Anda di halaman 1dari 14

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

AIL3011

POLITIK MALAYSIA SELEPAS 1957

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

NAMA AIMAN NURBAYA BINTI ASRI

NO. MATRIK 17160946/1

TUTORIAL PROFESOR MADYA DR. HAMIDIN ABD HAMID

MASA 10AM HINGGA 11AM (SELASA)

NOMBOR SOALAN 23 : BINCANGKAN KEMUNCULAN DAN

SOALAN PERKEMBANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA.

1
Pengenalan

Sistem politik di Malaysia adalah merupakan salah sebuah sistem yang boleh

dikatakan sebagai suatu corak yang sangat luar biasa. Hal ini kerana saban tahun

dapat dilihat bahawa terdapatnya perubahan politik di Malaysia yang tidak dapat

diduga sendiri oleh masyarakat. Sudah menjadi norma bagi percaturan politik bahawa

jatuh bangun serta elemen kejutan itu tidak dapat dipisahkan lagi dengan sistem

politik. Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud politik adalah sangat dekat dengan

ilmu pengetahuan namun ianya bukanlah ilmu mengenai cara pemerintahan. Turut

dikenali sebagai ilmu siasah atau ilmu kenegaraan. Politik daripada segi bahasanya

adalah berasal daripada perkataan sasa, yasusu, siyasatan yang bermaksud mengurus

kepentingan seseorang. Berbicara mengenai politik, ini termasuk jugalah diskusi

mengenai kemunculan dan perkembangan bagi politik Islam di Malaysia. Politik

Islam semakin hari didapati semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di

negara ini. Pembawaan gagasan yang dipikul sejak zaman dahulu lagi membuatkan

rakyat semakin berubah arah ke dalam kancah politik Islam kerana bagi rakyat sendiri

terutamanya yang berbangsa Melayu, sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan

agama Islam itu sendiri.

Walaupun menurut beberapa sejarawan negara yang kemungkinan berpendapat

bahawa perkembangan politik Islam di Malaysia ini adalah suatu kebangkitan yang

pada awalnya sedikit goyah kerana ianya adalah khusus pada agama Islam dan ini

bermakna, ianya sedikit tersasar dalam memberikan ruang buat bangsa lain untuk

melibatkan diri dalam politik Islam. Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan

cabaran demi cabaran yang ditanggani telah membuahkan hasil yang begitu baik.

Perkara ini terbukti bahawa parti politik Islam yang terkenal di Malaysia iaitu Parti

Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali sebagai PAS berdiri teguh sehingga hari ini.

2
Sejak awal penubuhan PAS pada tahun 1951, parti ini dilihat seakan yakin untuk

membawa perjuangan Islam di tanah air ini. Hal ini terbukti dapat dilihat apabila

peningkatan ahli yang menyertai parti ini semakin meningkat saban tahun. Sehingga

kini, perjuangan yang dibawa oleh PAS masih lagi dilihat relevan dan mampu

mempunyai pengaruh yang agak hebat kerana saban tahun, nama PAS masih lagi

meniti di bibir masyarakat yang begitu minat terhadap politik negara. Menurut salah

seorang sejarawan, beliau menyifatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang

unik kerana membenarkan pergerakan parti politik seperti PAS meskipun Malaysia

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.1 Dalam masa yang sama, parti lain

yang lihat mempunyai pengaruh politik Islam adalah seperti United Malays National

Organization atau lebih dikenali sebagai UMNO pada masa kini. UMNO adalah

merupakan parti politik yang telah ditubuhkan pada 1946 telah membawa wawasan

orang Melayu apabila ianya dilihat mempunyai kepimpinan dan penguasaan golongan

elit konservatif Melayu.2

Sungguhpun berlainan parti, namun persamaan bagi kedua parti ini adalah

terpalitnya unsur-unsur Islam dalam pembawaan agenda politik mereka. Sehingga

kini, PAS dan UMNO dilihat menjadi keutamaan dalam pemilihan aliran politik

seseorang itu, ianya bukan sahaja disebabkan oleh prinsip kemelayuan tetapi turut

melibatkan unsur agama iaitu Islam. Kemunculan parti politik Islam sebegini di

Malaysia jelas menunjukkan bahawa Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara

yang telah menerima unsur Islam dan dalam masa yang sama bagaimana agama itu

telah membawa perkembangan dalam politik negara.

Perkembangan Politik Islam sangat menarik jika dilihat daripada sudut

perkaitannya adalah dua perkara berbeza, politik dan Islam. Di Malaysia, sungguhpun
1
Esposito, L. John, Islam and Democracy, New York: Oxford University Press, 1996.
2
Nurul Huda binti Shafihi, United Malays National Organization (UMNO) 1946-1957: Daripada
Penentangan Kepada Pensubahatan, Latihan Ilmiah B.A., Universiti Sains Malaysia, 2015, hlm. 5.

3
parti-parti politik dan kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam

membentuk aliran politik dalam diri seseorang, ianya tidak jauh lari daripada Islam

juga. Politik Islam dilihat lebih berwawasan dalam membentuk negara. Perkara yang

menyebabkan Islam dan politik saling bergantung juga dapat dilihat melalui dasar

kerajaan yang terbentuk, nasionalisme dan juga demokrasi.

Kemunculan dan Perkembangan Politik Islam di Malaysia.

1) Islam Menjadi Dasar Kerajaan.

Sejak bermulanya era kolonialisasi di Malaysia pada suatu ketika dahulu,

fahaman diantara politik dan Islam makin jelas kelihatan khusunya dalam kalangan

pemimpin yang dipercayai terdidik di atas doktrin politik orientalis. Malah agama

Islam pada ketika itu juga telah mula dilihat menjadi penerapan dalam dunia politik.

Menurut pendapat beberapa sejarawan, Islam dan politik dilihat seakan tidak boleh

dipisahkan, lebih-lebih lagi pada zaman selepas kemerdekaan di Tanah Melayu.

Politik dirasakan sebagai suatu transisi masyarakat di Malaysia, begitu juga Islam.

Jadi perkaitan diantara politik dan Islam ini yang menjadikan pembentukan sebuah

kerajaan yang berasaskan kepada unsur Islam. Perkara ini dapat dilihat bahawa

sesetengah parti politik yang berada di negara ini mula menggunakan ideologi ini

dalam menarik sokongan rakyat untuk terus melebarkan sayap mereka dalam bidang

politik.

Sebagai contoh, apabila tibanya pilihan raya di Malaysia, rata-rata rakyat telah

dapat meneka parti Islam akan lebih dominan di kawasan mana. Hal ini kerana ianya

telah dijadikan sebagai salah sebuah unsur bahawa agama adalah pemilihan dalam

sesebuah kelompok yang lebih menitikberatkan soal Islam. Jika ditelusuri keadaan ini,

4
ianya sangat dominan apabila perkembangan kesepaduan politik Melayu-Islam

dipengaruhi oleh perubahan tahan kerjasama anatara dua parti politik utama Melayu

di Malaysia iaitu UMNO dan PAS.3 Perkara ini sangat berkait rapat dengan

perjuangan yang dibawa kedua parti ini yang berlandaskan Islam. Suatu kajian telah

dijalankan mengenai bagaimana pemilihan parti politik itu adalah berdasarkan kepada

agama. Di sini jelas menunjukkan bahawa rakyat sentiasa memandang agama sebagai

salah sebuah faktor untuk dijadikan pilihan dalam membentuk sesebuah kerajaan. Hal

ini membuktikan bahawa, agama pada masa kini boleh menggambarkan perubahan

landskap politik di Malaysia.

Rajah 1.0: Data mengenai pemilihan parti politk berdasarkan agama.

Sumber: Diolah daripada Kertas Persidangan Pengaruh Agama Terhadap Identiti


Politik: Kajian Kes Belia di Malaysia.

Berdasarkan rajah diatas, dapat dilihat bahawa jumlah sebanyak 78.3%

daripada 100% jumlah responden telah memilih parti politik yang mempunyai

unsur agama yang dipegang oleh seseorang itu. Dalam pada itu, Islam dapat

dilihat sebagai asas pembentukan kerajaan adalah apabila di dalam Perlembagaan,

termaktubnya agama Islam sebagai agama yang rasmi di negara ini dalam Artikel

3 (1). Jadi ianya terbukti bahawa Islam sangat mempengaruhi kerajaan.

Sungguhpun negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan

3
Mohd Azmir Mohd Nizah, Dinamika Kesepaduan Politik Melayu-Islam: Analisis Hubungan Umno-
PAS 2010-2015, Kertas Persidangan, Universiti Sains Islam Malaysia, 2019, hlm. 487.

5
pelbagai agama, namun Islam tetap dianggap sebagai agama yang bersifat

kolektif. Sultan juga dianggap sebagai ketua negara dan kekuasaan utamanya

adalah dengan memelihara agama Islam. Sehinggakan pelaksanaan

undang-undang untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan Islam juga telah

termaktub di dalam Perlembagaan.4

2) Islam Membentuk Nasionalisme Melayu.

Islam dan nasionalisme mempunyai hubungan yang positif.5 Dapat dilihat

bahawa, ideologi pada masa kini yang rata-ratanya dapat dilihat adalah apabila

Melayu mereka adalah Islam. Perkara ini mungkin masih menjadi perdebatan

sesetengah pihak yang menyokong dan menyangkal pernyataan ini. Sebagai contoh,

di dalam Perlembagaan negara ini juga dapat disoroti bahawa muslim adalah lambang

kepada kemelayuan. Tambahan pula, apabila dapat diperhatikan keadaan di Malaysia,

kebanyakan masyarakat Melayu masih mengamalkan tata cara Islam malah Islam

dianggap sebagai suatu yang aspek yang begitu dominan apabila ianya dilihat telah

membentuk dengan tepat di dalam arena politik. Tidak dapat dinafikan bahawa

perbezaan pendekatan dan agama boleh dilihat apabila timbul konflik-konflik kecil di

antara golongan nasionalis dan islamis. Namun, ianya dilihat jarang berlaku dalam

kalangan masyarakat kerana gerakan islamis terbesar di Malaysia iaitu PAS

berpendapat bahawa PAS masih menerima unsur nasionalisme kerana Melayu

dianggap tidak boleh dipisahkan dengan Islam.6 Dalam masa yang sama,

nasionalisme Melayu juga dianggap sebagai sesuatu yang didasari melalui Islam.

Menurut Huntington (1997), beliau menyatakan bahawa agama adalah merupakan

4
Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Bidang Kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 103.
5
Azman, Nasionalisme dalam Islam, al-Daulah, Jil. 6, Bil. 2, Disember 2017, hlm. 270.
6
Mohd Izani Mohd Zain dan Hussain Mohamed, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Di
Malaysia dan Indonesi, Jati, Bil. 10, hlm. 16.

6
asas kepada pembentukan sesebuah peradaban. Hal ini jelas dapat diperhatikan di

negara ini melalui pembentukan Islam terhadap Melayu. Persaingan politik yang

dilabel sebagai politik kaum dan agama dilihat sebagai faktor penting yang

mencerminkan ideologi nasionalisme setiap kaum.7 Seolah nasionalisme itu akan

wujud hasil daripada pegangan agama sesebuah kaum itu, kaum melayu umpamanya,

Disebabkan ini juga, kemunculan parti politik yang dilihat sangat berkait rapat

dengan Islam adalah seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan juga United Malays

National Organization (UMNO), PAS terutamanya dijadikan contoh dalam

perjuangan politik yang membawa ideologi Islam di dalamnya. Sungguhpun

perbezaan antara PAS dan UMNO daripada segi pembawaan dan penerapan Islamnya,

namun ianya dapat dinilai dengan jelas melalui kempen dan strategi politik yang

dijalankan. Ianya adalah sama sebagaimana yang dibawa dan dilaungkan oleh PAS

dalam setiap tindak-tanduk politiknya. Islam dijadikan sebagai wawasan untuk

menyatukan kaum Melayu di Malaysia selaras dengan pembentukan nasionalisme

Melayu. Malah, nasionalisme Melayu juga turut digambarkan memegang Islam yang

dianggap istimewa kerana terbentuknya nasionalisme secara sendirinya apabila

kelihatan Islam dalam kaum tersebut.

Nasionalisme Melayu melalui Islam ini sehingga kini masih kelihatan malah

ianya juga dikaitkan dengan agenda parti politik yang akhirnya bergabung. Sebagai

contoh, pengumuman yang dibuat oleh parti UMNO dan PAS mengenai gabungan

kedua parti tersebut, kelihatan daripada sudut positifnya bahawa ianya mempunyai

perkaitan yang sangat rapat mengenai perjuangan nasionalisme Melayu melalui

penerapan Islam. UMNO yang sering memperjuangkan nasionalisme Melayu

bergabung bersama PAS yang mempunyai perikatan Islam yang amat kuat dalam

7
Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Majibu Abd Muis dan Zalina Hj. Hussin, Sejauhmana Peranan
Agama dalam Politik Malaysia, Seminar On National Resilience, hlm. 397.

7
parti tersebut setelah sekian lama. Kaum Melayu dilihat masih dilekatkan dengan

peranan agama Islam dalam pembentukan nasionalisme apabila dapat dilihat

negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai jumlah peratusan Melayu yang ramai dan

dalam masa yang sama menyatakan sokongan penuh ke atas parti politik yang

mendukung Islam sebagai asas perpaduan.

Sebagai contoh dapat dilihat di Kelantan dan juga Terengganu, kebanyakan

peristiwa daripada pilihan raya yang berlangsung adalah bukti bahawa PAS telah

dianggap sebagai parti yang menjadi pilihan kaum Melayu di negeri tersebut.

Tambahan pula, nasionalisme dalam kalangan Melayu di negeri tersebut juga dilihat

mencapai suatu tahap yang kekal dalam pemilihan agama sebagai faktor untuk

memimpin. Maka, Islam boleh dianggap sebagai sebuah perkara yang dapat memberi

pengaruh yang besar dalam aliran politik di Malaysia, terutamanya dalam kalangan

Melayu.

3) Islam dan Demokrasi di Malaysia.

Islam juga dikatakan semakin menguasai politik di Malaysia. Seringkali dapat

dilihat bahawa agenda Islam merupakan asas kepada strategi politik dalam sesebuah

parti itu untuk mendapatkan sokongan terus masyarakat di negara ini terutamanya

kaum Melayu yang sangat berkait rapat dengan Islam. Dasawarsa ini, demokrasi dan

Islam dilihat semakin berkait rapat antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, demokrasi di sini boleh didefinisikan sebagai pemerintahan oleh

rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya.8 Negara Malaysia sejak daripada

zaman dahulu lagi, demokrasi dianggap sebagai suatu peluang untuk rakyat dalam

menentukan pemimpin yang ingin mereka lihat untuk mengatur tanggungjawab

8
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=demokrasi, (tarikh diakses pada 16 Jun 2020)

8
terhadap negara. Dalam konteks Malaysia, hubungan Islam dan demokrasi sungguh

unik. Selain daripada tak pernah ketinggalan mengadakan pilihan raya umum empat

atau lima tahun sekali sejak tahun 1955, proses demokrasi melalui pilihan raya itu

memberikan peluang yang sebaiknya kepada semua pihak termasuk Parti Islam

Se-Malaysia (PAS).9 Terdapat sesetengah pemimpin yang menyifatkan bahawa

demokrasi dalam Islam tidak seharusnya dipentingkan dengan sikap semberono

sahaja, malah elemen-elemen seperti keadilan, syura adalah yang seharusnya

diberikan tanda pelengkap dalam politik Islam. Namun begitu, demokrasi adalah satu

kaedah dan metodologi serta ianya bukan suatu akidah yang bertentangan dengan

Islam. Demokrasi adalah sebuah bentuk dalam proses yang mempraktikkan

perlembagaan dan kaedah untuk membuat keputusan.10

Proses demokrasi di Malaysia, iaitu melalui pilihan raya dapat memperlihatkan

bahawa wujudnya beberapa pertembungan aliran atau fahaman dalam kalangan

masyarakat yang beragama Islam di negara ini. Antara istilah yang sangat sinonim

dalam kalangan masyarakat adalah kumpulan islamis dan nasionalis. Bentuk

pemikiran yang dibawa adalah sama iaitu ideologi politik Islam. Dalam masa yang

sama, dapat dilihat contoh sebuah parti di Malaysia iaitu Parti Keadilan Nasional

(KeADILan) apabila hanya mampu memperoleh hanya lima buah kerusi parlimen

sahaja.11 Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor rakyat Malaysia yang masih

tidak lagi yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh parti tersebut. Ini kerana

perjuangan KeADILan yang merupakan sebuah parti yang berbilang kaum namun

tidak berteraskan agama mahupun sesebuah kaum yang tertentu. Keadaan ini amat

9
Mohd Izani Mohd Zain dan Hussain Mohamed, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Di
Malaysia dan Indonesi, Jati, Bil. 10, hlm. 15.
10
Mohd Rumaizuddin Ghazali, Pengamalan Demokrasi di Dunia Islam Menurut Perspektif Islam,
Journal al- ‘Abqari, Jil. 10, 2017, hlm. 21.
11
Mohd Izani Mohd Zain dan Hussain Mohamed, Islam dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Di
Malaysia dan Indonesi, Jati, Bil. 10, hlm. 16.

9
berbeza dengan parti-parti politik yang lebih memperjuangkan keagamaan dan kaum

sebagai contoh PAS, UMNO, MCA dan MIC yang mewakili kepentingan agama dan

fokus kepada sesebuah kaum seperti Melayu, Cina dan India.12

Daripada sini, Malaysia yang majoritinya kaum Melayu atau Bumiputera,

sememangnya terdiri daripada dalam kalangan mereka yang beragama Islam.

Berkemungkinan besar, dalam soal politik, untuk menentukan siapa pemimpin yang

layak memegang pemerintahan itu, sudah pastinya soal agama adalah merupakan

faktor yang dititikberatkan. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan

Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Maka, rakyat merasakan bahawa

untuk mengekalkan perkara ini, pemerintah sendiri haruslah bercirikan mereka yang

beragama Islam. Berbicara soal politik, ianya sudah tidak lari lagi daripada aspek

agama Islam. Bahkan, ianya umpama sudah menjadi salah satu pendukung buat

fahaman politik Malaysia. Parti- parti politik yang selama ini berteraskan Islam adalah

UMNO dan PAS sebagai contohnya. UMNO sendiri boleh dilihat sebagai parti yang

menerima jumlah penyokong yang begitu besar. Hal ini dapat dilihat bahawa UMNO

sangat mudah untuk mendapat majoriti. Ianya bukan sahaja soal manifesto atau

kepentingan rakyat, namun Islam dapat dilihat sebagai suatu aspek yang utama juga.

Sehingga kini, dapat dilihat bahawa UMNO sering mendapat tempat dalam

kalangan rakyat, bahkan ianya seperti sudah menjadi seakan tradisi bahawa UMNO

mudah mendapat tempat dalam kalangan rakyat di negara ini. Perkara ini dapat

dibuktikan bahawa sebelum PRU 14, selama 60 tahun UMNO telah dipilih melalui

sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Masakan tidak, setiap kali

Perhimpunan Agung UMNO dijalankan sahaja, rata-rata pemimpin mengenakan

pakaian yang sudah cukup melambangkan ciri Islam tersebut. Pemimpin politik lelaki

12
Ibid, hlm. 16.

10
mengenakan baju Melayu lengkap bersongkok dan sampin, manakala wanita berbaju

kurung ditambah pula dengan bertudung sopan. Perkara ini mungkin dilihat begitu

kecil atau sesetengah individu mungkin menganggap ianya sebagai perkara yang

remeh. Namun tidak bagi parti politik UMNO.

Pemakaian dan cara menonjolkan diri terutamanya dalam acara-acaran besar yang

sering mendapat perhatian rakyat, imej Islam yang dipaparkan adalah begitu penting

sekali. Hal ini kerana, ianya akan jelas mendapat perhatian rakyat yang

berkemungkinan besar dapat mempengaruhi pandangan rakyat sendiri. Sebagai

contoh, bukanlah televisyen atau video di Youtube dan tunjukkan perhimpunan agung

ini kepada mana-mana orang asing Barat sekalipun, pandangan mereka terhadap

orang lelaki yang bersongkok dan wanita yang bertudung adalah yang beragama

Islam, dan juga Melayu.

Pada zaman ini, kebanyakan sejarawan yang rata-ratanya daripada dunia barat

melihat, islam dan demokrasi tidak akan dapat dijalin. Hal ini kerana, Islam adalah

sangat berbeza dengan demokrasi. Kebanyakan daripada mereka merasakan bahawa

Islam cenderung dalam melakukan penolakan istilah dan penerapan demokrasi itu

sendiri. Malahan, sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini tidak sesekali

diberi kebenaran untuk menolak sistem raja berperlembagaan. Sistem raja

berperlembagaan pula sangat berkait rapat dengan memelihara agama Islam sebagai

agama rasmi negara. Jelas di sini bahawa perkaitan antara Islam dan demokrasi adalah

sangat berkaitan. Usul yang diketengahkan seperti pendapat-pendapat sejarawan Barat

boleh disangkal kerana pendapat mereka yang menyatakan bahawa Islam dan

demokrasi adalah berbeza dan tidak akan bersatu. Malaysia sendiri sejak dahulu lagi

telah menunjukkan perkara ini. Sebarang penafian daripada pihak luar boleh

dikategorikan sebagai pendapat masing-masing yang tidak jelas.

11
Kesimpulan

Kemunculan dan perkembangan politik Islam di Malaysia selepas tahun 1957

iaitu kemerdekaan negara, ianya dilihat mampu untuk membentuk sesebuah politik

melalui peranan yang dibawa oleh parti-parti politik itu sendiri. Sehingga kini

fahaman yang diperkenalkan oleh parti menjadi suatu yang utama dalam

mempengaruhi masyarakat di Malaysia. Parti politik seperti PAS dan UMNO

umpamanya, dilihat mampu meraih sokongan daripada rakyat sehingga ke hari ini

tanpa henti. Ianya adalah kerana, masyarakat di Malaysia ini didapati lebih memilih

pembawaan soal agama dan kaum yang diperjuangkan oleh sesebuah parti tersebut.

Dalam pada itu, politik yang terpalit bersama dengan Islam merupakan sesuatu

yang diyakini dapat membentuk dasar kerajaan. Hal ini kerana, perkara yang paling

utama dalam negara ini sendiri adalah Islam sebagai agama rasmi. Maka, ianya boleh

dianggap sebagai suatu unsur yang cukup besar. Apabila munculnya Pilihan raya

Umum seumpamanya, kerajaan yang paling diutamakan dalam pilihan raya yang

harus memegang tampuk kepimpinan adalah Melayu. Apabila Melayu automatik

Islam menjadi dasarnya. Maka tidak hairanlah sehingga kini, yang menjadi pemimpin

negara juga adalah mereka yang berasal daripada kaum Melayu dan beragama Islam.

Seterusnya, Islam juga dilihat mampu membentuk nasionalisme Melayu di

Malaysia. Sekali lagi, peranan parti-parti yang berasaskan kepada tunjang utama yang

dibawa olehnya adalah Islam dan Melayu. PAS dan UMNO sebagai contohnya dilihat

membawa perjuangan nasionalisme dan Melayu. Perkara ini sahaja telah mampu

menarik perhatian kaum Melayu dan mereka yang beragama Islam. Perjuangan

seperti ini yang dipercayai mampu membentuk nasionalisme Melayu di tanah air ini.

Tambahan pula, Islam juga turut dianggap sebagai lambang demokrasi di Malaysia.

Pemimpin kebiasaannya akan nilai berdasarkan latar belakang agamanya dan

12
datangnya daripada kaum yang mana. Di samping itu, amalan demokrasi juga telah

menjadi sebahagian daripada amalan politik Malaysia yang begitu lama hidupnya.

Maka, dapat disimpulkan di sini bahawa amalan demokrasi dan Islam sememangnya

suatu perkara yang sangat berkait rapat. Islam juga turut dilihat sebagai yang

membentuk nasionalisme dalam kalangan Melayu. Hal ini kerana, kesepaduan antara

kaum Melayu sejak selepas merdeka lagi dapat dilihat terlahirnya nasionalisme.

Sungguhpun begitu, kebanyakan pendapat juga turut melihat bahawa Islam dan

politik tidak boleh bersatu. Apatah lagi yang berkaitan dengan demokrasi,

nasionalisme dan Islam yang membentuk dasar kerajaan. Terdapat juga pendapat

yang menyatakan Islam dilihat berada di tempat salah dan keindahannya mula

diragui.13 Ini seterusnya membawa kepada salah faham ke atas falsafah politik Islam

yang dilihat tidak sesuai dan mampu untuk menyaingi politik moden.14 Sungguhpun

pandangan-pandangan seperti ini wujud, namun ianya tidak dapat dinafikan bahawa

Islam telah memberntuk politik di negara ini. Perkembangan politik Islam di Malaysia

turut menjadi sebagai asas dalam amalan demokrasi dan juga nasionalisme negara

terutamanya bagi kaum Melayu.

13
Mohd Zaidi A. Rahman, Falsafah Politik Islam Satu Tawaran Islam untuk Kelestrian Ummat Abad
ke-21, https://www.researchgate.net/publication/323771448 (tarikh diakses pada 16 Jun 2020)
14
Ibid.

13
Bibliografi

Azman, Nasionalisme dalam Islam, al- Daulah, Jil. 6, Bil. 2, Disember 2017.

Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, Mujibu Abd Muis dan Zalina Hj. Hussin,

Sejauhmana Peranan Agama dalam Politik Malaysia, Seminar National

Resillience.

Esposito, L. John, Islam and Democracy, New York: Oxford University Press, 1996.

Huntington, S.P., The Third Wave: Democratisation in The Last Twentieth

Century, New York, 1997.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Bidang Kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Mohd Azmir Mohd Nizah, Dinamika Kesepaduan Politik Melayu- Islam: Analisis

Hubungan Umno- PAS 2010-2015, Kertas Persidangan, Universiti Sains

Malaysia, 2019.

Mohd Izani Mohd Zain dan Hussain Mohamed, Islam dan Demokrasi: Cabaran

Politik Muslim di Malaysia dan Indonesia, Jati, Bil. 10, Disember 2005.

Mohd Rumaizuddin Ghazali, Pengamalan Demokrasi di Dunia Islam Menurut

Perspektif Islam, Journal al-’Abqari, Jil. 10, 2017.

Mohd Zaidi A. Rahman, Falsafah Politik Islam Satu Tawaran Islam Untuk Kelestrian

Ummat Abad Ke-21, Kertas Persidangan, 2018.

Nurul Huda binti Shafini, United Malays National Organization (UMNO) 1946-1957:

Daripada Penentangan Kepada Persubahatan, Latihan Ilmiah B. A., Universiti

Sains Malaysia, 2015.

14

Anda mungkin juga menyukai