Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan dan penjelajahan China.

(25 markah)

PENGENALAN (3 Markah)
 Penjelajahan bermaksud usaha utk mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat
atau daerah. Dilakukan dengan tujuan penyelidikan atau menimba ilmu
pengetahuan.
 Penerokaan merujuk kpd usaha utk mencari sesuatu yg bsru, yakni usaha untuk
meneroka kawasan-kawasan baru.
 Kegiatan penjelajahan dan penerokaan telah dijalankan sejak zaman prasejarah. Pd
abad pertama masihi, orang China mengembara sehingga ke Laut Kaspian,
 Mereka juga mengadakan dgn hubungan dgn Empayar Rom, dan belayar ke Asia
Selatan dan India untuk tujuan perdagangan.

ISI-ISI PENTING

1. Perdagangan
 Kapal-kapal China belayar ke rantau Pasifik sekitar 600-900m untuk mendapatkan
baang tempatan.
 Misi-misi perdagangan dihantar ke kawasan Laut Caspian sekitar abad pertama
Masihi.
 China menghantar ekspedisi secara besar-besaran ke Asia Tenggara, India dan
Afrika di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho

2. Agama
 Rahib-rahib Buddha dari negara China merantau ke benua kecil India untuk
mendalami pengetahuan tentang agama Buddha.
 Antara rahib-rahib Buddha yang mengembara ke India untuk mempelajari ilmu
Buddha ialah Hsuan Tsang, Fa-Hsien dan I-Tsing.
 Rahib-rahib Buddha juga mengumpulkan manuskrip2 agama Buddha untuk dibawa
ke China.

3. Teknologi pelayaran
 Menjelang abad ke-14 M, negara China mencapai keunggulan dalam bidang
pelayaran, khususnya zaman dinasti Ming.
 Orang China berupaya membina kapal besar dan mencipta pelbagai jenis peralatan
yg memudahkan pelayaran.
 Pada tahun 1120 M, orang China mencipta kompas magnetik, sekstan, papan
lindung angin dan ruangan kedap air dalam kapal.
 Semua penemuan alat ini membantu mereka melancarkan ekspedisi pelayaran di
Lautan Pasifik, ke India, Asia Tenggara dan Afrika.

4. Penaklukan
 Pada zaman pemerintahan Kublai Khan, ekspedisi2 ketenteraan dihantar ke Jepun
pada tahun 1274 dan 1281 M, dan ke Jawa pada tahun 1292 M.

5. Hubungan diplomatik
 Pada abad pertama masihi, seorang jeneral bernama Pan Chao dilantik sebagai
wizurai provinsi Kashgar dan berjaya meluaskan pengaruh hingga ke Syria.
 Orang Cina menghantar misi hingga ke Constantinople dan mengadakan hubungan
dengan Empayar Rom.

6. Mencari ilmu pengetahuan

Anda mungkin juga menyukai