Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Komersial didefinisikan sebagai berhubungan dengan niaga atau perdagangan,

dimaksudkan untuk diperdagangkan atau jualan atau eksport. Pihak British memberi

penekanan terhadap beberapa jenis tanaman yang menjadi sumber pendapatan di Tanah

Melayu. Tanaman ini termasuklah gambir, lada hitam, buah pala, tebu, bunga cengkih,

ubi kayu, dan kopi. Tanaman ini bermula di Negeri-negeri Selat dan kemudian

berkembang di Negeri-negeri Melayu. Sejak abad ke-19 pertanian komersial

memainkan peranan penting dalam ekonomi Tanah Melayu.

Pertanian komersial dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan.

Peringkat pertama ialah pertanian jangka pendek seperti lada hitam,gambir, ubi kayu,

tebu dan kopi. Manakala peringkat kedua ialah penanaman getah yang berupa tanaman

komersial yang paling penting. Pada umumnya orang Cina , Eropah dan pembesar

Melayu terlibat dalam pertanian komersial. Pada abad ke-19, pemodal dari Eropah dan

China aktif dalam tanaman komersial. Hal ini disebabkan mereka memiliki modal serta

teknologi, mendapat konsesi tempoh pajakan yang lama dan mendapat konsesi tanah

yang luas.

Tanaman komersial di Tanah Melayu adalah penyumbang kepada kemajuan

ekonomi Tanah Melayu. Tanaman komersial akan dieksport ke luar negara bagi

mendapatkan hasil jualan tanaman itu sendiri. Kerajaan British sedar bahawa adalah

perlu mereka menekankan perkembangan dan usaha terhadap penanaman tanaman

komersial. Hasil daripada tanaman ini, telah menyumbang kepada kemudahan dan

pelancaran pentadbiran British.

1
PERKEMBANGAN DI PULAU PINANG

Individu seperti Francis Light yang bertanggungjawab dalam memperkembangkan dasar

perdagangan dan pertanian komersial di Negeri-negeri Selat khususnya Pulau Pinang.

Francis Light memainkan peranan penting dalam penguasaan Pulau Pinang. Pada tahun

1786 dan membawa kepada kemunculan dan perkembangan tanaman komersial di

Pulau Pinang. Pada waktu itu, Francis Light telah memansuhkan cukai sepenuhnya

merupakan cara terbaik untuk menarik hasil eksport dari negeri-negeri di sekitarnya.

komersial diusahakan untuk jualan dan ia diusahakan dengan bantuan kaum imigran

yang masuk ke Tanah Melayu, khususnya kaum Cina.

Penanam Cina adalah satu-satunya faktor perkembangan tanaman komersial

di Pulau Pinang yang sangat pernting dan tidak boleh dikecualikan. Penanam kaum

Cina di Negeri-Negeri Selat menjadi kaya semata-mata kerana mereka terlibat dalam

pengusahaan tanaman komersial seperti lada, buah cengkih, lada hitam, gambir, sago

dan ubi kayu. Semua tanaman ini menjadi tumpuan kerana ia hanya memerlukan modal

yang kecil tetapi ia dapat mengeluarkan hasil yang segera. Malah, tanaman komersial

ini juga mempunyai permintaan yang tinggi sama ada dalam dan luar negara.

Jika dilihat, pada tahun 1850, orang Eropah telah melibatkan diri dalam

aktiviti tanaman komersial. Mereka telah pun mengusahakan pelbagai tanaman

komersial termasuk tebu, kapas, kopi, cinnamon, teh dan tembakau namun tidak

mendapat kejayaan yang besar. Hal ini sebabkan, tanaman yang diusahakan oleh orang

Eropah memerlukan modal yang besar dan dilakukan pengawasan terhadap tanaman

yang lebih rapi. Hanya tebu yang membawa kejayaan kepada orang Eropah dan ia pun

berlaku hanya selepas tahun 1850-an .

TANAMAN KOMERSIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU ABAD KE-19

2
GAMBIR

Gambir ialah tanaman komersial pertama di Pulau Pinang. Pengenalan tanaman ini

dikatakan telah memulakan industri perladangan moden di Malaysia. Moden yang

dimaksudkan adalah berteraskan dasar perdagangan bebas dan hak milik persendirian.

Tanaman gambir di Pulau Pinang diusahakan dengan bantuan kewangan dari komuniti

baba Cina dari Melaka. Wang ini digunakan mereka untuk menanggung kos makanan,

pakaian, perumahan dan peralatan lain. Pada tahun 1790-an, gambir ditanam dengan

jayanya di Pulau Pinang dan Jawa menjadi pasaran utama gambir. Semasa tahun 1819,

kaum Cina telah menubuhkan tanaman gambir di ata bukit di sebelah utara, selatan dan

barat sama ada di pinggir bandar atau bandar baru. Pada tahun 1820 dan tahun 1830,

penanaman gambir menjadi meluas di bahagian Barat dan Selatan Semenanjung.

Lazimnya, gambir ditanam bersama-sama lada hitam. Hampas daripada hasil

pemprosesan gambir dijadikan baja bagi tanaman lada hitam. Oleh sebab pokok gambir

tidak memerlukan perhatian rapi daripada pengusaha ladang, perhatian boleh

ditumpukan kepada tanaman lada hitam. Di Johor ia ditanam, bersama dengan lada

hitam. Pada tahun 1830 dan 1840-an, penetapan harga bagi kedua-dua tanaman gambir

dan lada hitam agak baik pada pertengahan tahun 1830-an namun ia mula merosot pada

tahun 1840-an.

Pada tahun 1840 dan 1850-an, Temenggong Ibrahim telah menggalakkan

pedagang Cina untuk menanam gambir dan lada hitam di Johor di bawah Sistem

Kangcu. Pada tahun 1860-an, Maharaja Abu Bakar telah memperkenalkan Sistem

Kangcu untuk memajukan gambir dan lada hitam di Johor. Dalam sistem ini, tanah

dipajak kepada pengusaha dari China yang akan mengusahakan ladang yang dipanggil

Kangkar. Setiap Kangkar luasnya ialah 2500-20,000 ekar dan dibahagi kepada kawasan

kecil antara 50-250 ekar. Seramai 3-10 orang buruh dari China akan mengusahakan

3
kawasan kecil tersebut.Gambir merupakan tanaman eksport utama Johor sehingga tahun

1910. Diandaikan satu-satu Kangkar (kawasan kebun) terdapat beberapa kebun-kebun

kecil. Dengan ini, Kangkar itu sendiri bermakna kawasan tebing sungai yang diketuai

oleh seorang Tuan Sungai atau Kangcu.

Gambir dan lada hitam banyak ditanam di negeri Johor dan Sarawak kemudian

diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam

dimajukan oleh pembesar dan raja di negeri masing-masing . Sebagai contoh, :

Temenggung Ibrahim telah menjemput orang Cina dari Singapura untuk membuka

ladang gambir dan lada hitam di tebing sungai Selatan Johor di bawah sistem Kangcu.

Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama negeri Johor sehingga tahun

1910. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor dibiayai oleh Cina dari

Singapura. Tindakan Belanda yang telah mengenakan duti sebanyak 12 rupi Jawa untuk

sepikul gambir adalah punca yang membawa kepada penamatan tanaman gambir.

LADA HITAM

Lada hitam mula diusahakan pada tahun 1790 apabila terdapat imigran Cina yang

menerokai penanaman lada hitam di Pulau Pinang. Lada hitam merupakan pertanian

eksport pertama yang digalakkan British. Mengharapkan cukai yg diperoleh daripada

lada hitam dapat menampung kos operasi pentadbiran British ddi Pulau Pinang.

Tanaman Lada Hitam mula berkembang pesat sehingga 1806. Sebelum ini, pada tahun

1804, Pulau Pinang mengeksport lada hitam bernilai $4000,000 dolar Sepanyol. Untuk

beberap tahun pertama, hasil yang diperoleh oleh peladang persendiriam dari tanaman

lada hitam adalah menggalakkan dan sehingga tahun 1810, pengeluaran tanaman-

tanaman ini adalah kira-kira 4 juta pound iaitu dari jenis yang bermutu tinggi.

Walaubagaimanapun, akibat dari kejatuhan harga sedikit demi sedikit, industri ini telah

ditinggalkan oleh pengusaha-pengusaha.

4
Lada hitam dan gambir merupakan eksport utama Johor sehingga tahun 1910.

Di Sarawak lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak lada

hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak memberikan konsesi

kepada orang Cina dari Singapura utk menanam lada hitam di Kuching-Serian dan

Sarikei-Maradong. Hasil meningkat dan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar

di dunia. Tanaman ini kemudiannya merosot dan diberhentikan pada tahun 1830-an

disebabkan adanya masalah ketidakstabilan harga pasaran luar.

BUAH PALA DAN BUNGA CENGKIH

Buah pala dan bunga cengkih telah menyumbangkan pendapatan kepada penempatan

baru ini. Harga buah pala lebih tinggi kerana mendapat permintaan pasaran yang tinggi

di Eropah dan China. Pada tahun 1800, 5000 pohon nutmeg buah pala dan 15,000

pohon bunga cengkih dibawa dari Pulau Ambon. Kemudian, pada tahun 1802, telah

dilaporkan kerajaan Pulau Pinang telah mengeksport 71,266 nutmeg dan 55,264 clove

plants. Disamping itu, pembeli rempah ratus di England telah melabelkan cloves Pulau

Pinang sebagai yang terbaik di dunia.

Kedua tanaman ini dieksport ke China, Amerika Syarikat, Mesir dan Turki.

Pada tahun 1818, hanya ada seorang peladang sahaja yang masih tekun mengusahakan

tanaman ini. Kegagalan di peringkat awal ini disebabkan oleh kejahilan mereka

terhadap kaedah penanaman yang betul tetapi, pada tahun 1833, usaha seorang peladang

Eropah bernama Brown telah datang dan membuahkan hasil. Kemudian,buah pala dan

bunga cengkih merupakan hasil utama Pulau Pinang. Pada tahun 1860, ladang-ladang

rempah ini telah diserang penyakit yang mengakibatk sebahagian besar tanaman

musnah. Tanaman bunga cengkih dan buah pala memerlukan modal perbelanjaan yang

tinggi dan hampir keseluruhan diserahan kepada orang-orang Eropah.

5
TEBU

Seberang Perai atau Province Wellesly terkenal sebagai kawasan tanaman tebu pada

awal abad ke-19. Orang-orang Cina memonopoli tanaman gula sejak sebelum tahun

1899 sehingga 1846 apabila kerajaan Kolonial memutuskan untuk membenarkan

kemauskan gula dan rum di Seberang Perai. Ia diusahakan oleh penanam Cina

keturunan Teochew sebelum kehadiran Brtitish. Sebelum tahun 1800, terdapat beberapa

estet tebu kepunyaan orang Cina di Seberang Perai dan terdapat 2000 buruh Cina yang

mengusahakan tanaman di sini. Sebelum tahun 1840, tanaman tebu adalah kegiatan

yang diusahakan secara eksklusif oleh orang Cina. Melalui kemahiran mereka dalam

bidang pengeluara hasil, mereka berjaya menubuhkan ladang gula yang besar di Perak.

Pada tahun 1841, dilaporkan tanah seluas seribu ekar diusahakan dengan tanaman tebu

dan pengeluaran gula setahun adalah antara 10,000-12,000.

Kekayaan yang diperoleh oleh kaum Teochew dari industri gula telah

melahirkan ramai orang kaya dalam kalangan mereka dan ramai yang menjadi

pemimpin komuniti. Antara pengusaha Cina ladang tebu yang terkenal ialah Lee Ghe-

ang dan Khaw Loh Hup. Pada tahun 1870, orang Cina telah meluaskan penanaman tebu

ke Krian, Perak. Ladang gula milik bangsa Eropah diasaskan di Pulau Pinang pada

tahun 1838 dan di Povince Wellesley pada tahun 1840. Pada tahun 1846, 11 estet gula

di Province Wellesly ditubuhkan dan ia telah menarik perhatian pemodal Eropah dan

penanamnya bukan calang-calang kerana mereka adalah penanam tebu berpengalaman

dari negara luar.

Pada tahun 1846, seorang Perancis bernama Joseph Donnadieu juga

mempunyai 4,000 ekar ladang tebu dan dua buah kilang memproses tebu. Seterusnya,

pada tahun 1860, industri tebu di Province Wellesly dikuasai oleh orang Eropah yang

mempunyai modal untuk membeli peralatan moden untuk kilang gula. Pada

6
pertengahan abad ke-19, peladang Eropah dan China telah membuka ladang tebu di

Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an tanaman tebu

diperluaskan ke Perak, terutama di daerah Kerian. Orang Eropah juga telah mendirikan

kilang memproses gula di Perak hingga menyebabkan gula muncul sebagai eksport

penting di negeri Perak sehingga permulaan abad ke-20.

UBI KAYU

Ubi kayu telah menjadi tanaman komersial yang utama pada pertengahan abad ke-19.

Sebelum kemunculan getah, kawasan yang ditanam dengan ubi kayu di Semenanjung

mewakili sepertiga dan tertumpu di Melaka dan Negeri Sembilan. Kaum Cina adalah

penanam utama tanaman ini. Kayu ubi mudah ditanam, serta mengeluarkan hasil dalam

kadar yang singkat dan tiada masalah untuk mengawasi tanaman ini. Ini bermaksud,

penjagaan ubi kayu tidak rumit. Dengan itu, ubi kayu boleh ditanam di mana-mana

sahaja. Malah, penanaman ubi kayu tidak memerlukan buruh yang banyak dan ubi kayu

boleh ditanam dengan jumlah yang kecil.

Kelebihan ubi kayu ialah mudah matang dan boleh mengeluarkan hasil dalam

masa dua tahun. Keadaan ini menyebabkan ia mempunyai pasaran yang tetap di Britain.

Ubi kayu juga adalah tanaman pindah. Orang Cina juga menanam ubi kayu dan

memelihara khinzir dan daun ubi dijadikan makanan binatang ternakan

ini.perkembangan tanaman ubi kayu telah menyumbang kepada perkembangan

penternakan khinzir. Ubi kayu juga telah ditanam secara komersil oleh orang Cina di

Melaka dan diperluaskan ke Negeri Sembilan pada tahun 1880-an. Hasil-hasil ubi kayu

Tanah Melayu telah dieksport ke Britain.

7
KOPI

Sebelum ini, kopi pernah diperkenalkan pada tahun 1808 di Pulau Pinang tetapi tidak

berjaya. Sebelum tahun 1900 lagi, kopi telah menjadi tanaman utama di Semenanjung.

Pada tahun 1870 dan tahun 1880, kopi ditanam secara kecil-kecilan di Selangor dan di

Sungai Ujong. Penanam kopi beria-ria untuk menanam kopi apabila tanaman ini

mendapat harga yang tinggi. Lebih-lebih lagi dengan penghapusan perhambaan di

Brazil yang ketika itu adalah pengeluar utama kopi dunia. Penghapusn perhambaan ini

memberi kesan kepada Brazil dimana hamba tersebut adalah penanam kopi di Brazil.

Akibatnya, penanam kopi berkurangan di Brazil justeru memberi kesempatan yang baik

kepada penanam kopi di Tanah Melayu.

Pada tahun 1890 , kopi mula ditanam secara meluas di Perak. Terdapat dua

jenis tanaman kopi iaitu Kopi Liberia dan Kopi Arabia (kopi Jawa). Pokok kopi Liberia

berketinggian 30 kaki, daunnya lebar, glossy dan berbentuk bujur . Ia sesuai ditanam di

tanah pamah. Sementara kopi Arabia pula berketinggian 20 kaki, daun dan berwarna

perang atau kelabu. Kopi ini hanya sesuai ditanam di tanah tinggi.

Tahun 1905 adalah zaman kegemilangan tanaman kopi apabila 107, 218 pikul

kopi telah dihasilkan dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu khususnya dari negeri

Selangor. Pengusaha utama kopi ialah peladang Eropah yang menggunakan buruh India

dan Jawa. Pengusaha dan penanam yang menanam kopi di Negeri-negeri Melayu

berasal dari Sri Lanka. Mereka ke Tanah Melayu apabila estet mereka diserang

penyakit. Hill dan Rathborne adalah pelopor utama tanaman kopi di Malaya. Pada tahun

1895, sebanyak 38 estet kopi di Selangor telah ditubuhkan

Pada tahun 1896, sebanyak 35,000 ekar ladang kopi milik bangsa Eropah

didapati di Perak. Kerajaan negeri juga menawarkan terma dan syarat pemilikan tanah

yang liberal untuk di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Walaupun kopi diusahakan

untuk tempoh masa yang singkat tetapi ia adalah tanaman pertama yang menerima

8
modal Eropah dalam jumlah yang besar. Kerajaan mula mengadakan satu dasar yang

menyokong sektor pertanian. Melalui dasar tersebut, tanah baru telah dibuka dan jalan-

jalan kecil dibina. Kerajaan turut menggubal dasar untuk menarik penanam berbangsa

Eropah dalam bilangan yang besar. Syarat-syarat pemberian tanah adalah amat liberal

dan kerajaan juga menyediakan pinjaman (2,000 hingga 40,000 dolar kepada penanam

yang berpotensi).

Disamping itu, kerajaan turut menyediakan saluran bagi memperkenalkan buruh

India untuk bekerja di estet. Di Selangor, kerajaan mengecualikan sewa tanah selama 3

tahun untuk menarik penanam kopi. Adalah dianggarkan pelaburan sebanyak $44,000

diperlukan untuk membuka, menanam dan mengekalkan 100 ekar ladang kopi untuk

jangka masa 6 tahun. Pada tahun 1898, jumlah eksport kopi dari Negeri-negeri Melayu

Bersekutu ialah 28,948 pikul dan ia meningkat kepada 44,763 pikul pada tahun 1900.

Kopi adalah satu-satunya tanaman yang ditanam dengan jayanya oleh orang

Eropah. Ini menyebabkan orang Eropah menerima tanah yang besar dan tanah ini

kemudiannya ditanam dengan getah. Tanaman kopi juga diusahakan di Perak, Selangor,

Negeri Sembilan dan Johor. Penglibatan orang Cina dalam pertanian ini telah

menyebabkan kopi menjadi eksport penting Tanah Melayu mulai tahun 1880-an.

Sumbangan Kopi kepada industri perladangan

Penanaman kopi telah menyebabkan wujudnya pengurusan professional dalam proses

penanaman. Jika dilihat, penanaman dahulu tidak mempunyai penanaman secara

terancang dan efisien. Cara penanaman yang lebih terancang diwujudkan dan hal ini

membawa kepada perkembangan tanaman komersial. Maka, dengan tanaman kopi, ia

telah membawa kepada dasar kerajaan dengan penubuhan tabung. Kemunculan kopi

juga telah memajukan pengangkutan. Jalan-jalan untuk pengangkutan dibuka agar

memudahkan kopi dibawa ke kawasan lain.

9
Disamping itu kerajaan turut membina stesen-stesen penyelidikan. Stesen

penyelidikan adalah perlu untuk mengetahui kaedah dan proses penanaman yang betul.

Stesen penyelidikan ini sudah ada di Selangor, di Perak dan pegawai tertentu dilantik

untuk mengkaji di stesen tersebut. Penanaman kopi juga meyumbang kepada

kedatangan buruh. Buruh-buruh telah diimport, khususnya buruh Tamil dan Jawa ke

sebahagian besar Semenanjung. Buruh-buruh ini akan direkruit dan kemudiannya

digunakan untuk industri getah. Buruh-buruh ini juga kebanyakannya terdiri daripada

hamba tebusan dan juga buruh yang bergaji.

Seterusnya, tanaman kopi telah membawa kepada formulasi dasar pertanian

dalam mana kerajaan cuba menubuhkan large scale European agricultural enterprise

yang dianggap fundamental atau asas untuk kemajuan pertanian. Dengan itu, undang-

undang telah digubal bagi meluluskan tanah bersaiz besar untuk tanaman getah. Ciri-ciri

dasar ini ialah syarat pemberian tanah yang mudah, saiz pinjaman yang berpatutan,

langkah-langkah untuk menjaga kebajikan buruh, ia juga telah mengubah estet milik

Eropah; propriety European estate pada tahun 1880-an dan 1890-an kepada syarikat

milik tempatan atau luar negeri. Dengan itu syarikat-syarikat ini memperolehi sumber

kewangan daripada agensi perniagaan untuk membiayai kegiatan perladangan mereka.

Inilah cara yang kemudiannya menjadi cara dalam mana industri getah dimajukan.

Kebanjiran orang Eropah juga membawa kepada penubuhan Kesatuan-

kesatuan Penanam yang memberi kesatuan/perpaduan dalam kalangan pengusaha

Eropah. Kesatuan ini juga mengajar orang Eropah supaya berhati-hati dan jangan

terburu apabila memulakan tanaman getah. Ia telah menjamin perluasan tanaman getah

pada awal abad ke-20. Sesungguhnya apabila getah menggantikan tanaman kopi sudah

ada suatu dasar yang menyokong pertanian

10
FAKTOR PENYUMBANG TANAMAN KOMERSIAL

PERANAN ORANG CINA

Pada abad ke-19, imigrasi orang Cina mula berlaku secara besar-besaran ke Tanah

Melayu. Petani yang datang dari China tidak memiliki sebarang harta kecuali pakaian

yang mereka pakai. Dengan itu, orang-orang Cina memerlukan wang bagi meneruskan

kehidupan mereka dengan melibatkan diri dalam penanaman tanaman komersial.

Hampir keseluruhan tanah Melayu dikerjakan dan diusahakan oleh orang Cina. Sifat

orang Cina yang sukakan kekayaan menjadikan diri mereka kuat berusaha dan bekerja

keras untuk mencari pendapatn. Orang-orang Cina juga hanya akan mengusahakan

tanaman yang menghasilkan tanaman dalam jangka masa yang singkat. Disampin itu

pula, sementara menunggu hasil tanaman, mereka akan mengusahakan tanaman lain

pula. Oleh itu, orang Cina banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan

ekonomi di Tanah Melayu.

GALAKAN KERAJAAN BRITISH

Kerajaan British banyak memberikan galakan dalam penanaman tanaman komersial.

Melalui Peraturan Am Tanah 1897, (General Land Regulation) telah menurunkan

bayaran sewa tanah kepada 10 sen seeker bagi setiap tahun selama 10 tahun. Hanya

pada tahun ke-11 dinaikkan semula ke-50 sen setahun. Kerajaan juga memberi galakan

kepada penanaman tanaman komersial dengan menubuhkan stesen-stesen penyelidikan.

Tugas stesen penyelidikan ialah untuk mengkaji kaedah yang betul tentan penanaman

komersial.

DASAR PERTANIAN

Dalam dasar pertanian, kerajaan cuba menubuhkan large scale European agricultural

Enterprise yang dianggap asas untuk memajukan pertanian. Dasar ini telah menggubal

11
undang-undang yang meluluskan tanah bersaiz besar. Ciri-ciri dasar ini ialah syarat

pemberian tanah yang mudah, saiz pinjaman yang berpatutan, langkah-langkah untuk

menjaga kebajikan buruh dan telah mengubah estet milik Eropah pada 1880-an dan

1890-an kepada syarikat milik tempatan atau luar negeri. Dengan itu, syarikat-syarikat

tempatan memperolehi kewangan daripada agensi perniagaan untuk membiayai

kegiataan perladagan mereka.

KESAN PERKEMBANGAN TANAMAN KOMERSIL

Perkembangan tanaman komersial di Tanah Melayu telah memberikan pelbagai kesan.

Antaranya ialah kemasukan orang-orang cina dari negara China. Orang Cina telah

dibawa masuk oleh kerajaan untuk mengerjakan tanaman komersial di Tanah Melayu.

Hal ini disebabkan sikap orang di Tanah Melayu itu sendiri yang tidak mahu

mengusahakan tanah. Oleh itu, kerajaan terpaksa membawa masuk orang-orang Cina.

Disamping itu, berlaku pertambahan bilangan penduduk ekoran denga kedatangan

orang-orang Cina. Banyak peluang pekerjaan diadaakan khususnya dalam bidang

tanaman komersial. Kerajaan memerlukan banyak pekerja untuk mengusahakan dan

menguruskan tanah mereka. Oleh itu ,banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Perkembangan tanaman komersial juga menyebabkan berlaku pembinaan jalan raya.

Hal ini disebabkan untuk memudahkan sesuatu hasil tanaman itu dipindahkan atau

dibawa ke tempat lain. Perkembangan tanaman komersial juga telah menyebabkan

kemunculan bandar-bandar baru. Bandar-bandar baru dibina ekoran dengan pembukaan

jalan baru yang seterusnya menjadi tapak penempatan penduduk.

KESIMPULAN

Kerajaan British sangat mementingkan kegiatan tanaman komersial bagi

meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu. British telah melakukan pelbagai usaha dan

12
memberi banyak galakan kepada penanam tanaman komersial. British juga melancarkan

dasar-dasar untuk menjaga kepentingan pengusaha tanaman komersial. Perkembangan

tanaman komersial telah berjaya menyumbang pelbagai pembaharuan yang positif di

Tanah Melayuu namun telah memberi kesan dalam kemasukan imigran Cina ke Tanah

Melayu secara beramai-ramai. Kemasukan orang Cina ini telah menyebabkan

pertambahan penduduk dan hampir mengatasi bilangan penduduk asal di Tanah

Melayu.

13

Anda mungkin juga menyukai