Anda di halaman 1dari 15

2.

Seni Catan Cina


2.1

Sejarah seni catan dalam masyarakat Cina

Sejak Zaman Klasik Cina sehingga sekarang perkembangan kerja-kerja kesenian Cina
sering mendapat perhatian oleh bangsa asing. Semasa Zaman Neolitik China memperlihatkan
bagaimana telah munculnya tembikar-tembikar yang diperbuat daripada tanah liat. Sejak
daripada itu orang Cina mula membuat beberapa tembikar yang bermutu tinggi dan cantik.
Pada zaman Dinasti Ming kemunculan tembikar berwarna biru putih merupakan salah satu
ciptaan yang dihasilkan oleh orang yang popular. Dalam bidang kesenian, tamadun Cina
bukan sahaja dikagumi dengan keindahan tembikarnya, tetapi mutu ketinggian dan
keagungan juga dikagumi dalam bidang-bidang lain seperti catan Cina.
Catan Cina (Guo Hua) mengambil tempat yang agak istemewa dalam tamadun Cina
kerana ia sering mendapat naungan dari pihak istana. Golongan pemerintah dan kelas elit
semasa Dinasti Tang dan Sung merupakan penyokong utama dalam bidang ini. Contohnya
Maharaja Hui Tsung dari Dinasti Sung merupakan seorang yang mencintai kesenian catan
Cina. Beliau menaungi bidang catan dan memberi jaminan latihan kepada artis-artis catan.
Oleh sebab itu, seni catan di China telah wujud sebagai kegemaran waktu lapang golongan
atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan pelukis amator itu beralih menjadi pelukis
profesional yang menjual lukisan untuk keuntungan yang lumayan.
Corak catan Cina berbeza dengan catan Barat. Pada zaman awal interaksi antara orang
Cina dengan Barat menyaksikan bagaimana orang Barat membuat kajian terhadap catan Cina
dan sering mengkritiknya. Seorang Paderi Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke
17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni.
Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakan orang Barat yang pernah sampai ke sini
pada abad ke-17 hingga ke-19. Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai
catan Cina.
Catan Cina sebenarnya bermula awal Zaman Neolitik, di sini penulis hanya
membincang dan memberi gambaran sedikit sebanyak tentang Dinasti Tang dan Dinasti Sung
kerana seni lukis berkembang dengan pesat sehingga mencapai tahap kecemerlangan dalam
kedua-dua Dinasti ini.

i.

Catan Dinasti Tang

Catan Cina bermula sebelum Dinasti Tang (618 907) dan kebanyakan terdiri dari lukisan
garis yang menunjukkan manusia terlibat dalam berbagai aktiviti kehidupan. Masa ini
dipanggil golden age (Zaman Keemasan) dalam lukisan figura.Pada pertengahan Zaman
Dinasti Tang, lukisan lanskap, bunga dan burung lebih menonjol, diikuti dengan lukisan
gunung, hutan, pemandangan dan taman yang mempunyai keupayaan membawa seseorang
dari alam meterial ke dalam alam yang aman dan bebas. Ini kerana lukisan lanskap selalu di
anggap sebagai lukisan yang mengandungi ilmu pengetahuan yang tersurat dan tersilat dalam
kesusasteraan. Bunga, rumput, pokok, batu, burung dan lain binatang walaupun strok nya
ringkas tetapi dalam bentuk yang hidup dan bertenaga. Oleh itu, lukisan lanskap, bunga dan
burung, lukisan figura merupakan tiga katogori lukisan Cina tradisional. Pelukis yang
terkenal pada Dinasti Tang ini ialah Yen Li Pen, Wo Tao Tzu, Li Chen, dan Wang Wei.
ii.

Dinasti Lima (907-960) dan Dinasti Sung (960-1279)

Pihak pemerintah dan golongan elit pada zaman Dinasti Tang dan Sung ( 960 1279 )
memberi sokongan kepada kemajuan lukisan Cina. Pada zaman ini, lukisan yang kreatif
bermatlamat politik dan pendidikan. Pada zaman Dinasti Sung telah membentuk akademik
seni lukis yang agak sistematik. Maharaja Hui Tsung adalah pencipta seni lukis halus dan
beliau juga seorang pelukis. Beliau mengangkat martabat pelukis akademik ke tahap yang
paling tinggi pada zamannya.

Walau bagaimanapun akibat daripada perubahan sosial,

ekonami dan kebudayaan, menyebabkan ramai penulis-penulis berminat kepada seni lukis.
Akibatnya kesusasteraan diterapkan ke dalam lukisan. Penyajak yang terkenal, Sun Shih
(1056 1101 A.D) atau lebih dikenali sebagai Su Tung Po juga terkenal dalam literati
painting (lukisan yang ada sajak).

2.2

Bahan dan Alat

Dalam seni catan Cina bahan yang digunakan ialah:


2.2.1 Dakwat - Dakwat telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu 3500 tahun
dahulu. Tembikar bercat bertarikh tersebut dijumpai sebagai bukti. Ink Cake yang
diperbuat daripada arang pokok pine diketahui mula wujud pada abad ke 4 T.M.
Semasa abad 10, seni pembuatan dakwat telah maju tidak menggunakan bahan
mentah seperti mutiara, serbuk jed yang dicampur bersama. Dakwat terdiri daripada
dakwat Cina, ink stone dan atick stone. Apabila ink cake digiling dengan air,
dakwat segar yang terhasil boleh menghasilkan perbagai darjah kecerahan warna
kelabu yang bergantung kepada kuantiti air yang digunakan.
3.2.1

Sutera dan kertas - Material yang digunakan dalam seni catan Cina ialah
sutera dan kertas sebagai penyokong. Tekstil sutera mula ditenun 35000 tahun
dahulu. Penggunaan sutera oleh pelukis mencapai kemuncaknya ketika Dinasti
Sung (960 1279). Tetapi, pada masa itu, kertas berkualiti tinggi juga telah
digunakan secara meluas. Kertas terdiri daripada dua jenis iaitu Yu Ban Zhi
dan Shu Xuan Zhi (rice paper). Hasil seni atas kertas adalah lebih mudah
disimpan lama berbanding dengan sutera.

3.2.2

Berus Jingti, Hanbi dan Xiao Miao Bi. Berus mempunyai sejarah yang lebih
lama berbanding sutera. Hiasan atas tembikar Neolitik menunjukkan
penggunaan alat yang lembut dan flaksibel dan berkemungkinan besar adalah
jenis proto brush. Tulisan menggunakan pigmen merah atas tulang oracle
3000 tahun dahulu telah menggunakan alat tersebut dalam versi yang lebih
halus. Kekuatan dan kelembutan seikat bulu haiwan yang dijadikan tajam pada
hujungnya dapat dilihat melalui catan atas sutera. Jika digunakan oleh pelukis
yang berkemahiran tinggi, berus dapat menghasilkan garisan sekasar dawai
ataupun sehalus benang. Antara bahan mentah yang paling popular digunakan
sebagai berus ialah bulu kambing dan arnab. Bulu kambing adalah lebih
fleksibel tetapi kurang kuat dan agak keras. Berus diperbuat daripada
kombinasi yang berbeza-beza memberi pelbagai darjah keseimbangan untuk
menepati citarasa pelukis.

3.3

Gaya

Terdapat tiga gaya dalam seni catan Cina iaitu:


3.3.1

Pai Miao Lukisan lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang
dipelajari oleh pelajar, lakaran ini mementingkan kelicinan dan kematangan
garisan serta ton gelap yang memberi kesan form

3.3.2

Gong bi Lebih kepada realistik, teliti dan menyerupai benda yang sebenar.
Gaya ini serupa teknik grafik, kekemasan dan kehalusan perlu ditekankan.

3.3.3

Xieyi Secara spontan, berani menggunakan warna dan tidak ada garisan
lakaran. Gaya ini dapat mengekspresi mod seseorang pelukis pada masa itu.
Contoh-contoh gaya seni catan Cina

Pai Miao

3.4

Gong bi

Xieyi

Teknik

Teknik asas lukisan Cina adalah semudah materialnya, tetapi kerja penghalusan
menjadi kompleks. Catan Cina mementingkan kemahiran menggunakan berus. Penggunaan
berus yang betul akan menghasilkan berbagai brush stroke yang berlainan. Brush stroke
boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu central Point dan slanting Point. Dalam catan,
berus biasanya dipenuh dengan dakwat dan dicairkan dengan air untuk mencapai darjah
kepekatan yang dikehendaki. Ini terhasil apabila dakwat dan warna meresap ke dalam
permukaan kertas dan menghasilkan kelembutan. Brush stroke yang basah dan kering dapat
menghasilkan tekstil pada batang pokok dan batu yang masih kelihatan lembab dan segar.
Kesimpulanya, kemahiran mengendalikan berus dan mencampur air ke dalam dakwat serta

pengetahuan tentang sifat jenis kertas dan sutera yang berbeza adalah 3 keperluan asas untuk
teknik catan. Penggunaan berus yang betul akan menghasilkan kesan stroke seperti titik,
gosok berkedut-kedut, celup dan tarik. Penggunaan stroke berbeza-beza contohnya stroke
titik sahaja dapat menghasilkan berbagai jenis titik yang berbeza bukan dari segi jalinan
malahan juga penggunaannya. Pemandangan gunung berkabus yang dihasilkan melalui
titikan-titikan berus yang dicondongkan telah menjadi visi kabus dan hujan. Titik-titik
condong yang membentuk kepulan-kepulan awan di bawah puncak-puncak gunung dikenali
sebagai titik-titik Mi.
3.5

Penggunaan warna

Biasanya penggunaan warna-warna lembut telah menjadi trend utama dalam seni
catan Cina. Penggunaan warna memainkan peranan seperti peranan utama, sokongan atau
sampingan. Artis-artis merasakan tiada sesuatu pun yang dapat mengganggu kecantikan berus
dan dakwat. Penambahan warna yang sesuai akan memewahkan lagi sesebuah lukisan dan
senang meyampaikan pemikiran artis.
Jenis jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina adalah seperti darjah berikut:

3.6

Simbolik warna dalam penggunaan seni catan Cina

Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang maksudnya


melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan sesetengah warna terus menjadi
kelaziman dan sesuatu yang mesti pada pelukis catan Cina. Contoh simbolik dalam
warna:

3.6.1 Qing (warna hijau)


Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan
dengan

tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran

dan berharapan.
3.6.2 Hong (warna merah)
Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur. Ia
melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan wanita

atau gadis yang cantik. Merah terang (Cinnabar atau Dan) disamakan dengan
ketakjuban dan kehidupan yang abadi dalam budaya Cina, warna merah
sebagai penanda unggul dan metafora yang membawa tuah.
3.6.3 Huang (warna kuning)
Warna dataran rata di utara China. Berkait rapat dengan asal usul
kebudayaan Cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat
kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja. Dalam kepercayaan
agama, warna kuning juga dijadikan warna utama, oleh sebab itu, sami
Buddha biasanya memakai jubah kuning.
3.6.4 Bai (warna putih)
Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat Cina.
Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan berkait rapat
dengan bunga teratai.
3.6.5 Hei (warna hitam)
Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna yang
tidak aktif, melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

Dalam masyarakat Cina, warna memainkan peranan yang penting. Ia boleh


mempengaruhi emosi dan fikiran seseorang. Contohnya pada Hari Raya atau Hari
Kebesaran yang lain, pemuda pemudi dilarang memakai pakaian yang berwarna
hitam kerana ia dipercayai akan mendatangkan nasib suae (malang). Ia dianggap
kurang sopan dan tidak menghormati orang lain sekiranya melawat rumah saudara
dengan pakaian demikian. Manakala pemuda pemudi digalakkan memakai pakaian
yang berwarna merah atau berwarna terang kerana warna merah melambangkan
kegembiraan dan bahagia. Bunyi Hong juga membawa simbolik berjaya dengan
cemerlang.

3.7

Membina Struktur Catan Lanskap

Binaan struktur lanskap merupakan topik yang penting dan harus difahami oleh pelajar melukis dan
memahirkannya.

3.7.1

Pembahagian objek utama dan sekunder

Dalam sebuah lukisan lanskap, pelukis haruslah memahami struktur mana yang dikatakan sebagai objek
utama dan sekunder. Biasanya benda yang dilukis berdekatan dengan paras penglihatan dikatakan objek
utama. (lampiran 2)

3.7.2

Memberi dan menerima

Pemandangan yang berada dalam sesebuah lukisan perlunya ada sifat memberi dan
menerima untuk menghasilkan daya kesungguhan dan irama kelembutan dalam
lukisan. (lampiran 3)
3.7.3

Adanya sifat nyata dan kabur

Sifat nyata dalam lukisan biasanya memberi sesuatu perasaan lebih berat, lebih nyata
dan senang dikesan dalam lukisan. (lampiran 4)
3.7.4

Adanya tempat kosong

Meninggalkan tempat kosong merupakan satu teknik yang penting dalam lukisan
cina. Kemahiran ini perlu difahami supaya pelukis dapat menghasilkan satu lukisan
yang dikatakan elegent. Peninggalan ruang kosong juga dapat membezakan lapisan
lukisan. Dalam seni lanskap Cina, artis-artis begitu teliti dalam menapis alam semula
jadi melalui pengamatan mereka, menjadikan jarak yang jauh lebih jauh dan ruangan
yang kosong lebih terasa kekosongan. (lampiran 5)
3.7.5

Adanya padat dan jarang

Stroke berus perlu adanya padat dan jarang supaya lukisn tidak kelihatan kaku.

3.10 Simbol dalam catan cina


Catan Cina yang bersifat simbolik paling diminati dalam masyarakat Cina.
Simbol mempunyai pengertian yang meluas. Simbol memberi sesuatu makna tanpa
terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud apabila kedua pihak
gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya simbol yang dihasilkan adalah
sesuatu yang lumrah, universal dan mudah difahami.
Simbol berasal dari perkataan Greek Symbolon atau tanda iaitu sesuatu imej atau
lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan proses. Menurut Kamus Dewan
Edisi 3 (1998), perkataan simbol membawa makna sesuatu yang mewakili sesuatu yang
lain, lambang dan tanda.

Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya.


Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol. Menurut Budiono Herusatoto (1985:
10), simbolik ini merupakan ciri khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan.
Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai

haiwan yang

bersimbol. Ia menerangkan bahawa manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali
dunia secara langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.
Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, An Introduction to Peotry (1959: 14)
menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics at all to justify its
abstract meaning. Oleh itu, secara ringkas, simbol adalah suatu tanda, ciri atau lambang yang
mempunyai makna abstrak, yang cuba memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang.
Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan ikonnya secara
padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi menyampaikan mesej keagamaan di
zaman Renaissance. Simbol juga sesuai ditakrifkan sebagai significance form dalam
sesebuah karya seni.
Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham (1979: 3)
bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan untuk menandakan sesuatu yang
penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi atau mengikuti dan
mengenali nilai-nilai yang mereka patut hidup bersamanya.
Konfucius berkata:
Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te), bergantung
pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara seni yang lain, iaitu adat,
muzik, memanah, memandu kereta, menulis tentang sejarah dan kira-kira.
Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi hanya sebagai hiasan
dalam seni catan Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema atau
mesej yang tersirat.
Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:

3.10.1Motif flora

Motif

Catatan

i.

Shi liu (Delima)

Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan


kesuburan dan kemewahan. Dalam perkataan Cina seed
(biji) juga bermaksud anak lelaki, oleh itu buah delima
melambangkan harapan untuk mendapat banyak anak
lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.

buah

delima

yang

disulam

dengan

motif

delima

dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru.

ii.

Mei Hua (Plum Blossom)

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolaholah mati, lima kelopak bunga mewakili kehidupan baru di
hujung musim sejuk. Plum blossom merupakan keindahan
dalam musim sejuk. Ia seolah-olah mempunyai kuasa yang
QuickTime and a
TIFF (LZ W) decompressor
are needed to see this picture.

menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan


seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah
manusia seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi
segala

lumrah

kehidupan.

Kehidupan

baru

dan

kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia mempunyai


sifat seperti bunga plum.

Motif

Catatan

iii.

Song (Pokok Pine)

Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang


berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol tumbuh
subur di tepi tebing gunung yang tinggi melambangkan
seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan

istimewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik,


rasuah). Pokok pine tetap kekal di situ bertahun-tahun.
Oleh itu ia melambangkan kehidupan yang sejati walaupun
masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau buatan
manusia sendiri.
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.

iv.

Mou Tan (Bunga peony)

Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana kemewahan


warnanya dan bauan yang wangi, bunga peony adalah
simbolik kepada musim bunga, juga cinta dan keindahan
sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan maruah dan
kegembiraan.

Motif

Catatan

v.

Liu (Pokok Willow)

Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana


daunnya

yang

panjang

dan

tirus.

Kadang-kadang

dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita) atau


pelacur. Pokok ini juga melambangkan persahabatan dan
batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa
hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai
mempunyai kuasa menyucikan dan digunakan untuk
upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching

Ming. Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk


berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini terdapat di
tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk motif ini
berdasarkan

kepada

cerita

pasangan

kekasih

yang

menghadapi banyak rintangan untuk berkahwin.

vi.

Ju (Buluh)

Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang


lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan, ketahanan,
kesesuaian dan kegigihan untuk terus hidup dalam
sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan nasib yang baik
QuickTime and a
TIFF (LZW ) decompressor
are needed to see this picture.

kerana namanya sama dengan perkataan permintaan.

Motif

Catatan
vii.

Lian Hua (Bunga teratai)

Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi semangat yang


tidak dapat dicemari, membesar dengan akar yang panjang dan dalam,
serta kuntuman yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga teratai
mempunyai dua makna dalam bahasa Cina; satu ialah perkataan yang
sama maksudnya dengan kedamaian dan keharmonian dan yang
kedua bermaksudnasib baik yang berulang.

3.10.2 Motif fauna


Motif fauna dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di dalam Hadith
yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan diperintahkan oleh Allah untuk
memberi nyawa kepada patung ciptaannya itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian,
beliau akan dicampakkan ke dalam api neraka. Islam melarang penggunaan perlambangan
manusia dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada perbuatan
yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif fauna dalam masyarakat Cina amat penting dalam
membawa simbolik yang unik, biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk
astronomi. Contoh-contoh motif fauna adalah seperti berikut:

Motif

Catatan

i.

Long (Naga)

Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang


selalu
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.

digunakan

dan

amat

mustahak

dalam

perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya


naga

adalah

binatang

yang

mempunyai

kuasa

transformasi dan boleh menurunkan hujan. Naga


muncul secara berpasangan berlingkar di dalam awan
atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk
mendapatkan disc (simbol matahari) Naga adalah
simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga
yang dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir di
Beijing Forbidden City. Menurut mitos lama, Yu,
nenek moyang asal masyarakat Cina, wujud dalam
bentuk seekor naga kuning yang melonjak keluar
daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal dunia.
Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan
perlindungan.

ii.

Ma (Kuda)

Kuda
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.

dikait

rapat

dengan

ketenteraan

dan

kebangsawanan, mewakili semua sifat-sifat yang


mewakili kekayaan, prestij dan mobiliti. Kuda putih
secara legenda dikait dengan pengangkutan agama
Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu
pengetahuan. Kuda-kuda ini sering digambarkan
dalam keadaan berlari pantas dengan kaki tidak
mencecah tanah.

Motif

Catatan

iii.

Feng Huang (Phoenix)

Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan


fizikal, ia sebagai simbol Maharani. Menurut cerita
mitos Feng Huang adalah burung yang boleh terang

terus ke syurga. Ia juga melambangkan pencapaian


yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga
untuk melambangkan perkahwinan yang bahagia
(keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang
QuickTime and a
TIFF (LZW) decompressor
are needed to see this picture.

berwarna-warni

melambangkan

kecantikan,

kemewahan dan baik hati.

iv.

Tie (Rama-rama)

Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan


peringatan. Oleh kerana bunyi rama-rama ini serupa
dengan perkataan seseorang yang telah berumur, ia
juga dianggap sebagai simbol panjang umur.

Motif

Catatan

v.

He (Burung Bangau)

Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal


abadi, kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita
dongeng

masyarakat

Cina,

burung

bangau

ini

dikatakan boleh membawa tuah dari nan hai sian tau


iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya burung
bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan
ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan
panjang umur. Simbol membawa dewa ke syurga
melambangan pegawai tinggi di dalam istana China
(politik).

vi.

Li Yu (Ikan Kap)
Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu (keuntungan,
berlebihan). Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan
semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam
bentuk lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka
murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang panjang kerana
dipercayai kebal daripada kematian secara semulajadi.

Masyarakat Cina mempercayai simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi


kehidupan mereka ke arah keamanan dan kegembiraan. Batu-batu dan gunung-ganang yang
biasa dilukis dalam sanshui (lukisan pemandangan) dikaitkan dengan keabadian, kestabilan,
kesetiaan dan ketahanan. Gunung dan lautan sering digambar bersama-sama dan apabila
disatukan masing-masing melambangkan hidup yang panjang dan nasib yang baik.

Anda mungkin juga menyukai