Anda di halaman 1dari 9

Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana pelbagai bangsa.

Falsafah & Agama T. Cina

1. Konfusianisme

2. Buddhisme

3. Daoisme

4. Moisme

5. Legalisme (Aliran Fa)

6. Islam

ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh

sistem kekeluargaan Cina termasuklah:

i. Waris sebelah bapa.

ii. Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.

iii. Kuasa suami yang tertinggi.

iv. Mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan.

v. Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga.

Kesusasteraan

1. Puisi

◦ Antologi puisi terawal – Shi Jing (Classic of Song) – mengandungi 305 nyanyian kuil,
istana dan rakyat.

◦ Wujud antara zaman Zhou Barat hingga Musim Bunga dan Musim Luruh.

◦ Dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe.

◦ Fungsi : sastera, politik dan sosial.

◦ Chu Ci (Nyanyian Chu) – asal dari muzik dan tarian

◦ Mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sg. Yangzi.
◦ Kemuncak perkembangan pada dinasti Tang.

2. Prosa

Prosa klasik (guwen)adalah dominan dalam sastera cina klasik.

Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik Konfusius dan
ahli falsafah lain.

Bahasa klasik menjadi medium bg hampir semua penulisan prosa krn ianya menjadi
bahasa utk peperiksaan rasmi.

Tujuan penulisan prosa adalah utk menyampaikan moral dan etika.

Zhuang Zi merupakan prosa Qin yg paling indah

Shi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yg mempunyai penulisan prosa yg terbaik
zaman dinasti Han.

3. Drama

◦ Drama Cina bersemarak pada zaman dinasti Yuan (1279-1368M).

◦ Drama yg paling menarik – jenis zaju.

◦ Sastera bentuk puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentu

◦ Zaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi berperanan untuk menyatakan rasa tidak puas hati
atau sbg alat kritikan. Misalnya, drama Dou’er Yuan (Ketidakadilan Dou’er) karya Guan
Hanqing kritik kelemahan pegawai Mongol yang rasuah sehingga seorang suri rumah
dihukum mati tanpa sebab. Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya Wang Shifu –
cinta bebas dan menentang tradisi lama dlm perkahwinan.

◦ menyokong nilai2 Cina tradisional spt zhong (kesetiaan), xiao (hormat terhadap ibubapa),
jie (kesucian wanita) dan yi (keadilan)

◦ digemari oleh golongan pujangga kerana stail nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.

◦ Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah mula berkembang dan dipentaskan di
Beijing.

◦ Dari sinilah lahirnya opera cina yg digemari.

◦ Umumnya drama cina lebih menekankan nilai moral berbanding agama seperti dlm prinsip
moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa dan suami, taat kpd ketua. Tujuannya
mendukung kelakuan baik.

4. Fiksyen

◦ Dlm istilah cina disebut xiaoshuo – percakapan kecil dan percakapan sia2

◦ Gemilang pd zaman dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911)

◦ Antara karya fiksyen:

Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) – mengenani perebutan kuasa antara 3 buah negara
pd kurun ke 2

Honglou meng (mimpi loteng merah) – mengenai kehidupan dan nasib keluarga besar pd
zaman dinasti Qing

Shuihu Zhuan (Kisah pinggir air) – menggambarkan dunia utopia dan menyokong
perubahan

Xijou ji (perjalanan ke barat) – mengenai keghaiban

Kesenian

1. Muzik Klasik

◦ sistem muzik yg paling lama dan paling berkembang

◦ Bentuk muzik yg wujud tidak terbilang jumlahnya dan dimainkan di istana, perayaan rakyat
dan peristiwa berkaitan agama.

◦ Alat-alat muzik diperbuat daripada logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan
buluh.

◦ Alatan muzik cina dlm bentuk meniup, genderang, memetik, menggesek

◦ Buku Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing

◦ Menurut Konfusius, muzik teragung adalah muzik yg harmoni dgn alam sekitar dan
melaluinya dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.

◦ 6 jenis emosi:

kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan, kecintaan

◦ Pengaruh muzik cina dapat dilihat dalam tamadun spt Korea dan Vietnam kesan interaksi.
2. Kaligrafi

◦ Kaligrafi Cina dianggap unik dan membayangkan kualiti seorang ahli kaligrafi dari segi
personaliti .

◦ Dalam sistem pendidikan lama, salinan specimen kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk
ditiru oleh pelajar.

◦ Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu bersurat di pintu tembok, kuil-kuil,
papan tanda, pintu gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah.

◦ Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas dan sutera.

◦ Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala dan tajam di hujung.

◦ Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan:

Kaishu (stail biasa)

Lishu (asalnya untuk kegunaan kerani)

Xingshu (stail berlari)

Caoshu (stail rumput)

Alam semula jadi – inspirasi asas kaligrafi

3. Seni Lukis

◦ Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi.

◦ Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt Su Dongpo zaman dinasti Song.

◦ Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan ukir cap.

◦ Lukisan tradisional cina terbahagi 2:

Xieyi (freehand brushwork)

Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)

◦ Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi

◦ Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang, potret dan figura.

◦ Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.


◦ Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain tua.

◦ Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg perantara yg membayangkan personaliti,
perasaan dan jiwa seseorang pelukis.

◦ Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg membentuk seni khat bersifat Cina
beragama Islam. Begitu juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis Cina
berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran Buddha

4. Seni Bina

◦ Bangunan yg dibina dalam tradisi Cina mengambilkira kedudukan dan susunatur berpandu
kpd teori fengshui (kuasa alam)

◦ Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk pertahanan dan keselamatan.
Tembok kota biasanya mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu yg dibuka pd
waktu tertentu dan di atasnya terdapat menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air
yg dalam. Tembok yg terkenal – tembok besar Cina.

◦ Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd kayu berkualiti dan mempunyai
rangka yg berbentuk tiang dan ambang.

◦ Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan melengkung. Bumbung biasanya
dipasang tembikar.

◦ Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda

◦ Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina

- Ciri-ciri seni bina Cina:

- Harmoni dengan alam semesta

- Mempunyai tembok

- Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya

- Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan, termasuklah pagoda

(pengaruh agama Buddha)

- Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina.

Sains & Teknologi


Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina menekankan – fungsi dan kepentingannya.

Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi,


geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.

a. Bidang astronomi:

◦ Kemampuan menyediakan katalog bintang

◦ merekod berlakunya gerhana dan komet

◦ Menghasilkan peralatan astronomi

◦ Menyelenggara rekod astronomi

◦ Memperkenalkan sistem kalendar

b. Bidang matematik:

◦ Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2

◦ Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang zuanshu (sembilan bab matematik ) oleh Zhang
Cang pd kurun ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif negatif.

◦ Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan system perpuluhan.

c. Bidang perubatan

◦ Akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa) kaedah perubatan tradisional bagi
memperbetulkan peredaran darah.

◦ Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba, binatang dan sumber galian sangat
meluas.

◦ Antara buku perubatan & farmokologi terkenal:

Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning)

Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li Shizhen mengandungi 52 jilid –


farmakologi Cina teragung dan berwibawa hingga kini.

D . Teknologi Cina

- Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan,
pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.
- Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat
pada dada (breaststrap harness).

- Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la
dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah
kerongkong yang digunakan masa sekarang.

- Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada
kira-kira tahun 200SM.

Pencapaian teknologi Cina –

empat penciptaan agung : teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas

◦ Teknik membuat kertas tlh dicipta oleh Cai Lun pd tahun

105 yg diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan

◦ Teknik percetakan blok diperkenalkan pd zaman dinasti Tang (618-906). Antara buku
terawal dicetak – Jingang jing (kitab sutera diamond). Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta
teknik percetakan bergerak

◦ Bahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois utk membuat bunga api. Pada tahun 906,
bahan letupan mulai diguna dlm militari.

◦ Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet diketahui antara kurun pertama dgn
kurun ke 6.

India

Masyarakat dan Budaya

Sistem keluarga

Susun lapis masyarakat India menurut Veda dikenali sebagai Ashrama Dharma

Dlm struktur masyarakat India, wanita mempunyai kebebasan terhad

Masa muda, di bawah jagaan ibu bapa,

Apabila berkahwin, di bawah lingkungan keluarga dan suami

Terdiri drp 4 peringkat kehidupan:


1. Brahmacarya - dr kecil hingga 24 tahun

2. Grahasta - kehidupan berkeluarga

3. Vanaprasta - kerohanian

4. Sannyasa - menolak kehidupan duniawi

Sistem Kasta

Sistem kasta merupakan stratifikasi social yang mempunyai peranan masing-masing

4 kasta;

Brahmin (pendidik),

Ksatriya (pemerintah),

Vaisya (peniaga), dan

Sudra (pekerja)

Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa Sanskrit adalah asas kpd bahasa Hindi

Kitab Veda dan tafsiran-tafsiran falsafah ditulis dlm bahasa Sanskrit

Karya epik Mahabharata dan Ramayana adalah kesusasteraan Sanskrit

Bahasa Dravidia merangkumi beberapa bahasa di bahagian Selatan India

Pencapaian Tamadun India dalam Pelbagai Bidang

Seni halus (tarian, muzik & drama)

Natya Sastra karya Bharata mengandungi 3 jenis seni halus

Tarian klasik Bharata Natyam & Kathak dipersembahkan

serentak dgn muzik & drama

Seni bina;

pembinaan kuil

Seni ukir;
pembuatan patung, tiang berukir, dan seni pahat

Seni lukis;

candi dan kuil diukir dgn unsur2 keceriaan dan keagamaan

Sains dan teknologi;

matematik, astronomi, fizik, kimia, logam dan perubatan

Anda mungkin juga menyukai