Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 10:

CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF DARI ASPEK


BERPENGETAHUAN

1. Penguasaan Isi Kandungan


Maksud: mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang komprefensif
terhadap bidangnya dengan mendalam.
Guru yang berpengetahuan haruslah serba tahu dengan menambah
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu
semasa untuk dibincangkan dan mencari penyelesaian isu-isu berkaitan
dengan sejarah tanah air seperti zaman prasejarah, kerajaan Melayu
Mlaka, kemerdekaan Tanah Melayu dan sebagainya.
Guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kukuh
serta mendalam dalam bidang sejarah.
In dapat menyampaikan pengajaran sejarah secara berkesan dan dapat
menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru.
Guru juga memahami perbezaan individu, personaliti yang seimbang dan
menjadi pakar rujuk untuk mengatasi masalah pelajar dalam bidang
sejarah.
Guru hendaklah membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan
pengajarannya.
Guru hendaklah mempunyai pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan
isi pengajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Bijak menggabungkan beberapa kaedah dalam suatu masa pelajaran.
Kaedah pengajaran yang pelbagai ini penting bagi menjamin kejelasan
dan kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran.

2. Menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran


Guru hendaklah mengetahui:
Matlamat dan objektif mata pelajaran Sejarah
Fokus mata pelajaran

Organisasi kurikulum
P&P Sejarah
Penilaian
Standard kandungan dan standard pembelajaran mata pelajaran
Sejarah.

3. Kreativiti dan Inovasi


Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran,
personaliti dan penggunaan pelbagai inovasi media dan teknologi
pembelajaran.
Mempunyai kebolehan berhujah, kemampuan menjana dan mencetuskan
pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas
pengajaran,

minat

dan

dorongan

profesional

bagi

memaju

dan

meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri


cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha
memajukan diri dalam profesional perguruan yang diceburi.

4. EQ dan IQ
IQ (Intellegence Qoutient)
Kapasiti umum seseorang untuk mengerjakan atau melakukan
sesuatu.
Berhubungan dengan kemahiran berfikir.
Intellegen adalah keseluruhan kemampuan individu untuk berfikir dan
bertindak secara logik, terarah.
Kesimpulan IQ:
Kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam
kehidupan manusia.
Kemampuan untuk menghasilkan persoalan-persoalan caru untuk
diselesaikan.
Kemampuan

untuk

menciptakan

sesuatu

yang

akan

memunculkan penghargaan dalam budaya seorang individu.


EQ (Emotional Qoutient)
Kemampuan untuk mengenali perasaan sendiri, perasaan orang lain,
memotivasikan diri sendiri, mengelola emosi dengan baik dan
berhubungan dengan orang lain.
Kemampuan mengerti dan mengendalikan emosi.
Kemampuan mengindra, memahami dan dengan efektif menerapkan
kekeuatan ketajaman, emosi sebagai sumber energi, informasi dan
pengaruh.
Bertanggungjawab atas harga diri, kesedaran diri, kepekaan sosial
dan adaptasi sosial.
Apek EQ ada lima:
Kemampuan mengenal diri (kesedaran diri)
Kemampuan mengelola emosi (penguasaan diri)
Kemampuan memotivasikan diri
Kemampuan mengendalikan emosi orang lain
Kemampuan berhubungan dengan orang lain (empati)

5. Minat dalam Penyelidikan


Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.
Mengubah dan menyesuaikan strategi P&P dapat menarik perhatian
murid.
Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki
kelemahan dalam P&P.

6. Menguasai Bidang IT
Mahir menggunakan elektronik seperti komputer, internet, power point
dan video dalam menyampaikan isi pelajaran.
Boleh menyelenggara konputer (jika ada).

7. Pembelajaran Berasaskan Projek


Guru yang efektif menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek
semasa P&P di dalam bilik darjah.

SOALAN:
1. Huraikan

ciri-ciri

berpengetahuan.

guru

yang

efektif

dalam

konteks

guru

yang

Anda mungkin juga menyukai