Anda di halaman 1dari 4

Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu.

Terdapat 3 teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu dari
Tanah Arab, China dan negara India.

Islam datang dari Tanah Arab.
Teori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh John Crawford, seorang
sejarawan Barat dan juga Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang
intelektual tempatan telah menyokong pendapat John Crawford. Teori ini
mendapat sokongan ramai pada masa kini. Kedatangan Islam ke Alam Melayu
dipercayai bermula sejak abad 7 Masihi dengan melalui 3 tahap iaitu
persinggahan dan pertapakan secara meluas. Menurut John Crawford, Islam
berkembang ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan. Mengikut catatan
China, orang Arab dan Parsi mempunyai perniagaan dan petempatan di Canton
atau Amoy sejak tahun 300 Masihi. Pedagang Arab menguasai perdagangan
laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China sejak awal lagi. Dalam
perjalanan ke China, pedagang Arab ini akan singgah di pelabuhan utama Asia
Tenggara terutamanya pelabuhan di Selat Melaka. Semasa persinggahan
mereka telahmenyebar Islam kepada penduduk tempatan.

Di Tanah Melayu, terdapat bukti-bukti bahawa Islam adalah datang dari
Tanah Arab. Contohnya, Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun
diislamkan pada tahun 531H/ 1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Shiekh Ahmad
al-Qaumiri al-Yumani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman
(Abdullah Ishak, 1990:60).

Menurut catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di
Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui pada tahun 650 M
bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang
datang ke Sumatera pada abad ke-7 M (Abdullah Ishak, 1900:35). S.M. Naquib
al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Malayu Islam dengan
istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab
atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001:165).

Hubungan perdagangan telah pun terjalin antara Alam Melayu dengan
Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas
kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan
termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting.
Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan
seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.


Islam datang dari India
Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, R.A. Kern dan Snouk
Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan
penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga
berpendapat ramain pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri
daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan
perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah
berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B.
Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan
kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat
dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah
Ishak, 1990:61). Selain itu, Snouck Hurgronje mengatakan bahawa: "Seolah
sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India
turut mengambil bahagian lalu lintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka
itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara, dan teorinya disokong
oleh kebanyakan orientalis seperti R.O.Winstedt, B. Harrison

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul
Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa
dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-
dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987: 253). Walau bagaimanapun, sarjana-
sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan
batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

Islam datang dari China.

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan
Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 M dan Canton menjadi kawasan tumpuan
utama para pendakwah islam (Azhar, 2000: 256). Terdapat beberapa teori yang
turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia
mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan
pada kurun ke-9 M. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala
Berang, terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh,
T.t: 72).

Pada tahun 878 M, pemberontakan di Canton yang menyebabkan
seramai 100000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan
ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam
masa yang sama catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan
Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa
oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977 (Azhar Hj. Mad Aros,
2000: 256).

Terdapat dua inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah ahli
sejarah mengenai kedatangan Islam di bawa dari daerah tersebut. Terdapat
sebuah batu nisan yang bertulis "Khat Kufi" bertarikh 1039 Masihi sudah sebuah
Monumen "tugu bertarikh 1025 Masihi. Dalam monumen tersebut terdapat
catatan yang berhubung dengan hukum-hukum Islam. Batu Bersurat
Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 Hijrah atau 1303
Masihi juga dikatakan bukti yang kukuh. Antara kandungan pada batu bersurat
itu ialah ayat Al-Quran dan arahan-arahan yang dikenakan ke atas orang Islam
supaya mematuhi hukum Allah.

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan
perdagangan anatar orang-orang arab dengan China yang dikatakan telah
berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-
barang dagangan seperti mmtiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan
antara Arab dengan China secara tidak langsung menwujudkan hubungan
antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China
Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telah pun datang ke negara China
semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai tsung dari Dinasti Tang (627-650M)
(Abdullah Ishak, 1990: 65). Kisah perdagangan antara saudagar Oman dengan
saudagar China di Kedah tercatat dalam karangan seorang pelaut Arab yang
bernama Sulaiman di dalam kitabnya Akhbar-Al-Sinwal-Hind (851 M).
Di dalamnya tercatat nama-nama orang Cina seperti Ramni (Lamiri), Barus
(Fansur). Di samping itu, Ibn Khordadheh juga ada menyebut nama-nama
pelabuhan yang dinyatakan di atas dalam kitabnya yang berjudul Kitab Al-
Masalik Wal-Mamalik.

Anda mungkin juga menyukai