Anda di halaman 1dari 103

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

AHLI KUMPULAN

Kemunculan Tamadun Islam Zaman Nabi Muhammad SAW

Lahirnya seorang hamba Allah SWT yang

bernama Muhammad SAW (nabi akhir zaman). Lahirnya pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Berketurunan Quraisy. Baginda merupakan seorang yang memiliki budi pekerti yang luhur dan mulia, mendapat gelaran al Sadiq al Amin.

Ketika Baginda Dewasa masyarakat Arab ketika

itu digelar masyarakat Jahiliyyah. Semasa Baginda di Gua Hira, pada tanggal 17 Ramadhan (6 Ogos 610M), Baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril a.s dengan membawa wahyu (ayat al-Quran) yang pertama iaitu Surah al-Alaq. Pada tarikh itu juga baginda telah dilantik menjadi Nabi akhir zaman dan apabila turun wahyu kedua Baginda dilantik menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun.

Banyak dugaan dan cabaran Baginda hadapi

daripada orang musyrik Makkah termasuk dari kaum kerabat Baginda. Mereka menolak secara terang-terang apabila Baginda menyuruh meninggalkan ajaran nenek moyang. Pada awalnya mempunyai beberapa fasa, fasa yang paling penting ialah fasa Baginda menyebarkan ajaran Islam kepada keluarga dan para sahabat. Fasa yang kedua adalah fasa pengukuhan agama Islam dan tamadun Islam (ketika di Makkah). Fasa ketiga pula ialah fasa pengukuhan serta kesejagatan Islam (ketika di Madinah)

Islam Merubah Tamadun Jahiliyyah

Jahiliyyah membawa maksud sebuah

masyarakat yang jahil (bodoh), pagan (tidak mempercayai agama samawi), tidak berakhlak, tidak mempunyai ilmu pengetahuan, rosak sistem sosial, runtuh institusi ekonomi dan politik.

Setelah kemunculan Nabi Muhammad SAW

yang dilantik menjadi Rasul yang terakhir, maka kehidupan masyarakat Arab bertukar wajah sedikit demi sedikit kepada suasana yang bersinar dan bercahaya. Usaha Baginda di Makkah selama 13 tahun akhirnya berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat dan ahli keluarga. Antaranya, isterinya Khadijah, Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abu Talib dan beberapa orang yang lain.

Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah

Tamadun Islam mula bertapak dan berkembang

di bumi Makkah ketika Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul iaitu ketika Baginda berkhalwat (mengasingkan diri) di Gua Hira.

Pembinaan Akidah
Sebelum kedatangan Islam, akidah masyarakat

Arab Jahiliyyah berada dalam keadaan yang jauh terpesong, bergelumang dengan amalan syirik, khurafat dan tahyul. Orang Arab Jahiliyyah adalah penyembah berhala khususnya di Hijaz, menjadi pusat penyembahan berhala terbesar. Tugas utama Baginda adalah memperbetulkan akidah dan kepercayaan masyarakat Jahiliyyah.

Akidah yang diwajibkan oleh Islam iaitu

kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terhurai atau terputus walau apa pun yang terjadi. Usaha dakwah Baginda di zaman Makkah ini ialah mengubah sistem kepercayaan dan pengabdian masyarakat Jahiliyyah yang sesat (amalan taklid) kepada menyembah Allah SWT.

Kisah tauladan para sahabat Baginda


Pertama, kisah Saidina Bilal bin Rabah yang

diseksa orang-orang musyrik, diletakkan batu pejal di atas dadanya di tengah-tengah panas terik (lebih 30c) namun, jari telunjuk tetap tegak menunjuk ke arah langit sambil mulutnya tidak henti-henti menyabut kalimah Ahad, Ahad, Ahad (Allah, Allah, Allah). Ini membuktikan akidah Bilal sangat teguh dan mantap.

Kedua, kisah Sumayyah yang sanggup disula

hanya mempertahankan akidahnya.


Apabila akidah Islam yang dianuti hanya sudah

sebati dan mantap dalam diri tetapi tidak ada satu kuasa pun yang terdaya untuk memaksa kita berubah melainkan kuasa Allah SWT.

Membanteras Maksiat dan Kemungkaran


Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

memiliki akhlak yang sngat buruk. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah an-Nahl ayat 58-59 yang bermaksud: Al-Quran menjadikan amar maruf nahi

mungkar (mengajar kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) Seperti firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

Amar mauf nahi mungkar adalah kelebihan

umat akhir zaman (umat Nabi Muhammad SAW) yang tidak wujud dengan sendirinya tetapi ia diwujudkan oleh Allah SWT. Umat Islam diwujudkan untuk menyeru dan mengajak seluruh umat manusia agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.

Membanteras Penghambaan Dan Kasta


Islam dan peradabannya mengharamkan

penghambaan dan pengkelasan manusia (kasta) dalam sistem sosial. Islam menentukan hak-hak yang tertentu bagi hamba-hamba bahkan, mereka mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada orang bukan hamba (merdeka). mereka wajib dibebaskan daripada bayaran kifarat sumpah, kifarat puasa bulan Ramadhan dan lain-lain lagi.

Pemulihan Akhlak
Akhlak bermaksud tingkah laku seseorang

yang telah menjadi tabiat dan merupakan satu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Sebagai contoh, amalan masyarakat Jahiliyyah yang suka menghormati tetamu dan ia tidak dapat dipisah dan diubah maka, itu dinamakan akhlak. Dalam konteks agama Islam, terdapat banyak elemen yang menjadi teras kepada pembentukan akhlak di antaranya ialah akidah, syariah dan akhlak Islamiah, di samping keperibadian Nabi Muhammad SAW

Pembentukan akhlak mulia merupakan teras

kepada pembentukan peradaban manusia khususnya peradaban Islam. Ini adalah kerana akhlak mulia merupakan interpretasi daripada kesempurnaan iman dan Islam seseorang

Contoh Akhlak Rasulullah SAW


Memuliakan orang lain dengan memberi salam

terlebih dahulu sebelum orang itu memberi salam. Tidak pernah duduk di tempat yang dikhususkan kepada Baginda apabila menghadiri sesuatu majlis. Memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika berada di dalam majlis orang ramai. Gemar memanggil para sahabatnya dengan gelaran-gelaran yang baik-baik untuk menghormati dan memikat hati mereka. Sering senyum di hadapan para sahabatnya.

Pembelaan Terhadap Kaum Wanita


Wanita di zaman Arab Jahiliyyah berada dalam

kondisi yang sangat hina dan dipandang rendah. Mereka dianggap sebagai punca kehinaan dalam keluarga dan kabilah, punca kemiskinan, punca kejahatan dan banyak lagi. Kedatangan Islam membawa sinar harapan kepada golongan ini kerana Islam memandang mulia akan golongan wanita dan memandang tinggi golongan lelaki.

Kaum lelaki Arab Jahiliyyah bebas berkahwin

dengan sesuka hati tanpa had dan batas, ada yang beristeri lebih daripada 10 orang. Ada juga yang mengahwini bekas-bekas isteri bapa mereka yang meninggal dunia. Islam menyediakan satu sistem yang sangat adil kepada kaum wanita berbanding yang diamalkan oleh orang-orang Arab Jahiliyyah.

Tamadun Islam Di Zaman Madaniyyah

Zaman ini merupakan satu period yang sangat

penting dalam perkembangan dan pemantapan tamadun Islam. Period ini berlaku selepas hijrah Baginda dari kota Makkah ke kota Madinah. Pengertian hijrah dapat dilihat dari dua sudut, dari segi zahir (yang tersurat) dan makna (yang tersirat). Dari segi zahir, hijrah membawa maksud pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi makna, hijrah membawa maksud meninggalkan adat resam dan kebiasaan yang karut dan mungkar.

Penghijrahan bukan setakat berlaku secara

fizikal (hijrah zahir), malahan hakikat penghijrahan lebih awal berlaku di dalam diri (hijrah maknawi).

Bagi mencapai matlamat tertegaknya

peradaban Islam yang komprehensif dan original.

Membina Masjid
Masjid ialah tempat sujud iaitu tempat umat

Islam mendirikan solat (sembahyang), zikir kepada Allah SWT dan hal-hal yang berhubung dakwah Islamiah. Ia berfungsi sebagai tempat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat penjanaan ekonomi, gedung ilmu, pusat pentadbiran, markaz perbincangan, mahkamah pengadilan dan sebagainya.

Masjid Pertama ialah Masjid Quba, terletak 2

batu dari masjid Nabawi (masjid Nabi). Masjid ini dibina dalam peristiwa hijrah iaitu dalam perjalanan sebelum sampai ke kota Madinah. Masjid ini juga adalah masjid ke empat paling suci dalam kalangan umat Islam, selepas Masjidil Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah) dan masjid al Aqsa (Palestin). Di pusat bandar Madinah iaitu Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah di atas tanah kepunyaan dua orang anak yatim yang bernama Sahl dan Suhail Amr.

Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik,

perancangan kota, menetukan strategi askar dan mengadakan perjanjian, merawat pesakit, pengistiharan perlantikan khalifah, Baitul Mal dan tempat wahyu disampaikan kepada para sahabat. Masjid Nabawi berfungsi sebagai pusat pelbagai guna, untuk tujuan keduniaan seperti urusan peniagaan atau memperdengarkan syair-syair. Dalam Islam tidak wujud apa yang dinamakan sekularisme (aliran yang memisahkan di antara urusan agama dan dunia)

Memperkukuhkan Persaudaraan
Baginda telah menyatu dan

mempersaudarakan golongan-golongan masyarakat yang tinggal di kota Madinah. Baginda juga telah mempersaudarakan di antara golongan yang telah sekian lama bertelagah di kota Madinah iaitu kaum baniAus dan bani Hazraj, mereka digelar sebagai golongan yang bergabung atas nama golongan Ansar.

Kota Madinah telah didiami oleh masyarakat

berbilang kaum dan agama seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan orang Arab yang tidak beragama (atau belum memeluk Islam) Berbilang kaum pula seperti bani Quraisy, bani Qainuqa, bani Nadhir, bani Quraizah dan lain-lain lagi. Sebelum kedatangan Islam, mereka hidup dalam Assobiyyah iaitu taasub (fanatik) kepada bani masing-masing. Usaha baginda seterusnya adalah mempersaudarakan dua kumpulan yang sering bertelagah iaitu bani Aus dan bani Hazraj. Baginda juga mempersaudarakan pula dua kumpulan yang lebih besar iaitu kumpulan Ansar dengan kumpulan Muhajirin.

Membetuk Piagam Madinah


Baginda menggubal satu perlembagaan

sebagai asas pegangan perjanjian di antara umat Islam dengan orang bukan Islam. Perlembagaan ini mengikut bimbingan wahyu berdasarkan kepada norma-norma masyarakat Madinah, perjanjian ini dinamakan Perlembagaan Madinah atau Piagam Madinah atau Sahifah Madinah atau Dustur al Madinah yang merangkumi 47 fasal iaitu 23 fasal membicarakan tentang hubungan antara umat Islam, 24 fasal membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Item - Item Perlembagaan Madinah


Kaum Yahudi hidup berdamai dengan kaum

Muslimin, kedua belah pihak bebas memeluk dan mengamalkan agama masing-masing. Kaum Muslimin dan Yahudi wajib tolongmenolong. Perdamaian dengan golongan ketiga hendaklah dengan persetujuan pihak lain. Sesiapa yang tinggal di dalam atau luar kota Madinah wajib dilindungi keamanan dirinya, kecuali orang yang zalim dan bersalah.

Tujuan Perlembagaan Madinah


Menghadapi masyarakat majmuk Madinah. Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama

semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum. Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan. Mewujudkan keamanan di Madinah. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin. Membentuk kesatuan politik dalam mempertahankan Madinah.

Prinsip Piagam Madinah


Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum

negara. Kesatuan ummah dan kedaulatan negara. Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah. Kebebasan beragama. Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam. Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian. Dasar hubungan baik dan saling bantumembantu antara semua warganegara. Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.

Mendirikan Pasar
Rasulullah SAW menggalakkan mereka

mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pertanian dan juga menggesa mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Segala aktiviti perniagaan yang mendatangkan kerugian dan mengelirukan pembeli seperti penipuan, monopoli, spekulasi dan sebagainya tidak dibenarkan. Pasar yang terkenal ialah pasar Zabalah, pasar al Jasar, pasar Safasir dan pasar Zakak, tetapi yang maju ialah pasar al-Jasar yang dikuasai oleh Yahudi bani Qainuqa

Baginda telah memperkenalkan konsep pasar

yang cukup kreatif iaitu konsep pasar secara terbuka. Baginda melarang memonopoli tempat perniagaan, menipu dan menaikkan harga di pasar sewenang-wenangnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

sesiapa yang menipu (dengan meletakkan buah-buahan yang rosak di bawah buahbuahan yang elok) bukanlah daripada golongan kami

Zaman Rasulullah SAW masyarakat Madinah

menjadi masyarakat yang kukuh ekonomi dan mantap rohani (keimanan). Munculnya korporat beriman, mewujudkan masyarakat harmoni. Masyarakat yang sanggup mengeluarkan dan mengorbankan harta kekayaan untuk agama, masyarakat mahupun individu yang memerlukan.

Perkembangan Tamadun Islam Era Sahabat

Aliran Besar Mengenai Masalah Jawatan Khalifah


Aliran pertama, jawatan khalifah ini mesti

dipegang oleh keturunan tertentu seperti kaum bani Hashim, golongan Aus, golongan khazraj dan golongan Muhajirin.
Aliran kedua, jawatan khalifah bukanlah hak

kumpulan tertentu sebaliknya ia adalah milik semua golongan (jawatan terbuka).

Cara Atau Bentuk Pemilihan Khalifah Dibuat


Cara perundingan atau persetujuan tanpa calon.

Menunjuk kepada seseorang calon oleh khalifah.

Beberapa orang calon oleh khalifah terdahulu atau

kumpulan masyarakat yang berada di ibu kota Madinah.

Zaman Khalifah Abu Bakar al - Siddiq ( 632 M hingga 634 M )

Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah bin

Uthman. Berasal dari suku Taim iaitu suku daripada bani Quraisy. Pada zaman Jahiliyyah nama beliau ialah Abd Kabah (penyembah kaabah) Merupakan sahabat rapat kepada Nabi Muhammad SAW dan diberi gelaran as-Siddiq (yang membenarkan). Merupakan golongan yang pertama memeluk Islam.

Beliau berkahwin sebanyak empat kali, Umm

Rumman Bt al-Harith, Qutaylah bt Abd alUzza, (diceraikan sebab tidak mahu memeluk Islam), Habibah bt Kharijah dan Asma bt Umays. Dikurniakan lima orang anak, Abd al-Rahman, Muhammad SAW, Aisyah, Asma dan Umm Kalthum. Wafat pada tanggal 22 Jamadil akhir 13 H iaitu ketika usia beliau 63 tahun.

Antara Usaha Khalifah Abu Bakar as - Siddiq

Meneruskan Gerakan Ketenteraan


Saidina Abu Bakar pada ketika itu berada

dalam dilema sama ada ingin meneruskan usaha Baginda atau dibatalkan sahaja. Setelah dipikirkan, saidina Abu Bakar tetap meneruskan usaha Rasulullah SAW. Dari sudut fizikal, tentera Islam telah memenangi pertempuran walaupun mengharungi selama 40 hari. Sudut spiritual pula, pemberontakpemberontak seperti puak Zubiyan tidak berani meneruskan usaha mereka untuk memerangi Madinah.

Memerangi Golongan Riddah


Riddah lebih dikenali perang Riddah, tindakan

memerangi kabilah-kabilah atau suku-suku murtad dari Islam. Kebanyakan orang-orang Islam yang tinggal di luar kota Makkah dan Madinah belum dapat memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Abu Bakar as-Siddiq melaksanakan langkah awal dengan menghantar para utusan kepada ketua kumpulan supaya mengajar mereka kembali kepada Islam.

Bagi langkah berjaga-jaga, Abu Bakar telah

membentuk 11 pasukan tentera yang diketuai oleh para panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Akramah bin Abu Jahal, Amr bin al-As dan lain-lainnya. Gerakan Islam beroleh kemenangan dengan menundukkan dan mengembalikan mereka yang telah keluar dari Islam supaya ke pangkuan Islam semula. Dengan kejayaan tersebut, saidina Abu Bakar berjaya menghapuskan semua anasir-anasir yang membahayakan kedudukan Islam.

Usaha Pembukuan Al - Quran


Peperangan Riddah telah menyebabkan ramai

penghafaz al-Quran telah mati syahid, ini menimbulkan kebimbangan akan hilangnye alQuran. Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk menghimpunkan al-Quran, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Ali bin Abi Talib dan Uthman bin Affan. Pengumpulan diselesaikan pada tahun ke-13 H dan dinamakan Mushaf. Setelah kematian Khalifah Abu Bakar, Mushaf alQuran disimpan oleh Khalifah Umar dan kemudian Hafsah.

Sumbangan Kepada Peradaban Islam


Membasmi golongan riddah/murtad Memerangi negara Rom sebagai membalas

tindakan mereka membunuh utusan Nabi Muhammad SAW ke Syam Mengembangkan wilayah Islam disempadan Tanah Arab. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang berada ditangan penulis-penulis dan penghafaz-penghafaznya.

Zaman Khalifah Umar al - Khattab ( 634 M hingga 644 M )

Nama , Keluarga , Kematian

Umar bin al-Khattab bin Nawfal, keturunan Bani

Adi (Quraisy). Dilahirkan di kota Makkah tiga belas tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Memeluk Islam pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad SAW semasa berumur 33 tahun. Beliau telah mati dibunuh oleh seorang hamba Parsi bernama Abu Luluah.

Perlantikan Sebagai Khalifah Yang Kedua

Dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh

Abu Bakar as-Siddiq dan dipersetuju oleh para sahabat. Saidina Abu Bakar telah mengumpulkan para sahabat untuk berunding tentang pemilihan penggantinya. Dalam perjumpaan inilah Umar dipilih sebagai orang yang paling layak menjawat jawatan khalifah.

Isu - Isu Besar Di Sepanjang Kepimpinan Beliau

Pembukaan wilayah Iraq. Perang Qadisyah. Kejatuhan al-Madain. Pemilihan Kufah sebagai Ibu Kota Pembukaan wilayah Syam. Pemecatan Khalid bin al-Walid. Perang Yarmuk. Penguasaan ke atas Baitul Maqdis.

Sumbangan Kepada Peradaban Islam

Penubuhan Bait al-Amal (Perbendaharaan negara) Pentadbiran tanah. Organisasi sosial. Pembayaran gaji/elaun tentera. Mengadakan takwim islam berdasarkan tahun Hijrah

pada tahun 17 H. Pembaharuan dalam bidang pendidikan Pengumpulan al-Quran. Mengadakan pakaian seragam bagi tentera. Membentuk majlis Syura Melantik hakim-hakim.

Zaman

Khalifah Uthman al - Affan ( 644 M hingga 655 M )

Nama , Keluarga , Kematian

Uthman bin Affan bin Abi al-As bin Umaiyah

bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusayy. Keturunan bani Umaiyah iaitu salah satu cabang keturunan Quraisy. Dilahirkan pada tahun ke-6 Tahun Gajah/lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Seorang sahabat Nabi dan terawal memeluk

Islam dan juga menjadi menantu Baginda menerusi perkahwinan dengan puteri Baginda, Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Uthman terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Ketika bersama Rasulullah SAW beliau menjadi penulis wahyu, ketika bersama Khalifah Abu Bakar as-Siddiq beliau sebagai penasihat khalifah dan ketika bersama Khalifah Umar alKhattab pula beliau menjadi salah seorang anggota majlis al-Syura.

Perlantikan Sebagai Khalifah Yang Ketiga

Semasa Khalifah Umar, beliau telah

mencalonkan nama-nama untuk menjadi penggantinya, antaranya Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Sad bin Abi Waqqas, alZubair bin Awwam, Abd al-Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Abd Rahman bin Auf telah melantik Uthman sebagai khalifah dan beliau telah dibaiah pada bulan Zulhijah 23 H dan ditabalkan pada bulan Muharam 24 H.

Isu - Isu Besar Di Sepanjang Kepimpinan Beliau


Dasar Pemerintahan Sayidina Uthman Kes Pembunuhan Khalifah Umar Perlantikan Gabenor Sumbangan Kepada PeradabanIslam Perluasan Wilayah Pembinaan Tentera Laut Pembukaan Afrika Utara Peperangan Laut Al-Sawari (Tiang Layar)

Pengiriman Naskah Al-Quran ke Beberapa Wilayah

Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib ( 655 M hingga 661 M )

Nama , Keluarga , Kematian

Nama Ali bin Abi Talib bin Abd al-Muttalib bin Hashim

bin Abd al-Manaf al-Quraisyi. Beliau adalah menantu dan sepupu Nabi Muhammad SAW dan juga anak angkat Baginda. Dilahirkan di kota Makkah pada tahun ke-10 Kerasulan Nabi dan orang yang pertama memeluk Islam dikalangan kanak-kanak. Beliau menjadi penulis wahyu dan setiausaha kepada Baginda. Ibn Muljam yang membunuh Khalifah Ali di Kufah pada tahun 661 M, pada hari Jumaat 17 Ramadhan 40 H. Ketika usianya 62 tahun.

Perlantikan Sebagai Khalifah Yang Keempat

Dilantik pada 25 Zulhijah 35 H/ 23 Jun 656 M

oleh masyarakat Islam Madinah. Pada mulanya beliau enggan menerima jawatan ini tetapi terpaksa menerima kerana dua sebab. Sebab Pertama, untuk memenuhi jawatan khalifah. Sebab Kedua, adanya sokongan yang begitu kuat daripada penduduk Madinah.

Isu - Isu Besar Di Sepanjang Kepimpinan Beliau

Tentangan Muawiyyah Perang Jamal (unta) Perang Siffin Majlis Tahkim Kemunculan puak khawarij Perang Nahrawan

Sumbangan Kepada Peradaban Islam

Tempoh pemerintahannya 5 tahun

(35-40 H/ 656-661 M), kedudukan negara Islam dalam keadaan kacau-bilau. Beliau tidak dapat mentadbir dengan berkesan dan tidak ada pembangunan fizikal dapat dilakukan.

Perkembangan Tamadun Islam Di Zaman Umaiyah

Nama Bani Umaiyah

Nama kerajaan Bani Umaiyah sempena nama

ketua keluarga mereka iaitu Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf. Menetap di kota Makkah dan menjadi anak saudara sepupu Hashim bin Abd Manaf daripada sebelah bapa. Mempunyai dua orang anak, Harb dan Abu alAs. Harb melahirkan Abu Sufyan, manakala Abi alAs melahirkan al-Hakam.

Abu Sufyan merupakan musuh ketat Baginda

apabila Baginda menjadi Rasul. Beliau juga telah memerangi Baginda dalam Perang Badar. Pada tahun 8 H/630 M, beliau telah memeluk Islam termasuk anaknya Muawiyah berikutan pembukaan Kota Makkah. Khalifah Abu Bakar telah kepercayaan penuh kepada Abu Sufyan dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan. Muawiyah dilantik menjadi Gabenor Syam oleh Khalifah Umar al-Khattab.

Latar Belakang Kerajaan Bani Umaiyah


Muawiyyah merupakan seornag pemimpin yang

berhemah tinggi. Ketokohan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Gabenor Syria. Pembunuhan atas Khalifah Uthman, keluarga sepupu Muawiyyah disebabkan oleh Bani Umaiyah marah dan menuduh Khalifah Ali bersubahat dalam pembunuhan itu. Perlantikan Muawiyyah sebagai khalifah di Majlis Tahkim tidak dipersetujui oleh Ali dan pengikutnya. Tidak lama kemudian Hassan (anak Khalifah Ali) telah menyerahkan kekuasaannya kepada Muawiyyah. Kerajaan Bani Umaiyah memerintah antara tahun (41 H-132 H/661 M-750 M) yang berpusat

Pembangunan Dan Perkembangan Kerajaan Umaiyah


Dari segi pentadbiran, kerajaan ini mempunyai beberapa daerah iaitu:

Hijaz, Yaman dan kawasan tengah Semenanjung

Tanah Arab. Mesir termasuk utara dan selatan Iraq termasuk wilayah-wilayah Parsi dan negerinegeri Oman, Bahrain, Sajistan, Karman, Kabul, Khurasan dan beberapa kawasan negeri Punjab. Negeri-negeri yang terletak di Delta Sungai Dajlah dan Furat termasuk Armenia, Azabajian dan beberapa kawasan di Asia Kecil Utara Afrika, daerah-daerah di Andalus dan Tangier, Kepulauan Sicily dan Sardina.

Perubahan - Perubahan Yang Dilakukan Oleh Mu awiyah


Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari

Madinah ke Kufah dan kemudian ke Damsyik. Mengubah sistem pemilihan khalifah secara syura kepada sistem warisan. Menubuhkan pejabat pendaftaran Menubuhkan pejabat pos Menubuhkan jabatan perisik bagi tujuan mengetahui rahsia pihak musuh. Mengadakan pengawal istana bagi melindung beliau daripada bahaya ancaman musuh.

Zaman Kemunduran Kerajaan Umaiyah


Kerajaan Umaiyah hanya dapat bertahan kira-

kira 91 tahun sahaja. Kerajaan ini menjadikan kerusi khalifah sebagai hak warisan, mementingkan kaum kerabat dalam perlantikan jawatan, kekejaman pemerintahan dan terdapat khalifah yang rendah moralnya. Akhirnya kerajaan ini tumbang digulingkan oleh kerajaan Abbas.

Perkembangan Tamadun Islam Di Zaman Abbasiyah


Menjelang kejatuhan kerajaan Umaiyah,

kumpulan ini diketahui oleh Ibrahim bin Mohamad dari keturunan Abbas. Tetapi beliau ditangkap oleh kerajaan Umaiyah. Ketua gerakannya berpindah kepada Abdullah as-Saffan. Kerajaan Abasiyah memerintah selama lima abad (132 H- 656 H).

Peringkat Kerajaan Abaisiyah


Peringkat kelahiran dan pengukuhan Peringkat kegemilangan Peringkat kemunduran dan kejatuhan

Faktor - Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan Di Zaman Abbaisiyah


Dikenali sebagai zaman perdebatan besar

kerana kemajuan ilmu pengetahuan telah mencapai ke tahap antarabangsa.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kelahiran zaman Abbasyiah sebagai zaman kemajuan ilmu pengetahuan

Tamadun Yang Dicapai

Politik (dalam negeri)

Baghdad menjadi pusat pemerintahan. Jabatan

Khalifah berdasarkan system monarki.Keutuhan ini bergantung kepada gabenor-gabenor dan taat setia pasukan tentera. Kerajaan ini telah menjalankan hubungan diplomatic yang baik dengan Negara-negara luar khususnya kerajaan perancis.

ZAMAN KEMUNDURAN
Zaman Bani Abbasyiah dibahagikan kepada dua:

Peringkat keagungan yang bermula dari Abul-

Abbas al- Saffah(749 M-754 M) hingga alMakmum (813 M-833 M).

Peringkat kemunduran iaitu sejak al-Muktasim

hingga kejatuhan Abbasyiah pada tahun 1258 M. Ketika ini khalifah Abbasyiah seperti patung kerana kuasa politik di tangan kaum Mamluk Turki, diikuti Bani Buwaih dan Bani Seljuq.

PERKEMBANGGAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN UTHMANIYAH


Perkataan Utmaniyah diambil dripada nama

datuk mereka yang pertama iaitu Uthman bin Ertoghul bin Sulaiman Shah daripada suku Qayi.

Seramai 37 orang sultan yang memerintah

kerajaan turki Utmaniya, bermula daripada Uthman I hinggalah kepada Abd Majid II.

Penaklukan Constantinople Oleh Muhammad II , Al - Fatih


Kota Constantinople telah diserang oleh

tentera turki Uthmaniyah oleh tentera Muhammad II. Akhirnya kota Constantinople jatuh juga ke tangan tentera Turki Uthmaniyah. Raja Byzantine telah terbunuh dalam pentempuran itu. Pada hari itu Muhammad II Berjaya memasuki istan raja.

Sistem Pemerintahan
Urkhan salah seorang daripada amir-amir

(tuan-tuan tanah) itu kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai sultan. Selepas itu Bayazid I di istiharkan sultan. Sultan menjadi kuasa tertinggi di sepanjang pemerintahan Turki Uthmaniyah dalam bidang agama, politik mahupun pentadbiran termasuk soal kewangan. Orang kedua bekuasa ialah Wazir Besar.

Kadi ialah ketua agama bagi setiap daerah Berkuasa menjalankan hukum jenayah dan sivil

menurut syariah Islam. Tugas beliau memberikan fatwa dalam semua aspek agama. Mufti juga diberi hak melantik pegawaipegawai istana di ibu Kota Istanbul.

Kemajuan Bidang Intelektual Pada Abad ke - 19


Lebih menonjolkan berbanding dengan bidang

politik dan ketenteraan. Antara aspek intelektual yang dihasilkan pada zaman ini adalah seperti yang berikut:

Persuratkhabaran

Zaman Kemunduran Di Zaman Uthmaniyah

Salim II

Kenaikan Salim II (1566 M-1574M) sebagai

titik permulaan kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah dan berakhirnya zaman keagungannya.

Faktor-faktor dalaman
Perpecahan dikalangan keluarga, pegawai

pemerintahan, kezaliman dan kelalaian pihak pemerintahan. Sultan bersifat tamak. Taksub kepada bangsa Turki. Munculnya golongan Turki Muda dengan gerakan semangat kebangsaan.

Perkembangan Tamadun Islam Di Zaman Moghul

Latar Belakang

Berasal dari kerajaan kecil di Kabul, Turkistan. Muncul sebagai sebuah empayar yang besar

dari tokoh yang bernama Zahiruddin Baber, berketurunan Mongol dan Turki, cucu kepada Hulagu. Keagungan kerajaan ini setanding dengan kerajaan Islam Abbaisiyah di Baghdad, Umaiyah di Sepanyol dan Uthmaniyah di Eropah Timur (Istanbul).

Kejayaan Yang Dicapai

Pentadbiran
Pentadbiran yang kukuh. Pentadbiran bersendikan kaum bangsawan

Islam Pola pemerintahan mengikut kerajaan Abbaisiyah Maharaja sebagai penjaga hukum Islam, memberi tanah dan gaji kepada ulama, melantik hakim, mengawas kadi dan mufti.

Ekonomi Dan Perdagangan


Bidang perusahaan sebagai bidang yang

menggalakkan. Perusahaan membina kapal berlaku di pelabuhan Cambay, Bassain dan Cutch.

Sosial
Ilmu Pengetahuan

Mendapat tempat terpenting, maharaja dan kaum bangsawan. Semua masjid mempunyai sekolah rendah Pusat pengajian tinggi didirikan. Kesusasteraan dan syair-syair dikembangkan. Bidang sejarah digalakkan sehingga berjaya mengeluarkan karya-karya sejarah yang bermutu.

Perhubungan

Munculnya beberapa bandar sebagai pusat kebudayaan, perdagangan dan perusahaan. Pantai barat Surat menjadi bandar terpenting menghubungkan perniagaan dengan Asia Barat.

Senibina

Arkitek Albania yang masyur dalam kerajaan Uthmaniyah telah mencari sara hidup di bawah kerajaan Moghul. Dewan Khas dan Taj Mahal merupakan hasil seni yang terindah yang dibuat dari marmar di samping hiasan dinding dan atapnya dengan ukiran timbul dan ukiran terbenam

Zaman Kemunduran Di Zaman Moghul


Kelemahan dan Keruntuhan Kerajaan Moghul

Kelemihan sistem pemerintahan. Serangan dari Nadir Syah dan Ahmad Syah

Abdali dari Parsi telah melumpuhkan kerajaan Delhi. Kebangkitan golongan Hindu, Rajpur dan Maratha Perbalahab dan perebutan kuasa diantara putera-putera Moghul. Campur tangan British

Perkembangan Tamadun Islam Di Zaman Moden


Zaman moden adalah kepesatan kemajuan sains

dan teknologi Kemajuan di zaman ini dimainkan oleh negara yang dianggap maju seperti Amerika, Russia, Jerman, China, Jepun dan lain-lain. Kesan dari penjajahan amat ketara, di mana berlakunya perpecahan dikalangan orang Islam dankesan yang paling besar ialah terhadap pemikiran umat Islam Kehilangan sikap berteraskan agama Islam telah menghapuskan tamadun Islam berasaskan iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Faktor Kecemerlangan Tamadun Islam Menjadi Malap

Kesan Terhadap Tamadun Islam

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai