Anda di halaman 1dari 4

WAJ 3101: TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

Teori-teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu.


Terdapat 3 teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara, termasuklah Tamadun Melayu, iaitu dari Tanah Arab, China dan negara India. Masyarakat di rantau ini menganut agama Hindu dan Buddha sebelum kedatangan Islam. Di Tanah Melayu, terdapat bukti-bukti bahawa Islam adalah datang dari Tanah Arab. Contohnya, Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531H/ 1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Shiekh Ahmad al-Qaumiri alYumani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990:60). Menurut catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 M (Abdullah Ishak, 1900:35). Perkampungan ini penting kerana ia menyediakan tapak untuk berdagang, berfungsi sebagai tempat mengumpul barang jualan dan tempat membeli barang-barang mewah yang datang dari tempat-tempat lain. Oleh sebab ada orang Arab di perkampungan ini berkahwin dengan wanita tempatan, maka, wujudlah tapak yang kukuh untuk mereka menjalankan perniagaan dan menyebarkan agama Islam. S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Malayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya. Hujah-hujah S.M. Naquib al-Attas termasuklah wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab, dan adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab. Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu juga menyebabkan penyebaran Islam berlaku. Semasa menunggu pertukaran angin monsun, pedagang Arab akan berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai murni Islam yang diamalkan oleh

famchiewgiekppgsn1611

para pendakwah dan pedagang Islam menarik minat orang tempatan untuk mempelajari agama Islam secara mendalam. Untuk hujah agama Islam datang dari India pula, para sarjana seperti Morison Harison, R.A. Kern dan Snouk Hurgronje. Mereka berpendapat bahawa bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Menerusi kegiatan perdagangan, pedagang Islam telah menyebar Islam kepada pedagang dan masyarakat tempatan. Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut. Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya. Pada peringkat awal, penyebaran Islam disebarkan terhad di kawasan pelabuhan dan dalam kalangan pedagang. Penyebaran Islam kemudiannya dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Mereka juga berpendapat banyak pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 M dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 M. Dalam masa yang sama catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977 M. S.Q Fatimi pula mengemukakan bukti bahawa terdapat berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Conton atau Amoy ke
famchiewgiekppgsn1611

Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M. Pada tahun 878 M, pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100,000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Walaupun asal usul Batu Bersurat Terengganu ini masih belum diketahui, namun yang pasti di Terengganu sudah wujud sebuah kerajaan tua yang juga bergantung pada perdagangan. Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan anatar orang-orang arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung menwujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai tsung dari Dinasti Pang (627-650M). Pendapat yang mengatakan Islam datang dari China diperkukuhkan lagi dengan terdpatnya persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina di masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan di Pulau Jawa. Di Melaka, unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan bentuk bumbung rumah ibadat China (pagoda), iaitu bahagian hujung perabung atapnya kelihatan melentik. Di samping itu, terdapat pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid. Begitu juga pada jubin lantai, dinding, tangga dan kolam air di masjid.

famchiewgiekppgsn1611

Rumusan/ Ringkasan: Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu. Kedatangan Islam telah menyebabkan berlakunya proses Islamisasi di Tamadun Melayu. Terdapat 3 teori utama yang menjelaskan tentang kedatangan Islam ke Tamadun Melayu, atau Asia Tenggara khasnya, iaitu dari Semenanjung Tanah Arab, India, dan China. Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab dipelopori oleh John Crowford, Hamka, S. Naquib al-Attas, dan sebagainya. Bagi teori kedatangan Islam dari India pula dibincangkan oleh Morison Harion dan Snouck Hurgronje, sementara teori kedatangan Islam dari China pula diasaskan oleh S.Q. Fatimi, Emanuel Eredia dan Paul Wheatley. Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Kedatangan Islam telah membawa perubahan besar kepada mesyarakat selepas itu.

Bibliografi Arif, S., Noor, A. R. M., Sulaiman, N., Hassan, M. A. & Rawi, A. H. M. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Builder, T. (2010, Disember 1). Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu . Didapatkan Februari 19, 2011, daripada http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/teori-kedatangan-islam-dalamtamadun.html Yew, C. W., Iqmal, W. & Chin, R. S. Maria. (2007). Total Pro SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

famchiewgiekppgsn1611

Anda mungkin juga menyukai