Anda di halaman 1dari 3

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme.


Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan
menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan
ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan
Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati
bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi.
Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan
pendakwah dari Asia Barat ke negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat
berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di
persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama
Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco
Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah
pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usahausaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.
Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu
(Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah
sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China
antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk
Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di
sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi,
agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan
mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di
Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti
oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka
yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosiobudaya dan politik berterusan. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang
Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya
Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu &
Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana
orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum
dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran
dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana
kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak
mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
Terdapat beberapa teori tentang kedatangan Islam ke Tamadun Melayu. Antaranya
adalah bahawa kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi, kedatangan Islam dari India dan
kedatangan Islam dari China.
Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya
Islam lagi . Tetapi akitiviti perdagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah
Melayu pada abad ke-7 Masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal, masyarakat
Melayu selesa dengan agama Islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi

pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah
mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang
dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan
Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang
ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya
strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang
menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk
berdagang . Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan
menyebarkan Islam. Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara
iaitu di Ta Shih. Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah
dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah pengaruh
daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab, kebanyakkan ulama-ulama yang
datang ke perantauan ini adalah dari Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana
Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi, istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu
'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan, dan juga terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka
yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara.
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650
Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah
Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada
tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan
120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan
menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta
Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun
977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi,
peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali
sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan
perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan
peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa
berdagang di sana.
S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang
berikut pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang
berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara, penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun
1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu, pada tahun 1953, di Kampung
Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang
mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M, seni bina di China dengan
seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa
didapati mempunyai unsur yang sama, penggunaan warna merah dan kuning pada kayu
kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan
pengaruh atap genting China.
Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis
barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan
daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal
dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah
Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain
itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat Melayu

sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari
negara India.
Snouck Hurgronje merupakan sejarawan Belanda. Beliau telah mengemukakan sejak
abad ke-13 lagi. Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah
Gujerat dan Pantai Koromandel . Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut. pedagang
India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia
Tenggara. Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India. Selain
itu, batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu
nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam dan juga sejak dahulu lagi, unsur
kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai