Anda di halaman 1dari 4

Penghasilan buku ilmu sejarah: falsafah, pengertian dan kaedah oleh Muhd.

Yusuf
Ibrahim ada menerangkan tentang soal pemesongan dan kebebasan mentafsir dalam bab 17.
Buku ini boleh dianggap sebagai rujukan asas dalam kajian faktor pemesongan tafsiran yang
menyebabkan tafsiran sejarah tidak bersifat objektif. Definisi pentadbiran menurut kamus
dewan, tafsiran membawa erti sebagai penerangan, penjelasan, ulasan, taksiran, malah kajian
terhadap sesuatu keadaan, peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku. Pentafsir atau
jurutafsir adalah dikatakan sebagai 'orang yang membuat penjelasan mengenai apa-apa yang
tersurat’. Di dalam sejarah apa yang ditafsirkan ialah peristiwa yang telah berlaku pada
sesuatu ketika dahulu yang sumber-sumber mengenainya masih lagi boleh didapati. Bagi
sejarawan moden, khususnya dari dunia Barat yang berpegang kepada nilai sekularisme,
landasan yang asasi bagi pentafsiran sejarah itu adalah berasaskan kepada konsep sekular itu
juga. Ertinya mereka menolak tafsiran yang didasarkan kepada unsur-unsur ketuhanan dan
keagamaan kerana pada pandangan mereka tafsiran seumpama itu adalah lemah dari segi
kesejarahannya, disebabkan kerap tidak disertakan dengan sumber yang nyata. Konsepsi ini
sebenarnya telah menjalar ke seluruh dunia dan bidang-bidang keilmuan yang lain juga
terperangkap dengannya. Melalui buku ini berkaitan dengan bab 17, tafsiran dalam sejarah
iaitu soal pemesongan dan kebebasan mentafsir. Oleh itu terdapat beberapa faktor
pemesongan tafsiran yang menyebabkan tafsiran sejarah tidak bersifat objektif.
Antara faktor pemesongan tafsiran yang menyebabkan tafsiran sejarah tidak bersifat
objektif ialah atas kepentingan politik dan ekonomi. Penulis sejarah dari barat menganggap
kejadian bersejarah ini adalah amat penting sehingga setiap peristiwa tersebut hendaklah
diingati oleh setiap pelajar sejarah terutamanya sejarah berkaitan zaman penjajahan dahulu.
Jika diteliti penafsiran sejarah daripada penulis sejarah barat ini terdapat beberapa fakta
sejarah yang dipesongkan atas kepentingan mereka tersendiri dimana tafsiran mereka
berkaitan dengan beberapa pandangan sejarah ini agak sengaja dipesongkan untuk
kepentingan politik mahupun ekonomi mereka. Sebagai contoh, cuba diperincikan
penerangan penulis barat berkaitan peristiwa tahun 1874 dimana bagi mereka, Tahun ini
dikenali sebagai Tarikh bermulanya pertukaran dasar british daripada tidak campur tangan
kepada campur tangan di negeri-negeri melayu. Menurut keterangan penulis barat ini terdapat
dua faktor terpenting yang membawa pertukaran dasar itu. Pertama, disebabkan keadaan
yang dilaporkan sebagai huru-hara dasyat yang berlaku di negeri-negeri melayu pada Ketika
itu. Kedua, Frank Swettenham yang mengatakan akibat daripada huru-hara itu orang inggeris
berasa kasihan dan bersimpati terhadap keadaaan kacau bilau yang melanda tanah melayu
menyebabkan mereka harus melakukan sesuatu untuk menolong mengamankan dan
memulihkan keadaan tersebut. Menurut mereka, kedua-dua sebab yang dikemukakan timbul
itu adalah berpihak kepada tanah melayu walau hakikatnya mereka “lupa” untuk
mengambarkan atau menyatakan keadaan yang berlaku di pihak satu lagi iaitu mereka sendiri
dan negara Eropah secara amnya. Hal ini dikatakan demikian kerana pergolakan politik dan
ekonomi di Englang mengakibatkan adanya sedikit sebanyak penukaran dasar british itu.
Menurut Rupert Emerson mengatakan bahawa campur tangan british akan membawa
penguasaannya terhadap tanah melayu yang menjadi sebahagian daripada kemaraan
semangat imperialismenya yang baru. Dari segi tafsiran sejarah itu sendiri juga menyebabkan
bolehlah kita lihat ini sebagai contoh pemesongan yang dilakukan dengan menyembunyikan
sesuatu motif tertentu dan dapat dilihat dari segi ini bahawa faktor kacau-bilau itu hanyalah
satu helah bagi pihak british untuk menjajah tanah melayu. Begitu juga dengan faktor
kemanusiaan yang menjadi salah satu faktor yang ditambah kemudian yang kebetulan sesuai
dengan keadaan yang timbul pada saat-saat penukaran dasar itu. Oleh itu, pihak british telah
berjaya mengaburkan motif dan Hasrat mereka yang sebenar agar mereka dapat melakukan
penjajahan terhadap tanah melayu paa Ketika itu dan dalam masa yang sama penulis sejarah
juga telah menulis beberapa fakta yang hanya berpihak kepada mereka untuk kepentingan
mereka semata.
Seterusnya ialah faktor pemosongan kerana motif dalam diri. Pemesongan ini
dilakukan kerana motif mereka yang ingin mengekalkan kekuasaan dengan memperkecil-
kecilkan keadaan. Pemesongan ini dapat dilakukan oleh semua penilis barat dengan motif
yang ketara demikian, malah ada juga diantara mereka yang mengalami dan menulis
pengalaman mereka dari sudut pandang mereka itu sendiri yang kelihatan ada kebenaran
dalam penulisnnya itu sedikit. Disini dapat dilihat hakikatnya sejarahwan dan penulis british
menulis tentang tanah melayu dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah
yang menulis kerana digerakkan motif dalam diri manakala kumpulan kedua adalah
kumpulan yang mencuba menulis menulis dengan rasional tetapi pada analisis yang terakhir
usaha mereka tidak terlepas daripada bendungan pengaruh nilai-nilai yang telah menjadi
sebati dalam diri mereka lantas mencerminkan pula motif yang sama. Pada kumpulan
pertama, kita mendapati bahawa Frank Swettenham juga mengatakan bebebrapa kenyataan
yang menimbulkan persoalan di kalangan bangsanya sendiri di mana beliau berkata orang
melayu tidak mempunyai institusi politik dan eropah secara semula jadi lebih pintar daripada
bijak berbanding orang asia. Seterusnya beliau turut berkata bahawa orang melayu ini malas
bahkan tanpa mempunyai peraturan-peraturan apapun. Hal ini menyebabkan dari segi luaran
dapat dilihat iainya adalah tidak benar bagi kita namun diterima oleh orang-orang seperti
beliau. Sebagai contoh, keadaan huru-hara yang dikatakannya berlaku di negeri-negeri
melayu iaitu, bukanlah begitu buruk dan serius keadaannya sehingga boleh menimbulkan
belas kasihan daripada pihak british. Dalam kumpulan kedua pula, kita mendapati sejarawan
dan penulis seperti Winstedt yang cuba sedaya upaya untuk menulis pandangan yang
rasional, dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang boleh kita katakana kritis juga.
tetapi terdapat kekeliruan dalam pendirian yang menampakkan pengaruh nilai budaya, malah
pengaruh motif dalam dirinya yang merupakan tujuan asas pihak british dalam meluaskan
kekuasaan mereka ke atas tanah melayu. Sebagai contoh, pihak british memberikan tafsiran
terhadap perluasan kuasa british di perak. Winstedt dan Wilkinson tidaklah melihatnya dari
sudut kehendak dan juga keperluan pihak british sendiri, malah mereka melihatnya dari sudut
keperluan tempatan sahaja. Dengan ini mereka memang mencuba menulis dengan jujur tetapi
usahanya yang demikian hanya terupaya dilakuakan terhadap perkara atau peristiwa yang
tidak berkaitan dengan negara dan bangsanya sendiri.
Kesimpulannya, tafsiran sejarah mestilah tidak mempunyai sifat-sifat yang menyebelahi
mana-mana pihak dalam penulisan sejarahannya. Penulisan sejarah yang tidak bersifat universal ini
boleh menyebabkan berlakunya banyak pemesongan dalam tafsiran sejarah tersebut. Pemesongan
sejarah ini dapat dilihat apabila kebanyakan daripada ahli sejarawan barat ini yang mempunyai sikap
eurosentrik dimana mereka sentiasa menganggap bahawa eropah adalah pusat kecemerlangan
peradaban dan merupakan pendorong kepada kemajuan di sesuatu Kawasan atau di seluruh dunia.
Hal ini jugalah yang menyebabkan kebanyakan daripada penulisan sejarah di tanah melayu banyak
yang berpihak kepada pihak barat dimana terdapat banyak keburukan daripada tanah melayu yang
sering dijadikan fakta oleh orang barat ini. Seterunya, juga menyebabkan banyak daripada tafsiran
sejarah kita di tanah melayu jauh terpesong daripada yang sebenarnya. Namun begitu, ada juga
sebahagian daripada ahli seharawan barat yang mahu menulis dengan pandangan mereka sendiri
dengan sikap yang rasional berdasarkan daripada penyelidikan mereka sendiri. Walau
bagaimanapun penulisan sejarawan mereka masih lagi mengalami sedikit kekeliruan daripada
tafsiran mereka kerananya ianya yang bersifat kritis. Menurut G.R. Elton, tafsiran penulis ahli
sejarawan barat ini memang mempunyai lidah yang tajam, tetapi tidaklah boleh membuat
tafsirannya dengan sesuka hati, atau semata-mata menurut imaginasinya yang bebas sahaja. Ia juga
mestilah mempertimbangkan dan menyelidiki sumber-sumbernya terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai