Anda di halaman 1dari 2

Kegemilangan Eropah semasa Empayar Rom dan Empayar Greek

Tamadun Greek berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya


yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Yunani, nama rasminya Republik
Hellenik dalam Bahasa Yunani dahulu dan kini dikenali dengan nama Yunani. Tamadun
Yunani merupakan antara salah satu tamadun yang paling berjaya di dalam tamadun
manusia sebelum di tawan oleh empayar Rome pada 146 SM. Selain itu juga, ia merupakan
salah satu tamadun yang tertua. Negara ini dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat.
Yunani juga mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.
Tamadun Greek bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali
sebagai negara kota atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah
kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M. Terdapat banyak negara kota
pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh
kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.Walaupun
terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan
Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean.
Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut
memiliki beberapa tuhan. Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu,
walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negara kota tersebut.
Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja . Raja
dibantu konsul. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Peranan raja sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama merosot apabila kuasa
konsul semakin kuat. Sistem ini telah melahirkan sistem raja yang dipilih tetapi kuasa amat
terhad. Pemerintahan dikuasai oleh konsul yang kaya dan sistem pemerintahan beberapa
orang konsul dinamakan oligarki. Dalam sistem ini, daripada kalangan konsul ini lahir pula
golongan aristokrat yang kuat dan ia memiliki kuasa besar yang telah dinamakan aristokrasi
(golongan bangsawan yang kaya).
Akibat tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan aristokrasi, muncul golongan
yang menuntut hak dan menyebabkan rampasan kuasa maka terbentuk pula pemerintahan
tirani (pemerintahan zalim dengan kuasa digunakan sewenang-wenangnya) oleh diktator
(pemerintah berkuasa mutlak). Diktator ialah daripada golongan kaya atau tentera.

Rampasan kuasa disokong oleh rakyat biasa tetapi ditentang oleh golongan aristokrat. Inilah
yang melahirkan sistem demokrasi.
Berbeza pula ciri-ciri pemerintahan tentera di Sparta, sistem pertahanan diberi
perhatian kepada anak lelaki. Mereka dilatih dari awal menjadi askar yang baik. Dengan
latihan yang baik, barulah mereka berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat
patriotik yang tinggi dan handal.

Seterusnya, Empayar Rom merupakan fasa tamadun Rom kuno yang disifatkan oleh
sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan
dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara
Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus
senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi
semula dengan kawan-kawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan
kemudian,

oleh

penyokong-penyokong

Pemerintahan

Bertiga

Kedua.

Pada

akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai Augustus) menewaskan pesaingnya, Mark


Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula
Republik Rom menjadi Empayar Rom.

Secara tradisi, keakhiran Empayar Rom ditetapkan pada 4 September 476 ketika
Empayar Rom Barat jatuh kepada penyerang-penyerang Germanik. Bagaimanapun,
pandangan ini mengabaikan dan gagal untuk mengakui Empayar Rom Timur (dikenali
secara meluas sebagai Empayar Byzantine) yang melindungi undang-undang dan budaya
Rom. Didasarkan pada tradisi-tradisi undang-undang dan kebudayaan Rom, Empayar Rom
amat dipengaruhi oleh budaya dan bahasa Yunani, dan telah mengembangkan sifat
tersendiri yang dapat dikekalkan, malahan berkembang maju, selama seribu tahun lagi.
Pada akhirnya, Empayar Rom ditakluk olehEmpayar Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1453.
Dari masa Augustus sehingga Kejatuhan Empayar Barat, Rom mendominasikan Eurasia
Barat, dan terdiri daripada melebihi separuh bilangan penduduknya. Pengaruh-pengaruh
budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera, dan seni bina Rom terhadap
tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai