Anda di halaman 1dari 3

Ko Tai Yun Oh Hui En Wong Ting Ting

PISMP PJ Amb Jan 2014 (A)

WAJ 3101 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Toeri Kedatangan Islam: 1. Islam dibawa dari India: Golongan orientalis Barat seperti Snouck Hugronjie, B. Harrison, Arnold dan Weirtheim mengaitkan kedatangan Islam ke alam Melayu dengan India berdasarkan berlakunya hubungan perniagaan dan kebudayaan antara masyarakat Nusantara dengan pedagang-pedagang India Muslim di sekitar abad ke-13 Masihi. Pada masa yang sama juga ada orientalis Barat seperti Mosquette berpendapat bahawa Islam datang dari daerah Gujerat. Ini adalah berdasarkan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428 Masihi dan di Gerisik bertarikh 1419 Masihi mempunyai persamaan dengan yang terdapat di Gujerat. Tetapi bukti tersebut bercanggah dengan fakta sejarah iaitu kesultanan Pasai sebenarnya telah menerima Islam pada tahun 1042 Masihi lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi, iaitu tahun 1301 Masihi. Thomas Arnold berpendapat Islam dibawa oleh pedagang India Muslim dari Banggala atau Malabar. Hujahnya ialah pegangan mazhab Syafie penduduk di daerah-daerah ini adalah sama dengan pegangan penduduk di Nusantara. Sedangkan mazhab di Gujerat ialah mazhab Hanafi. Teori ini disokong oleh Harrison atas alasan persamaan mazhab. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sejarah tidak dapat menerima hujah ini sebagai satu fakta yang kukuh. Ini jelas sekali memandangkan mereka yang mendukung teori Islam dibawa dari India cenderung mengatakan Islam tiba Nusantara pada abad ke-13 Masihi sedangkan Islam sebenarnya telah bertapak di ranau alam Melayu semenjak abad ke-7 Masihi. 2. Islam dibawa dari China dan Champa: Teori ini berdasarkan laporan orang China Islam bahawa orang Arab Islam telah datang ke China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang (627-650 Masihi). Hal ini dikatakan bahawa Rasulullah SAW telah mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi Kabsyah. Beliau akhirnya meninggal dunia di Canton serta dikuburkan di situ. Seterusnya, Khalifah Uthman Ibn Affan mengutuskan Saad bin Abi Waqqas. Beliaulah

yang telah mengataskan sebuah masjid di Canton yang diberi nama Wan Shin-zi (masjid kenangan Nabi). Pada tahun 878 Masihi, tercetus satu pemberontakan besar di Canton yang dikaitkan dengan rasa tidak senang hati dengan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China. Akibatnya seramai 100 000 orang asing terbunuh dan sebahagian besarnya ialah orang Arab. Keadaan ini telah mendorong orang Arab Islam yang berada di Canton mencari perlindungan di Nusantara di samping memperkenalkan Islam. Hubungan erat antara Islam dengan China terjalin apabila Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Bani Abbasiyah telah menghantar 10 000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk membantu Maharaja Hsnan Tsung (755 M) mengalahkan pemberontakan menentangnya. Kesannya, kerajaan China memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang Islam di sana. Begitu juga dengan daerah Champa yang dapat dibuktikan kewujudan Islam melalui batu nisan yang bertulis khat kufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 Masihi dan 1039 Masihi. Pada tugu itu terdapat catatan yang berkait dengan hukum-hukum Islam. Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganun juga boleh memperkukuhkan teori yang menyatakan Islam di bawah dari China dan Champa. Antara sarjana yang menyokong teori ini ialah S.Q. Fatimi dan R.O. Winstedt. 3. Islam dibawa dari Arab: Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutamanya sejarawan tempatan. Bukti pertapakan yang jelas pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum tahun 1883 Masihi lagi. Pendapat bahawa Islam dibawa dari Arab ini telah dipertahankan oleh sarjana tempatan, iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas serta disokong juga oleh Prof. Dr. Hamka. Terdapat beberapa hujah yang dikemukakan untuk menyokong teori ini. Antaranya ialah pengaruh Asia Barat dalam tulisan Jawi, yang mana tulisan Kawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruh Arab. Cuma berlaku beberapa penambahan huruf sahaja, iaitu yang tiada dalam huruf Arab. Ada pendapat mengatakan penambahan huruf-huruf seperti ga, cha, dari pengaruh Parsi sementara huruf nga, pa dan nya ialah huruf tempatan yang diubahsuai daripada huruf Arab untuk memenuhi keperluan tempatan. Selain itu, cara tatabacaan al-Quran di Nusantara sama dengan cara tatabacaan di Asia Barat atau Timur Tengah. Maksudnya, cara tatabacaan tidak mirip pada bacaan ala penganut Islam di India mahupun China.

Bukti daripada catatan sejarah juga jelas menyatakan pengislaman raja-raja di alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah. Contohnya Maharaja Derbar II yang memerintah Kedah pada 1136 Masihi telah memeluk Islam daripada Syeikh Abdullah b. Syeikh Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baharu Sultan Muzaffar Shah. Negeri Kedah pula digelarkan dengan Darul Aman. Parameswara (1414) pula memeluk Islam daripada Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah serta menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah. Di samping itu, pengaruh Arab dalam perkataan-perkataan Melayu seperti Kitab, Surat, Kertas, ilmu, serta nama-nama orang Melayu yang berunsurkan kearaban seperti penggunaan Bin dan Binti juga menunjukkan pengaruh Islam bersifat Islam Arab. Pengaruh juga terdapat dalam sukatan pengajian agama tradisional yang menunjukkan unsur-unsur pengaruh di Timur Tengah seperti penghuraian akidah, aliran mazhab, tasawuf dan tarekat. Para pedagang Arab yang berdagang di alam Melayu melalui pelabuhan Yaman. Pelabuhan Hadhramaut menjadi tempat persinggahan para pedagang seluruh dunia termasuklah para pedagang Melayu. Antara barangan dagangan pedagang Melayu ialah rempah ratus dan kapur barus. Perkara ini telah dicatatkan dalam al-Quran. Tambahan pula, bahasa Melayu turut menerima pengaruh perbendaharaan kata dan tatabahasa Arab. Contohnya perkataan fakir, syukur, sahabat, kertas, dakwat, sultan, soleh dan sebagainya berasal daripada perbendaharaan kata bahasa Arab. Selain itu, boleh dikatakan hampir semua catatan sejarah menonjolkan pengislaman para pemerintah di alam Melayu (daripada Institusi Kesultanan Melayu Melaka hingga Institusi Kesultanan Melayu Sulu) telah dilakukan oleh para pedagang Arab atau duat berbangsa Arab. Menurut C.A Manjul, perkembangan Islam di alam Melayu pada peringkat awal walaupun datangnya dari India, namun masih dilakukan oleh para pedagang Arab. Lebih daripada itu, tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatangan Islam di alam Melayu ini dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun China. Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian turut melakukan dakwah Islamiyah ke atas kerajaan Srivijaya. Pada zaman Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (717-720 M), pemerintah Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Srindavarman telah memeluk agama Islanm. Srivijaya telah dinamakan sebagai Sribuza Islam. Pada tahun 800 Masihi, satu armada dakwah Islamiyah zaman Khalifah Makmun (Abbasiyah) yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah dan lebih 100 orang Muslim telah sampai ke Perak, Sumatera (Nusantara). Kedatangan mereka ini secara tidak langsung membuktikan kedatang Islam ke Melayu dari Arab. Kajian (Muzaffar, 2001) tentang salasilah kebanyakan raja-raja Melayu seperti Brunei, Pontianak, Acheh, Perlis, Patani, Champa, Pahang, Terengganu, Johor mendapati bahawa mereka berketurunan Ahl al-Baryt.

Anda mungkin juga menyukai