Anda di halaman 1dari 15

Tamadun China adalah sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000 tahun yang lalu, walaupun

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan disebabkan pencerobohan kuasa asing. Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah sungai. Di utara bermula dengan Huang He (Sungai Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan masyarakat tani semi tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao. Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM). Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai Yangtze, terpanjang di China (3915 batu), mengalir dari Gunung Qinghai dan Tibet membelah ke bahagian Timur China berakhir di Laut China Timur. Kesan kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan kesan kebudayaan Peng-Keng turut dikenalpasti di Taiwan (5000-3000SM.). SEJARAH RINGKAS TAMADUN CHINA Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat dalam empat zaman: - Zaman Pembinaan - Zaman Keagungan - Zaman Peralihan dan - Zaman Moden ZAMAN PEMBINAAN Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti (Dinasti Hsia-Chou- Hin), muncul sistem politik monarki dan era feudalisme. Zaman Dinasti Chou timbul peperangan akibat kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme yang memberi sumbangan besar kepada Tamadun China. Kemunculan Shih Hwang Ti (221-210SM.) China dapat disatukan. ZAMAN KEAGUNGAN Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di Han-Barat dan 25-265M Han-Timur), menguasai wilayah yang luas dan cekap mentadbir. Penduduk seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan pemberontakan dalaman diikuti zaman kekacauan selama 350 tahun, berlanjutan hingga zaman Dinasti Tang. Dalam pada itu juga tamadun China turut menyaksikan kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan direkodkan dalam Chinese Annals mengenai kisah orang

Arab dalam Dinasti Tang sekitar (618-907M.). Pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara China seperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek, Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada itu muncullah masyarakat China Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui. Zaman Maharaja Yong Hui (651M), Dinasti Tang dicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina `Uthman bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik yang dianggap paling menyerlah berlaku pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368).

Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644). Menurut catatan rasmi orang-orang China, hubungan antara Arab Parsi dengan China melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang China telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi lagi. Saad bin Abi Waqas dikatakan pernah sampai ke China, diperkuatkan lagi dengan kata-kata Saidina Umar r.a.: Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China. Panglima Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah menguasai Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun 713M. hubungan dengan Maharaja Hsuan turut diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah berkenaan, menunjukkan Islam datang ke China sejak zaman Rasulullah s.a.w. Lagi. ZAMAN PERALIHAN Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada pertengahan abad ke-13, bahagian Utara China ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di bawah pimpinan seorang petani Buddha Dinasti Ming kembali berkuasa. Namun pada tahun 1644, orang Manchu pula menguasai sehingga kedatangan ancaman Barat pada abad ke-19. ZAMAN MODEN Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. China diaibkan dengan syarat perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan China. Dalam pada itu pengaruh Barat mula meresap dan menghambat keluar amalan dan nilai tradisi tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949. Ekoran daripada itu, cabaran terhadap nilai-nilai tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Barat mula tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis China pimpinan Mao Zedong (1949-1976) mula membara. Implikasi daripada itu beberapa perubahan mula berlaku

Tamadun China wujud sejak 5,000 tahun dahulu. Tamadun terawal dikesan di lembangan Sungai Kuning. Budaya China terbentuk hasil daripada percampuran berbagai elemen etnik JATIDIRI MASYARAKAT CHINA Kuat mempertahankan budaya nenek moyang. Menganggap diri mereka lebih bertamadun daripada bangsa lain. Amat menghargai hasil minda (idea) orang lain. Amat mengambil berat tentang sejarah dan budaya bangsa. ETNIK-ETNIK CHINA Terdapat lebih 54 kelompok etnik. Han adalah kumpulan etnik paling dominan. Banyak etnik lain terasimilasi dalam etnik Han. Nama keluarga mengamabarkan asal-usul mereka. BUDAYA MASYARAKAT CHINA Budaya adalah identiti masyarakat China. Setiap amalan mengambarkan maknanya yang tersendiri. Amalan budaya dan pantang larang menjadi pengikat persaudaraan orang China. Masyarakat China mempercayai kewujudan dan peranan alam roh atau dewa-dewa. SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CHINA Mementingkan hirarki sosial. Mengutamakan hubungan kekeluargaan. Pematuhan dan Pengaplikasian norma sosial menjadi asas kepada kewujudan keharmonian sosial. Prinsil Lima Hubungan (wu lun) adalah teras hubungan sosial. NILAI-NILAI DALAM PENDIDIKAN Upacara budaya seperti perayaan disambut semua lapisan masyarakat. Perayaan berperanan sebagai pengikat tali kekeluargaan. Amalan tradisi dianggap sebagai jatidiri atau pengenalan orang China. Tanpa amalan tradisi China mereka dianggap hilang nilai kechinaannya. Pendidikan dianggap penting dalam mengekalkan masyarakat berilmu, beradat dan berperadapan. KESIMPULAN Negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai budaya mereka. Walaupun mereka pernah dijajah oleh bangsa bukan China, tetapi keutuhan budaya China berjaya menchinakan bangsa yang menjajah mereka.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA PENGENALAN Tamadun china merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Sumbangan dan pencapaiannya adalah setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan Tamadun China ialah ketahananya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga sekarang. Pengaruh tamadun China amat ketara dan telah dijadikan model bagi kerajaankerajaan seperti Jepun, Korea dan Vietnam. Penyebarannya berlaku secara tidak langsung ke seluruh dunia, kewujudan China town di beberapa negara maju membuktikannya. Budaya China dikagumi khususnya dalam bidang perubatan, ilmu pengetahuan, penciptaan dan perkembangan teknologi serta falsafahnya.

SENIBINA TEMBOK BESAR CHINA Kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming. Ia dibina untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara. Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

BAHAN PERCETAKAN KERTAS Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat kerana bermulanya Zaman Reformasi di Eropah.

Kertas pertama di dunia BAHAN API / MERCUN Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikutpengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata. KOMPAS Penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utaraselatan yang diletakkan batu lod. Sebenarnya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas pertama dicipta oleh penduduk China diperbuat dari kayu dan sebatang sudu magnet. PEPERIKSAAN AWAM CHINA Matlamat utama pendidikan di China ialah lulus peperiksaan awam. Sistem peperiksaan awam di China adalah yang tertua di China. Terdiri daripada 3 tahap - Hsiu Tai Setaraf dengan ijazah pertama - Chun-Jen Setaraf dengan sarjana - Chin Shih Setaraf dengan doktor falsafah PERTANIAN Kerbau digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan. KOLAR KUDA Kolar kuda merupakan sumbangan tamadun China yang direka untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong berkuda dan penyisir tanah. SAINS DAN TEKNOLOGI Sumbangan tamadun Islam terhadap tamadun China dalam sains dan teknologi (ilmu pengetahuan):

- Bidang Perubatan - Bidang Matematik - Bidang Astronomi - Fizik - Biology BIDANG PERUBATAN Bermula sejak kurun ke-2 masihi. Karya perubatan yang terkenal. Inner Cannon Rekod teori-teori perubatan China. Yellow Emperors Classic of Internal Medicine Kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. Treaties on Disease Caused by Cold Factors Ditulis oleh Chang Chung Ching. Material Madica Ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensiklopedia yang mengandungi hampir 2,000 jenis perubatan. BIDANG MATEMATIK Dua karya matematik yang terkenal - Chou Pei Suan King Mengenai kelendar, cara tentukan masa melalui ayunan. - Chiu Chan Suan Shu Mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik. Ahli matematik China yang terkenal - Liu Hiu - Li Zhi - Li Shanlan BIDANG ASTRONOMI Pada dinasti Chou, pembuatan katalog bintang, kejadian gerhana, komet dan penggunaan genomon serta clepsydra diaplikasikan.

ISLAM DI CHINA - Sejarah Islam di China o Teori Kedatangan Islam di China o Perkembangan Islam di China o Faktor Pemangkin Islamisasi - Tokoh-tokoh Islam di China - Sumbangan Islam di China PENGENALAN China adalah antara negara paling awal menerima kedatangan Islam. Islam sampai ke negara itu melalui perjuangan dan usaha gigih sahabat Rasulullah.

Sumbangan Islam kepada peradaban China sangat besar dan tidak boleh dipadamkan dari catatan sejarah. TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA 1. Berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M) bahawa telah ada kapal dagangan China sampai di Teluk Parsi pada abad ke-5M dan telah ada penempatan orang Arab di sekitar pelabuhan utama di China. 2. Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah s.a.w. berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M. Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se. 3. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke7M. 4. Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo. 5. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang. PERINGKAT PERKEMBANGAN

DINASTI SUNG (960-1279M) Dinasti yang berjaya menyatukan kerajaan kecil di China. Aktiviti perdagangan antara orang Arab dan Cina semakin meluas. Pedagang asing diberikan perlindungan oleh pemerintah, dibenarkan berkampung dan bebas berdagang. Ramai pedagang Islam datang dan ini meluaskan proses penyebaran Islam.

DINASTI YUAN (1127-1368M) Didirikan oleh orang Monggol (diketuai oleh Genghis Khan). Zaman Kublai Khan, kawasan selatan China pula tewas pada 1279M. Dinasti Yuan memerintah seluruh China sehingga 1368M. Ramai ilmuwan dari Asia Barat datang berkhidmat dengan kerajaan sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik (mendapat kedudukan tinggi). Mempengaruhi penduduk tempatan untuk masuk Islam. DINASTI MING (1368-1644M) Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besar masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas. DINASTI CHING (1644- 1912M) Ditadbir oleh orang Manchu. Kedudukan orang Islam tergugat. Diskriminasi terhadap orang Islam, terutama yang bukan Cina. Berlaku reformasi yang dilakukan oleh orang Islam menyebabkan berjuta rakyat Islam terbunuh KERAJAAN REPUBLIK (1911 M)

1911M- Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaan republik. Kerajaan ini membahagikan rakyat kepada 5 jenis - Han (China) - Man ( Manchu) - Meng (Monggol) - Hui (Islam) - Tzang (Tibet) Ini telah memperbaiki hubungan dan peluang penyebaran Islam. Banyak sekolah dan organisasi Islam ditubuhkan, seperti: - The Chinese Muslim Promotion Club - Chinese Muslim Federation REVOLUSI KEBUDAYAAN (1949- 1976 M) - 1949M- China jatuh ke tangan komunis (pemimpin- Mao Zedong). - Penduduk diseksa dan tertindas. - Ideology Karl Marx dan Mao wajib dipelajari. - Melarang semua bentuk agama dan fahaman. - Masjid- masjid dikerahkan tutup dan dijadikan ladang babi.

- Imam dan guru- dipaksa menjadi penyelia kandang babi. - 1976M- revolusi kebudayaan tamat (Mao Zedong mati). - Islam bergiat kembali.

TOKOH-TOKOH ISLAM DI CHINA LAKSAMANA CHENG HO Ma San Pao (nama asal). Keturunan Sino Arab dari Yunnan. Menjadi laksamana selama 30 tahun. Misi- misi: - 7 pelayaran- singgah di 30 negara Asia (termasuk Melaka) dan Afrika. - Misi haji. Sumbangan kepada kebudayaan Islam: - Meletak batu asas pertukaran budaya di bumi Melayu. - Memperluaskan budaya berdagang dan berlayar. - Mencatat arah layar, mata angin, jarak perjalanan & tempat- tempat perhentian. YUSOF MA ZHU (1640- 1711) Dilahirkan di Yunnan. Bergaul dengan ulama Islam (belajar sastera Arab dan Parsi). Mengajar di Akademi Maharaja. Membuat penyelidikan mengenai Islam. Karya agung: Arah Islam (berkaitan sejarah, falsafah, Islamic law)

LIU ZHI (1665- 1745) Dilahirkan di Nanjing. Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam kerana pengetahuan Islam yang luas. Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam). Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif Islam. YUSOF MA DEXING (1794-1874) Dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan. Tinggal di Arab- 8 tahun. Terlibat dalam Pemberontakan Orang Islam (1862-1872- Yunnan). Dibunuh oleh rejim Ching. Terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan (bahasa Arab dan Parsi).

Karya agung: Kitab Ajaran Suci (terjemahan Al-Quran, Nahu, Sarf) Sumbangan kepada Kebudayaan Islam: Menterjemahkan Al-Quran Menulis buku- buku Islam (bahasa Arab dan Parsi) SUMBANGAN ISLAM DI CHINA ASTRONOMI Pembinaan makmal kaji bintang (Dinasti Yuan). Tokoh utama dalam ilmu astronomi Tcha-Ma-Lou-Tin (Jamaludin). Beliau mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (takwim Wan-nien-li). Dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.

MATEMATIK Pada zaman Dinasti Tang dan Sung, masyarakat Islam memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), kaedah 60 darjah (Chiu Ji Li-Zaman Tang), algebra dan trigonometri.

PELAYARAN Orang Islam membantu perkembangan pembinaan kapal dan menggerakkan usaha pelayaran. Contoh: Cheng Ho mulakan pelayaran ke luar China. Turut majukan bidang pelayaran terutama soal peralatan untuk berlayar seperti kepakaran astronomi, kompas dan kaedah ukuran air. PERUBATAN Kaedah dan bahan perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China. Beberapa karya dihasilkan sebagai panduan. Bahan perubatan dibawa masuk ke China pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Sung. PEMBINAAN Menggabungkan elemen tempatan dan senibina Islam bertujuan untuk penyesuaian keadaan di situ. Contoh: Masjid Niukie yang berusia 700 tahun dan Masjid Huaje Lane di Sian (Xian). KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.

INTERAKSI TAMADUN ISLAM TAMADUN CINA - Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China - Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M - Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh - Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah kjn Melaka oleh Maharaja China - Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur Syah. - Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan - Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negerinegeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese Kesan: 1. Penyebaran Agama - Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China ekoran hbg perdagangan - Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082). 2. Warisan Cina Peranakan - Dikenali sebagai Baba dan Nyonya. - Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. - Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien - Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan - Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan - Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. - Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah 4. Perubatan dan Teknologi - Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang - Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser. - Teh Cina ataupun green tea - Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan - Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan, lilin

Kemasukan Islam di China Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal China telah pun berlabuh di teluk Parsidan berdagang di Pelabuhan Sirah pada 5 Masihi. Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika d i z a m a n k h a l i f a h A L - W a l i d b i n A b d u l M a l i k . Panglima Islam yang bertanggungjawabmenyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah b i n Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada m e n g e k a l k a n k u a s a d i A s i a Tengah.Orang islam yang pertama tiba di arab ialah u t u s a n Khalifah Uthman ibn Affan. baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeriChina pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.Hasil daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaanM a s j i d y a n g b e s a r d a n indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994).. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. N a b i t e l a h m e n y a m b u t baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua d a r i p a d a pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya.Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. ( Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic) .Pada zaman maharaja Hsu Tang telah berlaku satu pemberontakan untuk menjatuhkannya.Jadi,beliau meminta pertolongan dari Khalifah Abassiah untuk mengatasimasalah tersebut.Sehubungan itu,Khalifah

Abassiah,Khalifah Al-Mansour telah menghantar 4000 orang untuk menjalankan misi tersebut dan Berjaya.Namun,tentera-tentera tersebutdiminta untuk tinggal disitu dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Hasilnya,berlakulahislamisasi di kawasan tersebut 3.3 Pertembungan Tamadun Islam dan China 1.Pendidikan Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islamt e r k e n a l y a n g m e n g a m a l k a n b u d a y a C h i n a d a n kesetiaan terhadap negeri China tanpa b e r b e l a h b a h a g i . Salah satunya ialah Muhammad Pao Shao Yi.Hasil I s l a m i s a s i d i China,wujud pengajian agama di masjid dan sekolah bagi menyebarkan lagi dakwah islamdisitu. 2 . F a l s a f a h Pada Dinasti Manchou,lahirnya ramai falsafah islam dari China yang terkenal.Antaranyaialaah Ma Ming Loong,Sheikh Wang Tai Yu dan Pu Sung Ling. Pu Sung Ling menuliscerita Liao Chai yang bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau rumah perbualan.Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam. Pu Sung Lingdianggap sebagai salah seorang penulis besar China. Syed Omar Shamsuddin, putera HsienYang dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang. 3.Negarawan dan Ketenteraan. Telah lahir juga ramai tokoh-tokoh Negara dan ketenteraan islam ketika ini. Antaranya: Takutur Khan Merupakan cucu kepada Jeneral Jengis Khan. Laksamana Cheng Ho Nama sebenarnya ialah Muhammad Ma Ho yang berasal dari Yunan. Jeneral Omar Pai Chung - Merupakan Marshal tentera 4 bintang.

Laksaman Cheng Hoo Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Cheng Ho yang nama aslinya adalah MaH e d a l a m B a h a s a A r a b a d a l a h M u h a m m a d S i d d i q . B e l i a u d i l a h i r k a n d a l a m s e b u a h keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negaradan suka menjelajah.Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharajalalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja.Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama ChengHo oleh maharaja.Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di

mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asiadan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu.Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran kapal "Baochuan" yang digunakandalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batangkemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat l e b i h s e r i b u tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.ArmadaC h e n g H o t e r d i r i d a r i p a d a b e b e r a p a p u l u h k a p a l y a n g b e r b e z a - b e z a s a i z n y a . J u m l a h keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribuorang.Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat Chinadengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awalseparuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah : -(1) Mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan Negara-negaradi Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur.(2) Menunjukkan kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu samalain.(3) Memajukan perdagangan antarabangsa.(4) Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan.(5) Menjamin keselamatan pedagang Maritim.Disamping itu Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya denganmenyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka,Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lainlain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agamaHindu/Buddha.Raja Parameswara dari Melaka adalah raja Melaka pertama yang memeluk agama Islam atas ajakan Laksamana Cheng Ho. Sejak itu Parameswara mengganti namanyamenjadi Sultan Iskandar Syah dan mengubah Melaka dari kerajaan Hindu menjadi kesultananIslam.Cheng Ho juga dikenal sangat peduli dengan kemakmuran masjid. Tahun 1413, diamerenovasi Masjid Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430, ia membaiki MasjidS a n S a n di Nanjing yang rosak kerana terbakar. Pembaikan masjid m e n d a p a t b a n t u a n langsung dari kaisar. Pada ekspedisi terakhir (14311433), ia sempat menunaikan ibadah haji sebagai pelengkap menjadi seorang Muslim sejati. Sebagai seorang Muslim, ia juga lalu mengandalikan diplomasi damai dalam setiap pelayarannya. C h e n g H o w a f a t d i L a u t a n Hindia di selatan Pulau Sri Lanka pada tahun 1432. Sebelum wafat dia berpesan, agar kalaudia mati, jenazahnya harus ditenggelamkan ke dasar laut sebelum matahari terbenam.Kerana sakit Cheng

Ho akhirnya wafat dengan tasbih yang jatuh dari tangannya dengan mengucapkan kata La Ilaha illallah. Semua orang menangisi kepergiannya. Hidupnya bagai sebuah legenda. Namun menurut sejarawan China, tak ada anak buah Cheng Ho yang berani membenamkan jenazahnya ke dasar laut seperti permintaannya. Jenazahnya dibawa pulang ke Nanjing dan dia dimakamkan di depan sebuah masjid dengan sebuah upacarakebesaran militer yang dihadiri oleh Kaisar Ming yang baru yang menggantikan Kaisar YongLe. 3.4 Iktibar Kesimpulannya, sumbangan ilmuan islam dalam tamadun cina yelah memberiiktibar yang banyak dan meluas. Sebagai contoh, kesan daripada kedatangan LaksamanaC h e n g H o s e b a g a i p e n g a n u t agama Islam dan telah memberi pengaruh yang kuat dalamagama Islam di tamadun Cina. Dalam zaman Dinasti Y u a n , p e n d a t a n g - p e n d a t a n g I s l a m kebanyakannya menggunakan nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam sepertiC h a u , Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal mereka. Ramainegarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam dan ini merupakan contoh terbaik bagi membuktikan kesan daripada pengislaman panglima-panglima perang kerajaan padazaman tamadun cina.Antara sumbangan yang boleh dijadikan iktibar kepada tamadun cina ialah melalui pelayaran. Contohnya, ramai anak kapal Laksamana Cheng ho telah memeluk agama Islam dan mereka dapat mendalami agama islam dengan sebaiknya. Selain itu, pedagang asing telah menyebabkan ajaran agama islam tersebar luas dengan ramai pendakwah ke China melaluil a u t d a n m e n y e b a r k a n I s l a m d i B a n d a r - b a n d a r s e p e r t i S h a n g h a i , G u a n g z h o u , d a n sebagainya.Seterusnya, maharaja dapat menerima kebaikan agama islam dan tertarik kedatangan pendakwah islam yang menyebarkan agama Islam di tamadun Cina. Ini akanmemberi kesan kepada penduduk tamadun cina kerana penduduk akan patuh dan mencontohi perbuataan tentang ajaran Islam.

Anda mungkin juga menyukai