berkembang
dalam serantau China. Pada masa itu, rangkaian-rangkaian, pencetak-
pencetak swasta dan bengke-bengkel juga telah dibangunkan.
◦ Oleh itu, pelbagai penerbitan juga bertambah dengan adanya banyak
bengkel yang didirikan sama ada pihak ataupun kerajaan. Disebabkan ini
juga, dinasti ini telah mengatasi kesemua dinasti Cina sebelumnya dalam soal
kuantiti dan jenis-jenis penerbitan.
Spring Festival Picture by Yang Liu Qing,
Tianjin
Spring Festival Picture, Beijing
Seni Pembinaan
◦ Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga
sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang digunakan,
iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan cuaca.
◦ Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang berharmoni
dengan alam semesta.
◦ Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau
kubur selalunya ditetapkan dengan panduan fengshui.
◦ Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota
mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan.
◦ Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu dan ditutup
pada waktu malam.
◦ Tembok Kota
Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja
untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana
dan rumah-rumah kediaman.
Seni Catan
◦ Pada zaman Sung/Song, 960-1297 A.D, estetika Cina dibukukan bertajuk “An Essay on Landscape
Painting” oleh Kuo Hsi / Guo Xi.
◦ Buku ini mengandungi 3 bab yang mengandungi peraturan mengenai mengecat/paint.
◦ Kuo Hsi amat mengagumi pemandangan atau landskap di luar kota, desa, gunung, awan, buluh dan
burung kerana hal ini mententeramkan jiwa pelukis dan pemerhati.
◦ Kuo Hsi berpendapat bahawa landskap yang terbaik adalah apabila pemerhati dapat merasai
keindahan dan seolah-olah memasuki ke dalam landskap yang dilukis oleh pelukis.
◦ Didalam buku beliau, sentiasa mengingatkan pelukis supaya menumpukan pemerhatiannya ke atas
semangat atau spirit, membatini roh sesuatu pemandangan, menganalisis mood sesuatu situasi semasa
subuh/senja, kerana bentuk objek berubah mengikut masa
◦ Dalam catan landskap perlu ada awan, kabus, gunung, air, batu, sungai dan burung.
◦ Contoh catan
Watak pelukis Cina (Kuo Hsi)

◦Jujur, ikhlas, lemah lembut, baik hati.


◦Menulis puisi pada lukisannya.
◦Puisi ditulis pada bahagian kiri atau kanan.
◦ Karya – karya seni catan Dinasti Sung/Song
Peraturan melukis (Kuo Hsi)
Hubungan harmonis antara bumi dan langit
Gunakan kemuncak gunung sebagai garis penentu
Pohon pinus mesti diambilkira dahulu.
Lukisan air mesti kelihatan bergerak atau mengalir.
Lukisan awan mesti kelihatan mendung sebelum hujan, atau
mendung sebelum salji.
Kampung-kampong mesti dilukis di atas tanah dataran dan bukan
puncak gunung.
Pelukis mesti menguasai teknik melalui latihan.
Pelukis memilih dakwat yang pelbagai.
Lukisan air terjun di atas kertas atau sutera dengan membiarkan
ruang kosong.
Tema catan mestilah bersumber dari puisi, falsafah, sejarah.
6 prinsip seni cata Cina Kuo Hsi
◦ Ch’I Yun Sheng-Tung : Roh, gerak nadi hidup.
◦ Tzu-Jan : memberi struktur kepada hal benda menggunakan
berus.
◦ Melukis garis luar sesuatu objek.
◦ Gunakan warna untuk merakam warna asal sesuatu objek.
◦ Membuat komposisi dengan membahagi dan merancang.
◦ Meniru dan menyalin karya purba.

Anda mungkin juga menyukai