Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN

Semasa penaklukan dan penjajahan pihak British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu

di Tanah Melayu sekitar tahun 1896 yang telah menggabungkan negeri-negeri seperti Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang, telah menampakkan bahawa usaha British dalam

campur tangan ke atas pentadbiran di Tanah Melayu. Namun begitu, lain pula kisahnya buat

negeri Johor yang pada ketika itu dikatakan adalah sebuah negeri yang bebas daripada campur

tangan kuasa asing yakni termasuklah pihak British sendiri. Perkara ini terbukti apabila Johor

mempamerkan tokoh dan pemimpin yang sangat berwibawa dan berketerampilan tinggi dalam

mengadakan apa yang dikenali sebagai usaha “Pembaratan Johor”. Johor dikatakan juga

memiliki corak pentadbiran yang sinonim dengan kerajaan Melaka kerana berada di bawah

pengasasan yang berasal daripada pemerintah Melaka. Namun begitu pada tahun 1806, telah

bermulanya era pentadbiran di bawah dinasti Temenggong yang dimulakan oleh Temenggong

Daeng Ibrahim. Selepas kemangkatan beliau, telah adapun anakandanya yang menaiki takhta

iaitu Sultan Abu Bakar yang telah dimakhkotakan pada tahun 1833 yang kemudiannya diganti

dengan Sultan Ibrahim (1873-1959), seterusnya Sultan Ismail (1959-1981), Sultan

Iskandar (1981-2010), dan akhir sekali Sultan Ibrahim (2010- kini)1.

Namun begitu, usaha dalam menghindari campur tangan British dalam pentadbiran Johor

telah dimulakan semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar yang dilihat telah berjaya membawa

Johor kearah kemajuan di samping lambat menerima residen British. Baginda juga dikatakan

telah mengambil langkah yang sangat bijak dengan cara mengadakan hubungan dengan pihak

Pusat Tanah Jajahan di London. Ini kerana baginda sedar bahawa London adalah merupakan

punca kuasa bagi pihak Britain yang utama. Maka dengan itu, baginda menganggap bahawa

dengan mengadakan hubungan dengan Pusat Tanah Jajahan di London akan dapat

1
Sejarah Kesultanan Johor, https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/ (tarikh
diakses pada 13 Mei 2019)

1
membuntukan pihak British yang berusaha dalam menempatkan residen mereka di Johor pada

suatu ketika dahulu.

Hatta, menurut pendapat ramai sejarawan, Johor adalah sebuah negeri yang tidak ditakluk

dari segi teorinya, tapi dari segi praktikalnya, pada tahun 1914 telah secara rasminya British

menakluk kerajaan Johor iaitu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim.2 Pada asalnya, semasa

pemerintahan Sultan Abu Bakar, baginda dikatakan mempunyai hubungan yang baik bersama

dengan Queen Victoria di London yang telah menyebabkan baginda sangat disegani oleh pihak

British di Tanah Melayu. Kebijaksanaan baginda juga dapat dilihat apabila baginda telah

mengambil kakitangan dalam kalangan pihak British untuk berkhidmat dalam pentadbiran

Johor.

Pada tahun 1885, suatu perjanjian persahabatan telah ditandatangani antara wakil Johor

iaitu Sultan Abu Bakar sendiri bersama dengan Setiausaha Tanah Jajahan di London. Selain

memperlihatkan bahawa Johor telah diletakkan di bawah British melalui perjanjian ini, Sultan

Abu Bakar dan pewarisnya juga telah memperoleh gelaran Sultan melalui Perjanjian 1885

tersebut. Perkara yang penting yang telah dipaparkan dalam perjanjian ini juga ialah melalui

Artikel 3 dimana British dibolehkan meletakkan pegawai mereka untuk ditempatkan di Johor.

Namun begitu, pegawai British ini hanyalah bertaraf sebagai seorang kaunselor sahaja

bukanlah taraf sebagai residen seperti di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang

mempunyai kuasa yang tetap. Tugas pegawai British ini hanya sebagai pemerhati sahaja

dimana beliau ini tidak boleh menasihat dan memerintah di Johor.

Walaubagaimanapun, sehebat mana tampuk pemerintahan seseorang pemerintah itu, sudah

pasti ada kelemahannya. Buktinya adalah pada tahun 1914 adalah merupakan kemuncak

kepada strategi pihak British untuk menguasai Johor yang selama ini menjadi impian besar

2
M.A Fawzi Basri, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1978, hlm 215

2
mereka untuk menakluk kerajaan Johor. Arthur Young adalah merupakan individu yang sangat

memainkan peranan besar dalam termeterainya Perjanjian British-Johor 1914 tersebut dengan

memaksa Sultan Johor untuk meminda Perjanjian 1885 yang telah ditandatangani antara Sultan

Abu Bakar dengan pihak British di London.

2.0 Langkah British Menuju Perjanjian 1914

Walaupun Perjanjian 1914 adalah merupakan suatu langkah yang telah memaksa Sultan

Ibrahim untuk berundur diri dan meletakkan kuasa ke atas Penasihat Am yang kuasanya seakan

kepada residen British yang berada di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), namun dapat

dilihat sebenarnya bahawa perkara ini telah secara perlahan dirancang oleh pihak British

sendiri. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak British yang akhirnya membuahkan

hasil dengan termeterainya Perjanjian 1914 ini. Antara usaha pihak British adalah dengan cara

mencari alasan bahawa sikap Sultan Ibrahim sendiri yang memberikan ruang kepada mereka

untuk campur tangan dalam pentadbiran Johor. Selain itu, pemecatan Dato’ Seri Amar Diraja

Abdul Rahman bin Andak turut menjadi punca utama British menuju ke arah Perjanjian 1914,

disamping krisis kewangan yang dialami oleh Johor, pemansuhan Lembaga Jemaah Penasihat

Johor dan usaha Arthur Anderson dan D.G Campbell untuk mendapatkan Johor.

i) Sikap Sultan Ibrahim memberi ruang pada British untuk campur tangan di

Johor.

Sultan Ibrahim adalah seorang Sultan yang sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat

degil dan seorang sultan yang sangat suka melancong ke luar negara tanpa mengendalikan

kerajaannya dengan baik. Malah, dengan kata lainnya, baginda diberi golokan gelaran sebagai

sultan yang boros. Disebabkan sikap Sultan Ibrahim inilah yang telah membuatkan pihak

British tidak menyukai baginda mentadbir Johor dengan sesuka hati baginda. Selain itu,

3
terdapat juga rakyat yang telah menyatakan perkara yang sama, oleh itu perkara ini tidak hanya

datang daripada pihak British namun daripada rakyat baginda sendiri.

Terdapat aduan-aduan daripada rakyat Johor dan juga Singapura yang telah diterima oleh

pihak British di London tentang sikap Sultan Ibrahim ini sekitar tahun 1898. Antara aduan

tersebut adalah dengan memaklumkan bahawa Sultan Ibrahim adalah merupakan seorang yang

suka memerintah dengan sesuka hati baginda yang telah menyebabkan rakyat Johor dan

Singapura tidak berpuas hati terhadap baginda. Contoh lain juga ada menyatakan bahawa

baginda telah melakukan penindasan ke atas rakyat yang berbangsa Cina di Johor. Dengan

terbuktinya aduan-aduan daripada segelintir pihak ini, mereka telah memaksa pihak British

untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Johor.3 Dapat dilihat disini bahawa rakyat

sendiri telah meyakinkan pihak British untuk mentadbir Johor disebabkan sikap sultan yang

endah tidak endah dalam mentadbir kerajaan.

Selain itu, Sultan Ibrahim ini juga sangat terkenal dengan kedegilan baginda menurut pihak

British. Sebagai contoh, segala nasihat yang telah diberikan oleh Gabenor British di Singapura

langsung tidak diambil tindakan oleh Sultan Ibrahim malah baginda mengambil keputusan

untuk menuruti segala nasihat daripada Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak yang

merupakan setiausaha kerajaan Johor pada ketika itu.4 Perkara ini telah menimbulkan

ketidakpuasan hati British kepada Sultan Ibrahim yang memaparkan sikap baginda yang

sedemikian.

Sebagai contoh, semasa Frank Sweetanham mencadangkan pembinaan jalan keretapi yang

menghubungkan antara sempadan Negeri Sembilan menerusi Johor iaitu dari Gemas ke

Singapura melalui kerajaan Johor kerana menurut Frank Sweetanham, pembinaan jalan

3
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm 296
4
Nesamalar Nadarajah Nee Ramanathan, Johore and the Origins of British Control 1895-1914,
Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 2000, hlm 99

4
keretapi ini adalah merupakan suatu projek besar daripada pihak British yang bukan sahaja

memerlukan mereka membina jalan keretapi daripada NNMB namun di Johor juga adalah

suatu kepentingan yang sangat besar kepada pihak British. Oleh itu, Frank Sweetanham telah

mengambil langkah dengan meminta persetujuan daripada Sultan Ibrahim untuk membina

jalan keretapi yang menghubungkan Gemas ke Singapura dan ingin dimulai pada tahun 1902.

Namun begitu, baginda sangat tidak bersetuju lebih-lebih lagi apabila pihak British

mencadangkan bahawa pembinaan jalan keretapi ini adalah boleh dengan medahulukan wang

daripada NNMB. Perkara ini telah menimbulkan perasaan ragu-ragu daripada baginda dan juga

Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak pada ketika itu. Mereka berpendapat bahawa

dengan menerima bantuan kewangan daripada NNMB tersebut akan membahayakan

kemerdekaan kerajaan Johor. Disebabkan itu, baginda telah mengambil keputusan untuk tidak

menerima cadangan Sweetanham itu dengan serta merta dan keputusan baginda itu telah

dimaklumkan kepada pihak Jemaah Penasihat Johor di London.5 Melalui kata putus daripada

sultan ini, maka pembinaan jalan keretapi ini telah ditangguhkan sehingga tahun 1904 dan siap

dibina juga pada tahun 1909.

Seterusnya, sikap Sultan Ibrahim sebagai pemerintah juga sangat mengusarkan pihak

British kerana baginda sangat terkenal sebagai seorang sultan yang gemar melancong ke benua

Eropah semasa baginda memegang tampuk pemerintahan kerajaan Johor. Contohnya, semasa

tahun 1902, Sir Cecil Smith sangat terkejut mendengar berita mengenai kedatangan sultan

Johor ke London buat kesekian kalinya dalam setahun. Semasa kemangkatan Ratu Victoria,

Sultan Ibrahim dikhabarkan telah pun ke London untuk menghadiri kemangkatan Ratu Victoria

tersebut kemudian baginda telah pulang ke Johor. Namun begitu, baginda didapati pergi semula

ke Britain. Pada tahun yang sama, baginda telah berangkat ke England pula walaupun didapati

5
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm 297-298

5
baru sahaja ke tanah Britain itu.6 Walhal pada ketika itu, kedudukan negeri Johor masih dalam

keadaan yang tidak baik, dan disebabkan sikap baginda ini, British merasakan bahawa mereka

seharusnya menakluki Johor.

ii) Pemecatan Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak.

Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak adalah merupakan setiausaha kerajaan

Johor yang sangat berpengalaman dalam menasihati sultan sejak zaman pemerintahan Sultan

Abu Bakar. Beliau sangat dikenali sebagai seorang yang sangat karib bersama dengan sultan

Johor. Namun begitu, dengan kewujudan Abdul Rahman Andak yang mendampingi sultan,

dikatakan telah menyukarkan keadaan British dalam langkah mereka untuk menakluk kerajaan

Johor kerana Abdul Rahman Andak yang sangat berkebolehan dan kepintarannya.7 Peranan

Abdul Rahman Andak dapat dilihat apabila beliau sangat memainkan peranan dalam

menasihati Sultan Ibrahim semasa pihak British mencadangkan pembinaan jalan keretapi di

sempadan Johor.

Disebabkan isu tidak menerima cadangan pembinaan keretapi antara Gemas hingga ke

Singapura ini, pihak British telah berpendapat bahawa Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman

bin Andak adalah seorang yang sangat berakal tinggi yang telah menasihati sultan supaya

menolak cadangan Frank Sweetanham tersebut. Sultan Ibrahim juga dikatakan telah

menyerahkan segala urusan mengenai hubungan dengan kerajaan British kepada Abdul

Rahman Andak yang telah menyulitkan lagi usaha British untuk menguasai Johor kerana

mereka tidak menyukai Abdul Rahman Andak.

6
Ibid, hlm 300
7
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 80

6
Frank Sweetanham juga berpendapat bahawa apabila Sultan Ibrahim tidak berada di Johor,

Abdul Rahman Andak adalah individu yang telah dipertanggungjawabkan oleh baginda dalam

menguruskan pemerintahan di negeri tersebut. Selain itu, Sir Robert Herbert iaitu pengerusi

Jemaah Penasihat Johor menyatakan bahawa sultan adalah seorang yang “takut” kepada Abdul

Rahman Andak kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab juga dalam merancang

undang-undang di Johor.8 Dalam masa yang sama, semasa British mengutarakan suatu

perjanjian yang menampakkan bahawa ianya akan menguntungkan pihak British, Sultan

Ibrahim dan Abdul Rahman Andak pula telah mengemukakan cadangan yang lain juga yang

telah memperlihatkan akan menguntungkan mereka berdua. Disebabkan ini, pihak Jemaah

Penasihat Johor di London telah mengutarakan cadangan lain bagi memberi adil kepada kedua-

dua pihak dan untuk mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan.

Sikap Abdul Rahman bin Andak yang bijaksana ini telah membuatkan pihak British

merasakan bahawa beliau akan mengganggu dan menjadi penghalang kepada pihak British

untuk menakluki Johor. Langkah Abdul Rahman Andak yang sangat membuatkan pihak

British marah kepada beliau adalah apabila beliau mencadangkan kepada British bahawa

projek pembinaan jalan keretapi tersebut diserahkan kepada kepada sebuah syarikat jurutera

yang berada di luar London iaitu daripada Jerman dan Belanda. Perkara ini telah melanggar

perkara yang telah termaktub di dalam Perjanjian 1885 di mana perjanjian itu mengatakan

bahawa tidak boleh ada sebarang campur tangan daripada pihak luar dalam kerajaan Johor.

Akhirnya, perkara ini telah menyebabkan Abdul Rahman Andak dibersarakan secara kehormat

pada April 1907 serta dibuang negeri ke London supaya berada lebih jauh daripada Sultan

Ibrahim dan turut diberikan pencen setiap bulan sebanyak 1,000 Pound Sterling oleh British.9

8
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm 298
9
Nesamalar Nadarajah Nee Ramanathan, Johore and the Origins of British Control 1895-1914,
Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 2000, hlm 130

7
iii) Krisis Kewangan di Johor.

British juga dikatakan mempunyai ruang yang sangat terbuka untuk masuk campur dalam

pentadbiran kerajaan Johor disebabkan Johor pada ketika ini dilanda masalah krisis kewangan

yang sangat teruk ekoran daripada tinggalan pemerintahan Sultan Abu Bakar. Pada permulaan

pemerintahan Sultan Ibrahim dikatakan juga bahawa perbendaharaan Johor hampir tiada wang

serta bebanan hutang yang terpaksa ditanggung daripada pemerintahan Sultan Abu Bakar

terdahulu.10 Disebabkan hal ini, Sultan Ibrahim berasa sangat bimbang akan keadaan Johor.

Oleh itu, baginda telah mengambil langkah dengan menjalankan aturan yang agak keras

mengenai pembayaran wang hasil kerajaan, dan penggunaan wang tersebut telah disekat oleh

baginda dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana pegawai disebabkan keinginan baginda

untuk menstabilkan semula kewangan kerajaan Johor. Namun begitu, usaha yang sedikit yang

telah dilakukan oleh baginda ini tidak cukup untuk menutupi kesalahan baginda sendiri yang

mana dalam masa yang sama telah menyebabkan kewangan Johor merosot. Oleh itu, British

sendiri telah mengambil keputusan untuk campur tangan bagi membaiki keadaan ini.

Pada sekitar bulan Ogos 1896, Sir Robert Herbert telah membuat rayuan kepada Setiausaha

Tanah Jajahan di London supaya mengaturkan suatu peraturan mendahulukan wang kepada

kerajaan Johor sebanyak $150,000 hingga $200,000 untuk kerajaan Johor menjelaskan hutang-

hutang yang masih tidak selesai. Namun begitu, usaha Robert Herbert didapati tidak diterima

oleh pihak British malah tidak dipersetujui oleh Sultan Ibrahim sendiri.

iv) Pemansuhan Lembaga Jemaah Penasihat Johor.

Dengan adanya Lembaga Jemaah Penasihat Johor ini, British merasakan bahawa mereka

tidak dapat untuk teruskan campur tangan ke atas Johor kerana semua urusan dan hubungan

10
Mohd. Sarim Haji. Mustajab, Malay Elite Participation in the Johor Civil Service: Its Origins and Development
until the 1930’s, Jebat, No.21, Bil 67-82, 1993, hlm 68

8
luar kerajaan Johor adalah diuruskan oleh Lembaga Jemaah Penasihat ini. Pada tahun 1905,

dalam suatu perjumpaan di London, Alfred Lyttelton iaitu pegawai tinggi dari Pejabat Tanah

Jajahan di London telah memberitahu kepada Sultan Ibrahim bahawa Lembaga Jemaah

Penasihat Johor sudah tidak mempunyai faedah dan tiada gunanya lagi untuk diteruskan.

Peluang untuk British untuk memasuki pentadbiran Johor semakin besar apabila terdapat

ahli-ahli badan ini meletakkan jawatan pada tahun 1905 kerana membantah terhadap jumlah

belanjawan yang telah dikurangkan oleh Sultan Ibrahim. London juga tidak lagi memperakui

ahli-ahi baru badan ini dan seterusnya tidak lagi mengiktiraf Lembaga Jemaah Penasihat Johor

sekaligus telah membubarkan Lembaga Jemaah Penasihat Johor tersebut pada tahun 1907.11

Perkara ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim kehilangan sumber kekuatan dan bantuan

terpenting baginda kerana Lembaga Jemaah Penasihat Johor ini memainkan peranan yang

sangat penting dalam membangunkan kerajaan Johor. Setelah pemansuhan Lembaga Jemaah

Penasihat Johor ini, peluang British dalam menguasai Johor semakin kuat kerana mereka dapat

memasuki pentadbiran Johor dengan cara perlahan-lahan dengan menekan sultan untuk

menyerahkan dan melepaskan kesemua sumber kuasa baginda.

v) Usaha Arthur Anderson dan D.G Campbell untuk mendapatkan Johor.

Keadaan ekonomi di Johor semakin berada dalam keadaan yang sangat pincang dimana

telah menyebabkan timbul kegusaran kepada Sultan Ibrahim. Setelah kehilangan dua sumber

kekuatan baginda iaitu pemansuhan Lembaga Jemaah Penasihat Johor serta pemecatan Abdul

Rahman Andak menyebabkan baginda menjadi buntu dalam mentadbir Johor. Selaras dengan

itu, suatu permintaan rasmi pada Oktober 1909 yang telah memperlihatkan baginda mengutus

surat kepada Gabenor Sir John Anderson untuk mendapatkan seorang penasihat British bagi

membantu baginda dalam menguruskan hal ehwal kewangan di Johor. Pegawai yang akan

11
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 79

9
berada di bawah baginda tersebut adalah dikenali sebagai General Adviser atau Penasihat Am

Johor. Baginda sendiri malangnya yang telah meminta bahawa kuasa Penasihat Am ini

diperluaskan bukan seperti yang termaktub dalam Perjanjian 1885 yang memberitahu bahawa

kuasa Penasihat Am ini hanyalah sebagai seorang kaunselor dan tidak lebih daripada itu.

Oleh itu, Gabenor Anderson telah mengambil langkah untuk menurut kemahuan baginda

dengan mencadangkan D.G Campbell iaitu seorang residen British yang berada di Negeri

Sembilan pada ketika itu. Dalam masa yang sama, Anderson telah membantu Sultan Ibrahin

menulis surat untuk memberhentikan C.B Buckley yang telah dilantik mejadi penasihat

kewangan dan Penasihat Am Johor sejak 1904 lagi dengan menyatakan alasan-alasan yang

tertentu. Akhirnya, pada tahun 1909 Buckley telah dipecat daripada kedudukan beliau sebagai

penasihat kewangan dan Penasihat Am Johor.12 Perkara ini sememangnya dinanti-nantikan

oleh Anderson kerana bermula sejak awal lagi, beliau dikatakan sangat menginginkan

Campbell menjadi Penasihat Am Johor namun perkara ini tidak dipersetujui oleh Lord Elgin

pada ketika itu iaitu Setiausaha Tanah Jajahan di London yang menyatakan bahawa perkara itu

adalah mustahil ekoran daripada Artikel 3 yang termaktub dalam Perjanjian 1885 tersebut.

Dengan lantikan Campbell sebagai Penasihat Am Johor yang pertama ini telah bermulalah

sejarah Johor dalam memasuki linkungan pentadbiran dan pengawalan kerajaan Inggeris.13

Selain dikatakan bertugas sebagai Penasihat Am, Campbell juga berperanan dalam menjaga

jabatan perbendaharaan dan juga bertanggungjawab dalam menghadiri Majlis Mesyuarat

Negeri Johor. Semasa Campbell menjadi Penasihat Am Johor juga dikatakan bahawa, beliau

telah berjaya mempengaruhi sultan untuk membawa masuk lebih ramai lagi pegawai British

ke Johor dengan alasan untuk membantu kerajaan Johor. Sebagai contoh, sekitar April 1909,

12
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm 320
13
Mohd Samsudin, Tawarikh yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: sebuah Karya Sejarah Negeri Johor dalam
zaman Pentadbiran British, Jebat, No. 40(2), Bil. 75-92, hlm 77

10
atas nasihat Campbell itu dan persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri, Sultan Ibrahim dikatakan

telah meminta kepada Gabenor Singapura untuk meminjamkan beberapa pegawai bagi

membantu baginda dalam urusan pentadbiran di mana terdiri daripada seorang penasihat

Inggeris dan 5 orang pegawai Inggeris telah dipinjamkan kepada sultan dan menjawat jawatan

seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya tanah, dan juga pegawai kewangan negeri.

Kemudian, pada tahun 1911, Sir Arthur Henderson Young telah dilantik menjadi Gabenor

baharu yang menggantikan Sir John Anderson. Namun begitu, sejak pelantikan Young, Sultan

Ibrahim dikatakan sudah tidak mahu menurut arahan dan nasihat gabenor tersebut. Sebagai

contoh, arahan Young kepada sultan yang memberitahu bahawa Sultan Ibrahim yang

mempunyai utusan segala surat menyurat rasmi kerajaan Johor yang hendak diberikan kepada

Gabenor perlu dialamatkan kepada Pesuruhjawa Tinggi British. Perkara ini tidak dipersetujui

sama sekali oleh baginda kerana baginda berpendapat bahawa dengan menerima cara ini, ianya

akan meletakkan Johor setaraf dengan negeri-negeri yang berada dalam kawalan British serta

merta. Disebabkan ini, Sultan Ibrahim berdegil dan tidak mahu menurut arahan Young.

Pada sekitar tahun 1913 pula, hubungan antara Young, Campbell bersama Sultan Ibrahim

telah menjadi semakin tegang. Ini terbukti apabila di antara bulan Mei hingga Oktober 1913,

hanya dua kali sahaja Campbell bertemu dengan Sultan Ibrahim manakala baginda juga tidak

pun meminta apa-apa nasihat daripada Campbell dalam tempoh tersebut. Dalam masa yang

sama, Campbell didapati sedang mengumpul surat-surat aduan yang semakin banyak mengenai

Sultan Ibrahim antaranya adalah daripada banduan-banduan di penjara yang dilayan buruk oleh

pengawal di penjara dan dipaksa untuk bekerja di ladang Sultan Ibrahim.14 Perkara ini adalah

ekoran daripada tindakan Young yang menghantar beberapa orang penyiasat untuk

membuktikan kesahihan berita ini. Perkara ini juga adalah alasan pihak Inggeris sebenarnya

14
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm 328

11
untuk mengenakan kawalannya dengan mendedahkan “Skandal Penjara” untuk menampakkan

tindakan drastik mereka terhadap Johor15. Dalam tahun ini juga, pegawai-pegawai Inggeris di

Johor dan Gabenor di Singapura bersetuju bahawa sudah sampai masanya kedudukan Penasihat

Am Johor itu diiktiraf secara rasminya iaitu dimana Penasihat Am ini berhak untuk masuk

campur dalam pemerintahan Johor supaya dapat terus memajukan Johor dan menyusun

pentadbiran tanpa perlu campur tangan daripada sultan sendiri. Bagi meyakinkan Pejabat

Tanah Jajahan di London, Young telah menghantar dua memorandum yang menulis tentang

kelemahan dan kesalahan Sultan Ibrahim di Johor. Pada akhir 1913 dan awal 1914, kecaman

daripada Young dan Campbell terhadap kemerdekaan kerajaan Johor semakin meningkat.

Akhirnya setelah akur dengan desakan dan demi menjaga kebesaran baginda, pada 12 Mei

1914, suatu perjanjian telah ditandatangani oleh Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai

Perjanjian British-Johor 1914. Dengan termetrainya perjanjian ini, hasrat British yang telah

lama merancang untuk menawan Johor telah tercapai secara rasminya. Johor dikatakan juga

telah menerima kemasukan pengaruh dan kuasa secara rasmi pihak Inggeris.

15
Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 82

12
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Perjanjian British-Johor 1914 sememangnya merupakan suatu

kemuncak kepada strategi pihak British untuk menguasai kerajaan Johor. Perkara ini adalah

merupakan kemuncak disebabkan oleh tindakan-tindakan yang diambil dan dimainkan oleh

Arthur Young terutamanya dan akhirnya telah melancarkan langkah yang dikatakan kemuncak

dengan memaksa Sultan Ibrahim meminda Artikel 3 dalam Perjanjian 1885 yang memberikan

kuasa kepada Penasihat Am yang kuasanya sama seperti residen-residen British yang telah

ditempatkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Anderson juga dilihat bijak mengatur

langkah-langkah tersebut sejak tahun 1904 lagi yang akhirnya menyebabkan sultan tidak

mempunyai pilihan yang lain selain daripada akur kepada kuasa yang telah diberikan kepada

Penasihat Am iaitu D.G Campbell dimana segala nasihat harus diminta dan mesti diambil

tindakan oleh sultan.

Selain itu, British juga dikatakan memang ingin menolong untuk menstabilkan kedudukan

Johor kerana sikap sultan yang hanya mementingkan kemewahan daripada ingin mengambil

tahu tentang hal ehwal Johor. Sebagai contoh, didapati Sultan Ibrahim telah berulang kali ke

benua Eropah hanya untuk melancong serta baginda di dapati telah membeli sebuah kenderaan

yang dikatakan kereta tersebut hanya terdapat 2 jenis sahaja di Britain. Baginda juga adalah

seorang sultan yang sangat boros, di mana semasa baginda di Eropah, baginda telah

mengeluarkan wang daripada perbendaharaan kerajaan Johor sebagai elaun baginda di luar

negeri sebanyak $40,000 walhal elaun yang telah ditetapkan untuk baginda hanyalah sekitar

$18,000-$20,000 sahaja setiap bulan. Perkara ini telah menyebabkan British semakin berasa

berang di atas sikap sultan yang sedemikian rupa yang dalam masa sama telah memberikan

jalan yang luas buat British untuk memasuki Johor dan menakluk kerajaan Johor secara

rasminya pada 1914.

13
4.0 Bibliografi

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

M.A Fawzi Basri, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Kuala Lumpur: Muzium Negara, 1978.

Mohd Samsudin, Tawarikh yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: sebuah Karya Sejarah

Negeri Johor dalam zaman Pentadbiran British, Jebat, No. 40 (2), Bil. 75-92, 2013.

Mohd. Sarim Haji. Mustajab, Malay Elite Participation in the Johor Civil Service: Its Origins

and Development until the 1930’s, Jebat, No.21, Bil 67-82, 1993.

Nesamalar Nadarajah Nee Ramanathan, Johore and the Origins of British Control 1895-1914,

Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd, 2000.

Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945) Suatu Analisis Sosiologi

Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.

Sejarah Kesultanan Johor, https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-

johor/ (tarikh diakses 13 Mei 2019)

14

Anda mungkin juga menyukai