Anda di halaman 1dari 29

BAB 1 :

1.1 PENGENALAN
Kajian pascakolonial melihat bahawa kesusasteraan Komanwel ini penting diketahui untuk
memahami punca-punca kelahiran wacana pascakolonial. Pascakolonial lahir berikutan
keinginan warga tanah jajahan menolak peranan kesusasteraan Komenwel sebagai alat
penerusan dominasi kolonial dalam wacana kolonial dahulu, Selain itu, kesusasteraan
Komanwel ini tidak meluas cakupannya kerana hanya merujuk kepada negara-negara bekas
tanah jajahan Inggeris. Meskipun kesusasteraan Komanwel sudah pun menggambarkan
tentang karya arus perdana dan karya pinggiran, namun karya-karya yang digambarkan itu
hanyalah yang lahir dinegara-negara bekas tanah jajahan Inggeris. Oleh itu, Wacana
pascakolonial lahir dengan cakupan yang lebih luas dan lengkap kerana turut merangkumi
negara-negara yang dijajahi oleh kuasa penjajah yang lain juga. Mishra dan Hodge
(1994:276) yang membezakan kesusasteraan Komanwel dengan kesusasteraan pascakolonial.
Istilah ini yang kemudiannya membentuk sejenis wacana dan korpus kesusasteraan,
hanya mulai dikenali umum dan digunakan secara meluas pada tahun 1980-an, iaitu sesudah
Ashcroft menggunakannya melalui sepotong frasa iaitu post-colonial field di dalam
bukunya The Empire Writes Back. Namun, istilah ini sebenarnya wujud lebih awal lagi, iaitu
dalam kamus Oxford English Dictionary pada 12 Disember 1959. Timbul debat dan kritik
yang sengit dan berpanjangan tentang pengertian istilah tersebut. Ini kerana beberapa orang
sarjana melahirkan rasa kurang senang terhadap kekeliruan makna yang timbul daripada
perkataan pasca pada bahagian hadapan perkataan kolonial itu. Kekeliruan makna ini
terjadi kerana beberapa sebab.
Kekeliruan timbul berkaitan istilah pascakolonial ini kerana wujudnya corak penjajahan
yang berbeza di antara negara-negara bekas tanah jajahan yang ditadbir oleh penerokapeneroka yang berasal dari negara penjajah. (settler colonies) dengan negara-negara yang
ditadbir sendiri oleh anak watan tanah jajahan (non settler colonies). Penggunaan istilah
pascakolonial ini mendapat bantahan daripada golongan Marxis yang menganggap ia
mengelirukan, tidak kena pada tempat bahkan tidak mencerminkan realiti sebenar (Sohaimi
Abdul Aziz. 1995:336). Kekeliruan tentang definisi pascakolonial juga timbul disebabkan
1

bidang ini turut merangkumi pemikiran feminism, iaitu suatu pemikiran baru tentang dunia
wanita. Pemikiran ini sentiasa mempersoalkan penguasaan dunia ilmu berkaitan wanta yang
sering diwarnai dan dimonopoli oleh fikiran dan pandangan lelaki (Umar Junus ,1998:6;
Smith dan Watsom, 1992;Sayers, 1991).
Dalam bidang kesusasteraan, sejak penghujung tahun 1970-an lagi, istilah
pascakolonial digunakan untuk merujuk kepada suatu wacana yang membicarakan
pertembungan konsep dan pemikiran pertentangan-pertentangan yang timbul daripadanya,
serta kesan-kesannya ke atas budaya anak watan, selaku impak daripada era dan proses
penjajahan barat. Dalam sesetengah teks wujud sengkang yang memisahkan perkataan
pasca dengan kolonial. Menurut Boehmar (1995:3), pascakolonial (tanpa sengkeng)
sebenarnya

digunakan

untuk

merujuk

kepada

karya-karya

kesusasteraan

yang

memperlihatkan pengalaman penyingkiran dan perbezaan budaya yang dilalui oleh anak
watan sewaktu masih berada di bawah pemerintahan kolonial. Pendapat ini juga sama dengan
pendapat Mishra dan Hodge (1994:284).
Menurut mereka, pascakolonialisme (tanpa sengkang) menggambarkan kecenderungan
yang sentiasa wujud dalam karya-karya kesusasteraan hasil proses penjajahan kerana yang
mewarnainya adalah dominasi budaya secara paksaan oleh suatu struktur kuasa pemerintah
penjajah. Justeru pascakolonial sering digambarkan secara underside , atau dalam sisi yang
berbeza daripada pandangan utama yang wujud dalam pascakolonial (dalam sengkang).

1.2 OBJEKTIF TEORI PASCAKOLONIAL


Setiap teori mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif ini sama juga dengan tujuan. Iaitu
tujuan penulisan teori ini. Objektif teori ini ialah pascakolonial ialah satu projek ilmiah
bersifat disiplin yang telah meletakkan sebagai agenda akademiknya rangkaian tindakan yang
berikut: mengingat kembali lau mengunjungi semula dan mepersoalkan dan meneliti
pengalaman penjajahan setiap negara pascakolonial. Tujuannya adalah untuk mendedahkan
dan menghuraikan betapa mendalamnya pengaruh penjajahan terhadap dunia mental, social,
dan fizikal negara, masyarakat serta budaya yang pernah dijajah, sama ada dari sudut objektif
ataupun subjektif, secara kritis.
Teori ini mampu membawa semula, sesiapa sahaja (baik negara, kelompok social,
mahupun individu), ke ruang kolonial yang boleh mendedahkan hubungan dialektik, persis
pahit manis, dan madu dan racun semata-mata untuk menunjukkan kejelakan perbuatan
mereka yang menjajah dan kesannya terhadap mereka yang dijajah, di samping melihat
bagaimana penjajah pula turut dikesani dan berubah akibat dipengaruhi oleh mereka yang
dijajah. Yang ingin ditunjukkan juga ialah bahawa yang dijajah juga mampu menentang
penjajah, dengan cara mereka sendiri, tetapi sering tidak terpampang jelas, seperti tindakan
perang fizikal yang dilakukan oleh penjajah.
Teori ini memaparkan fakta bahawa yang dijajah bukan sahaja ruang fizikal yang
bersifat wilayah, yakin permpasan segala yang terkandung diperut bumi negara yang dijajah
dalam pelbagai bentuk khazanah dan kekayaan alam semula jadi, bahkan yang turut ditakluki
ialah ruang epistemologi, yang terhimpun di dalamnya kepautakaan gemilang ilmu, minda,
dan tamadun sesebuah masyrakat. Ertinya, apabila ruang fizikal dikuasai dan dieksploitasi
untuk kepentingan penjajah, seiring ruang epistemology pun turut dirungkai oleh penjajah,
lalu digubah secocok dengan keperluan fizikal tersebut. Dalam proses ini, sejarah dan
struktur social serta sistem pemikiran masyarakat yang dijajah mengalami perubahan yang
cukup radikal sehingga meninggalkan kesan sebati yang mendalam dalam jiwa dan peri laku
yang dijajah.

1.3 KAEDAH TEORI YANG DIGUNAKAN


3

Teori pascakolonial dan bidang kajian pascakolonial tumbuh daripada uasaha untuk
menghuraikan dan memahami satu prose s penting dalam pengalaman sejarah negara bekas
tanah jajahan, iaitu proses penting dalam pengalaman sejarah negara bekas tanah jajahan,
iaitu proses kebijajahan atau pengungkaian penjajahan (decolonization). Proses ini mendapat
perhatian banyak pihak dan dua yang terpenting ialah kumpulan ahli politik dan para
akademik. Kalau kumpulan ahli politik melihat prosese ini sebagai sesuatu yang bersifat
public advocacy, iaitu sebagai suatu fenomena yang mengesahkan dan mengubah kehidupan
social dalam sesebuah masyarakat, bagi ahli akademik pula, proses ini menjadi sasaran
kupasan ilmiah. Yang dikupas oleh ahli akademik bukan hanya proses tersebut, tetapi juga
manusia yang terlibat di dalamnya, sama ada yang menjajah dan yang dijajah, termasuk
politik.
Ada satu aspek dalam proses kebijajahan yang mendapat perhatian utama para akademik
yang akhirnya mengukir suatu bidang kajian dan rangkaian teori yang dikenali sebagai kajian
pascakolonial ataupun pascakolonialisme. Aspek yang dimaksudkan itu ialah fenomena yang
dikenali sebagai amnesia pascakolonial, sesuatu yang mengungkapkan keinginan besar setiap
negara bekas dijajah untuk melupakan, malah menidakkan pengalaman penjajahannya,
seperti mahu memutuskan langsung hubungan sejarahnya itu. Pada asasnya, amnesia
pascakolonial didorong dan digerakkan oleh keinginan yang berkobar-kobar untuk mencipta
semula sejarah baru bagi sebuah negara yang mengikis memori pengalaman pahit penindasan
penjajahan. Namun, kita semua tahu bahawa pengalaman sejarah, seperti keanggotaan kita
dalam sesebuah keluarga, bukan pilihan kita dan tidak dapat diubah sesuka hati.
Kajian pascakolonial dan aliran pascakolonialisme dengan segala macam pendekatan,
perpektif, konsep dan teorinya muncul dalam suasana pengelutan sejarah-memori serta
politik-sosial yang amat emotif. Pascakolonialisme dapat dianggap sebagai suatu gerakan
yang menyuarakan tentangan teoretis (theoretical resistance) terhadap tindakan yang bersifat
amnesia politik anjuran negara pascakolonial yang merdeka.
BAB 2 : HASIL PERBINCANGAN / KAJIAN
2.1 KORPUS KETEGANGAN DALAM KESUSASTERAAN PASCAKOLONIAL
Memperkatakan soal pertembungan konsep dan ideologi yang mencetuskan penentangan
anak watan terhadap mantan penjajahnya, maka ada du acara penentangan yang
4

ditampilkan oleh anak watan dalam wacana pascakolonial ini. Pertama, penentangan
secara tidak nyata atau berselindung dengan menggunakan simbol-simbol tertentu yang
umumnya hanya difahami oleh masyarakat tanah jajahan. Penentangan cara ini
dipraktikkan kerana mahu mengaburi mata penjajah yang ketika itu masih memerintah
dan begitu berkuasa. Kedua, penentangan secara terbuka, iaitu selepas beroleh
kemerdekaan daripada tangan penjajah. Penentangan cara ini menampilkan suatu dimensi
baru dalam wacana pascakolonial kerana melaluinya anak watan diperlihatkan tidak
sekadar berani mempersoalkan perlakuan pihak Barat yang menguasai politik dan
menjajah ruang geografi negara mereka.
Bahkan, anak watan menggunakan wacana ini untuk menangkis, mematah,
menghujah, mendedah, mengungkit, mempertikai dan mempersoalkan secara kritis
perbuatan, tindakan dan pandangan pihak Barat yang tidak betul terhadap mereka seperti
yang terakam dalam wacana kolonial dahulu. Justeru, korpus kesusasteraan pascakolonial
pun menampilkan ciri-ciri serupa, iaitu menolak Barat dengan segala macam pandangan
negatifnya ke atas anak-anak watan, serta proses imperialisme dan kolonialisme yang
dilakukan terhadap mereka. Menurut Susan Bassnet (1998:78), istilah penolakan dalam
pascakolonial ini tidak sama dengan anti-kolonialisme atau penjajahan.
Pandangan Bassnet itu agak sempit kerana tidak merangkumi korpus ketegangan
yang turut wujud dalam karya-karya pascakolonial. Di negara-negara tanah jajahan/bekas
tanah jajahan, ketegangan hubungan di antara anak watan dengan penjajah /bekas
penjajahnya adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan. Ketegangan yang terjadi
berikutan penolakan dan penentangan anak watan terhadap penjajah/bekas penjajahnya
itu sering pula menuju ke arah anti penjajahan. Walau bagaimanapun, penampilan sikap
anti penjajah dalam wacana pascakolonial ini bukanlah berbentuk perlawanan fizikal
untuk merebut kembali institusi budaya yang digugat oleh proses penjajahan Barat.
Sebaliknya, korpus ketegangan yang ditonjolkan berbentuk perebutan melalui
konsep dan ideologi yang mempamerkan percanggahan fikiran dan pegangan, serta
pertikaian dan bantahan oleh anak watan terhadap penjajah . Menurut FOulcher
(1999:14), korpus ketegangan ini ditandai oleh perebutan (melalui minda), ambivalen dan
ketidakmampuan makna. Tentang hal ini, Umar Junus (1998:3) menyimpulkan:
5

Pascakolonial lebih mengatasi diri kepada wacana tanpa perlu


melibatkan sesuatuYang fizikal. Yang ditentang bukan penjajahan sebagai
kuasa politik yang mesti ditumbangkan. Di sini tidak ada usaha
penumbangan. Yang ditentang hanya wacana kolonial yang selama ini
menyuarakan suara kolonial, yang melihat semuanya dari kaca mata
penjajah yang merasa diri lebih tinggi dari peribumi negara yang dijajah

Perasaan anti penjajah dalam bentuk ini berleluasa kerana anak watan, khususnya
dalam kalangan yang berpendidikan, melihat bahawa penjajah Barat telah meminggirkan
dan menafikan hak mereka dalam pelbagai hal sewaktu menjajah tanah air mereka. Anak
watan juga menolak fahaman orientalisme yang tersemat kukuh dalam minda penjajah
kerana faham tersebut membuatkan mereka mendabik dada dan mendakwa bahawa
pemikiran, nilai budaya dan bangsa Baratlah yang lebih agung dan unggul berbanding
dengan anak watan yang dijajahinya.

Justeru bagi anak watan, idea, teori, kepercayaan dan klise Barat yang
sedemikianlah yang menyebabkan penjajah Barat membawa bersama mereka suatu
agenda serong dalam dasar penjajahan mereka. Agenda serong itu diimpakkan ke atas
sejarah , politik, peribadi, kebudayaan, pemikiran, pentadbiran, keupayaan dan sumber
bumi anak watan sepanjang penjajahan mereka berlangsung. Perlakuan penjajah itu
ketara di negara-negara tanah jajahan di Asia Selatan, Asia Tenggara, beberapa negara di
Kepulauan Pasifik dan di Afrika. Hal inilah yang membangkitkan semangat dan wacana
anti penjajah, yang mendorong anak watan untuk berpolitik kerana mahu berjuang
menentang penjajah. Dalam kalangan mereka itu pula, muncul segolongan anak watan
yang lebih ekstrem, yang mahu menolak dan melekangkan diri seratus peratus daripada
penjajahnya. Mereka disebut new men oleh Fanon ini bertindak melakukan dekolonisasi
dengan bangkit mempersoal dan mencabar kuasa Barat yang pernah menjajah mereka.

Manifestasi daripada proses dekolonisasi ini terpancar dalam sesetengah korpus


kesusasteraan pascakolonial oleh beberapa orang penulis new men yang berani
menyuarakan tentangan melalui bahasa dan rasa kemanusiaan baharu. Namun begitu,
pandangan Fanon itu terlalu idealistic, kerana manusia baharu di negara-negara yang
baharu meneguk nikmat kemerdekaan itu pada hakikatnya masih memerlukan Barat.
Malah, mereka tidak boleh melekangkan diri daripada pengaruh Barat yang telah
menyerap masuk, dan sesetengahnya telah mendarah daging dalam budaya mereka. Sama
ada rela atau tidak, mereka terpaksa menerima pengaruh Barat yang telah membudaya
itu.
Lantas, tentangan yang ditunjukkan oleh sesetengah pengarang pascakolonial
yang mengakui akan pengaruh Barat yang telah membudaya dalam masyarakat mereka
adalah lebih wajar. Hal ini kerana mereka tidak menentang Barat dengan memutuskan
seratus peratus hubungan dengan Barat atau menyingkirkan sama sekali setiap pengaruh
budaya Barat. Sebaliknya, tentangan itu ditunjukkan melalui konsep dan pemikiran
sahaja. Caranya, ialah dengan berdialog dan mempersoalkan perlakuan Barat yang berat
sebelah terhadap mereka. Justeru, bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada mereka
dipergunakan untuk menjadikan karya mereka sebagai wadah bagi menyuarakan
ketidakpuasan hati, memprotes, juga menterbalikkan pergantungan kepada Barat yang
pernah menjadi pusat kauasa mereka.
Kemudian, melalui karya yang sama mereka menonjolkan pula kelebihan yang
ada pada diri dan bangsa mereka sendiri. Keadaan ini mengakibatkan wujudnya
hubungan yang tegang dan sentiasa bergeser di antara anak watan dengan penjajah dan
hali ini menjadi suatu identiti kepada kesusasteraan pascakolonial.Cara mereka
mempraktikkannya sesuai seperti yang diperkatakan oleh Mishra dan Hodge (1994:276).
It foregrounds a politics of opposition and struggle, and problematize the key
relationship between centre and periphery.

Korpus-korpus yang dibicarakan di atas merupakan dasar-dasar yang digariskan


sebagai

landasan

kepada

karya-karya

pascakolonial.

Korpus-korpus

tersebut

dititikberatkan kerana tidak semua karya anak watan bekas tanah jajahan yang dicipta dan
diterbitkan sebagai kesan terhadap penjajahan itu boleh terus dikelompokkan dalam
korpus kesusasteraan pascakolonial. Hanya karya-karya yang memenuhi atau menepati
ciri-ciri tersebut sahaja yang boleh diletakkan dalam kelompok kesusasteraan ini.
Korpus-korpus berkenaan diperkukuhkan lagi oleh kerangka teori yang dicadangkan oleh
Ashcroft, Tiffin dan Helen sebagai cara untuk meneliti karya-karya yang tergolong dalam
kelompok kesusasteraan ini. Menurut mereka, teori kesusasteraan pascakolonial ini
muncul kerana ketidakupayaan teori kesusasteraan Barat menangani karya-karya dalam
korpus ini:
. Post-colonial literary theory emerges from the inability of European
theory to deal adequately with complexities and varied cultural provenance of
post-colonial writing. European theories themselves emerge from particular
traditions which are hidden by false notions of the universal.
( Ashcroft, Tiffin dan Helen, 1989:11 )

Kelainan-kelainan serta kepelbagaian lingkungan dan pengalaman yang mendasari


karya-karya kesusasteraan yang muncul sebagai reaksi terhadap penjajahan ini
menyebabkan teori kesusasteraan Barat tidak berupaya memahami dan menganalisis
karya-karya tersebut. Justeru, teori kesusasteraan pascakolonial ditampilkan sebagai cara
untuk berurusan dengan kerencaman dan kepelbagaian asal usul budaya dalam penulisan
pascakolonial ini.

2.2 MODEL KETEGANGAN


Aschroft, Griffiths dan Tiffin (1989:15) telah mengemukakan empat model untuk
menjelaskan jenis-jenis karya yang tergolong dalam korpus kesusasteraan pascakolonial
ini, iaitu:
8

2.2.1 Model Kebangsaan atau Serantau


Model ini tertumpu kepada kesusasteraan kebangsaan dan serantau yang menonjolkan
sifat-sifat khas dalam budaya masyarakat yang melahirkan kesusasteraan berkenaan.
Aschroft, Griffiths dan Tiffin menjelaskan model ini sebagai national or regional
models, which emphasize the distinctive features of the particular national or regional
culture.
2.2.2 Model yang Berlandaskan Rumpun Bangsa (race)
Model ini mengidentifikasikan beberapa ciri yang sama, yang dikongsi secara bersama
oleh pelbagai kesusasteraan kebangsaan yang berasal daripada rumpun bangsa tersebut.
Contohnya adalah hasil-hasil penulisan bangsa kulit hitam atau disebut sebagai Blackwriting. Tentang model ini, Aschroft, Griffiths dan Tiffin menyatakannya sebagai racebased models which identify certain shared characteristics across various national
literatures, such as the common racial inheritance in literatures of the African diaspora
addressed by the Black-writing model.
2.2.3 Model Hybridity dan Syncreticity
Model ini membicarakan sifat-sifat kacukan (hybridity) dan sinkretisiti (syncreticity)
sebagai ciri-ciri yang terkandung dalam semua karya kesusasteraan pascakolonial. Sifatsifat kacukan dan sinkretisiti tersebut adalah hasil campur baur di antara unsur-unsur
tempatan yang tinggal puing-puingnya sahaja dengan unsur-unsur luar yang dibawa
masuk oleh penjajah. Model ini dihuraikan oleh Aschroft, Griffiths dan Tiffin sebagai
more comprehensive comparative models which argue for features such as hybridity and
syncreticity as constitutive elements of all post-colonial literatures (syncretism is the
process by which previously distinct linguistic categories, and, by extension, cultural
formations, merge into a single new form).
2.2.4 Model Kerencaman
Model bandingan berkaitan kerencaman yang mencari punca kepada sifat-sifat Bahasa,
dan sejarah budaya tertentu di dalam dua atau lebih kesusasteraan pascakolonial.
Aschroft, Griffiths dan Tiffin menghuraikannya sebagai comparative models of varying
9

complexity which seek to account for particular linguistic, historical, and cultural features
across two or more post-colonial literatures. Model ini pada dasarnya menonjolkan
ketegangan di antara dua pihak iaitu, pihak penjajah dengan pihak anak negeri yang
pernah dijajah. Model ini juga turut menampilkan persoalan politik, sosial dan ekonomi
apabila anak watan tanah jajahan mulai bangkit mencari jati diri mereka dengan berdialog
dan mempersoalkan setiap campur tangan pihak penjajah/bekas penjajah dalam urusan
kehidupan mereka.

Daripada keempat-empat model yang dibincangkan di atas, hanya model


ketegangan dan konflik di antara pihak yang pernah dijajah dengan pihak yang pernah
menjajah sahaja yang akan digunakan dalam perbincangan ini. Model ini dipilih kerana
sesuai dan selaras dengan begitu rinci sebelumnya. Model ini dihuraikan oleh Aschroft,
Griffiths dan Tiffin (1989:343) sebagai berikut:
In this model the act of writing texts of any kind in post-colonial area is subject
To political, imaginative and social control involved in the relationship between
colonizer and colonized.

Walaupun model ini memberi penekanan terhadap ketegangan di antara penjajah


dengan yang dijajah dalam konteks politik, imaginative dan social sahaja seperti yang
tertera dalam petikan di atas, namun hakikatnya bidang ekonomi turut terlibat. Hal ini
kerana tanah jajahan telah dijadikan tempat oleh penjajah untuk mengaut sumber
ekonomi dan dalam masa yang sama, kauasa politik anak watan dirampas, budaya serta
dunia sosialnya dipandang asing, aneh dan rendah. Keadaan tersebut menyebabkan
wujudnya hubungan yang sentiasa tegang dan bergeser di antara penjajah dengan yang
dijajah sejak dari era kolonial hinggalah kini. Berkaitan dengan itu, persoalan ini sering
diangkat atau dibayangkan oleh kebanyakan pengarang dalam karya-karya mereka
sehingga bangkit menjadi suatu ciri kepada karya-karya pascakolonial. Antaranya seperti
yang terakam dalam novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad, puisi-puisi
10

Harun Aminnurashid seperti mempertahankan hak kita dan taraf Melayu lepas
perang, serta drama seperti Anak Tanjung oleh Nordin Hassan dan Imbas oleh Hassim
Yassin.
Pada dasarnya, persoalan ketegangan ini diketengahkan oleh sebilangan
pengarang adalah sebagai suatu manifestasi kepada suara anak watan yang berasa takut
dan tertindas, berasa tidak puas hati dan tersinggung dengan pandangan rendah, geli dan
jijik penjajah terhadap mereka. Persoalan ini juga merupakan suatu manifestasi kepada
perasaan marah dan geram anak watan terhadap penjajah kerana telah menyelongkar,
mengaut dan memunggah hasil bumi mereka. Oleh itu, terbit kemahuan yang tinggi
dalam jiwa mereka untuk bebas bertindak dan bersuara di tanah air sendiri, juga untuk
mengembalikan jati diri yang hilang akibat penjajahn Barat itu. Kemahuan tersebutlah
yang menyebabkan anak watan bangkit melakukan penentangan, walaupun dengan
senjata yang ketinggalan zaman dan dengan tahap pendidikan yang rendah (Umar Junus,
1998:1).
Pada waktu itu, sebilangan besar anak watan mendapat pendidikan ala kadar
sahaja kerana kurikulum yang dibentuk oleh penjajah mengikut model mereka itu sekadar
menginginkan anak watan celik huruf bagi memenuhi keperluan mereka terhadap tenaga
buruh. Jadi, apabila anak watan bangun menentang dengan tahap pendidikan yang rendah
dan senjata yang tidak ampuh ianya menjadi cemuhan dan bahan tertawa penulis Barat.
Hal ini terakan dalam karya-karya tulisan penjajah dalam wacana kolonial. Namun,
semangat dan keberanian anak watan untuk bangkit menentang penjajah, biarpun dengan
upaya dan tahap peradaban yang serba serbi rendah itu telah meninggalkan suatu kesan
yang mendalam dalam interpretasi kebudayaan dan kesusasteraan pascakolonial
(Aschroft, Griffiths dan Tiffins 1989:30)
Hal yang terjadi itu bukanlah sesuatu yang pelik. Menurut golongan Marxis dan
golongan strukturalis, tekanan demi tekanan yang berterusan terhadap kaum bawahan
akan menumbuhkan suatu revolusi ganas yang mengakibatkan pertumpahan darah orang
ramai, sama ada yang bersalah atau pun tidak (Aschroft, Griffiths dan Tiffin, 1989:30).
Golongan strukturalis menganggap yang tekanan itu berpunca daripada suatu kuasa pusat
yang meletakkan semua yang lain di bawah pengawalannya. Walau bagaimanapun,
11

wacana pascakolonial yang di dalamnya turut terangkum beberapa ciri aliran pascastruktural, tidak mungkin pusat hadir tanpa unsur yang selama ini dianggap bukan pusat.
Lantaran pusat tidak mungkin hadir tanpa unsur lain, maka dipersoalkan orang tentang
hakikatnya sebagai pusat.
Kemudian, pandangan golongan Marxis juga turut ditolak dan dikritik. Misalnya
oleh E.P. Thompson yng menganggap bahawa pendekatan Marxis sangat terbatas.
Thompson beranggapan sedemikian kerana suara golongan tertindas dalam kalangan
wanita, kanak-kanak dan anggota golongan proletar tidak diberi perhatian (Shamsul
Amri, 1998:3). Eric Hobsbawn yang meluaskan pandangan Thompson pula menghujah
bahawa suara mereka yang dijajah dan dijadikan hamba abdi di luar Eropah juga turut
tidak diperhatikan oleh pendekatan ini. Justeru, kemunculan wacana pascakolonial dan
korpus kesusasteraan pascakolonial yang memberi perhatian yang mendalam terhadap
kedua-dua yang di atas, telah mengisi lowongan kosong yang wujud pada pendekatan
golongan structural dan Marxis itu.
Hal tersebut dapat dilihat melalui kelahiran mazhab Subaltern Studies di India
yang dipelopori oleh Ranajit Guha dan kawan-kawannya, yang memfokuskan perhatian
terhadap golongan berkedudukan rendah. Hasil kajian mereka tentang golongan ini telah
menghasilkan pelbagai buku yang sekali gus merakamkan history from below, yang
diterbitkan di bawah siri Subaltern Studies (Shamsul Amri, 1998:3). Hasilnya, telah
muncul perbincangan yang mendalam tentang nasionalisme, pembentukan negara bangsa
dan identiti pada zaman colonial dan pascakolonial yang menekankan perhatian terhadap
penjajah dan mereka yang dijajah.

2.3 Konsep Mimikri


Suatu perkara lagi yang dilihat dalam teori ini ialah mimikri. Menurut Ashcroft,
Griffiths dan Tiffin (1998:139), mimikri merupakan:
important term in post-colonial theory, because it has come to describe the
ambivalent relationship between colonizer and colonized.
12

Konsep mimikri digagaskan oleh Homi Bhabha sebagai perluasan terhadap


pandangan Said tentang wacana colonial yang memperlihatkan betapa Barat atau
penjajah selalu mengkonstruksi dan menimbulkan pelbagai tohmahan negatif tentang
Timur. Lantas, Bhabha melihat dari arah yang bertentangan pula, iaitu Timur yang
memandang Barat. Dalam kata lain, yang selaama ini diawasi tiba-tiba beralih menjadi
yang mengawasi, atau yang selama ini dipandang telah beralih menjadi yang
memandang. Pandangan itu adalah dengan tujuan untuk meniru, tetapi bukanlah secara
tepat, tuntas dan sempurna; atau seperti kata Bhabha (1994:89), almost the same, but not
quite.
Pada dasarnya, Bhabha mengasaskan konsep ini setelah menemukan tujuan
pendidikan oleh penjajah Inggeris ke atas anak watan di tanah jajahanny, India. Macaulay
dalam teks ucapannya di Parlimen Inggeris menyatakan bahawa tujuan pendidikan
Inggeris adalah untuk melahirkan suatu masyarakat tanah jajahan yang warna kulit dan
darahnya adalah orang India, tetapi selera, pandnagan, moral dan intelektualnya adalah
sepenuhnya orang Inggeris (Bhabha, 1994:89).
Tujuan yang dipaparkan oleh Macaulay ini turut menunjangi tujuan pendidikan
kuasa-kuasa penjajah yang lain terhadap warga tanah jajahannya di mana-mana lokasi
pun. Maka, tujuan itulah juga yang didukung oleh penjajah Inggeris ketika memberi
pendidikan kepada anak watan Malaysia sekitar pertengahan abad ke-19, atau oleh
penjajah Belanda ketika memberi pendidikan kepada anak watan Indonesia sekitar dekad
kedua abad ke-20. Cara pendidikan yang diamalkan oleh penjajah Barat itu Berjaya
melajhirkan mimic man, iaitu kelompok anak watan tanah jajahan yang menjadi salinan
kepada penjajahnya. Namun, salinan yang almost the same, but not quite ini menjadi
tidak realistik atau cuma berbentuk blurred copy sahaja. Hal ini menyebabkan mimikri
tidak jauh daripada mockery atau pengejekan. Tentang hal in, Bhabha berkata (1994:86):
Rather, the result is a blurred copy of the colonizer that can be quite
threatening. This is because mimicry is never far from mockery, since it
can appear to parody whatever it mimics.

13

Anak watan dikatakan meniru dengan tujuan mengejek adalah kerana mereka
tidak pernah menghasilkan semula secara tepat kebiasaan-kebiasaan, nilai-nilai dan
institusi-institusi yang mereka ambil dari Barat. Justeru, tidak seratus-peratusnya tepat,
maka perkara-perkara itu menjadi salinan yang kabur. Konotasinya, adalah segala yang
dating dari Barat dan dianggap sebagai kebenaran yang sah oleh alam atau kudrat itu,
sesungguhnya amat rapuh, tidak mantap dan selalu berubah (Foulcher, 1999:16). Hal
yang sedemikian mewujudkan konsep mimikri dalam wacana pascakolonial yang
memperlihatkan hubungan penjajah dan yang dijajah dalam sifat yang ambivalen,
sentiasa dalam ketidakstabilan dan perebutan makna (Ahmad Sahal, 1998:11). Pada satu
pihak, mimikri membentuk suatu identiti atau persamaan, tetapi dalam masa yang sama,
di pihak lain, mimikri mempertahankan perbezaan.
Justeru, Faruk (1999:3) mengibaratkan mimikri sebagai tari kelana dalam budaya
Jawa. Dalam tarian tersebut, ada dua tokoh yang berbeza kelas atau status sosialnya. Pada
satu pihak, ada seorang sasteria yang menari dengan sempurna, dan pada pihak lain, ada
seorang pembantu atau punakawan yang meniru tarian itu. Akan tetapi, seperti kata
Bhabha, peniruan itu hampir sama, tetapi tidak sepenuhnya serupa. Namun, pada pihak
yang lain, hal tersebut hanyalah olok-olok sang punakawan terhadap sang sateria dengan
menempatkan tari sang sateria bukan dalam kerangka esensialisme, melainkan sebuah
produk budaya yang dapat ditiru dan dipermainkan (Faruk,1999:3). Hal ini menyamai
kata-kata Bhabha (1994:86) bahawa :
The copying of the colonizing culture, behavior, manners and values by the
colonized contains both mockery and a certain menace, so that mimicry is at
once resemble and menace.

Walaupun pada hakikatnya tidak semua peniruan anak watan terhadap


penjajahnya bertujuan mengolok-olok dan mengejek, namun dalam perumpamaan tari
kelana di atas, peniruan anak watan itu jelas untuk mengejek. Tujuannya adalah untuk
merebut perhatian khalayak. Berikutan itu, tarian sang sastera tidak lagi menjadi pusat
perhatian penonton, sebaliknya tarian sang punakawanlah yang lebih diperhatikan. Dalam
14

konteks wacana poskolonial, sang punakawan yang diidentifikasikan sebagai anak watan
itu sengaja mengejek sang sateria atau penjajah dengan tujuan merebut perhatian dunia
terhadapnya dan menidakkan penjajahnya. Lantas bagi Bhabha (1990:2110, peniruan itu
tidak membentuk batas yang membezakan tuan (kolonial Barat) dan budak atau hamba
(anak watan), melainkan tuan yang diperbudakkkan, dan budak yang tidak mampu
ditakluk.
Keadaan

inilah

yang

membangunkan

konsep

mimikri

dalam

wacana

pascakolonial kerana pada suatu pihak, kebanyakan anak watan tanah jajahan mengikuti
pengajian moden Barat kerana mahu meniru cara hidup dan cara berfikir penjajah Barat.
Di Malaysia, Inggeris yang ditiru manakala di Indonesia, Belanda yang ditiru. Namun,
peniruan itu pada pihak yang lain hanyalah sekadar suatu pemanfaatan wacana kolonial
yang dimobilisasi untuk menuntut kemerdekaan, kemandirian, dan pemisahan total
masyarakat dan budaya etnis-tradisional dari masyarakat dan budaya kolonial (Faruk,
1999:12). Segala yang bermanfaat yang ditiru daripada penjajah hanya berupaya
membentuk sesuatu yang bersifat fizikal, atau dalam kata yang lain, sesuatu yang pada
peringkat kulitnya sahaja kerana hasil tiruan itu tidak menyerap secara mendasar hingga
menyentuh dunia batin anak watan yang mandiri.

2.4 Penjajahan dan jajahan


Walau bagaimanapun, pendekatan yang hanya melihat dan membataskan kajian tentang
penjajah dengan yang dijajah sahaja, atau dalam kata lain yang melihat bekas kuasa
kolonial dengan bekas jajahannya sahaja akan menyekat perkembangan kajian ini.
15

Pendekatan-pendekatan yang dikemukakan oleh Fanon, Memmi dan lain-lain pendahulu


teori pascakolonial, seperti yang telah dibicarakan di atas itu, disifatkan oleh sesetengah
pengkaji pascakolonial sebagai menjadikan wilayah kajian pascakolonial sempit, kaku,
beku, dan eksklusif.
Melani Budianta (1998:3) umpamanya menyatakan bahawa kajian yang
difokuskan hanya kepada penjajah asing dengan tanah jajahan atau bekas tanah
jajahannya dalam sesetengah kebudayaan sudah tidak menjadi perkara utama lagi. Hal ini
kerana di sesetengah negara tnah jajahan yang telah lama merdeka, sering bangkit
penjajahan bentuk baharu yang bukan lagi dilakukan sendiri oleh kuasa asing.
Sebaliknya, penjajahan itu dilakukan sendiri oleh kuasa tempatan yang lebih dominan ke
atas subkebudayaan yang lebih lemah. Hal ini disebut oleh Lo dan Gilbert (1998:1)
sebagai penjajahan dalaman; juga oleh McClintock (1994:295), iaitu:
Internal colonization occurs where the dominant part of a country treats a group
or region as it might a foreign colony.
Di beberapa buah negara seperti Pakistan, Iraq, Libya dan Myanmar pula, junta
tentera yang kuat dan bersenjata memegang tampuk kuasa, merumuskan undang-undang
mengikut cara mereka dan mengetepikan undang-undang yang seida ada sebelumnya.
Hal ini boleh dilihat melalui tekanan yang dikenakan oleh pemerintah tentera Myanmar
ke atas pemimpin prodemokrasinya, Aung San Suu Kyi, dan penyokong-penyokongnya.
Di Malaysia pula, segelintir elit Melayu yang berkedudukan istimewa dalam masyarakat
dan kaum Cina yang memegang kuasa ekonomi merupakan suatu kelompok sosial yang
berpengaruh, lantas berupaya untuk mempengaruhi penggubalan sesetengah dasar.

Jenis yang kedua pula boleh dilihat di beberapa buah negara yang bebas daripada
penjajahan Barat, tetapi pemerintah anak watannya bangkit menjadi penjajah dalaman
kerana diangkat sebagai boneka oleh kuasa-kuasa besar Barat. Golongan ini turut
mempraktikkan pemerintahan dictator setelah memperoleh mandat memerintah melalui
rampasan kuasa (Sohaimi Abdul Aziz, 1995:343). Beberapa negara di Afrika seperti

16

Algeria, Kenya, dan lain-lain negara atau daerah adalah memperlihatkan penjajahan
dalaman seperti itu.
LO dan Gilbert (1998:1) yang memperhatikan hal ini menghuraikan penjajahan
dalaman itu sebagai:
(a) internal colonialism- when the colonized elite perpetuate patterns of colonial
power, surveillance and govermentality in post-imperial period;
(b) regional neo-imperialism- when the culture is subject to new forms of
imperialism or occasionally perpetuates them-as a result of changed geopolitical,
economic, and cultural structures in local region.
Perlawanan atau pertentangan, dan dekolonisasi yang diperlihatkan oleh yang
ditindas kepada yang menindas melalui penjajahan dalaman ini jarang berlaku secara
sederhana, tetapi tidak juga terlalu drastik. Melani Budianta (1998:6) memperlihatkannya
sebagai berlaku di atas struktur yang ganda, bersifat kontradiktif, tidak selalu mudah
dipilih kerana bersifat tidak lengkap, tidak selesai, ambiguis, dan sering kali
berkompromi dengan aparatus yang ingin dibongkarnya. Sifatnya itu menjadikan
pendekatan pascakolonial ini bersifat ambivalen seperti yang didakwa oleh Memmi, tidak
stabil seperti yang dihujahkan oleh Fanon, lantas lebih praktis dan lebih terbuka untuk
diteroka.

2.5 KESUSASTERAAN PASCAKOLONIAL: PERTEMBUNGAN DUA WACANA


MEMBAWA DIMENSI BARU DALAM KESUSASTERAAN BANDINGAN
Kajian terhadap kesusasteraan pascakonial mula menyerlah pada dekad-dekad terakhir
abad kesusasteraan, khususnya kritikan sastera, memberi petanda bahawa kini telah
17

berlaku perubahan persepsi nilai dan kayu ukur kesusasteraan yang selama ini dikusai
oleh kesusasteraan Barat.
2.5.1 Perluasan negara-negara
Kesusasteraan pascakolonial membawa pandangan subversif terhadap penjajah
dan penjajahan. Sejarah penjajahan berlaku secara teratur dan meluas apabila meletusnya
revolusi industri di Eropah yang telah menyebabkan barang-barang perindustrian
dikeluarkan secara besar-besaran. Selari dengan itu, permintaan terhadap bahan mentah
juga meningkat. Keadaan ini telah menimbulkan masalah baru kepada Negara-negara
maju untuk memasarkan pengeluaran mereka. Di samping itu, mereka harus
mendapatkan bahan mentah yang sangat diperlukan dalam industri mereka.
Sehubungan itu, abad ke-19 menyaksikan keghairahan Negara-negara maju
Eropah yang juga merupakan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti Inggeris, Belanda,
Perancis dan Jerman mencari tanah jajahan baru, selain memperluaskan tanah jajahan
yang sedia ada. Pada tahun 1880-an dan 1890-an berlaku apa yang dikenali sebagai
scramble for Africa, iaitu penjajah secara rakus ke benua Amerika untuk dijadikan buruh
murah dan hamba abdi di ladnag-ladang. Di Amerika Latin, Sepanyol dan Portugis
pernah hadir sebagai penjajah. Di benua Asia, Inggeris menguasai India, Sri Lanka,
Pakistan, Malaysia dan China.

Selain di Timur Tengah, Afrika dan Asia, penjajahan turut berlaku di benua
Amerika Utara dan Selatan, Austrakia dan New Zealand. Di benua Amerika Selatan,
Sepanyol dan Portugis menjadi penjajah utama yang rakus. Portugis juga bertapak di
Kanada. Penjajahan Inggeris di Amerika dan Kanada. Penjajahan Inggeris di Amerika
dan Kanada agak lewat berbanding kuasa-kuasa besar yang lain. Manakala di Australia
18

dan New Zealand, Inggeris menjajah kedua-dua Negara ini dengan membawa masuk
pendatang-pendatang Inggeris.
Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand mempunyai hubungan istimewa
dengan kerajaan Inggeris yang dikenali sebagai mother land kerana penjajahan berlaku
secara tidak langsung. Banyak aspek pentadbiran Negara diuruskan sendiri seperti
ketenteraan, kewangan dan dasar luarnya. Maka Negara-negara settler colonies
mempunyai pengalaman penjajahan yang berbeza daripada Negara-negara yang dikenali
sebagai non- colonies seperti Negara-negara di Afrika dan Caribbean.
Kedatangan penjajah membawa bersama-sama pemikiran dan budaya yang
membina pemahaman mereka terhadap negara bangsa yang dijajah. Pemahaman mereka
ini lazimnya dibina berasaskan konsep keunggulan dan keagungan mereka sebagai
Negara dan bangsa yang bertamadun. Mereka menganggap budaya dan Negara mereka
sahaja yang bertamadun. Lantaran itu sudah tercanai dalam fikiran mereka bahawa
pemikiran dan nilai budaya serta bangsa mereka adalah unggul dan agung berbanding
Negara-negara yang dijajah. Pemikiran ini dikenali sebagai etnosentrisme dan ia ada
hubungannya dengan sejenis tanggapan yang dikenali sebagai orientalisme. Mengikut
Edward Said (1978:204), orientalisme ialah kumpulan idea, teori, kepercayaan dan klise
Barat terhadap budaya dan nilai Timur. Orientalisme dan etnosentrisme menjadi asas
kepada perkembangan wacana colonial yang lebih meyeluruh.

2.5.2 Kesusasteraan
Wacana pascakolonial ini juga diperlihatkan melalui kesusasteraan. Maka kini
muncul kumpulan kesusasteraan pascakolonial. Lazimnya istilah pasca atau post merujuk
kepada satu siri perubahan masa yang linear ataupun satu perkembangan masa yang
19

berperingkat-peringkat,iaitu bermula dengan pracakonial, colonial dan berakhir dengan


pascakolonial. Walau bagaimanapun, dari segi semantic, perkataan pasca merujuk hanya
kepada selepas colonial. Namun istilah pasca dalam konteks wacana colonial tidak
dikongkong oleh pengertian semantiknya. Wacana pascakonial merujuk kepada wacana
yang wujud ketika penjajahan dan selepas penjajah berlaku.
Penggunaan istilah pascakolonial juga boleh menimbulkan kekeliruan kerana
terdapat negara-negara tertentu yang mengalami corak penjajahan yang berbeza.
Misalnya, negara-negara do Afrika mengalami penjajahan yang berbeza berbanding
Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada. Empat Negara ini mempunyai
hubungan politik, ekonomi dan sosial yang istemewa dengan Negara-negara yang
mejajah mereka. Mengikut Mishra dan Hodge (1994: 288), sungguhpun kita perlu
membezakan antara dua jenis penjajahan itu, tetapi antara dua kedua-duanya
memperlihatkan adanya kesinambungan antara kolonialisme dan pascakolonialisme.
Dengan kata lain, istilah pascakolonial mencakupi reaksi terhadap kolonialisme oelh
kedua-dua negara settler colonies non-settler walaupun corak kolonialisme yang dialami
oleh kedua-dua jenis Negara itu berbeza.
Kesusasteraan dan bahasa menjadi salah satu wahana bagi wacana colonial
berakar dan tapak. Melalui bahasa, budaya penjajah disemai dan disuburkan. Melalui
bahasa, budaya penjajah disemai dan disuburkan. Begitu juga dengan kesusasteraan.
Kesusasteraan Inggeris telah dikembangkan ke jajahan takluknya dengan tujuan untuk
memperlihatkan keunggulan dan keagungan bahasa dan kesusasteraannya, sekalis gus
menafikan keistimewaan dan kekuatan bahasa dan kesusasteraan tempatan. Misalnya,
apabila empayar Inggeris mula berpecah, masih terdapat usaha-usaha untuk memelihara
keunggulan dan keagungan bahasa dan kesusasteraan Inggeris di beberapa pusat
pengajian tinggi di Britian melalu Pengajian Kesusasteraan Komanwel (kesusasteraan
dari Negara-negara yang pernah menjadi tanah jajahannya).
2.5.3 Korpus
Bagi memudahkan lagi usaha mengenali karya-karya yang berada dalam
kelompok kesusasteraan pascakolonial, beberapa korpus telah dikemukakan sebagai
20

panduan oleh Aschroft, Griffiths dan Tiffin (1989: 15). Korpus yang pertama berasaskan
kepada kesusasteraan serantau. Dalam korpus ini, perhatian diberikan kepada sifat-sifat
tertentu yang menonjol dalam sesuatu budaya nasional ataupun serantau. Korpus
seterusnya berasaskan kepada bangsa, iaitu karya-karya yang mencakupi pelbagai
kesusasteraan kebangsaan daripada bangsa tertentu yang memperlihatkan ciri-ciri yang
tersendiri.
Korpus ketiga bersandarkan tanggapan bahawa kesan penjajahan tidak dapat
dinafikan secara total. Karya-karya yang berada dalam kelompok ini mengandungi unsurunsur hybridity dan syncreticity, iaitu kacukan atau bancuhan antara unsur-unsur
tempatan dengan unsur-unsur daripada penjajahan sehingga menghasilkan produk baru
yang mempunyai sifat yang tersendiri. Korpus keempat berasaskan kepada ketegangan
antara yang dijajah dan yang menjajah.

2.5.4 Hubungan kesusasteraan dengan pembentukan budaya


Pembetulan

kesusasteraan

kebangsaan

mempunyai

hubungan

dengan

pembentukan budaya kebangsaan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti


21

kemerdekaan politik, kesedaran kebangsaan, bahasa kebangsaan, gambaran tempat/latar


dan gaya sastera yang tertentu. Amerika dikatakan sebagai negara yang pertama
membangunkan kesusasteraan kebangsaan. Bermula pada abad ke-18, khususnya selepas
Revolusi Amerika (1775-1783), terdapat kecenderungan untuk mempunyai kelainan,
bukan sahaja dari segi pengalaman, tetapi juga bahasa yang digunakan berbanding
dengan kesusasteraan Inggeris (kesusasteraan pusat). Antara karya awal yang
menghasilkan kesusasteraan Amerika ialah karya Imlay yang berjudul Emigrants (1793).
Kesusasteraan Amerika memperlihatkan tiga tema utama, iaitu the sense of place,
the individual dan Amerika dreams (harapan tentang masa depan yang berhubungan
dengan konsep-konsep seperti kebebasan, keadilan dak kesamataan). Kelainan yang
dibawa oleh kesusasteraan teraan Amerika telah diakui oleh dunia apabila karya-karya
penulis besar seperti William Faulkner, Ernest Hemingway dan John Steinbeck dihargai
kelainannya sehingga dianugerahi Hadiah Nobel.
Kesusasteraan serantau pula berada dalam konteks geografi yang lebih luas
merentasi sempadan bahasa dan bangsa. Kesusasteraan serantau memperlihatkan secara
langsung atau pun tidak langsung satu identiti yang bersifat kolektif, seperti dari segi
geografi, sejarah dan bahasa. Kesusasteraan Caribbean merupakan satu contoh
kesusasteraan serantau. Dari sudut geografi, kesusasteraan Caribbean merangkumi
Negara-negara seperti Haiti, Trinidad, Jamaica, Cuba dan Barbados yang berada di antara
Amerika Utara dan Selatan. Pada dasarnya, tara Amerika Utara dan Selatan.

Pada dasarnya masyarakat di Negara-negara ini telah melalui pengalaman pahit


yang sama seperti penjajahan, eksploitasi, kemiskinan dan diskriminasi bangsa.
Kebanyakkan penduduknya ialah pendatang yang mempunyai latar belakang dan status
social yang sama seperti hamba, buruh paksa dan pensalah yang dibawa oleh penjajah
22

untuk bekerja di lading-ladang. Sehubungan dengan itu, terdapat satu kecenderungan


yang sama dalam konteks pengalaman yang dirakamkan dalam karya-karya mereka.
Kesusasteraan Nusantara yang meliputi kesusasteraan dari Negara-negara
Malaysis, Kepulauan Indonesia, selatan Thailand, Singapura dan Brunei juga boleh dikaji
dalam konteks korpus pertama ini. Ikatan tradisi amat erat dalam kesusasteraan
Nusantara. Mengikut Boris Parnickel (1995: 2), ketika berlaku kemerosotan sejarah dari
segi politik, Nusantara telah memperlihatkan kekayaannya dari segi budaya, khusunya
kesusasteraan Melayu dan Jawa. Karya-karya yang dihasilkan pada masa itu mencari
sumber kekuatan dalaman mereka daripada unsur-unsur lisan. Keadaan ini memang
diterima dalam kesusasteraan pascakolonial yang melihat unsur-unsur tradisi sebagai
sumber inspirasi, sama ada dari segi bentuk atau isinya untuk menjadi sumber subversive
bagi menggugat wacana kolonial. Bahasa Melayu Polinesia juga telah mengikat
kesusasteraan Nusantara di samping pengalaman penjajahan yang hamper sama.

2.5.5 Falsafah negitude


Melalui Afrika diaspora ini lahir satu pergerakan yang bertunjang kepada falsafah
negitude yang berkembang sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Antara pelapor pegerakan
23

itu ialah Aime Cesaire dan Leopold Sedar Sanghor. Pergerakan negitude mempunyai
kaitan dengan sejenis kesedaran di kalangan pengarang kulit hitam yang dikenali sebagai
black consciousness untuk menghasilkan black writing. Melalui kesedaran ini mereka
bangkit setelah sekian lama lama menjadi mangsa penjajahan yang telah memerangkap
mereka dalam diskriminasi, eksploitasi dan rasisme. Dengan balck consciousness, mereka
bangun dan merombak sistem nilai yang dikenakan oleh penjajah, termasuklah aspek
kesusasteraan. Maka lahirkan lahirkan perjuangan pengarang-pengarang kulit hitam yang
berasaskan kepada black aesthetics.
Pergerakan negitude mendapat sambutan di kalangan pengarang-pengarang Afrika
yang menggunakan bahasa Perancis yang lebih dikenali sebagai Francophone untuk
menulis. Namun di kalangan pengarang yang menulis dalam bahasa InggerisAnglophone-mereka juga memperjuangkan black consciousness, tetapi dalam pengertian
yang lebih luas. Bagi pengarang-pengarang ini, kesusasteraan Afrika mempunyai
kewibawaan yang tersendiri dan tidak dikaji menggunakan kayu ukur kesusasteraan Barat
atau perspektif universal. Walau bagaimanapun, mereka beranggapan bahawa karya para
penulis Afrika di Amerika (Africa American) berbeza daripada pengarang-pengarang di
Afrika kerana pengalaman dan suasana yang berbeza.

2.5.6 Lahir penulis-penulis

24

Di Amerika pula lahir penulis-penulis yang dikenali sebagai Afrika-Amerika seperti


Richard Wright, Langston Huges, James Baldwin dan Ralph Baldwin. Melalui karyakarya mereka ditemui apa yang dikenali sebagai black experience. Tema begini
dihasilkan daripada pengalaman pahit masyarakat kulit hitam ketika berada dalam dunia
perhambaan, penindasan dan diskriminasi. Black experience juga ada hubungan dengan
budaya hamba (salve culture) yang menghasilkan blues, jazz, folk song dan work song.
Pengarang-pengarang Afrika-Amerika juga menghasilkan karya-karya dalam kelompok
slave naratives yang membawa tema-tema yang berkaitan penentangan terhadap
perhambaan.
Berdasarkan black consciousness, pengarang-pengarang seperti Jemie Chinweizu
dan Ngugi Wa ThoingO kembali kepada tradisi dalam berkarya, termasuk soal bahasa.
Penulis seperti Ngugi Wa ThoingO berusaha merealisasikan dekolonisasi terhadap
kesusasteraan seperti yang dikehendaki oleh Fanon. Terhadap kelompok tertentu di
kalangan pengarang-pengarang Afrika yang tidak menyenangi pengarang seperti Ngugi
Wa ThoingO, antaranya Wole Soyinka dan Edward Kamau Brathhwaite. Mereka lebih
menyenangi korpus yang berasaskan unsur kacukan dan bancuhan pelbagai tradisi dan
budaya dalam karya yang dihasilkan.
Korpus ini berpaksi kepada pandangan bahawa Negara-negara yang pernah
berada dalam cengkaman penjajah tidak dapat lepas daripada dipengaruhi oleh unsurunsur yang hadir bersama-sama penjajahan itu. Maka proses dekolonisasi seperti yang
ditekankan oleh Fanon tidak diterima dalam korpus ini. Korpus ini ketara dalam karyakarya daripada kesusasteraan Caribben kerana corak

penjajahan yang dilalui telah

memungkinkan pelbagai tradisi budaya dan bangsa hidup dan bercampur unik seperti
yang diperlihatakan dalam novel-novel Wilson Haris dari Guyana dan Nicolas Guillen
dari Cuba.

2.5.7 Perubahan dalam kajian

25

Bagi Bassnett, sungguhpun pascakolonialisme mencabar keunggulan dan


kewibawaan budaya penjajah, ia tidak pula menafikan kesan penjajahan terhadap budaya
tempatan.

Walaupun

terdapat

dua

pandangan

berhubung

pengertian

wacana

pascakolonialisme, sama ada yang radikal atau yang sederhana, wacana pascakolinial
membawa satu perubahan yang penting dalam kajian kesusasteraan. Kelompok
kesusasteraan pascakolonial dari Negara-negara yang selama ini dibisukaan suaranya dan
terpinggir taraf kedudukan budaya dan pemikirannya telah mendapat perhatian dan kini
memasuki gelanggang perdana kajian kesusasteraan dunia dengan nilai estetiknya yang
tersendiri. Perkembangan ini mempengaruhi arus kajian dalam kesusasteraan bandingan.
Dalam konteks kesusasteraan di Malaysia, karya Ishak Haji Muhammad yang
bertajuk Putera Gunung Tahan boleh diangkat sebagai novel pascakolonial melalui
korpus kacukan dan bancuhan. Pada mulanya, novel ini memaparkan pengarang
menyerang wacana colonial. Keunggulan dan kewibawaan Inggeris dijatuhkan dan orang
Inggeris dipersendakan, bahkan dihina melalu kisah-kisah seperti orang Inggeris
diperbodohkan apabila dia ingin mengahwini seorang gadis sakai, iaitu etnik Orang Asli
di Malaya. Namun pada akhir novel, Ratu Bongsu yang menjadi hero novel ini
diperlihatkan jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita Inggeris yang menjadi
janda setelah suaminya terbunuh. Peristiwa ini semacam anti-klimaks kepada serangan
pengarang terhadap wacana colonial. Namun ia boleh ditafsir sebagai satu tanggapan
pengarang bahawa masyarakat Melayu tidak dapat lari daripada menerima sebahagian
saki-baki budaya penjajah.

Mengenal pasti karya-karya yang berada dalam kelompok kesusasteraan


pascakolonial melalui korpus-korpus yang telah dibincangkan adalah langkah awal dalam
26

perkembangan terkini kajian Kesusasteraan Bandingan. Langkah seterusnya ialah


melakukan proses perbandingan.

Mengikut Ashcroft, Griffiths dan Tiffin (1989:19)

terdapat tiga pola utama yang boleh digunakan melakukan proses perbandingan:
Pola perbandingan ini hanya melibatkan negar-negara yang pernah dijajah oleh
Inggeris, sama ada secara langsung ataupun tidak. Pola ini boleh diperluaskan
dengan mengambil kira karya-karya dari Negara yang pernah dijajah oleh
penjajah lain seperti Sepanyol, Portugis dan Perancis. Maka sudah pasti ruang
lingkupnya menjadi luas dan rencam. Keadaan ini sudah jelas memperkayakan
kajian Kesusasteraan Bandingan.
Kemunculan kesusasteraan pascakolonial telah membuka objek kajian kesusasteraan
bandingan kepada pelbagai karya sastera yang berasal daripada geografi dan tradisi
budaya berlainan. Walau bagaimanapun, korpus-korpus lain yang sesuai masih boleh
dibincangkan. Perkembangan kesusasteraan pascakolonial menandakan kemunculan
sejenis lagi kesusasteraan yang membawa wacana pascakolonial, iaitu wacana yang
meneriakkan suara-suara mereka yang pernah dijajah dan selama ini dinafikan
kewujudkannya.

27

BAB 3 :
3.1 RUMUSAN
Berdasarkan teori pascakolonial yang dikaji, terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan
yang didapati berdasarkan teori ini. Antara kelemahan teori ini ialah menimbulkan rasa
ketidakpuashatian dalam diri seseorang individu atau segelintir masyarakat. Hal ini
kerana knsep mimikri yang terdapat dalam teori ini merupakan suatu pengejekan yang
dijalankan. Keadaan ini menyebabkan golongan yang diejek akan berasa tidak puas hati
akan keadaan tersebut. Dalam teori ini juga, terdapat perkaitan dengan penjajah dan
jajahan. Penjajahan dalam sesebuah negara akan menyebabkan negara yang dijajah itu
menghadapi kesukaran. Hal ini kerana mereka tidak mampu untuk menjalankan aktiviti
dengan senang, kerana penjajah masuk campur dalam urusan harian mereka.
Antara kekuatan yang diperoleh berdasarkan teori ini ialah munculnya kumpulan
kesusasteraan pascakolonial. Bidang kesusasteraan turut dapat diperkembangkan hasil
daripada teori ini. Selain itu, teori ini juga menyebabkan munculnya penulis-penulis dan
pengarang yang terkenal. Teori ini turut memberi kesan dalam kajian-kajian yang
dijalankan oleh golongan penulis dan pengarang. Hal ini membolehkan mereka untuk
mempelbagaikan lagi ilmu kesusasteraan agar mudah untuk dibaca oleh golongan
seterusnya.
Kesimpulannya, teori pascakolonial mempunyai banyak kekuatan, namun
terdapat juga kelemahannya. Teori ini banyak digunakan dan dikaji dalam kalangan ahli
bahasa serta golongan yang terkenal. Melalui teori ini, kita dapat mengenali ramai penulis
dan pengarang. Teori ini juga mempunyai kesamaan dengan kajian teori feminism yang
meliputi kajian humaniora yang lebih luas, sejajar dengan kajian posmoden atau
postrukturialisme.

3.2 RUJUKAN

28

Bethan Benwell, James Procter, Gemma Robinson (2012). Postcolonial Audiences :


Readers, Viewers and Reception. New York : Routledge.
Bill Ashcroft, Pal Ahluwalia (2008). Edward Said : Routledge Critical Thinkers :
Essential Guides for Literary Studies. New York : Routledge.
Gina Wisker (2007). Key Concept In Postcolonial Literature. London.
Katharine Burkitt (2012). Literary Form As Postcolonial Critique. Belgium : University
of Liege.
Jenni Ramone (2011). Transition Postcolonial Theories.
Mohamad Daud Mohamad, Zabidah Yahya (2005). Pascakolonialisme Dalam Pemikiran
Melayu. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurhadi (2007). Poskolonial : Sebuah Perbahasan.
Rahimah A. Hamid (2010). Fiksyen Pascolonial : Yang Menjajah dan Dijajah.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Walter Goebel, Saskia Schabio (2013). Locating Postcolonial Narrative Genres. New
York : Routledge.

29

Anda mungkin juga menyukai