Anda di halaman 1dari 11

SJH3123: NOTA TAMBAHAN

1. Maksud sejarah mengikut perspektif Islam.

Sejarah merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang benar-benar terjadi yang
berkaitan dengan pertumbuhan serta perkembangan agama Islam dalam pelbagai
aspek.

Sejarah adalah gambaran masa lalu tentang manusia dan persekitarannya, sebagai
makhluk sosial, yang disusun secara ilmiah dan lengkap. Ia meliputi urutan fakta masa
tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman
tentang apa yang telah berlalu.

Sejarah ialah suatu ilmu mengenai alam yang dicipta Allah SWT yang mengandungi
ruang lingkup masa dan peristiwa yang menjadi objektnya ialah makhluk itu sendiri
terutama manusia dan kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia tersebut yang
melahirkan maklumat dan peristiwa.

2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Jahiliah.


Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
Tidak mempunyai peradaban
Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak
Tidak boleh membaca dan menulis
Berjudi, berzina dan minum arak
Para wanita berstatus rendah, tidak mewarisi harta dan menjatuhkan maruah keluarga
Tidak mempunyai peraturan yang tetap
Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita

3. Implikasi Perang Jamal yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Ramai tentera dan rakyat terkorban termasuk Talhah dan Zubair.
Sebanyak 600,000 dirham diperoleh daripada perbendaharaan Basrah dan
dibahagikan sama rata dengan tentera Khalifah Ali bin Abi Talib
Kemenangan peperangan telah menimbulkan masalah kepada Khalifah Ali bin Abi
Talib kerana beliau terikat dengan kemahuan golongan pemberontak.
Orang Basrah terpaksa mengakui kekuasaan Khalifah Ali bin Abi Talib tetapi mereka
mempunyai motif tersendiri dan Khalifah Ali bin Abi Talib terpaksa berhadapan dengan
Muawiyah untuk meneruskan usaha damai.

4. Sebab-sebab ajaran Nabi Muhammad s.a.w ditentang oleh orang Arab Quraisy

Orang Arab Quraisy berasa terhina kerana Nabi Muhammad s.a.w menyelar agama
berhala iaitu agama nenek moyang mereka.

Orang Arab Quraisy ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh yang dipegang sejak
sekian lama di kota Makkah.

Agama islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia yang bertentangan


dengan konsep sistem sosial masyarakat jahiliah..

Orang Arab Quraisy bimbang hilang punca pendapatan daripada penjualan berhala
yang telah menjadi amalan sejak nenek moyang.

Orang Arab Quraisy takut akan hari pembalasan kerana mereka telah banyak
melakukan dosa di dunia.

Orang Arab Quraisy iri hati dengan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
seorang nabi dan rasul.

5. Reformasi sosial yang telah dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz di Damsyik.
Reformasi Sosial

Mewujudkan sebuah masyarakat baharu yang berlandaskan akidah Islam dan


tidak berlandaskan keturunan.

Memperbanyakkan tempat ibadat.

Membenarkan orang yang baru memeluk agama Islam berpindah ke bandarbandar.

Menggalakkan asimilasi perkahwinan di antara orang Arab dengan orang bukan


Arab.

Memperhebatkan dakwah dan syiar Islam.

6. Usaha-usaha Abdul Rahman al-Dakhil menegak Daulah Umaiyah di Andalusia.

Mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan

Pentadbiran negara dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dipimpin


oleh seorang Amir (Ketua Negara). Bahagian kedua merupakan pemerintahan pusat
yang menyerupai Dewan Negara.

Menyebarkan ilmu pengetahuan.

Beliau menunjukkan minat yang mendalam dalam aktiviti keilmuan dan


kesusasteraan. Beliau telah menjadikan Cordova sebagai pusat perkembangan ilmu
di Eropah. Beliau telah berusaha menjemput ahli fekah, alim ulama, ahli falsafah dan
ahli syair untuk menganjurkan aktiviti keilmuan di Andalusia.

Mempertahankan kestabilan Andalusia.

Beliau telah mengukuhkan pertahanan negara dengan memperkuatkan angkatan


tenteranya. Beliau telah membenarkan negara Kristian mengambil perlindungan
daripada penguasaan pimpinan Islam dengan membayar ufti tahunan kepada
kerajaan islam Andalusia.

Mengamalkan sikap toleransi antara bangsa dan agama.

Beliau mengamalkan konsep toleransi agama terhadap penganut Kristian dan Yahudi.
Beliau telah berjaya menyatupadukan rakyat Andalusia yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Beliau telah melantik hakim khusus untuk orang Yahudi dan Kristian bagi
menangani masalah yang berkaitan dengan ajaran agama masing-masing.

Melaksanakan projek pembangunan besar-besaran.

Beliau telah berjaya membina istana yang megah, masjid yang terkenal di Cordova,
membina gedung ilmu, membangunkan bandar-bandar, kedai-kedai serta rumah
tumpangan untuk menaiktaraf kehidupan rakyat.

Mewujudkan sistem pengairan yang berkesan.

Sepanjang pemerintahannya, beliau telah membina empangan dan sistem pengairan


yang berkesan untuk tujuan pertanian dan belakan air bersih.

Mengamalkan corak kepimpinan terbaik

Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mengamalkan corak kepimpinan terbaik


untuk semua rakyat. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berpegang kuat pada
ajaran agama Islam, amat bertanggungjawab, adil dan bertolak-ansur.

7. Faktor-faktor kejatuhan Daulah Abbassiyah.


Kerajaan Bani Abbassiyah terlalu mempercayai bangsa asing terutama bangsa
Turki serta melantik mereka menjawat jawatan tinggi dan penting dalam kerajaan,
yang mana akhirnya menyebabkan tergugatnya Kerajaan Abbassiyah sendiri.
Terdapat sesetengah dalam kerajaan ini terlalu menekan dan memusuhi puak
Syiah yang mengakibatkan berlakunya pemberontakkan disepanjang
pemerintahan Kerajaan ini.
Terdapat sesetengah Khalifah telah melantik dan menentukan dua ke tiga orang
anak mereka bakal menjadi Khalifah (secara bergilir) ini mengakibatkan
berlakunya perang saudara seperti di antara Al Amin dengan Al Makmun.
Pada tahun 656H / 1258M, Kerajaan Bani Abbassiyah telah diserang oleh tentera
Monggol yang dipimpin oleh Holagu Khan, dan akhirnya Kerajaan Abbassiyah
telah dapat digulingkan.
3

Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku. Ini telah mengganggu ekonomi


kerajaan Abbassiyah kerana para pedagang tidak lagi berkunjung ke situ.

8. Tindakan yang dibuat oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur untuk mengukuhkan kuasa
kerajaan Abbassiyah.
Menghapuskan pemberontak puak Syiah.
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah menghantar tenteranya di bawah pimpinan
Isa bin Musa dan berjaya menghapuskan pengaruh golongan Syiah yang telah
bangun menentang kerajaan Abbassiyah.
Memerangi bapa saudaranya yang bernama Abdullah bin Ali untuk
menghapuskan pengaruhnya.
Abdullah bin Ali merupakan seorang panglima tentera yang mempunyai pengaruh
dan pengikut yang besar di kalangan penduduk Syam dan Mesir. Oleh itu, beliau
mendakwa dirinya berhak menjadi khalifah menggantikan Khalifah Abu Jaafar alMansur. Oleh itu, Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah mengutuskan seramai
17000 tenteranya untuk menyerang Abdullah bin Ali. Abdullah bin Ali berjaya
ditangkap dan dipenjarakan.
Menghapuskan pengaruh Abu Muslim al-Khurasani.
Walaupun pada mulanya Abu Muslim al-Khurasani banyak berjasa kepada
Khalifah Abu Jaafar al-Mansur seperti dalam membangunkan kerajaan Abbasiyah
dan menghapuskan pemberontakan Abdullah bin Ali, Abu Muslim kemudiannya
tidak lagi mematuhi arahan khalifah kerana beliau sedar mempunyai pengaruh
yang besar. Khalifah menjemput Abu Muslim ke istana kemudian beliau dicerca.
Oleh kerana Abu Muslim tidak tahan dicerca dan cuba melawan, beliau akhirnya
dibunuh kerana dianggap menentang khalifah.
Memerangi Abdul Rahman al-Dakhil di Sepanyol.
Abdul Rahman al-Dakhil adalah dari keturunan Umaiyah. beliau berjaya melarikan
diri ke Sepanyol semasa gerakan Abbasiyah menghapuskan Bani Umaiyah. Abdul
Rahman mendapat sambutan untuk menubuhkan kerajaan Umaiyah II di
Sepanyol dan ini dianggap akan memberi ancaman kepada kerajaan Abbasiyah.
Oleh itu, Khalifah Abu Jaafar telah menghantar tenteranya memerangi Abdul
Rahman al-Dakhil. Beliau berjaya dikalahkan dan kepalanya dipotong kemudian
dikirimkan kepada khalifah sebagai tanda amaran kepada pihak yang mahu
menentang kerajaan Abbassiyah.

9. Bentuk agama serta amalan dalam masyarakat Arab Jahiliah.

Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M). Ciriciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai
panduan. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan
Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut
dalam semua aspek kehidupan.Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2
iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentukbentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih
merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak
mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya
hidup mereka.

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang
diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama
ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
Agama Hanif
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa. Agama ini
tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang
Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad s.a.w sendiri.
Agama Yahudi
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi
Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan
Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga
agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
Agama Nasrani
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun
Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah
mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan
gelaran ahli kitab.
Agama Wathani
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala
yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala
dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.
Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, AlManat, dan Al-Hubal.

Agama Majusi
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan
api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini
banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak
serta adik beradik.
Agama penyembahan Cekarawala
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua
cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
Agama Animisme
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan
pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat
kediaman tuhan yang jahat.
Agama Penyembahan Makhluk Halus (Polydemonisme)
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk
makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan
Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

Penyembahan Tuhan Padang Pasir


Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ahlil-saf ). Mereka percaya bahawa padang pasir
wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam
dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

Kepercayaan tahyul

Kepercayaan pada tangkal azimat


Percaya bahawa roh orang mati menjadi burung.
Percaya kepada ahli nujum dan ahli sihir
Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri
membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari
perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
Membuat keputusan melalui anak panah.

10. Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada zaman pemerintahannya dalam usaha
menyelamatkan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak kecil, Abu Bakar terkenal dengan kejujurannya, berbudi pekerti mulia dan bersifat
terpuji. Beliau digelar al-Siddiq kerana telah membenarkan setiap percakapan dan
perbuatan Nabi. Beliau juga telah bersama-sama Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah
dan tinggal bersama di dalam Gua Thur. Antara sahabat-sahabat Nabi, Abu Bakar
adalah orang yang paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, beliau menjadi
lelaki dewasa pertama yang memeluk agama Islam. Abu Bakar bekerja dalam bidang
perniagaan. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi banyak sumbangan yang besar
kepada umat Islam sepanjang zaman pemerintahannya.
Usaha dalam aktiviti dakwah
Selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu
Bakar telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong
orang lain. Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta
tolong dan disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini,
beliau selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman akrabnya
yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha
bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.
Memerangi tentera Rom
Abu bakar menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Beliau
memerintah selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi.
Perintah pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah
mengerahkan dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah
ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera Rom
di Perbatasan Utara.
Membebaskan negeri-negeri dari cengkaman Rom dan Parsi
Sumbangan lain ialah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman
Rom dan Parsi. Beliau telah berjaya membebaskan negeri-negeri di bawah naungan
Rom dan Parsi. Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya
mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur
dan serangan kerajaan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat
Memerangi golongan murtad
Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus
mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka
bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin,malah ada di antara
mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan
penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang
terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri
Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah
al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
7

Memerangi golongan yang enggan membayar zakat


Abu Bakar dalam dakwahnya ialah menghapuskan kaum yang enggan membayar
zakat. Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan
terdapat kabilah-kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan, melepaskan
kepercayaan Islam seluruhnya manakala ada di antaranya yang masih tetap di dalam
Islam tetapi enggan memenuhi salah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.
Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah
Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam
dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif,
Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar
pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir
wilayah-wilayah tersebut.
Memperkenalkan sistem bayaran gaji kepada tentera
Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui
Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran
cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan
melindungi golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.
Menggerakkan usaha pengumpulan Al-Quran
Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah mengumpul
semula semua naskah al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi
panduan umat Islam sehingga kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan
kemunculan golongan murtad dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin
Thabit supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula.
Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah diamanahkan kepada Saidina Umar
bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan.
Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau telah digelar sebagai Penyelamat Umat
Islam.
Sistem pengurusan jemaah Haji.
Selain itu,beliau juga merupakan sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini
berlaku pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke
Mekah sehingga kepulangan mereka di samping memberikan pengawalan dan menjaga
keamanan mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai pembimbing
pelaksanaan syiar ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah tanah
suci.
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq boleh diumpakan sebagai seorang yang amat penting
dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang yang sanggup berjihad
dan mengorbankan nyawa serta harta demi memperoleh keredaan Allah. Oleh yang
demikian, kita sebagai umat Islam seharusnya hidup berlandaskan syariat Islam. Kita
perlu berusaha dalam membebaskan manusia daripada belenggu syirik. Pembangunan
ekonomi juga patut dilaksanakan untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara kita
8

sendiri. Selain itu,pihak kerajaan juga perlu sama-sama berganding bahu dengan rakyat
untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Pengaruh Islam semakin tersebar apabila
Khalifah Abu Bakar berjaya memerangi golongan murtad dan nabi-nabi palsu dalam
kalangan kabilah-kabilah. Kebijaksanaan politik Abu Bakar itu membawa perkembangan
masyarakat Arab ke arah kesatuan politik dan menjadikan mereka melihat Madinah
sebagai ibu kota negara mereka dan sumber segala kebijakan mereka

11. Usaha-usaha kerajaan dalam mendaulatkan kedudukan agama Islam sebagai agama
rasmi di Malaysia.

Agama Islam telah banyak menyumbang terhadap kecemerlangan pembangunan


Malaysia dalam pelbagai bidang sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga
sekarang. Ia telah menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang banyak dicontohi oleh
negara-negara Islam lain diseluruh dunia.

Islam sebagai agama rasmi persekutuan

Agama Islam telah dimartabatkan ketempat paling tinggi dan terhormat iaitu dengan
meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang telah termaktub di bawah
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan semenjak merdeka lagi. Perkara 11 Perlembagaan
Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan Malaysia. Sungguh
pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
Bahagian Persekutuan.

Budaya Ilmu

Islam amat mementingkan ilmu dalam pembangunan ummah. Kepentingan budaya ilmu
amat dititik beratkan dalam islam dalam segenap aspek kehidupan.Ia memberi panduan
jelas bagi membolehkan manusia menimbang dengan wajar di antara ilmu yang manfaat
atau tidak dalam pembangunan tamadun Islam. Budaya ilmu merupakan satu aspek yang
tidak boleh dipisahkan dengan islam,melalui ilmu ulama-ulama serta cendikiawan islam
mengorek khazanah-khazanah hukum,teori-teori serta method-method ilmiah untuk
dijadikan panduan serta garis panduan buat umat manusia keseluruhan.

Pemikiran masyarakat

Kedatangan Islam nyata telah melakukan satu perubahan dalam aspek kepercayaan
daripada alam tahyul dan khurafat, masyarakat telah diperkenalkan satu konsep akidah
yang jelas iaitu akidah tauhid, ajaran tauhid yang bersifat metafizik ini menyelit unsurunsur intelektualisme serta akidah kedalam pemikiran masyarakat. Ia telah menyebabkan
timbulnya rasionalisme yang tidak pernah wujud sebelumnya. Fenomena inilah yang telah
mencetuskan satu semangat hebat yang mampu menggerakkan perubahan falsafah hidup
masyarakat di nusantara ini. Masyarakat mula meniggalkan alam mitos dan khayalan
menuju alam pemikiran, akal serta peraturan-peraturan hidup yang jelas. Mereka mula
percaya kepada rukun-rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa.
9

Penerapan nilai-nilai Islam

Penerapan nilai-nilai Islam seperti amanah, ikhlas, tekun, dedikasi dan sebagainya telah
berjaya membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti, kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain. Ia juga telah menubuhkan sebuah 'negara bahagia,
menghapuskan
sikap
yang
negatif
dalam
menjalankan
tugas
yang
dipertanggungjawabkan dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Masyarakat Madani

Masyarakat madani adalah masyarakat beradab yang mengacu pada nilai-nilai kebajikan
dengan mengembangkan dan menerapkan prinsip-prinsip interaksi sosial yang kondusif
bagi penciptaan amalan demokrasi dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Masyarakat madani merupakan masyarakat yang terbuka dan toleran atas landasan nilainilai murni yang bersumber dari wahyu Allah SWT, dan beradab, menjunjung tinggi nilainilai kemanusiaan, masyarakat yang maju dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan
teknologi.

Islam Hadhari

Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah


persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam
dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat. Ia memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan
peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam dengan memberi tumpuan kepada
usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan
serta pembangunan fizikal. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa
fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan
mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan
maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati
diri serta penjajahan pemikiran.

Konsep kesederhanaan (Wassatiyah)

Keserdahanaan atau Wasatiyyah adalah satu sikap dan perbuatan yang baik dan sangat
digalakkan oleh Islam, kerana melakukan perbuatan yang lebih dari sepatutnya dianggap
melampau, begitu juga perbuatan yang kurang dari sepatutnya dianggap suatu
kecuaian.Justeru, orang Islam tidak boleh rigid dan ekstrem, begitu juga tidak boleh terlalu
bebas lepas tanpa ikatan dan sempadan. Wasatiyyah memerlukan orang yang menyeru
dan mengajak manusia kepada kebaikan prinsip ini supaya ianya dapat mendatangkan
manfaat kepada orang ramai. Masyarakat Islam di Nusantara umumnya dan masyarakat
di Malaysia khususnya telah sekian lama mengamalkan konsep kesederhanaan ini dalam
kehidupan mereka di pelbagai bidang. Kita boleh melihat konsep ini diamalkan dengan

10

lebih nyata lagi oleh masyarakat Malaysia setelah kita mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Terutama isu-isu berkaitan dengan agama.

Sesungguhnya, agama Islam telah banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan


Malaysia dalam pelbagai bidang seperti yang telah dibincangkan di atas. Ia telah
menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam contoh dalam banyak bidang.

11

Anda mungkin juga menyukai