Anda di halaman 1dari 8

HSA 3033

ASIA TENGGARA ABAD KE 19

( ULASAN ARTIKEL )

NAMA : MASTURA BINTI AZIZ


NO.KAD MATRIK : D 20101038657
NAMA PENSYARAH : PUAN RABAAH BINTI ABDULLAH
TARIKH HANTAR : 19 APRIL 2013

1.0

Pendahuluan
Jurnal ini merupakan kajian dan kertas cadangan oeh Ku Boon Dar yang merupakan

seorang calon Doktor Falsafah bagi Jabatan Sejarah di Universiti Malaya.Kertas kerja ini telah
dibentangkan semasa 2nd International Conference on Southeast Asia yang terlah berlangsung
pada 3 hingga 4 Disember 2007 yang telah diadakan di Universiti Malaya.Perbincangan dalam
jurnal ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada kumpulan sasarannya
mengenai sejauh mana hubungan tributary antara dua buah negara iaitu Vietnam dan
China.Selain itu, dalam jurnal yang sama, penulis turut mengkaji aspek perdagangan khasnya
perdagangan yang berlaku di sempadan antara kedua-dua buah negara dalam jangkaan masa dari
tahun 1802 iaitu di mana bermulanya sebuah dinasti yang baru di Vietnam sehingga ke tahun
1840 iaitu sebelum tercetusnya Perang Candu Pertama pada tahun 1839 sehingga tahun 1842.
Jurnal ini sememangnya menjawab apa yang cuba diketengahkan oleh Ku Boon Dar pada
tajuk beliau.Beliau juga telah memulakan jurnal ini dengan abstrak yang merupakan suatu
pembuka awalan dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen mengikut gaya
penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.

Pada pengamatan saya , jurnal ini adalah

suatu jurnal yang menarik kerana jurnal ini telah memberi ruang kepada saya yang merupakan
pelajar subjek Minor bagi subjek Asia Tenggara Abad Ke-19 untuk memberikan pendapat.Jurnal
ini dapat membuka minda pembaca mengenai kepentingan aspek tributary yang telah
menghubungkan antara negeri naungan iaitu negara Vietnam yang telah dipayungi oleh negara
China.Para pembaca juga dapat meluaskan pengetahuan dengan mengetahui tentang barangan
tributari , termasuklah sebab-sebab mengapa barangan seumpama itu yang dihantar untuk
tributary.Pada pendapat penulis, penulis jurnal ini mempunyai idea-idea yang hebat dan kritikal
namun cara pengolahan isi serta penyusunannya perlu diperbaiki suapaya maklumat yang hendak
disampaikan kepada para pembaca adalah lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh pembaca.

2.0

Perbincangan
Jurnal ini membincangkan mengenai aspek pentadbiran di Vietnam khususnya bermula

pada zaman pemerintahan Maharaja Gia Long (1802 1820 ) di mana bermulanya konsep
tributary bagi negara Vietnam.Penulis menyatakan bahawa Vietnam telah meniru model
pemerintahan daripada kerajaan China.Hal ini berikutan aspek pemerintahan dan konsep yang
digunakan dalam pentadbiran China yang dianggap sebagai sebuah negara yang sanagat besar,
agung dan maju dari segi pembangunan dan ekonominya.Jurnal ini juga menjawab persoalan
bagaimana proses hubungan tributary itu bermula iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja
Gia Long yang menghantar utusan tributary ke China beserta barangan tributary atau ufti bagi
mendapatkan pengiktirafannya sebagai pemerintah Vietnam yang berdaulat.Selepas membaca
jurnal ini, apa yang dapat saya katakana ialah penulis seorang yang berpengetahuan luas dan
kreatif dalam penulisan beliau.
Selain itu, beliau juga seorang yang berkebolehan dalam menyampaikan maklumat yang
ingin ditulis bagi tatapan umum.Hal ini kerana, walaupun maklumat yang diperolehi adalah
berkaitan dengan tahun 1802 dan ke atas , namun garapan bahasa yang digunakan adalah mudah
untuk difahami oleh golongan pembaca khususnya pelajar seperti saya.Oleh itu, pada pendapat
saya aspek bahasa yang digunakan adalah baik pada keseluruhannya walaupun terdapat beberapa
kekeliruan berhubung dengan pengolahan ayat yang kadangkala menyebabkan saya perlu
meneliti apa sebenarnya isi yang hendak disampaikan.

2.1

Aspek bahasa

Aspek utama yang perlu dilihat ialah aspek kesalahan bahasa.Aspek seperti ini perlulah
dititikberatkan oleh penulis kerana kesalahan-kesalahan seperti ini akan menyebabkan pengguna
sukar memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.Penggunaan istilah yang tidak
tepat juga menyebabkan saya telah tersalah tafsir tentang maksud sebenar yang ingin penulis
sampaikan kepada pembaca.Sebagai contoh , pada halaman yang kelima perenggan yan
pertama , beliau telah menggunakan istilah kelangsungan merujuk kepada keadaan politik di

Vietnam yang mengandungi banyak maksud yang berkaitan.Hal ini menyebabkan saya berasa
sedikit keliru tentang keadaan politik yang bagaimana mahu dijelaskan oleh Ku Boon Dar
kepada para pembaca.
Selain itu, dalam perenggan yang sama terdapat kesalahan penggunaan imbuhan di dalam
ayat Mangsa-mangsa kapal karam tersebut telah diselamat dan dibekalkan makanan serta
kapal-kapal mereka diperbaiki atas arahan Maharaja Gia Long . Kesalahan yang dikatakan
adalah merujuk kepada perkataan diselamat yang sepatutnya ditambah dengan imbuhan kan
bagi melengkapkan ayat , menjadi diselamatkan.
Penggunaan gaya bahasa yang bombastic dan dianggap hiperbola juga ada digunakan
dalam penulisan Ku Boon Dar ini.Sebagai contoh, pada halaman kesebelas baris pertama, beliau
menulis dan apabila seluruh rangka alam China itu runtuh dengan serta-merta. Penggunaan
gaya bahasa hiperbola boleh dilihat pada frasa rangka alam China.Pengguna sepatutnya
menulis dengan bahasa yang mudah iaitu seluruh negara China bagi mengelakkan pembaca
keliru dan tersalah tafsir.Hal ini disebabkan oleh, perkataan rangka bermaksud tulang atau
bingkas.
Namun kekuatan pada penggunanaan bahasa dalam jurnal beliau ini adalah penggunaan
kata hubung yang banyak dan sesuai pada tempatnya.Sebagai contoh, bagi memulakan sesuatu
perenggan, penulis akan menggunakan kata hubung yang sesuai dengan isi maklumat yang
hendak disampaikan seperti sesungguhnya, walaupun begitu, di samping itu dan
namun.Sebagai contoh, pada halaman sebelas perenggan satu, penulis memulakan ayat seperti
berikut Sesungguhnya, kepentingan hubungan tributary ini jika pada pandangan China adalah
terletak .

2.2

Aspek Sumber
Aspek yang seterusnya ialah sumber bahan rujukan yang digunakan oleh penulis

dalam menyiapkan jurnal ini.Sumber terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu dalam bentuk
dokumen, surat , catatan seseorang, peninggalan peribadi dan sebagainya.Namun , sumber
seringkali disalaherti akan menimbulkan kekeliruan kepada psesetengah pihak akan

kesahihannya.Dalam bidang penulisan sejarah, sumber merupakan suatu aspek yang amat
penting bagi mendapatkan maklumat dan fakta bagi menentukan kebenaran dan kesahihan
sesuatu perkara dan menjadi bukti akan sesuatu hal yang terjadi.
Berdasarkan nota kaki yang penulis sediakan, saya mendapati bahawa penulis
menggunakan hampir 99% buku dan bahan rujukan yang berbahasa Inggeris.Pada pendapat saya,
walaupun penulis menggunakan hampir keseluruhan bahan rujukan berbahasa Inggeris , namun
penggunaan dan olahan ayat yang telah dialih kepada Bahasa Melayu adalah sangat
bagus.Terjemahan yang dilakukan oleh beliau dan penghuraian yang dilakukan merupakan
kelebihan yang ada pada beliau.Saya berasa kagum dengan bahan rujukan yang digunakan
seperti Daqing Yitongzhi ( Comprehensive Gazeeter of The Qing Dynasty) dan Qing Guangxu
Shilie ( Collected Statues and Precedents of the Qing Dynasty Emperor Guangxu
Period).Sumber-sumber yang digunakan oleh beliau ini telah menunjukkan kesungguhan beliau
dalam menyiapkan jurnal ini sehingga terdapat sehingga tiga mukasurat bagi sumber yang telah
digunakan.Jurnal ini sangat sesuai bagi pembaca , khususnya pelajar yang ingin mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan konsep tributary serta aspek perdagangan di
Vietnam.
Pada pendapat saya, kredibiliti kandungan jurnal ini juga adalah baik dan boleh diperakui
ketelusan maklumat yang disampaikan kerana setiap hujah penulis disertakan sekali dengan
sokongan dan pendapat para ilmuan serta bukti-bukti yang kukuh.

2.3

Kekuatan dan kelemahan


Kekuatan bagi jurnal ini ialah berlakunya konsep pengadilan moral oleh penulis

di mana beliau telah menyatakan bahawa amalan Vietnam yang meneruskan hubungan tributary
ini merupakan sesuatu perkara yang amat bagus kerana Vietnam telah melaksanakannya kerana
lahir dari hati mereka sendiri dan bukan dalam bentuk paksaan oleh pihak China.Vietnam akur
dengan dirinya yang merupakan sebuah negeri naungan di bawah Kerajaan China tanpa ada rasa
memberontak dan mengenepikan pertuanan China terhadap Vietnam. Disebabkan oleh sikap
Vietnam yang terpuji inilah menyebabkan negara Vietnam semakin maju dalam bidang

perdagangan khusunya setelah China membuka banyak peluang kepada Vietnam untuk menjadi
sebuah negara yang berdaulat dan berkembang dalam pelbagai aspek.
Tuntasnya, saya mengucapkan tahniah kepada penulis iaitu Ku Boon Dar kerana telah
berjaya menghasilkan suatu jurnal yang sangat bagus untuk pembaca khususnya bagi para pelajar
yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hungungan tributary yang berlaku di
kawasan Asia Tenggara dan bagaiman hubungan perdagangan boleh dilaksanakan semasa sistem
tributary dilaksankan dengan negara yang terlibat, serta kepentingan keduanya.

3.0

Perkaitan
Terdapat beberapa maklumat yang mengaitkan dengan hubungan dan konsep tributary

ini.Antaranya ialah terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa tributary ini seperti
hubungan antara Raja Agung dengan raja-raja kecil dan konsep negara besar dengan negara
kecil.Pada asasnya, hubungan tributary ini timbul daripada pengakuan para pemimpin tempatan
di

mana di

peringkat

antarabangsa terdapat

negara yang

tidak

sama

kedudukan

sosiopolitiknya.Bagi menjelaskan lagi konsep tributary ini, ia merupakan suatu tanda penerimaan
negara besar daripada negara kecil yang bertanggungjawab menghantar tanda penghormatan dan
tanda taat setia mereka dalam bentuk bunga emas dan bunga perak atau barangan berharga
yang lain.Manakala, tugas negara besar yang menerima tanda tributary ini ialah melindungi dan
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negeri kecil di bawah nanungannya itu 1.
Begitu juga dari aspek perdagangan, konsep tributary ini sedikit pun tidak menjejaskan
hubungan perdagangan antara kedua negara, bahkan semakin mengeratkan hubungan
mereka.Vietnam juga telah mewujudkan beberapa dasar baru yang digubal bagi memelihara
hubungannya dengan Vietnam dan terus menjalankan hubungan perdagangan tanpa sebarang
masalah.Konsep tributary dan model pemerintahan China yang diguna oleh Vietnam berjaya
menjadikan Vietnam sebagai sebuah negara yang maju di samping mampu bergerak lebih jauh
melalui aspek perdagangan.Hal ini juga disebabkan oleh jasa baik China yang menanungi

1 http://infopahang.tripod.com/id1.html

Vietnam dan membuka peluang kepada Vietnam untuk menjalankan perdagangan dengan lebih
meluas sehingga ke negara-negara besar yang lain2.

4.0 Kesimpulan
Tuntasnya, hubungan yang erat di antara kerajaan China dengan Vietnam adalah
disebabkan oleh konsep tributary yang dilaksanakan sejak zaman pemerintahan Maharaja Gia
Long bagi mengakui pertuanan China ke atasnya dan memohon agar China mengakui kedaulatan
China dan menagkui bahawa Vietnam adalah sebuah negara yang berdaulat.Konsep tributary ini
akhirnya telah berkembang maju sehinggalah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam
aspek perdagangan antara kedua buah negara khususnya.Hal ini makin mengeratkan lagi
hubungan China dengan Vietnam di samping menjadikan Vietnam sebuah negara yang berdaulat
dan diiktiraf pertuanannya.Saya amat berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada penulis
jurnal ini iaitu Ku Boon Dar kerana telah berjaya menghasilkan suatu jurnal yang sangat baik
bagi memudahkan saya memahami konsep tribuatri antara China dengan Vietnam beserta contoh
dan sumber yang amat sesuai untuk rujukan saya.

2 Ismail Hussein.1995.Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Bibliografi
http://infopahang.tripod.com/id1.html
Ismail Hussein.1995.Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ku Boon Dar.2007.Hubungan China-Vietnam 1802-1840 : Dasar Tributari ke
Perdagangan.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai