Anda di halaman 1dari 28

Bab 4: Tamadun Melayu

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:


Membincangkan kerajaan-kerajaan awal alam Melayu
Menyenaraikan sumbangan tamadun Melayu
Menilai kesan kedatangan Islam ke alam Melayu
Memerihalkan sumbangan Tamadun Melayu

4.1 Mukadimah
4.2 Tamadun Melayu
4.3 Kerajaan Funan
4.4 Empayar Sriwijaya
4.5 Empayar Majapahit
4.6 Kemunculan Kerajaan Melaka
4.7 Kegemilangan Empayar Melaka
RUJUKAN

4.1 Mukadimah
Bab ini akan membincang tentang kerajaan-kerajaan awal Alam Melayu sehingga Kesultanan
Melaka. Tumpuan ialah sumbangan tamadun Melayu dalam bidang seni bina, perundangan
dan sebagainya.

4.2 Tamadun Melayu

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada Asia
Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan
Tanah Jawi.
Tamadun Melayu telah bermula sejak awal dengan
perjumpaan kewujudan manusia di sekitar Kota
Tampan di Perak. Antara penemuan terbesar yang
pernah di rekodkan ialah penemuan rangka manusia
yang berumur lebih 10,000 tahun di Lenggong yang
diberi nama Perak Man atau Orang Tampan.
Lihat Gambar 4.1.
Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa
kawasan pembuatan peralatan seperti tukul batu bagi
kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara
dengan baik. Selain kewujudan manusia pra-sejarah
Tanah Melayu di Lenggong Perak, penemuan
terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak yang
menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sekian lama.
Kedatangan Melayu ke Asia Tenggara
Terdapat dua teori tentang tentang kedatangan orang Melayu ke Asia Tenggara.

Teori pertama mengatakan orang Melayu (pada waktu itu dikenali dengan label
penutur bahasa Austronesia) datang ke ke kawasan Asia Tenggara mengikuti laluan
air dari kawasan utara pada zaman batu baru (neolitik), anggaran kemunculan
masyarakat Melayu di kawasan ini adalah sekitar 5,000 tahun dahulu.

Antara 18,000 hingga 27,000


tahun lalu

Hari ini

Rajah 4.1 Peta Menunjukkan Cantuman Asia Tenggara


Kepulauan dan Asia Tenggara Kebenuaan

Teori kedua mencadangkan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal kawasan
Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (kirakira 18,000 hingga 27,000 tahun dahulu), kawasan Asia Tenggara ini merupakan
satu dataran besar yang merangkumi pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu,
Pulau Jawa, dan juga Pulau Borneo (Lihat Rajah 4.1). Jika kita menerima pendapat
tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak pra-sejarah yang terawal di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak di Kota Tampan, kita mendapati bahawa
orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada 10,000 tahun dahulu,
sebelum kenaikan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di kawasan kutub-kutub
utara dan selatan pada akhir zaman pleistosen.

Kerajaan Awal Melayu


Tamadun awal Melayu wujud sebagai kerajaan agraria (bergantung pada pertanian) dan
kerajaan maritim (bergantung pada laut). Pada awalnya, masyarakat agraria mendapat
makanan melalui aktiviti memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kemudian
mereka menetap di kawasan yang mempunyai tanih yang subur dan menjalankan pertanian
secara tetap. Hasil penduduk agraria yang berlebihan didagangkan untuk mendapat barangan
keperluan yang tidak dihasilkan sendiri.
Kerajaan maritim pula terletak di persisiran pantai dan muara sungai dengan pelabuhan
yang strategik yang lengkap dengan segala kemudahan yang menggalakkan perdagangan.
3

Kegiatan utama masyarakat ialah perniagaan, ahli pelayaran dan penangkapan ikan. Juga
disediakan ialah angkatan laut yang kuat untuk menjaga keselamatan para pedagang
daripada serangan lanun.
Kemunculan tamadun awal Melayu di Asia Tenggara terbukti dengan kewujudan kerajaankerajaan seperti Kerajaan Funan, Chenla, Kersjaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua,
Empayar Sriwijaya, Empayar Majapahit dan sebagainya.

[Kita akan membincang secara ringkas beberapa Kerajaan Awal


tersebut. Anda digalakkan menerokai kerajaan-kerajaan awal Melayu
yang lain]

4.3 Kerajaan Funan


Kerajaan terawal di Asia Tenggara ialah kerajaan Funan atau Biu-nam yang muncul pada
abad pertama masihi di selatan semenanjung Kampuchea yang dikatakan mendapat pengaruh
India (Lihat Rajah 4.1). Walau pun kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang mempunyai
bana Sanskrti, sumber-sumber India tidak ada menyebutnya. Kewujudan kerajaan ini hanya
diketahui melalui sumber-sumber Cina dan catatan-catatan batu bersurat yang
ditinggalkannya (Ahmad Jelani Halimi, 2008. h:60). Raja-raja dinegeri ini juga digelar
kurung bnam atau raja gunung.

Rajah 4.1 Peta yang


menunjukkan Kerajaan
Funan dan Campa di
Semenanjung Kampuchea

Tidak banyak yang diketahui mengenai Funan kecuali ia merupakan negara perdagangan
yang terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal dari empayar Rom, Cina dan India
dalam penggalian arkeologi. Kerajaan ini diasaskan oleh Kaundinya dengan ibu negara di
Vyadhapura dan kemudian dipindahkan ke Oc Eo (berhampiran bandar Phnom Penh masa
kini).
Bandar Oc Eo mempunyai rumah bertiang dan sistem saluran air
yang canggih yang dibina untuk penyaluran kawasan yang
dahulunya berlumpur dan berpaya kayu bakau. Kegiatan
pertanian berkembang pesat kerana tanah yang subur di delta
Mekong dan pengairan yang baik. Kedudukan dipersisiran pantai
yang strategik dan pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan
tempat persinggahan, penyimpanan barangan, ruang membaiki
kapal serta bekalan makanan dan minuman menggalakkan
perdagangan dengan kawasan-kawasan lain.
Balang zaman Funan yang dijumpai
tapak asal bandar Oc Eo (berhampiran
Phnom Penh

Kerajaan Funan menjalankan perdagangan dengan Cina, Semenanjung Tanah Melayu, India,
Parsi, kota Roma (Rome) dan Yunani (Greece). Pada masa itu, Funan turut dikenali sebagai
Mediterranean Timur di kalangan para saudagar (Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1998).
Bukti kewujudan kerajaan Melayu purba ini diperoleh dari tulisan perwakilan Cina yang
melawati negara itu . Perwakilan itu terdiri dari Kang Tai dan Chu Ying. Menurut laporan
Kang Tai, yang ditulis antara 977-983 Masehi), raja pertama Funan adalah Houen-Chen
(Hun-Tien) atau nama Sanskritnya Kaundinya. Kurang pasti sama ada beliau datang dari
India atau dari Tanah Melayu atau dari Kepulauan Indonesia pada saat itu. Legenda setempat
mengatakan bahawa Kaundinya menikah dengan seorang wanita bernama Daun Teratai dan
kemudian menjadi raja.
Satu perkara yang harus diingat ialah dalam perkembangan agama di Funan, tidak ada
bukti yang menunjukkan agama Hindu dan agama Buddha bertentangan antara satu
dengan lain. Berdasarkan raja yang memerintah, terdapat raja-raja tertentu yang dipengaruhi
oleh Hindusime manakala yang lain dipengaruhi oleh Buddhisme (Ahmad Jelani Halimi,
2008.h: 73). Kedua-dua agama ini berkembang selari di Funan. Contohnya, daripada abad
kurun ke-3 hingga kurun ke-6, agam Buddha berkembang di Funan dan di antara kurun yang
sama juga agama Hindu lebih popular terutama kurun ke-5.
Dalam sejarah Dinasti Chin ada yang menyebut tentang kerajaan Funan yang menjalankan
pertanian. Disamping itu orang Funan mereka gemar mengukir perhiasan dan memahat.
Banyak pinggan-mangkuk yang mereka gunakan untuk makan diperbuat dari perak. Cukai
5

dibayar dengan emas, perak, mutiara dan minyak wangi. Mereka mempunyai buku, arkib
dan sebagainya.

a) Manakah terletaknya kerajaan Funan?


b) Nyatakan kegiatan utama orang Funan.
c) Tidak diketahui tentang kerajaan Funan kecuali sumber-sumber Cina.
Bincangkan.

4.4 Empayar Sriwijaya

Pada abad ke-7, kerajaan Funan merosot dan Sriwijaya muncul sebagai sebuah kuasa politik
dan perdagangan yang terkuat di Selat Melaka. Sriwijaya (atau Srivijaya) berasal daripada
perkataan sri bermaksud seri atau sinar dan wijaya bermaksud kemenangan atau
kejayaan dalam bahasa Sanskrit. Empayar Sriwijaya dikenali oleh orang Cina sebagai
Shih-li-fo-shih yang berpusatkan di Palembang (Lihat Rajah 4.2). Orang Arab pula
mengenali Sriwijaya sebagai Sribuza. Sriwijaya muncul pada tahun 670 dan telah
memerintah selama 355 tahun sehingga tahun 1025. Pengasasnya ialah Dapunta Hyang
Sri Jayanasa yang telah menakluki Jambi dan Palembang dengan 20,000 askar dan lebih 300
kapal.

Rajah 4.2 Palembang yang menjadi pusat pentadbiran Empayar Sriwijaya

Empayar Sriwijaya meliputi pantai timur Sumatera, bahagian barat Pulau Jawa dan
Semenanjung Melayu (Kedah) (Lihat Rajah 4.3). Empayar Sriwijaya diperluaskan ke Jawa
Barat pada tahun 992 Masihi.

Rajah 4.3 Peta Menunjukkan Keluasan Empayar Sriwijaya


(ditandakan dengan warna kuning tua)

Rujuk kepada Rajah 4.3 Peta Empayar Sriwijaya


a) Nyatakan kawasan-kawasan yang dikuasai Empayar Sriwijaya
b) Nyatakan kawasan laut di bawah penguasaan Empayar Sriwijaya
c) Bincangkan ekspedisi penduduk Sriwijaya daripada Palembang & Jambi
(Malayu) ke kawasan-kawasan lain.
7

Pusat pentadbiran empayar Sriwijaya ialah di Palembang yang terletak


di muara sungai Musi di Sumatera. Pada tahun 671 masihi, I-Tsing
(seorang sami Buddha Cina) melawat Palembang dan menetap di sana
selama 6 bulan untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa
Melayu. Beliau telah menulis tentang Sriwijaya dan keterangannya
konsisten dengan beberapa catatan batu bersurat yang menunjukkan
empayar Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.
I-Tsing

Contohnya, Batu Bersurat Kedukan Bukit


yang dijumpai di Palembang yang menunjukkan
dalam Bahasa Melayu Kuno bahawa empayar
Sriwijaya dibentuk pada abad ke-7.
Rajah 4.4 Batu Bersurat Kedukan Bukit
yang dijumpai di Palembang
Pusat Keagamaan
Sriwijaya telah memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting
di Kepulauan Melayu. Menurut catatan I-Tsing, Sriwijaya giat menjalankan kerja-kerja
menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasabahasa tempatan yang lain. Seramai 1000 ilmuwan Buddha terdapat di bandar-bandar
empayar Sriwijaya yang terlibat dengan pengajian agama Buddha dan bahasa Sanskrit. Juga,
disarankan bahawa sesiapa yang ingin belajar di India hendaklah terlebih dahulu belajar di
Palembang selama satu hingga dua tahun sebelum ke Nalanda, India (sesetengah ahli sejarah
mencadangkan iaitu Universiti Nalanda adalah tertua didunia).
I-Tsing kembali ke Palembang dan menetap selama tujuh tahun (688-695 M) dan
menghasilkan karya terkenal beliau bertajuk Rekod Tentang Agama Buddha yang
Diamalkan di India dan Kepulauan Melayu (A Record of the Buddhist Religion as Practised
in India and the Malay Archipelago).
Selain menjadi pusat keagamaan, Sriwijaya memainkan peranan penting dalam penyebaran
Bahasa Melayu Kuno melalui perdagangan. Sejak kurun ke-7, bahasa Melayu Kuno
menjadi lingua franca atau bahasa utama dan dipertuturkan oleh kebanyakan penduduk
Nusantara. Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit yang
banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata Bahasa Melayu. Banyak kata-kata
pinjaman Sanskrit tetapi susunan ayat bersifat Melayu. Ini terbukti dengan perjumpaan batu
bersurat yang menggunakan inskripsi Bahasa Melayu Kuno. Contohnya, batu bersurat
Talang Tuwo mencatatkan tentang ritual Buddhisme dan Kota Kapur yang menceritakan
tentang kemegahan ketenteraan Sriwijaya.
8

Daripada transliterasi batu bersurat Kedukan Bukit, ini jelas terlihat walaupun pernyataan
yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman
Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas. Jika
kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan
mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut:
Bahasa Melayu Kuno
vulan
nayik
marlapas
mamava
vanakna
dangan
sarivu

Bahasa Melayu Kini


bulan
naik
berlepas
membawa
banyaknya
dengan
seribu

Kesusasteraan berkembang di Empayar Sriwijaya dengan kehadiran epik Ramayana dan


Mahabharata yang turut disesuaikan dengan unsur-unsur tempatan. Contohnya, wayang kulit
di Malaysia. Indonesia dan Thailand banyak berdasarkan cerita-cerita kedua-dua epik
tersebut.
Pusat Perdagangan
Sriwijaya berjaya menjadi kerajaan maritim dengan menguasai Selat Melaka, Selat Sunda
dan Laut Jawa. Sriwijaya muncul sebagai pelabuhan entrepot yang dikunjungi pedagangpedagang Arab, India, Madagascar (pantai timur benua Afrika) dan Cina. (Ini
terbukti dengan perjumpaan mata wang Dinasti Song 960-1279 Masihi di
Palembang dan Jambi. Lihat Gambar di sebelah kanan). Dengan armada
kapal laut yang kuat, kegiatan lanun dihapuskan di Selat Melaka dan Selat
Sunda dan cukai dikutip daripada kapal-kapak yang melalui kawasan
pengairan tersebut. Pelabuhan Sriwijaya menjadi pusat pengumpulan dan
peredaran (entreport) hasil keluaran kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah
Melayu. Bahan-bahan yang didagangkan terdiri daripada lada, pala,
cengkeh, gading, timah, perak, kayu hitam, kayu cendana, gading, perak,
timah, kayu gaharu, penyu, kapur barus, emas and seramik.
Seorang pengembara Arab bernama al Masudi telah menyebut dalam penulisannya tentang
kekayaan dan kejayaan kerajaan Sribuza (atau Sriwijaya) seperti berikut:

Di

Laut

Champa

(Laut

China

Selatan)

adalah

empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan, yang


berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai

pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang


paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam
masa
berada

dua

tahun

mengelilingi

di

bawah

pengaruhnya.

pulau-pulau
Wilayah

yang

raja

ini

menghasilkan segala macam rempah-rempah dan


aromatik,

dan

tiada

kerajaan

lain

(sebagaimana

empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan


dari bumi." [sumber: terjemahan daripada yang dinyatakan
dalam Geoff Wade, 2009. h: 252]

Ukiran yang dijumpai pada candi-candi


di Borobudur mungkin adalah kapal
Sriwijaya yang bercadik (outrigger) dan
bertiang layar yang melayari lautan alam
Melayu sekitar abad ke-8. Fungsi cadik
adalah untuk mengimbangkan dan
menstabilkan kapal. Cadik adalah ciri
unique bagi kapal-kapal Sriwijaya untuk
perdagangan dan tentera laut.
Rajah 4.5 Ukiran Kapal di Borobudur

Seni Bina
Sebagai pusat kerajaan, seni bina Palembang bersifat
desa, tidak seperti pusat-pusat kerajaan Melayu lain di
Asia Tenggara, seperti di Thailand dan Kemboja.
Bahan utama yang digunakan untuk membuat
bangunan di pusat kota Sriwijaya adalah kayu dan
buluh yang banyak didapati di sekitarnya. Oleh kerana
bahan tersebut mudah reput termakan zaman, maka
tidak ada peninggalan bangunan secara besar-besaran.
Bagaimana pun tanda peninggalan empayar Sriwijaya
Rajah 4.6 Candi Muara Jambi di
ditemui di Sumatera dan Riau. Lihat Rajah 4.6 yang
menunjukkan Candi Muaro Jambi. Bangunan-bangunan Sumatera
ini dibina untuk agama Buddha dan diperbuat daripada bata berwarna merah.
Candi-candi Borobudur di Pulau Jawa berasaskan ajaran agama Buddha yang berkaitan
dengan kehidupan, kematian dan cara hidup berharmoni dengan alam. Ajaran Buddha yang
10

berdasarkan jalan lapan lapis mulia dibahagikan kepada tiga bahagian panna
(kebijaksanaan), samadhi (penumpuan) dan sila (moral).

Rajah 4.7 Candi Borobordur di Pulau Jawa


Lihat Rajah 4.7. Setiap tingkat Candi Borobudur dibina untuk menggambarkan ketiga-tiga
unsur tersebut dan dianggarkan pembinaan mengambil masa 75 tahun.
Kedah Tuah bermula di kawasan Lembah Bujang
di antara kurun ke-4 hingga kurun ke-14 di Tanah
Melayu. Penempatan ini berkembang sebagai pusat
perdagangan dan pusat penyebaran kebudayaan dan
ajaran Hindu dan Buddha (Nik Hassan Shuhaimi
Nik Abdul Rahman, 1998). Sumber-sumber Arab
pernah menyebut Kedah Tua sebuah kerajaan di
bawah penguasaan Sriwijaya. Ahli-ahli arkeologi
telah menjumpai bekas tapak candi Hindu-Buddha
serta manik, porselin, seramik dan pelbagai jenis
artifak yang berkaitan dengan perdagangan (Lihat
Rajah 4.8). Kajian-kajian menunjukkan bahawa reka
bentuk candi-candi tersebut mempunyai pengaruh
tempatan.

Rajah 4.8 Candi Lembah Bujang, Kedah

Struktur Pemerintahan
Kuasa tertinggi di Kerajaan Sriwijaya dipegang oleh Raja. Untuk menjadi Raja, seseorang itu
hendaklah memenuhi tiga syarat samraj bermakna berdaulat atas rakyatnya; indratvam
yang bermakna memerintah dengan memberi perhatian kepada kesejahteraan rakyat; dan
ekachattra yang bermaksud mampu melindungi semua rakyatnya.

11

Pentadbiran kerajaan Sriwijaya berbentuk hierarki dan terbahagi kepada pentadbiran diraja,
pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran daerah.
Pentadbiran diraja merangkumi hal-ehwal diraja, hal kehakiman, denda dan
hukuman serta memungut cukai.
Pentadbiran ketenteraan diketuai oleh seorang panglima yang mengurus hal-ha
ketenteraan kerajaan Sriwijaya.
Pentadbiran daerah pula diketuai oleh ketua wilayah yang digelar datu. Beliau
bertanggungjawab tentang tanah, kebajikan penduduk, menanam kesetiaan rakyat
terhadap pemerintah dan mengenakan hukuman kepada sesiapa yang menentang
kerajaan.

a) Jelaskan struktur pemerintahan kerajaan Sriwijaya


b) Bagaimana Empayar Sriwijaya terlibat dengan perdagangan?
c) Bincangkan Empayar Sriwijaya sebagai pusat keagamaan, seni dan
bahasa.
d) Huraikan seni bina Sriwijaya.

Empayar Sriwijaya mula merosot pada kurun ke 12 apabila negeri-negeri jajahan mula
membebaskan diri. Kerajaan pusat mula hilang cengkaman dan pengaruh. Pada masa yang
sama Sriwijaya menghadapi ancaman daripada Empayar Majapahit dari Jawa Timur.
Mungkin yang paling ketara ialah serangan Dinasti Chola dari selatan India yang menawan
kawasan Emapayar.

4.5 Empayar Majapahit


Kerajaan Majapahit muncul selepas kemerosotan Empayar Sriwijaya pada tahun 1025.
Kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Vijaya yang berjaya membentuk empayar yang
merangkumi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa, Bali,
Borneo Barat dan beberapa pulau kecil di timur (Lihat Rajah 4.9). Antara kawasan di
Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah oleh kerajaan Majapahit bermula pada pertengahan
kurun ke-14 ialah Kelantan, Kedah, Klang, Terengganu, Pahang dan Sungai Ujong.
Kerajaan Majapahit ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 dan berpusat di Jawa Timur.
Iaitu kira-kira 200 tahun. Raden Wijaya melaksanakan sistem pentadbiran berasaskan
Undang-Undang Manu yang merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim
membicarakan kes-kes awam. Raja Majapahit dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang
12

Menteri. Selepas Raden Wijaya seramai 11 Raja telah memerintah Empayar Majapahit
selama kira-kira 207 tahun.

Rajah 4.9 Peta Menunjukkan Keluasan Empayar Srivijaya (ditandakan dengan


warna kuning tua)
Kerajaan Majapahit mencapai kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Hayam Wuruk dan Perdana Menterinya yang
bernama Gajah Mada (1331-1364) (diterjemahkan sebagai Jeneral
Gajah). Beliau memperluaskan kekuasaan ke pulau-pulau Nusantara
dan meninggal sekitar tahun 1364.
Gajah Madah

Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para mubaligh mula memasuki Nusantara.
Selepas mencapai puncaknya pada abad ke-14, tenaga Majapahit beransur-ansur lemah dan
perang saudara merebut takhta. Menurut sesetengah ahli sejarah, Majapahit ditumpaskan oleh
Kesultanan Demak pada tahun 1527.

13

a) Bincangkan secara ringkas Empayar Majapahit


b) Siapakah Gajah Mada?
c) Apakah yang membawa kepada kejatuhan Empayar Majapahit?

4.6 Kemunculan Melaka


Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan
keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja
Palembang iaitu Parameswara yang telah membebaskan diri dari kerajaan Majapahit setelah
beliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan Sriwijaya apabila Majapahit
mula jelas kelihatan merosot. Parameswara yang digelarkan sebagai Sri Tri Buana yang
membawa makna Maharaja Tiga Buana. Tentera Majapahit menyerang beliau ketika di
Palembang, lalu melarikan diri ke Temasik (pulau Singapura). Beliau diserang oleh tentera
Ayudhya kerana beliau telah membunuh pemerintah Temasik dan melarikan diri ke Muar dan
seterus ke Melaka muara Sungai Bertam lalu mendirikan sebuah kerajaan.
Tiada satu tarikh yang tepat mengenai kedatangan Islam ke Alam Melayu dan pelbagai
andaian telah dikemukakan tentang bila, dari mana dan bagaimana Islam datang ke Alam
Melayu.
Islam Datang Dari India
Sesetengah ahli sejarah, berpendapat Islam datang dari India menerusi aktiviti perdagangan
cuma berbeza pendapat dari daerah mana ianya datang. Mereka mencadangkan bahawa Islam
dibawa oleh pedagang dari Gujerat dan Malabar di India.
o Buktinya ialah batu nesan yang dijumpai di Beruas, Perak mempunyai
persamaan dengan batu nesan di Gujerat menurut R.O. Windstedt.
o Sesetengah ahli sejarah seperti Thomas Arnold (1979), mencadangkan bahawa
Islam dibawa oleh pedagang India dari Malabar (Selatan India) dan bukan
Gujerat berdasarkan persamaan mazhab iaitu mazhab Syafie di alam Melayu.
Manakala di Gujerat, penduduk berpegang kepada mazhab Hanafi.
o Sebaliknya, S.Q. Fatimi (1963) berpendapat Islam datang dari Bengal
berdasarkan persamaan bentuk batu nisan di Sumatera dengan Bengal dan
mazhab.

14

Islam Datang Dari Cina


Sesetengah ahli sejarah dan pengembara berpendapat Islam datang ke Alam Melayu dari Cina
dan Indo-Cina.
o Catatan sejarah China juga menyebut tentang kewujudan pedagang-pedagang
Arab dan kawasan penempatan Arab di Canton. Pada tahun 877 M, tercetus
pemberontakan di Canton, Cina ekoran rasa tidak senang hati penduduk tempatan
terhadap kemajuan ekonomi pedagang-pedagang Arab. Situasi ini mendorong
mereka melarikan diri dan mencari tempat perlindungan di Champa, Kedah dan
Palembang.
o Marco Polo (pengembara Eropah terkenal) telah mencatatkan bahawa beliau telah
bersinggah di Perlak (Sumatera) pada kurun ke-13 dan mendapati sudah ada
penempatan Islam di situ. Ini adalah kerana hubungan perdagangan antara
Kerajaan Pasai dengan Cina.

Islam Datang Dari Negara Arab dan Parsi


Sesetengah ahli sejarah berpendapat Islam datang ke Alam Melayu dari Negara-negara Arab
dan Parsi (Iran).
o John Crawford dan Syed Muhammad Naquib al-Attas mencadangkan bahawa
perdagangan di antara pendudukan alam Melayu dan pedagang Arab serta Paris
telah wujud pada kurun ke-7
o Khalifah Sulaiman Ab Malik (715 M) dikatakan telah menghantar armada
sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi.
o Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, kandungan fahaman keagamaan yang
dibawa oleh orang Arab adalah bersifat Timur Tengah seperti cara melafazkan alQuran, cara penghuraian akidah, bentuk dan corak tulisan jawa.
o Menurut Hamka, tokoh-tokoh agama Islam seperti Syeikh Abdul Aziz, Syeikh
Abdullah Arif dan Syeikh Shamsuddin dari Arab Saudi memainkan peranan
penting dalam penyebaran agama Islam. Juga pengaruh mazhab Shafie di alam
Melayu membuktikan bahawa mubaligh utama adalah orang-orang Arab.

a) Siapakah Parameswara?
b) Bincangkan tiga teori tentang kedatangan agama Islam ke Melaka
dan kawasan-kawasan lain di Alam Melayu.

15

4.7 Kegemilangan Empayar Melayu Melaka


Semenjak pembukaan Melaka oleh Parameswara pada awal tahun 1402, kerajaan ini telah
mempunyai 11 orang sultan. Melaka telah menjadi sebuah empayar yang maju dan makmur.
Lihat 4.2 , yang menunjukkan keluasan Empayar Melaka yang meliputi Pahang. Johor.
Kepulaun Karimun, Riau, Kampar, Inderagiri, Siak, Patani, Kedah, Bernam dan Perak.
Empayar Melaka telah berkuasa lebih 100 tahun, hingga serangan Portugis pada tahun 1511.

Rajah 4.5 Peta Menunjukkan Keluasan Empayar Melaka


(ditandakan dengan warna kuning tua)

a) Perdagangan
.
Kekayaan, kemajuan dan kemakmuran Melaka adalah kerana kedudukannya di Selat Melaka
yang merupakan jalan perdagangan antara timur dan barat. Ramai saudagar Cina, Arab dan
India singgah di pelabuhan Melaka (Lihat Rajah 4.6). Antara barangan yang didagangkan
ialah rempah ratus dari Pulau Banda dan Maluku, lada hitam dan emas dari Sumatera. beras,
16

daging kering dan bawang dari Jawa, kain tekstil daripada India dan sutera, barangan kaca
dan tembikar dari Cina.

Rajah 4.6 Melaka Menjadi Pusat Perdagangan Alam Melayu

Rajah 4.6
Bahan-bahan yang dijumpai
dalam kapal-kapal yang
telah karam ketika melalui
Selat Melaka
Manakah datang barangan
yang ditunjukkan dalam
gambar?

17

Rujuk kepada Rajah 4.6 Peta Perdagangan Melaka


a) Bagaimana
kedudukan
Melaka
menyumbang
kepada
perkembangannya sebagai pusat perdagangan?
b) Dari manakah pedagang-pedagang datang dan singgah di pelabuhan
Melaka?
c) Apakah barangan yang didagangkan?

b) Pentadbiran
Perluasan kuasa dan perdagangan
Melaka juga bergantung kepada sistem
pentadbiran yang baik, teratur dan
berkesan (Lihat Rajah 4.8). Gelaran
raja ditukar kepada sultan yang
digunakan oleh ketua kerajaan dan juga
sebagai ketua agama Islam. Kuasa
tertinggi dalam pentadbiran Melaka
ialah Sultan. Di bawah Sultan ialah
Bendahara dan diikuti Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari.
Rajah 4.8 Istana Sultan
[Diorama di Muzium Melaka]

Pembesar

Tugas

Bendahara

Seumpama Perdana Negeri


Penasihat kepada Sultan
Ketua hakim dan ketua istiadat
Menjaga angkatan tentera

Temenggung

Menjaga keselamatan negeri


Menyelesaikan kes-kes jenayah yang kecil
Mengawal pedagang asing

Laksamana

Ketua angkatan laut


Mengetuai utusan sultan di seberang laut

18

Penghulu
Bendahari

Seumpama Menteri Kewangan


Pemegang amanah dan harta kerajaan
Menjaga kebajikan pekerja
Menjadi ketua perayaan dalam istana

Sultan berkuasa mutlak dan dianggap mempunyai daulat untuk memerintah negeri.
Daulat bermakna kesempurnaan, kebolehan istimewa, kuasa tertinggi dan kewibawaan
untuk memerintah. Sultan dibantu oleh pembesar dan pegawai kerajaan untuk membentuk
kestabilan dan keamanan dalam negeri.
Setiap kampung ditadbir oleh seorang penghulu atau penggawa. Antara tugasnya ialah
memungut cukai, mendapatkan tenaga pekerja, membekalkan tentera semasa peperangan dan
memastikan penduduk kampung taat setia kepada Sultan.

c) Pusat Ilmu dan Kebudayaan


Bahasa Melayu merupakan bahasa utama (lingua franca) di Alam Melayu dan adalah
dianggarkan sebanyak 84 bahasa lain dipertuturkan. Ini membuktikan bahawa telah wujud
masyarakat berbilang etnik di Melaka dan pada masa itu. Mereka ini terdiri daripada
masyarakat Melayu tempatan, saudagar asing seperti India, Cina, Arab, Jawa dan lain-lain.
Tulisan jawi, hasil pengaruh tulisan Arab digunakan dengan meluas. Kitab-kitab agama yang
ditulis dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Terdapat beberapa pusat
kebudayaan Islam yang ditubuhkan di alam Melayu yang memainkan peranan sebagai pusat
intelektual dan keilmuan. Antaranya ialah Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan JohorRiau. Antara karya dari Acheh yang terkenal ialah Tajul Salatin (Mahkota Raja-raja) dan
Bustanul Salatin (Taman Raja-Raja).
Antara tokoh penulis Acheh ialah:
o Hamzah Fansuri dengan Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai, Syair Perahu,
Syair Dagang;
o Syeikh Nurudin al-Raniri dengan Siratul Mustakim & Kitab Hilal Zill;
o Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani dengan Miratul Mukminin & Mirat alMuhaqqiqin; dan
o Syeikh Abdul Rauf al-Singkel dengan Mirat al-Tullab & Majmuk al-Masail

19

Antara tokoh penulis Johor-Riau ialah:


o Raja Ali Haji dengan karyanya dalam bentuk
prosa bertajuk Salasilah Melayu & Bugis, dan
karya dalam bentuk puisi bertajuk Hikayat Sultan
Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas dan Syair
Sinar Gemala.

Aktiviti keilmuan jelas berkembang pesat dengan lahirnya institusi pengajian pondok, dan
madrasah. Masjid juga memainkan peranan dalam mengembangkan ilmu. Setiap lapisan
masyarakat diberikan hak untuk menimba ilmu.
d) Perundangan
Kedatangan Islam turut mempengaruhi pemakaian undang-undang tempatan di mana undangundang syariah telah menjadi sebahagian undang-undang yang wajib dikuatkuasakan di
samping pemakaian undang-undang adat.

Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman


pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Ia mempunyai 44
fasal yang meliputi hal raja, tugas pembesar, peraturan
rasmi di istana dan hukuman kepada penderhaka atau
pencuri. Ia melibatkan hukuman bagi kesalahan sivil
dan jenayah yang berpandukan kepada hukum syariah.
Hukum Laut Melaka yang berkaitan dengan peraturan
pelayaran dan perniagaan, kesalahan perdagangan dan
sebagainya. Undang-undang ini memastikan segala
masalah pelayaran dapati diatasi mengikut undangundang.

Hanya Sultan berkuasa menjatuhkan hukuman mati dan sesiapa


yang melanggar undang-undang dihukum tanpa mengira
kedudukannya dalam masyarakat.
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai undang-undang sendiri untuk menjamin
keamanan dan keselamatan. Adat adalah undang-undang tidak bertulis yang mengawal
perlakuan individu dan masyarakat.

Adat Temenggung yang berasal dari Palembang, Sumatera mengutamakan keturunan


keluarga lelaki (pewaris pusaka) yang diamalkan di semua negeri Tanah Melayu
kecuali Negeri Sembilan. Adat ini merangkumi pewarisan harta dan sistem
kekeluargaan. Lelaki adalah ketua keluarga dan berhak mewarisi lebih banyak
daripada pihak perempuan.
20

Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera dan mengutamakan perempuan
(pewaris pusaka) dan diamalkan di Negeri Sembilan dan utara Melaka. perempuan
menjadi ketua keluarga dan perwarisan harta diberatkan kepada pihak perempuan.

a) Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di Melaka.


b) Senaraikan hasil penulisan ilmuan Melayu di pusat-pusat ilmu di
Alam Melayu.
c) Bagaimana Hukum Melaka dan Hukum Laut menyumbang kepada
kegemilangan Empayar Melaka?

e) Perhubungan Antarabangsa
Semenjak kurun ke-15, Kerajaan Melaka mempunyai
hubungan dengan negara-negara lain. Parameswara
menghantar ufti ke Siam sebanyak 40 tahil emas setahaun
sebagai tanda persahabatan.
Pada tahun 1403, hubungan dengan Cina termeterai
apabila Laksmana Yin Ching melawat Melaka. Maharaja
Cina, Yung-Lo mengiktiraf Parameswara sebagai
pemerintah Melaka dan sedia melindungi daripada
Rajah 4.9 Laksamana Zheng Ho
ancaman Majapahit. Pada tahun 1409, pengembara terkenal
Zheng Ho melawat Melaka untuk mengeratkan hubungan (Lihat Rajah 4.9).

Pada tahun 1411, Parameswara bersama


permaisuri,
putera
dan
pengiringpengiringnya seramai 540 orang melawat
Cina di zaman Dinasti Ming. Selama
sebulan Parameswara berada di China dan
diberi jamuan besar-besaran (Lihat Rajah
4.10)
Rajah 4.10 Kerabat diraja Melaka melawat Cina [diorama Muzium Melaka]

21

f) Perubatan
Masyarakat Melayu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam usaha pemulihan daripada
sakit-demam dan keuzuran. Sebelum kedatangan pengubatan moden, orang Melayu
bergantung sepenuhnya kepada pengubatan tradisional Melayu ini. Pergantungan orang
Melayu dengan warisan perubatan tradisional ini masih lagi berlanjutan hingga ke hari ini.
Beberapa kaedah merawat pesakit ada diterangkan dalam buku-buku perubatan Melayu atau
lebih dikenal sebagai kitab-kitab tib. Perkataan tib berasal dari bahasa Arab yang
bermaksud ubat, tukang ubat dan ilmu perubatan Ada pelbagai kitab tib yang digunakan
oleh orang Melayu. Kandungan kitab-kitab ini merangkumi penerangan mengenai penyakitpenyakit biasa seperti demam, batuk dan lelah. Selain itu kitab tib menerangkan penyakit
yang berpunca daripada rasukan hantu, syaitan dan jin yang
disertai dengan jampi mantera. Bentuk pengubatan dan rawatannya
mengandungi doa-doa, ayat al-Quran, hadis, tangkal dan azimat.
Antara Kitab Tib yang terkenal ialah Taj-ul-Muluk, dan ada juga
yang menamakannya sebagai Kitab Mujarrabat Melayu (Mohd
Taib Osman, 1988). Kitab tib ini mengandungi 500 muka surat
yang berkaitan 147 perkara atau fasal. Terdapat fasal yang
menerangkan pengetahuan pengubatan, cara berhubung dengan
ilmu sihir dan kaedah atau ritual pengubatan (Mohd Koharuddin
Mohd Balwi, 2003).
Kitab Mujarrabat Melayu

g) Matematik
Kepentingan matematik terjelma dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu itu sendiri.
Kepulauan Melayu pernah menjadi pusat perdagangan yang utama di dunia. Di sini
berlakunya urusan perniagaan yang tentunya memerlukan kebolehan mengira yang baik.
Urusan perniagaan timbang-menimbang, sukat menyukat, tukar-menukar mata wang, cukai,
dan seumpamanya memerlukan pengiraan yang sistematik.
Di samping itu dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu banyak contoh yang
menunjukkan konsep pengiraan menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Orang Melayu
terkenal sebagai ahli pertukangan yang mahir, terlibat dalam pembinaan masjid, rumah
kediaman, kapal layar dan perahu. Pelayaran juga menjadi perkara utama dalam kehidupan
mereka yang juga memerlukan kepakaran dalam bidang matematik (Mohd Koharuddin
Mohd Balwi, 2003).
.
Pencapaian orang Melayu dalam bidang matematik banyak dipelopori oleh tokoh-tokoh
agama yang menjadi guru atau ulama dalam institusi pendidikan yang dipanggil pondok di
Malaysia atau pesantren di Indonesia. Kebanyakan tokoh ini mendapatkan ilmu tentang
22

matematik melalui pengajian mereka di Asia Tengah. Apabila mereka pulang ke tanah air,
mereka mengembangkan ilmu ini dengan melakukan penambahbaikan dan pembaharuan
dengan menulis pelbagai kitab atau buku berkaitan matematik. Buku-buku ini digunakan
sebagai teks dalam pengajian tradisi. Antara karya mereka itu adalah:

Syeikh Ahmad Abdul Latif al-Khatib. (Raudat al-Hussab fi amal al-Hisab, al


Nukhbah al-bahiyyah, al-Jawahir al-Naqiyyah)
Syeikh Abdul Rahman Muhammad al-Fatani. (Minhaj al-Qawim pada mengetahui
hisab dan taqwim)
Syeikh Ahmad al-Fatani (Ilmu Hisab dan Ilmu Falak)
Haji Umar Nuruddin (Miftah al-Talim, al-Durr al-naqiyy fi marifat arqam al-Hindi,
Syams al-Fathiyyah)
Syeik Tahir Jalaluddin (Pati kiraan pada menentukan waktu yang lima dengan hal
kiblat dengan logaritma)

[sumber: Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2003). halaman: 55]


Masyarakat Melayu juga mempunyai sistem pengukuran tersendiri yang digunakan dalam
kehidupan seharian. Sistem pengukuran ini lebih berdasarkan kepada penggunaan alam
sebagai asas pengukuran kerana eratnya hubungan mereka dengan alam persekitaran.
Terdapatnya pengiraan atau pengukuran berdasarkan tangan, seperti hasta, jengkal, depa
untuk mengukur jarak atau keluasan dan lilitan sesuatu benda. Bagi ukuran jengkal, jarak
yang dijadikan asas ialah jarak antara penghujung ibu jari dengan penghujung jari hantu
dalam keadaan tangan terbuka. Bagi ukuran depa pula jaraknya ialah antara buku siku dengan
penghujung jari hantu (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2003. h:56).

Selain itu terdapat juga istilah pengukuran yang tertentu dalam mengukur sesuatu seperti
mengukur cecair dan biji-bijian menurut benda pengisinya seperti semangkuk air/nasi,
secupak padi, segantang beras, setakar gandum dan seumpamanya.
23

Mereka juga menggunakan ukuran pelaung untuk mengukur jarak dari satu tempat ke satu
tempat dengan diasaskan oleh sejauh sepelaungan suara yang apat disuarakan manusia.
Terdapat istilah sepelaung, dua pelaung atau seterusnya bagi menunjukkan jarak sesuatu
tempat itu. Bagi jarak yang lebih jauh istilah sepenanak digunakan yang merujuk kepada
masa menanak nasi yang biasanya diambil bagi menunjukkan pengukuran masa bagi
perjalanan ke sesuatu destinasi. Jarak atau ela masa yang lebih lama akan menggunakan
pengukuran berdasarkan bulan atau purnama seperti sepurnama, dua purnama dan
seumpamanya (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2003. h: 56-57).
h) Muzik
Nobat yang merupakan kumpulan pemuzik Sultan yang hanya bermain pada waktu tertentu di
istana. Nobat melambangkan kuasa, kedaulatan dan kebesaran raja dan dipercayai berasal
dari Parsi.

Alat Muzik Nobat


Perkataan naubat berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud gabungan
sembilan alat. Lazimnya, nobat terdiri daripada sembilan alat; iaitu nagara, nafiri, dua buah
gendang, dua batang serunai dan dua buah gong (Lihat Gambar di atas). Nobat digunakan
dalam upacara tertentu seperti pertabalan raja, perkahwinan raja dan kemangkatan raja.

24

Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai jenis alat muzik tradisional. Berikut ini
dibincangkan beberapa alat tersbut:
Gong
Gong diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang
diperbuat daripada gangsa yang bercampur timah.
Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil tawaktawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan
muzik tradisi misalnya dalam persembahan Mak Yong.
Mukanya satu sahaja dan di tengah mukanya
dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar.
Gong dimainkan secara dipalu dengan kayu berbalut
getah dihujungnya dan bunyinya berdengung

Rebana
Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang
berbentuk seperti pasu. Ianya sering digunakan dalam
ensemble muzik sinkretik yang berkembang di
kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang
Sayang, Joget, Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang dan
Ayam Didik. Rebana diperbuat daripada kayu, kulit
kambing, rotan dan buluh digunakan untuk
membuatnya. Lazimnya rebana diperbuat daripada kayu
nangka yang diakui dapat mempengaruhi peningkatan
mutu suara sesebuah alat itu.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional


yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya
juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah
getah sintetik.

25

Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik
tradisi Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat
Melayu sebagai alat perubatan tradisi. Geseran rebab oleh pawang
menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Bentuk rebab dapat
dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher
dan kepala. Digunakan juga sebagai alat untuk permainan muzik
tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak
Yong.

i) Kesenian Rakyat Jelata


Rakyat jelata mengisi masa lapang dengan pelbagai jenis permainan:
Permainan sepak raga bulatan dimainkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka
Permainan congkak disukai oleh kanak-kanak dan wanita
Permainan gasing gasing paku dan gasing pangkah
Permainan layang-layang atau wau seperti wau bulan & wau burung
Juga terkenal ialah beberapa kesenian rakyat seperti berikut:
Dondang sayang
Boria
Dikir Barat
Canggung
Kuda kepang
Randai
Juga terkenal ialah beberapa jenis tarian seperti berikut:
Tarian zapin
Tarian joget
Makyong
Tarian Sumazau
Tarian Ngajat
Seni mempertahankan diri dan alat senjata digunakan untuk mempertahankan negara dan
meluaskan pengaruh. Antara seni silat yang terkenal ialah Silat Gayung dan Silat Lincah.
26

Kesusasteraan rakyat pada asalnya berbentuk lisan kerana kebanyakan penduduk awal tidak
tahu menulis dan membaca. Kesusasteraan terkenal ialah:
Cerita Haiwan - wataknya adalah haiwan seperti Hikayat Sang
Kecil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
Cerita Dongeng mengisahkan kebolehan luar biasa manusia
seperti Dayang Bunting di Pulau Langkawi dan Puteri Sadong di
Kelanta n.
Cerita Jenaka kisah lucu yang mempunyai pengajaran seperti Si
Luncai, Pak Belalang, Lebai Malang, Pak Kadok dan Pal Pandir.
Cerita Penglipur Lara mengisahkan kuasa ajaib dalam kalangan
kerabat diraja dan golongan bangsawan seperti Hikayat Raja
Muda, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Seri Rama, Hikayat Malim
Dewa.

a) Bagaimana Kerajaan Melaka mengekalkan hubungan antara bangsa


dengan negara lain?
b) Jelaskan sumbangan Tamadun Melayu dalam bidang:
o Matematik
o Perubatan
o Muzik dan
o Kesenian

27

RUJUKAN
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Wan Mohd Shaghir Abdullan (1998). Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu
Zainal Abidin Borhan & Ahmad Hakimi Khairuddin, Bab 3. Tamadun Melayu Teras
Tamadun Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2003). Ketamadunan Melayu dan Sains: Satu Analisis Awal
ke Atas Pencapaian Masyarakat Melayu dalam Bidang Sains. Jurnal Teknologi. 39(E). Dis.
47-61.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdual Rahman (1990). Masyarakat Prasejarah dan Perkaitannya
dengan Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia. JEBAT. 18. 3-14.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdual Rahman (1998). Early History. Editions Didier Millet.
Kuala Lumpur.

28

Anda mungkin juga menyukai