Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan Daripada Journal of Malayan/Malaysian Branch Royal Asiatic Society, saya telah memilih Perjanjian Pangkor untuk mengkaji

apa yang telah berlaku di Perak ketika itu dari segi sosial, ekonomi dan politik. Perjanjian Pangkor telah di tanda tangani antara Raja Muda Abdullah dan Sir Andrew Clarke iaitu gabenor negeri-negeri selat pada 17 Januari 1874. Raja Muda Abdullah pada masa itu belum lagi di tabalkan menjadi Sultan dan hanya berkuasa di Hilir Perak sahaja. Perjanjian Pangkor ini telah di tanda tangani di atas Kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding iaitu antara perairan Lumut dan Pulau Pangkor. Perjanjian ini telah membuka ruang dan peluang British untuk menguasai negeri negeri melayu yang lain seperti Selangor, Pahang, Johor dan lain-lain.1 Dengan persetujuan Raja Muda Abdullah sebagai Sultan dan telah menanda tangani Perjanjian Pangkor ini, maka telah rasmilah baginda sebagai Sultan Perak bagi mengantikan Sultan Ali yang telah mangkat pada tahun 1871 dan secara tidak lansung telah menyingkirkan Sultan Ismail daripada bertakhta sebagai Sultan Perak. Pada asalnya, Raja Muda Abdullah yang sepatutnya menaiki takhta selepas kemangkatan Sultan Ali. Disebabkan beliau tidak menghadiri upacara pengkebumian Sultan Ali, pembesar-pembesar Perak berasa marah dan telah bertindak melantik Raja Ismail sebagai Sultan Perak dan ketika itu Raja Ismail memegang jawatan sebagai Raja Bendahara. Raja Abdullah tidak berpuas hati lalu meminta bantuan British untuk mengembalikan kuasa Sultan keatas dirinya. Lalu termaktublah Perjanjian Pangkor ini. Dengan kuasa dan perjanjian yang telah di jalankan, Sir Andrew Clarke telah berani bertindak untuk menurunkan takhta Raja Ismail sebagai Sultan Perak yang sah dan ketika itu menguasai Hulu Perak serta membenarkan Raja Ismail menggunakan gelaran Sultan Muda dan memberi pencen sebanyak 1000 ringgit setiap bulan. Manakala Che Ngah Ibrahim telah di singkirkan daripa jawatan pemerintah Larut. Kacau bilau di Perak berkesinambungan dengan Perang Larut dan pergaduhan antara dua kongsi gelap Ghee Hin yang di ketuai oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang di pimpin oleh Chung Keng Quee kerana berebut kawasan perlombongan biji timah. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), 1 Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.
1Khoo Kay Lam, Documents: The Pangkor Treaty in Malay, Peninjau Sejarah(1), 1966, hlm. 51-60

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orangorang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut. Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British. Perluasan kuasa British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Perluasan kuasa ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British. Politik Menurut jurnal ini, perjanjian pangkor merupakan permulaan kepada penguasaan British ke atas negeri-negeri melayu ketika itu. Iaitu apabila Sultan Abdullah dan Pembesar-pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan mengikuti terma yang dituntut oleh pihak British ke atas Sultan Perak (dan ke atas pembesar-pembesar Melayu). 2 Sultan Perak dan pembesar-pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu2. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca salah faham adalah dalam penterjemahan Artikel VI Perjanjian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Article VI (Bahasa Inggeris) That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, who shall be accredited to his Court and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom. Artikel VI (mengikut fahaman Sultan Abdullah) Sultan akan menerima dan menyediakan satu tempat tinggal yang bersesuaian untuk seorang Pegawai yang diberikan gelaran Residen British. Sultan Perak diperlukan merujuk kepada beliau di dalam semua perkara dan pentadbiran negeri Perak dan dia (Residen British) tidak boleh masuk campur dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

2Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957, SIRD, 1984

Walaupun pada asalnya Sultan Abdullah berfahaman bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat sahaja kepada Sultan, tanggapan itu nyata salah apabila Residen British menjadi pentadbir sebentar negeri Perak Sultan Ismail tidak menerima syarat-syarat Perjanjian Pangkor, khususnya perlantikan beliau sebagai Sultan Muda dengan berikan pencen dan kawasan kecil sebagai jajahan warisan keluarganya. Perjanjian ini juga mengikiskan kuasa autonomi yang diberikan kepada Ngah Ibrahim sebagai Menteri Larut dengan perlantikan Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen khusus untuk Larut.3 Sir Andrew Clarke dilihat sebagai melebihi mandat kuasa yang diberikan kepadanya. Sir Peter Benson Maxwell mengkritik tindakan British dalam tulisannya Our Malayan Conquest. Sir Andrewmempertahankan tindakannya dengan alasan Ia perlu dilakukan untuk menjamin keamanan di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan British. Sir Andrew juga mendapat sokongan padu daripada kerajaan British di London dan juga daripada kumpulan pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat. 3 Hal ini menunjukkan kebodohan pembesar melayu dan Sultan Perak ketika itu di mana demi kepentingan jawatan dan kuasa, mereka sanggup menggadaikan negeri. Hal ini juga menunjukkan Sultan dan pembesar tidak memahami Artikel VI kerana perjanjian ini di tulis di dalam bahasa inggeris. Sistem politik di perak juga menunjukkan sistem politik yang tidak adil di negeri-negeri melayu yang lain seperti Kelantan. Kuasa mutlak berada di atas tangan sultan yang berpelajaran tinggi dan tidak berilmu , pentadbiran menjadi kucar kacir. Pemerintah tidak berlaku adil kerana raja memerintah mengikut hawa nafsu sahaja. Wasiat politik kepada pewaris takhta kerajaan juga sangat aneh bunyinya iaitu Apabila aku mati kelak, berperanglah engkau sekalian; maka barang siapa menang, dialah raja di Kelantan ini adanya. Akibatnya masyarakat menjadi kucar-kacir kerana ketiadaan pucuk pimpinan dan kepimpinan yang boleh membimbing mereka ke jalan yang baik. 4 Setelah 1874 iaitu selepas perjanjian pangkor di tandatangani antara British dan Sultan Perak, maka ini permulaan untuk British memperkudakan Sultan di negeri-negeri melayu yang lain. Kita lihat di dalam jurnal ini menyatakan Penekanan telah di letakkan atas perubahan yang berlaku dalam struktur politik yang lebih khusus pada pengganti kumpulan yang kuat dan dinamik oleh ketua birokrasi. Ini menunjukkan apabila penguasaan British ke atas negeri-negeri melayu ini telah merubah corak pentadbiran Sultan ketika itu kerana kuasa sultan di hadkan iaitu di dalam agama islam dan adat istiadat melayu. Dengan campur tangan British ini, struktur politik lebih profesional berbanding dengan sebelumnya kerana British telah mengubah sistem sosial masyarakat melayu. Jurnal ini juga menyatakan selain daripada Perak, negeri Johor dan Kedah juga telah wujud sistem Birokrasi British pada 1874 kesan daripada Perjanjian Pangkor ini. Walaupun beberapa tahun pusat pentadbiran Johor sebelum itu terletak di Teluk Blanga, Singapura namun struktur pentadbiran sejak pertengahan abad ke 19 telah
3Sumber Internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Pangkor, 28 Oktober 2011. 4Abdullah Abdul Kadir Munsyi 1964. Kisah Pelayaran Abdullah. Cetakan ketiga, diberi pengenalan dan anotasi oleh Kassim Ahmad. Kuala Lumpur. Oxford university Press, hlm.109.

memodenkan negeri tersebut. iaitu terdapat Menteri Besar yang di bantu oleh kerani iaitu seorang kerani telah bertugas untuk bertanggungjawab keatas segala urusan surat menyurat dan juga bertindak sebagai perakam prosiding mahkamah bersidang juga sebagai bendahari kerajaan dan pembayar gaji. 4 Johor dilihat begitu moden kerana Sultan Johor ketika itu telah mengikut corak pentadbiran British di negeri-negeri melayu yang lain dan dengan harapan Johor tidak akan menerima penasihat Brtish di sebabkan kemodenan negerinya. Namun krisis takhta telah bermula pada tahun 1812 lagi sewaktu Sultan Mahmud III mangkat. Sama seperti di Perak, Putera sulung iaitu Tengku Hussain diketepikan daripada pelantikan Sultan tetapi menguktiraf adinda Tengku Abdul Rahman sebagai sultan Johor kerana Tengku Hussain tidak hadir pada hari pemakaman Sultan Mahmud III. 5 Namun begitu, Johor akhirnya terpaksa juga menerima penasihat British akibat persengketaan untuk gelaran Sultan dan krisis takhta berterusan. Seluruh struktur pentadbiran di bina oleh British untuk menyelaraskan sistem pentadbiran yang sedia ada. Krisis takhta ini menunjukkan Pemerintah Melayu sangat mementingkan diri dan mengabaikan tanggungjawab kepada negeri dan rakyatnya. Sebaliknya British pula yang menyelaraskan pentadbiran mereka secara tersusun dan sistematik untuk memajukan negeri mereka. Hal ini menunjukkan pemerintah di Johor juga hanya mahukan pangkat dan kuasa serta mata duitan. Jika tidak di tamatkan perebutan takhta oleh pihak British maka mereka sanggup untuk memerangi antara satu sama lain. Kebiadaban pemerintah dan ketidak telusan di dalam soal pentadbiran merupakan punca British datang menamatkan persengketaan mereka. Kita lihat contoh apabila perjanjian 1855 yang menimbulkan sengketa antara Temenggung Ibrahim dan Temenggung Muar. Perselisihan faham yang hamper mencetuskan peperangan ini berjaya di sekat oleh Residen Konselor Melaka.6 Pertelingkahan ini disebabkan soal perebutan pungutan cukai di Muar. Kedua-dua pembesar ini sangat tamak akan duit pungutan cukai di Muar dan sehingga lupa diri yang mereka sepatutnya memajukan negeri mereka. Seterusnya, berlakulah penentangan terhadap British di Perak. Hal ini berikutan salah satu perjanjian yang menetapkan sultan Perak menerima seorng residen Bristish bagi menasihati kecuali hal-hal adat dan istiadat melayu dan Agama Islam.7 Resident yang di lantik oleh gabenor negeri-negeri selat ketika itu ialah James Wheeler Woodford Birch (J.W.W Birch). Beliau juga pernah bertugas di di bahagian Ketenteraan Laut British, Pegawai Jabatan Pesuruhjaya Jalan Raya Ceyton, Pesuruhjaya Permintaan dan Majistret Polis Ceylon serta Setiausaha Jajahan Negeri-Negeri Selat. J.W.W Birch di tuduh oleh Sultan dan para pembesar kerana mengganggu sistem pentadbiran tradisional kerana ingin membuat sesuatu perubahan dari segi politik dan ekonomi di Perak.
5Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). Utusan Publication & Distributors SDN.BHD. hlm 123. 6Ibid.,hlm. 128 7Khoo Kay Lam, Documents: The Pangkor Treaty in Malay, Peninjau Sejarah(1), 1966, hlm. 51-60.

5 Kita lihat juga ketika pembunuhan James Wheeler Woodford Birch (J.W.W Birch) oleh Maharaja Lela dan anak-anak buahnya di Pasir Salak iaitu ketika J.W.W Birch menjadi Residen British di Perak. Akibat undang-undang baru yang diperkenalkan oleh British, pembesar-pembesar melayu seperti Maharaja Lela tidak berpuas hati kerana apabila undang-undang di pasir salak di laksanakan, maka beliau akan hilang kuasa untuk mengutip cukai dari orang-orang melayu dan secara tidak lansung merugikannya kerana wang itu berpindah milik kepada British. Beliau juga telah mengarahakan Seputum, Pak Andak Endut dan lain-lain untuk membunuh Residen Perak itu sedangkan beliau tidak bersama-sama berjuang untuk membunuh British. Ini menunjukkan Seputum dan lain-lain hanya menjadi pak turut dan mengikut sahaja arahan Maharaja Lela. Ini dapat di buktikan apabila Seputum menetak kepala J.W.W Birch ketika beliau cuba untuk menyelamatkan diri ketika rusuhan berlaku.8 Ekonomi Dari segi ekonomi pula, selepas berlakunya Perjanjian Pangkor 1874, dasar ekonomi di tanah melayu berubah dengan pesatnya. Jika dahulu, sebelum British mengambil alih kuasa Sultan, sistem ekonomi sara diri telah dilaksanakan iaitu segala keperluan seperti tanaman padi, mengusahakan dusun buah-buahan dan lain-lain tidak diperdagangkan keluar. Tetapi hanya untuk penduduk setempat iaitu apabila pesawah mengerjakan sawah, mereka tidak mengutip hasil laut sebaliknya apabila mereka inginkan hasil laut untuk makanan, mereka akan menukarkan padi dengan hasil laut tersebut. Sistem ekonomi mereka sebelum 1874 sangat terhad kerana tenaga buruh yang terhad. Hai ini berikutan tenaga buruh bergantung kepada buruh keluarga yang menjadi unit asas pengeluarlan. Kekurangan modal dan teknologi juga menyekat perkembangan ekonomi mereka .9 Contohnya apabila Abdullah mencatatkan bahawa kegiatan ekonomi seperti berdagang dan bercucuk tanam di ketiga-tiga buah negeri (Pahang,Terengganu dan Kelantan) banyak dikuasai oleh kaum perempuan. Kaum lelaki pula banyak membuang masa berfoya-foya ke sana-ke mari baik memenuhi suruhan raja atau ataupun mengikut hawa nafsu sendiri dan bukannya berusaha untuk mencari nafkah. 6 Akibatnya, anak-anak terbiar ditinggalkan di rumah oleh ibu-ibu yang keluar rumah berniaga untuk mencari rezeki. Oleh itu anak-anak pula meneruskan budaya daif dan negative seperti yang telah digambarkan oleh Abdullah setelah dewasa kelak. 10 Contoh ini seperti di tiga buah negeri tersebut menunjukkan perihal yang sama dengan apa yang berlaku di Perak dan di negeri-negeri melayu yang lain.
8Hasyim Sam. 2000. Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921). Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Hlm. 111 9Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). hlm. 188 - 189 10Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 80

Selain itu juga, Abdullah Munsyi juga semasa melawat negeri-negeri melayu di pantai timur mendakwa golongan atasan akan merampas harta rakyat bawahan. Jadi kurangnya perlindungan ke atas harta peribadi tidak menggalakkan penduduk berusaha.11 Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani tentunya berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. Bahkan British pastinya tidak akan berminat menguasai Perak jika negeri Perak tidak mempunyai sumber alam yang amat diperlukan dalam sektor ekonomi British khasnya bijih timah. Melalui fasal ke-X (10) perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British. Sebelum ini, para pembesar negeri yang menguasai sistem ekonomi termasuk pungutan cukai bijih timah dan hasil mahsul. J.W.W Birch yang dilantik sebagai Residen pertama di Perak iaitu pada bulan November 1874, mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya. Tujuannya ialah untuk memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang-piutang negeri dan membayar gaji pegawaipegawai termasuklah gaji residen walaupun pada hakikatnya Birch sebenarnya cuba untuk mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai daripada tangan sultan dan para pembesar Melayu. Birch turut membatalkan pajak hasil Kuala Sungai Perak yang telah dibuat oleh Sultan Abdullah dengan seorang saudagar Cina. Malah Birch kemudiannya bertindak menghapuskan cukai bijih timah Batang Padang yang sebelum itu dinikmati oleh Sultan, Laksamana dan pembesar lain, sebaliknya Birch gantikan pula dengan royalti $9/- bagi setiap bahara yang bijih yang dipungut di Kuala Perak. Pada 3 Febuari pula, Birch meminta Sultan Abdullah menandatangani pengistiharan masa residen memungut semua cukai di suatu tempat manakala pada 24 Julai 1875, pengistiharan penyerahan kuasa berkaitan pungutan cukai akhirnya ditandatangani oleh Sultan Abdullah. 7 Dengan itu, kuasa memungut cukai di Perak telah diambil alih oleh Residen British. Walaupun tindakan ini tidak dipersetujui oleh para pembesar Melayu ketika itu termasuklah Sultan Abdullah yang berpendapat pihak British telah merampas hak mereka untuk memungut cukai serta mengesyaki hasil cukai yang didapati di Perak itu mengalir masuk ke tabung kerajaan British, namun pandangan tersebut tidak dihiraukan oleh Birch kerana tujuan utama beliau bukanlah untuk menyenangkan sultan dan para pembesar sebaliknya membaiki keadaan di Perak demi kepentingan pihak British. Semua tindakan Birch yang mewakili kepentingan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu ketika itu yang beranggapan tindakan Birch ini amat bercanggah dengan nilai-nilai tradisi atau adat istiadat Melayu. Jelasnya, para pembesar Melayu ketika itu terpaksa tunduk kepada arahan residen British ini yang menggunakan kedudukan Sultan untuk berkuasa serta melaksanakan tindakannya. Di samping itu, perjanjian ini turut memberi hak kepada Residen British untuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera bagi memulihkan kacau bilau
11Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). hlm 189.

di Perak. British kononnya menjadi orang tengah di antara 20 pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut dengan menguasai lombong yang diduduki dan cara-cara urusniaga. Pemimpin-pemimpin Cina ini turut menyetujui aturan mengenai bekalan air ke lombong tertakhluk kepada perintah yang dikeluarkan oleh Residen yang berpejabat di Perak dan Larut. Dengan persetujuan ini, bermakna orang Cina ini tidak mahu Menteri Larut memerintah mereka lagi. Penguasaan ke atas lombong-lombong dan jentera ini pula pastinya memberikan faedah ekonomi yang besar kepada British. Pada bulan April 1874, Frank Swettenham dan Residen Birch telah menemui Kapten Speedy di Larut untuk meninjau sendiri keadaan perlombongan bijih timah dan kemudian menukar nama Kelian Pauh kepada Taiping dan Kelian Baru kepada Kemunting. Namun, setelah British datang mencampuri pentadbiran di negeri-negeri melayu, sistem ekonomi baru di perkenalkan iaitu sistem ekonomi kapitalis menurut jurnal yang di kaji ini. Sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh British ini ialah sistem ekonomi yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.12

8 Sistem ekonomi kapitalis yang di perkenalkan oleh British ini telah menghapuskan kuasa Sultan dan Pembesar dalam ekonomi sara diri di negeri Perak yang mana golongan seperti pemerintah ini tidak mengusahakan tanaman-tanaman sebaliknya hanya mengutip cukai. Golongan pemerintah terdiri daripada kerabat diraja dan para pembesar. Sumber ekonomi golongan ini berpunca daripada tiga sumber iaitu cukai, kawalan tenaga buruh dan menurusi perdagangan.13 Contoh seperti cukai, Sultan dan pembesar hanya mengutip pelbagai jenis cukai kepada rakyat seperti cukai kepala, cukai keluarga, cukai lepah, cukai serah dan pelbagai lagi sehingga membebankan rakyat ketika itu. Dan bagi mereka yang tidak mampu membayar cukai, mereka akan di kerah dan dipaksa untuk membina jalan dan parit selain menjadi buruh binaan dan askar serta pengawal di istana. Gambaran ini benar benar menindas rakyat yang ketika itu hanya mengikut telunjuk pembesar dan sultan yang tamak dan zalim. Bijih timah pula mula dikuasai oleh pembesar pada abad ke 19 seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Perak serta Raja Jumaat dan Raja Jaafar di Lukut Selangor. Seorang lagi, Raja Abdullah di Kelang. Ekonomi berasaskan bijih timah ini berlalu begitu sahaja dan kekayaan hanya di beri pada pembesar dan raja. Rakyat pula hanya menjadi hamba di kawasan perlombongan ini. Sebaliknya pada zaman Kolonial, campur tangan British di Perak, Selangor dan Sungai Ujong berjaya meningkatkan pengeluaran bijih timah. Ini kerena British berjaya mewujudkan kestabilan yang membantu meningkatkan jumlah pelaburan dan pengeluaran. Undang undang baru yang menggalakkan pembukaan lombong diperkenalkan. British juga mengambil langkah dengan menubuhkan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. 14
12Sumber internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme 13Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). hlm 189. 14Ibid., hlm. 191

Sosial Dari segi sosial masyarakat, kesan daripada perjanjian Pangkor 1874 ini telah mengubah pandangan dan pemikiran yang serong seperti tahyul dan tidak logik kepada era pemikiran moden dan intelektual. Boleh di katakan ramai masyarakat dari segi sosialnya telah berubah adatnya kerana kemasukan British ke negeri-negeri melayu telah merombak struktur sosialnya. Sekolah-sekolah telah di bina untuk pendidikan orang-orang melayu dan penghapusan sistem kerah dan hamba. 9 Sebelum kemasukan British ke negeri-negeri melayu khususnya di Perak ini tidak pernah wujud sistem pendidikan bersepadu seperti di sekolah. Melainkan pendidikan tidak formal seperti menuntut pengajian Masjid-masjid dan di rumah. Pengajian pengajian di masjid juga terhad hanya pada pendidikan Islam dan pengajian Al-Quran. Ilmu-ilmu lain seperti bahasa, matematik, sains dan geografi tidak wujud sama sekali pada zaman ini sedangkan di negara-negara Islam di asia barat telah maju dengan pendidikan ilmu falak, ilmu falsafah, sains, perubatan dan lain-lain. Malahan di mesir telah wujud Universiti Al-Azhar untuk pengajian ilmu-ilmu ini. Contohnya, terdapat tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Al-Biruni, Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan lain-lain. Abdullah Munsyi menggambarkan masyarakat Melayu pada abad ke 19 dalam ketigatiga negeri (Pahang, Terengganu dan Kelantan) dengan gambaran yang sangat daif dan negatif sekali; miskin, kotor, bodoh, malas, suka berfoya-foya atau membuang masa, tidak mahu mempelajari bahasanya sendiri dan ramai yang menghisap dadah (candu = madat). Beliau sangat sedih dan bimbang melihat keadaan yang sedemikian lambat laun, Kerajaan mereka itu dan adat mereka itu akan binasa.15 Begitu juga dari segi masyarakatnya, apabila dibiarkan juga akan segala hal ini, lama-kelamaan kelak nescaya hilanglah nama Melayu dari dunia ini.16 Masalah sosial ini telah terbukti dengan penulisan Abdullah Munsyi apabila beliau berlayar ke Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk melihat sendiri perihal orang melayu di sebelah pantai timur ini. Kebodohan mereka di tahap yang kritikal kerana tiada wujud kesedaran untuk berubah melainkan memberi ketaan yang setia sepenuhnya pada Sultan yang di anggap penuh daulat dan jika derhaka akan terkena tulah. Perihal Sultan telah digambarkan sebagai jahat, banyak membuat maksiat, berlaku kejam, perangainya tamak dan suka merampas, iri hati jika anak-anak buahnya bernasib baik, mementingkan diri sendiri, susah hendak di hubungi, tidak kisah lansung tentang kemalangan nasib orang lain, suka berdendam dengan orang yang menyinggungnya, dia juga penjudi yang yang suka mencari helah hendak menang dan dalam hal-hal berkaitan perempuan lansung tidak boleh dipercayai. Dia bukan
15Abdullah Abdul Kadir Munsyi 1964. Kisah Pelayaran Abdullah. Kuala Lumpur. Oxford university Press, hlm.121. 16Ibid., hlm. 38.

penghisap ganja, bukan juga seorang yang alim, tetapi, walaupun menjadi pembela agama dalam negeri sendiri, dia tidak mematuhi suruhan agama supaya sembahyang.17 10 Hal ini suatu pembohongan dan karut sama sekali jika di bandingkan dengan kemajuan negara barat ketika itu yang berfikiran intelektual kerana sekolah-sekolah tinggi dan universiti telah wujud untuk memberi pendidikan yang formal kepada warga negaranya dan secara tidak lansung memajukan negara mereka. Contohnya Universiti Oxford yang telah wujud sejak abad ke - 12 lagi. Selain itu, kepercayaan tahyul oleh masyarakat melayu begitu terserlah apabila terdapat adat berhantu. Sebagai contoh adat yang boleh dikatakan menyeru syaitan, atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan perayaan ahli-ahli sihir di Brocken seperti yang dapat di benarkan oleh adat Melayu dan keadaan persekitaran. Pengubatan cara ini biasa dibuat di negeri Perak apabila semua ubat lain gagal menyembuhkan. Ini semua adalah contoh sistem sosial sebelum kedatangan British di negeri-negeri melayu khususnya di Perak yang mana kepercayaan karut sering menjadi amalan masyarakat ketika itu sedangkan di eropah, segala amalan yang berkaitan dengan tahyul ini di hapuskan sama sekali dan mereka memertabatkan tamadun mereka dengan begitu tinggi. Isu sosial yang membawa kepada penentangan terhadap British pula ialah isu hamba. J.W.W Birch dikatakan telah mencampuri adat melayu iaitu sistem perhambaan yang di gambarkan sangat kejam.18 Beberapa orang hamba dikatakan telah melarikan diri ke Rumah J.W.W Birch untuk mendapatkan perlindungan. Hamba yang melarikan diri ini termasuklah hamba Sultan Abdullah. Bagi British perlindungan terhadap hamba adalah suatu perkara yang penting kerana atas dasar hak asasi manusia untuk membebaskan hamba ini. Bagi raja dan pembesar melayu pula menghalalkan sistem perhambaan dan tindakan Birch ini dianggap mencuri harta. Disebabkan ramai diantara hamba itu ialah wanita, telah timbul fitnah yang mengatakan Birch telah memperkosa wanita-wanita melayu dan ada muslihat tersendiri untuk kepentingan seksual.

11 Selepas perluasan kuasa British di negeri-negeri melayu, barulah terbina pusat-pusat kegiatan ilmu seperti pendidikan pondok pada kurun ke 19 dan berterusan ke sistem madrasah seperti madrasah Al-Iqbal di Singapura pada 1907, madarasah Hamidiah kini dikenali sebagai Maktab Mahmud dan Madrasah Muhammadiah di Kelantan pada tahun 1915. Sekolah Melayu juga didirikan bermula 1821 iaitu Penang Free School.
17Frank Swettenham 1884. Perihal Orang Melayu. Penterjemah : Zubaidah Ibrahim. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hlm. 131 18Tentang Perhambaan Lihat, Aminuddin Baki, The Institution Of Debt Slavery In Perak, Peninjau Sejarah (1) 1996.

Sekolah cina pula wujud pada 1815. Maktab Pertama orang Melayu di Kuala Kangsar yang di kenali sebagai Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) pada tahun 1902. Disini dapat dilihat sistem pendidikan hanya bermula selepas era penjajahan British ke negerinegeri selalat dan kebanyakan sekolah yang tertubuh untuk memberi pendidikan kepada orang-orang melayu selepas tahun 1874 iaitu selepas termeterainya perjanjian Pangkor 1874. Kesimpulan Sejak Perjanjian Pangkor 1874 di tanda tangani, maka bermulalah era perluasan kuasa British di negeri-negeri melayu. bermula dengan Perak diikuti Selangor dan Negeri Sembilan seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain. Perluasan kuasa ini boleh dikatakan berpunca dari sikap kebodohan Raja-raja Melayu ketika itu yang tamak akan harta sedangkan nasib rakyat tidak terbela. Penjajahan ini bukan sahaja berbentuk penjajahan fizikal, namun penjajahan mental juga di ambil kira sehingga ke hari ini kita boleh lihat kesan penjajahan mental yang terdapat didalam pemikiran orang-orang melayu. Boleh juga di katakan kesan perluasan kuasa British ini juga membuka mata sesuatu bangsa itu untuk bergerak memajukan negara sendiri dan meninggalkan adatadat lama yang tidak relevan serta bangkit menentang punca segala kezaliman dan Perjanjian Pangkor ini yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 tidak dinafikan sebagai satu usaha yang dapat mengamankan negeri Perak, memulihkan kekacauan di Larut dan menyelesaikan sengketa politik di negeri Perak. Namun begitu, pada hakikatnya perjanjian ini hanyalah sebuah alat yang memberikan kuasa dan hak kepada British untuk melibatkan diri dalam politik, sosial dan ekonomi negeri Perak dan seterusnya Negeri-negeri Melayu yang lain demi kepentingan British itu sendiri.

12 Bibiografi 1. Khoo Kay Lam, Documents: The Pangkor Treaty in Malay, Peninjau Sejarah(1), 1966, 2. Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957, SIRD, 1984 3. Abdullah Abdul Kadir Munsyi 1964. Kisah Pelayaran Abdullah. Cetakan ketiga, diberi pengenalan dan anotasi oleh Kassim Ahmad. Kuala Lumpur. Oxford university Press, 4. Isa Othman 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). Utusan Publication & Distributors SDN.BHD. 5. Frank Swettenham 1884. Perihal Orang Melayu. Penterjemah : Zubaidah Ibrahim. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. 6. Sumber internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme 7. Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Hasyim Sam. 2000. Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor

(1858-1921). Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. 9. Mohd Zamberi A. Malek. (2001). Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 10. Tentang Perhambaan Lihat, Aminuddin Baki, The Institution Of Debt Slavery In Perak, Peninjau Sejarah (1) 1996.

13

MALAYSIA ABAD KE 19 (HSM 3033) TUGASAN 1 (INDIVIDU) Journal of Malayan/Malaysian Branch Royal Asiatic Society : Perjanjian Pangkor

Nama : Ahmad Fikrul Hakim B. Shahruddin No. Matrik : D20101038701 Program : Pendidikan Teknologi Maklumat Kumpulan : A Pensyarah : Prof. Dr. Adnan B. Haji Mohd Nawang

Abstrak

Tugasan ini pada asasnya menceritakan perihal negeri Perak ketika perluasan kuasa British. Pada mulanya menceritakan perihal bagaimana perjanjian ini boleh termaktub serta apakah yang berlaku dalam krisis pentadbiran negeri Perak ketika itu. Untuk pengenalan pula, tugasan ini mempamerkan penceritaan Perjanjian pangkor yang telah di tanda tangani pada 20 Januari 1874 antara Raja Muda Abdullah dan Sir Andrew Clarke di atas kapal Pluto milik British yang telah berlabuh di perairan selat Dinding iaitu antara Lumut dan Pangkor. Selain itu tugasan ini juga mengkritik Sultan dan Pembesar di negeri Perak ketika itu berikutan tergadainya sebuah negeri di tangan kuasa asing. Bermula daripada Perjanjian Pangkor inilah menyebabkan British mula mencipta episod baru dalam memperluaskan kuasanya di seluruh negeri-negeri melayu seperti Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga sumber kritikan yang diambil daripada buku-buku yang di rujuk dan tugasan ini juga menceritakan kesan daripada perjanjian ini terhadap politik, ekonomi dan sosial di negeri negeri melayu selepas daripada perjanjian ini. Kesan perjanjian Pangkor terhadap Politik di negeri-negeri melayu darisegi perbezaan antara pentadbiran rajaraja dan pentadbiran British. Begitu juga dengan pengaruh ekonomi kolonial yang di bawa oleh British mengatasi ekonomi tradisional masyarakat melayu serta pengaruh sosial dari segi ilmu pengetahuan, pemikiran dan undang-undang penjajah. Penulisan ini juga boleh dikatakan kesan perluasan kuasa British membuka mata sesuatu bangsa itu untuk bergerak memajukan negara sendiri dan meninggalkan adat-adat lama yang tidak relevan serta bangkit menentang punca segala kezaliman.

Bilangan
1 2 3 4 5 6 7 8 Isi Kandungan

Tajuk
Abstrak Pengenalan Politik Ekonomi Sosial Kesimpulan Bibiografi Lampiran

Muka surat
i 1 2 6 9 12 13

Anda mungkin juga menyukai