Anda di halaman 1dari 3

1.

3 Teori Kadatangan Islam dari China

Menurut catatan sejarah, Islam mula muncul di Negara China semasa Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 tahun masihi. Bandar Canton dan Amoy merupakan pusat pedagangan utama dan menjadi tempat tumpuan utama pendakwa-pendakwa Islam. (Azhar, 2000:256). Terdapat beberapa teori dan sejarahwan yang menyokong kedatangan Islam dari China. Menurut Prof. S.Q.Fatimi, China pada 876 Masihi dikatakan pemberontakan yang berlaku yang mengorbankan 100,000-150,000 orang Islam. Peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Pelambang. Dalam catatan sejarah Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah melalui Lautan China Selatan, agama Islam ini dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977 Masihi.

Menurut Abdullah Ishak

(1990), bukti kedatangan Islam dari China boleh

dilihat menerusi hubungan perdagangan antara pedagang Arab-Islam dengan negara China.

Sarjana tempatan dan sarjana barat menyokong agama Islam datang dari China, antara bukti adalah batu bersurat di Terengganu. Memandangkan Terengganu terletak di pantai timur Tanah Melayu, maka agama Islam di Tanah Melayu bermula dari arah Timur Tanah Melayu.

Gambar sebelah menunjukan Batu Bersurat Terengganu di Sungai Tersat, Kuala Berang. (Dipetikan Belajar Sejarah SPM)

Menurut Laporan orang-orang China Islam, orang Arab-Islam telah datang ke negara China sejak zaman pemerintahan Maharaja Tai Shiung dari Dinasti Tang (627-650M).

1.3.1 Bukti-bukti atau sokongan kedatangan Islam dari China 1.3.1.1 Hubungan Perdagangan Perdagangan Arab-China sudah lama wujud, para pedagang China akan keluar mengembara dengan kapal ke negara-negara asing yang menjadi pusat perdagangan. Pada zaman tersebut, Alam Melayu merupakan suatu tempat strategik kerana merupakan tempat laluan kapal-kapal yang sering berulang-ulik dari timur dan barat. Di samping itu, keperibadian perdagang yang tinggi telah menarik minat masyarakat setempat untuk mendalami agama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam. Menurut Dr Abdul Jalil Hassan, dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua 1225 masihi terdapat negari Islam yang disebut sebagai Fo-Lo-An iaitu Kuala Berang, Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab. Selain itu, terdapat batu bersurat yang menunjukkan kedatangan Islam dari China. Dalam konteks sejarah Malaysia, teori kedatangan Islam dari China ini dapat dilihat dengan barang-barang sejarah di Terengganu. Antara keistimewaan para pedagang dari China bertumpu di Terengganu adalah dari segi jalan laut di Terengganu. Terengganu terletak di kawasan jalan laut yang menjadi laluan perdagangan mereka. Dari segi geografi pula, kedudukan Kuala Berang di tiga Kuala sungai amat strategik untuk dijadikan pusat kegiatan perdagangan. 1.3.1.2 Penghijrahan akibat persengketaan Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, pemberontakan di Canton, China pada 877 masihi yang mengorbankan banyak nyawa kira-kira 120,000 hingga 200,000 perdagang yang kebanyakannya beragama Islam Arab dan Parsi. Untuk menyelamatkan diri, mereka telah berhijrah dari Canton dan ke tempat yang lebih selamat. Ada di antara mereka yang berjaya berhijrah ke Kalah (nama lama Kedah). Peistiwa berdarah ini berlaku pada tahun 878 Masihi, zaman Maharaja His Tsung. Pada zaman akhir Dinasti Tang (618-905 M) berlaku saru pemberontakan lain di wilayah Yang Chow, mengakibatkan seramai 5000 orang rakyat asing dibunuh. Selain pemberontakan di Canton, penghijrahan orang Islam juga disebabkan oleh serangan oleh kerajaan asing yang menakluki sesuatu kawasan atau kerajaan yang membenci Islam. Penganut Syiah Alawiyah dari Damsyik telah melarikan diri dari negara asal hingga ke Champa akibat tekanan oleh kerajaan Islam pada masa itu telah menlahirkan suatu masyarakat yang kemudiannya dikenali sebagai Bani Champa (1000-1471 M). Walau bagaimanapun, kewujudan mereka di Champa tidak kekal lama apabila kerajaan Annam menyerang mereka yang memaksa mereka melarikan diri sekali lagi. Kali ini mereka berjaya tiba ke Acheh. Maka, dengan itu, Islam berkembang di Acheh dan negeri-negeri sekitarnya.

Peristiwa itu menjadikan orang-orang Arab-Islam melarikan diri bagi kali keduanya berlindung di daerah-daerah Nusantara. Kedantangan mereka bagi tujuan mencari perlindungan dan mengembangkan agama Islam di rantau ini. 1.3.1.3 Bukti-bukti Inskripsi Sebuah batu nisan yang dikatakan seorang wali Allah keturunan Arab, bertarikh 419H/1028M yang dijumpai di Pekan,Pahang. Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702H/1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh. Antara kandungan pada batu bersurat itu ialah Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke tas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah. Lebih-lebih lagi terdapat dalam catatan Dinasti Sung (960-1260 M) bahawa kedatangan Islam ke Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagangpedagang Islam dari Tiongkok di awal tahun 977 M. (SQ Fatimi). Bagi menguatkan lagi penyataan teori tersebut, Winsted telah mengesahkan tentang wujudnya persamaan mengenai cerita-cerita rakyat di Tanah Melayu. 1.3.1.4 Perkembangan melalui Diplomatik Sumber-sumber dari China mencatatkan bahawa terdapat saru uttusan dari negara Islam Nusantara yang dikenali sebagai Po-ni pada tahun 977 M dan diketuai oleh Pu-A-Li. Dua orang pengkaji sejarah iaiti, Hirth dan Rockhill percaya bahawa utusan diraja yang dimaksudkan itu ialah Abu Ali dari Brunei. Dalam buku The History of Yuan Dynasty menyebut tentang kedatangan Hassan dan Sulaiman dari Su-Mu-Ta (Samudra) yang menghadap Raja China pada tahun 1282. Bukti-bukti tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara telah menerima Islam dalam tempoh yang awal daripada tarikh pengislaman Melaka kerana hasil hubungan rapat dengan China. Bukti-bukti lain yang menunjukkan agama Islam di sini ada hubungannya dengan China ialah wujudnya hubungan yang erat antara negeri China dengan beberapa buah negeri Nusantara ini. Menurut Ensaiklopedia Islam (hal 261-462), dikatakan bahawa catatan China mengatakan semenjak kurun ke-7M. Pendudukpenduduk China memanggil penganut agama Islam di Nusantara sebagai Tachi (Tashi).

Anda mungkin juga menyukai