Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN Ilmu sejarah telah menjadi bidang pengkajian sejarawan semenjak zaman silam lagi. Apa itu sejarah?

Secara umumnya, sejarah adalah penyelidikan terhadap masa lalu. Menurut Kamus Dewan, sejarah diertikan sebagai sastera lama, asal usul, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan ilmu sejarah itu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku. Herodotus yang digelar bapa sejarah merupakan orang yang mula-mula menggunakan perkataan sejarah atau historia dalam karyanya iaitu Histories yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman. R.O. Winstedt yang telah menghasilkan kamusnya lebih awal dari Dewan Bahasa dan Pustaka pula menyatakan bahawa perkataan sejarah itu berasal dari perkataan Arab. Beliau tidak menyebut apakah perkataan Arab yang berkaitan dengan sejarah tersebut dan beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh dan babad. Ada pendapat mengatakan bahawa berkemungkinan besar perkataan Arab tersebut ialah syajaratun yang bererti pohon.1 Carr pula menyatakan bahawa sejarah ialah satu proses perhubungan tidak putus-putus di antara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu. 2 Sejarah juga merupakan interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya. Daripada definisi yang diberi oleh Carr, menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke generasi berikutnya dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus. Di sini Carr cuba menunjukkan bahawa sejarah adalah suatu tindak balas pembaca terhadap penulisan sesebuah buku iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. 3

Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah Edisi ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 4. 2 Carr E.H., What is History?, London : Penguin Books, 1990, hal. 30. 3 Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2002, hlm. 4-5.

Ramai penulis sejarah menggunakan istilah sejarah untuk menunjukkan cerita sejarah, pengetahuan sejarah atau gambaran sejarah yang semuanya itu sebenarnya adalah unsurunsur dan isi-isi tulisan pengarang. Namun begitu, sejarah haruslah ditulis atau disampaikan berdasarkan fakta-fakta untuk mengukuhkan lagi hujah-hujah bagi sesebuah penulisan. Sekiranya sesebuah penulisan itu tidak berasaskan fakta, maka, penyelewengan dan

percanggahan fakta itu boleh berlaku. Apakah itu fakta? Bagaimanakan percanggahan itu boleh berlaku? Hal ini akan dikupas dengan lebih lanjut lagi. MAKNA FAKTA SEJARAH Menurut tulisan Arbaiyah Mohd. Noor di dalam karyanya Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, fakta ialah pernyataan tentang kejadian yang berlaku samada yang disediakan oleh akhbar dan sumber-sumber lain. Fakta merupakan nadi atau tulang belakang bagi sejarah. Sekiranya fakta tidak ada, maka bermakna seseorang itu seolah-olah bercakap kosong sahaja. Fakta mempunyai hubungan yang erat dengan sumber kerana daripada sumber lahirnya fakta. 4 Apakah yang dimaksudkan dengan sumber? Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Sumber itu berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula apabila diperlukan. Sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya dan boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dalam semua bidang keilmuan. Jadi, sumber sejarah ini tidaklah terhad untuk kegunaan sejarah sahaja tetapi merangkumi ilmu-ilmu lain yang memerlukannya. Sumber wujud dalam pelbagai bentuk. Ada sumber yang ditulis pada kertas, dipahat seperti batu bersurat atau prasasti, diukir pada kayu, buluh, tulang, tanduk, daun, kepingan logam dan

Ibid., hlm. 53.

sebagainya. semua bahan yang bertulis ini akhirnya dikumpulkan untuk disimpan sebagai sumber sejarah.5 Sumber sejarah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber pertama atau dikenali sebagai sumber primer, dan sumber kedua atau dikenali sebagai sumber sekunder. Secara ringkasnya, sumber primer ialah sumber yang biasanya dalam keadaan asli atau belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi. Contohnya, surat tidak rasmi ataupun surat rasmi, catatan dan laporan harian, diari dan dokumen. Sumber sekunder adalah ibarat tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan tentang seseorang tokoh, sesuatu peristiwa yang didasarkan kepada sumber pertama atau sumber yang lain. Contoh sumber kedua ialah buku, majalah, surat khabar, disertasi atau tesis. Biasanya sejarawan akan merujuk kepada sumber primer kerana sumber ini memberi maklumat yang benar untuk diselidiki. 6 Hal ini ternyata bahawa, fakta amat berkait rapat dengan pemperolehan sumber sejarah. Berbalik kepada fakta, seseorang itu tidak dapat memperkatakan tentang fakta fakta sejarah tanpa memperkaitkannya dengan proses-proses seperti tafsiran, pertimbangan, pemilihan dan juga pemikiran kembali. Sejarah yang telah berlaku tidak akan berulang atau dialami semula tetapi kesannya yang menjadi memori kepada kita untuk diungkapkan kembali. Bentuk pengungkapan kembali tentang kejadian itu adalah pernyataan. Fakta terhasil daripada proses ingatan ahli-ahli sejarah. Maka, fakta merupakan satu perkara yang subjektif pada hakikat yang sebenarnya kerana fakta merupakan bentuk gambaran atau cerita atau pembentukan yang dilakukan oleh sejarawan. Contohnya, pada tahun 1874, bagi Tanah Melayu ia merupakan satu tarikh yang akan sentiasa diingat, samada penuh dengan kebencian atau sebaliknya kerana pada tahun itulah bermulanya pengaruh Inggeris masuk dengan secara berkesan. Perubahan sikap Inggeris
5 6

Ibid., hlm. 50-51. Ibid, hlm. 51.

terutamanya Frank Swettenham disifatkan sebagai satu langkah kemanusiaan, dari dasar tidak campur tangan kepada campur tangan itu telah meninggalkan kesan serta impak yang mendalam terhadap Tanah Melayu. 7 Selain itu, banyak pendapat menyatakan bahawa fakta tidak boleh berubah yang bermakna sifatnya tetap tetapi sebenarnya masih terdapat fakta yang belum mantap. Contohnya, fakta tentang pembunuhan John F. Kennedy yang merupakan Presidien Amerika Syarikat yang menjadi kontroversi iaitu tentang siapakah pembunuh sebenarnya dan akibat daripada kontroversi itu, timbulnya banyak teori yang berbeza tentang perisitwa tersebut. Terdapat juga fakta tetap seperti tarikh pengisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 yang dapat diterima umum yang mana tidak bleh diubah atau dipertikaikan oleh sesiapapun. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa fakta merupahan bahan utama yang digunakan oleh sejarawan untuk menyusun suatu cerita atau analisis sejarah. Menurut G. R. Elton, memang terdapat banyak fakta sejarah yang dipersetujui tidak bloleh dipertikaikan kebenarannya, dan walaupun himpunan ini dengan sendirinya memberikan tafsiran yang canggih tentang masa lalu, namun kajian sangatlah penting dalam hal ini. Menurut Louis Gottschalk pula, sesuatu fakta sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai suatu keterangan yang didapatkan secara langsung ataupun tidak langsung dari dokumen sejarah dan dianggap benar setelah diuji dangan teliti mengikut aturan-aturan kaedah sejarah8 Menurut karya Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, beliau menyatakan bahawa fakta sejarah yang sebenar adalah bergantung pada kepentingan

Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah Edisi ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 18. 8 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 167-168.

sesuatu peristiwa atau kejadian itu kepada masyarakat atau individu yang berkenaan. Jika ianya dianggap tidak penting, maka ia akan dibiarkan lenyap begitu sahaja. Ia bukan sahaja tidak lagi bersejarah, tetapi sejak azalinya memang tidak bersejarah. Lantas, ia tidak perlu diingat, dicatat ataupun dikaji. 9 Seperti yang kita sedari, apa-apa sahaja perkara yang sentiasa disebut atau diperkatakan orang, yang bersejarah itulah yang lazimnya dianggap sebagai fakta sejarah kerana itulah biasanya yang akan dicatat dan akan dikekalkan dalam sumber-sumber sejarah. Ia boleh ditemui secara kumpulan atau merata-rata di mana-mana sahaja. Ini bermakna, fakta itu memeng sentiasa wujud, namun perlu dicari, dipilih dan membuat keputusan yang wajar dan sesuai supaya fakta itu boleh dibuktikan kebenarannya. Para sejarawan secara umumnya, sentiasa berada dalam pertelingkahan antara satu sama lain, bukan sahaja dalam penerimaan terhadap sesuatu fakta malah juga dari segi sudut yang lain. Memang ianya suatu hakikat bahawa fakta adalah satu unsur yang mengukuhkan kebenaran lantas kesejarahan sesebuah penulisan. Tanpa fakta, penulisan akan menjadi kosong dari aspek kesejarahannya. Bagi sejarah, fakta dianggap sebagai tulang belakang bagi kesejarahannya. Seperti yang telah dijelaskan, hubungannya dengan sumber sangat rapat dimana daripada sumber itulah datangnya fakta. Dari satu sudut, Carl Becker mengatakan bahawa fakta itu bukanlah semata-mata suatu tarikh tentang sesuatu peristiwa sahaja misalnya, tetapi sebagai lambang yang mewakili sesuatu peristiwa mahupun sesebuah gagasan. Sebagai suatu lambang ia adalah suatu penyeluruhan bagi seribu satu macam fakta yang lebih kecil.10 Contohnya, kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Fakta ini jelas merupakan lambang yang mengandungi fakta lain. Antaranya, siapakah yang berada dalam peperangan yang berkesudahan dengan kejatuhan Melaka tersebut? Bilakah serangan bermula? Apakah bentuk

10

Ibid., hlm. 168. Ibid., hlm. 173.

senjata yang digunakan dan sebagainya lagi. Ertinya, setiap fakta kecil daripada persoalanpersoalan tersebut seolah-olah menyokong antara satu sama lain sehingga membolehkan pengkaji mengambil keputusan serta menurunkan sebab kepada penyebab seperti di atas. Fakta-fakta kecil ini dianggap sebagai fakta yang lebih mudah bagi Lous Gottschalk, manakala bagi Carl Becker ianya sebagai suatu pengesahan terhadap fakta yang lebih luas, iaitu demi mengesahkan kebenaran fakta tersebut.11 Karya Muhd. Yusof Ibrahim turut menyatakan bahawa bahawa fakta sejarah itu terletak di dalam akal fikiran kita, ataupun akal fikiran seseorang pengkaji tersebut. Pandangan ini turut dipersetujui sejarawan lain, iaitu lambat laun fakta sejarah merupakan fakta yang lahir melalui tanggapan pemikiran kita terhadap sesuatu perisitiwa ataupun kejadian yang kita anggap ianya penting. 12 Namun, ia tidak bererti bahawa ianya sudah berada dalam kotak pemikiran kita atau merupakan fakta yang sengaja kita adakan, tetapi yang didapati daripada sumber-sumber, melalui proses pemikiran yang aktif yang dapat menentukan samada sesuatu yang dianggap fakta itu penting ataupun tidak, iaitu setelah mengkaji serta membandingkan dengan sumber-sumber yang didapati. Ia turut

mengukuhkan lagi salah satu pengertian yang munasabah bagi sejarah itu sendiri, iaitu sejarah merupakan tafsiran sejarawan masa kini terhadap peristiwa-peristiwa masa lalu yang dipilihnya serta dianggapnya sebagai sesuatu yang penting untuk dikaji. Kita menyedari bahawa kebenaran dan kewibawaan sesuatu fakta sejarah itu bergantung kepada kesahihan sumber-sumber rujukannya. Namun begitu, kemungkinan bagi sesuatu fakta atau perisitiwa sejarah yang telah dianggap benar boleh berubah. Ini boleh berlaku apabila terdapat sumber-sumber rujukan baru yang juga sahih atau lebih sahih, yang akan memberikan maklumat atau fakta baru kepada sesuatu peristiwa yang telah sekian lama

11 12

Ibid., hlm. 174. Ibid., hlm. 174.

dianggap benar atau betul dari aspek kesejarahannya. Ini bermakna, sumber-sumber baru tersebut boleh menafikan kebenaran sejarah yang telah dikemukakan melalui sumber-sumber yang lebih awal. 13 Fakta adalah suatu konstruk yang dibuat oleh sejarawan yang mengandungi fakta subjektif iaitu unsur subjek (penulis). Dari itu, sukar untuk mempercayai samada suatu fakta itu benar atau sebaliknya kerana fakta ialah perkara yang ditulis atau disusun oleh penulis. Kemungkinan untuk berlakunya penyelewengan fakta, sama ada fakta tersebut ditokok tambah atau dikurangkan mungkin tinggi. Penyelewengan fakta boleh berlaku disebabkan oleh kewujudan sumber lisan, mitos dan lagenda, sikap berat sebelah sejarawan itu sendiri, anakronisme, kesilapan penulis itu sendiri di dalam penulisan karya-karya mereka serta berlakunya penemuan-penemuan baru dan juga pemalsuan manuskrip. MITOS DAN LAGENDA Seperti yang kita ketahui, sejarah merupakan bidang pengkajian terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Namun, apa yang dapat kita lihat ialah penulis atau sejarawan pada masa dahulu lebih gemar mengasimilasikan atau mencampuradukkan faktafakta sejarah dengan unsur-unsur yang mengandungi fiksyen walaupun sesetengah sejarawan mengetahui dan mengingati akan sejarah yang sebenar-benarnya berlaku. Hal ini kerana penulis pada ketika itu menulis karya-karya mereka untuk menyukakakan hati pembaca tidak kira sama ada golongan atasan atau bawahan dan pada masa itu juga belum wujud lagi disiplin khusus mengenainya. Jika kita meneliti karya-karya yang ditulis pada zaman silam, kebanyakannya ditulis dan dipenuhi dangan unsur-unsur emosi, fiksyen,imaginasi dan turut memuatkan serba sedikit mitos serta lagenda yang pada ketika itu cukup kuat menguasai pemikiran mayarakat zaman
13

Ibid., hlm. 175.

tradisi. Hal ini kerana, dalam cerita-cerita rakyat tersebut, perkara-perkara seperti supernatural ini sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia yang akhirnya menjadi unsur pokok dalam kebanyakan penulisan sejarah zaman silam. 14 Perkara ini berlaku kerana pada awal penulisan, sesuatu cerita atau peristiwa yang telah berlaku itu belum dapat dianggap sebagai sejarah dalam erti kata yang sebenarnya, malah penulis sekadar memuatkan faktafakta yang bercampur dengan kejadian-kejadian yang tidak penting dan yang tidak pernah terjadi. Disamping itu juga, kebanyakan penulis atau sejarawan turut menambah atau mereka kisah-kisah atau perisitiwa-peristiwa yang berbentuk khayalan atau dongengan yang dikenali sebagai mitos dan lagenda. Menurut tulisan Arbaiyah Mohd. Noor di dalam karyanya Ilmu Sejarah dan Pensejarahan menyatakan bahawa cakupan mitos dan lagenda ini mempunyai hubungan yang erat dengan kepercayaan masyarakat. Bagi masyarakat zaman silam, mereka mengganggap mitos ini sebagai suatu perkara yang pernah berlaku di alam maya. Ini kerana asal perkataan history dalam bahasa Latin ialah historia (penelitian) dan dalam bahasa Belanda pula disebut nature like historie iaitu ilmu tentang alam. Jadi semua perkara yang berlaku di alam maya ini adalah sejarah dan perlu dicatatkan agar semua peristiwa ini diketahui oleh masyarakat atau generasi akan datang. 15 Jadi, apakah itu mitos dan lagenda? Mitos secara umumnya dapat dijelaskan sebagai cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur luar biasa iaitu kuasa luar biasa yang ada pada manusia atau makhluk-makhluk lain. Mitos selalunya mempunyai kaitan rapat dengan soal agama, kepercayaan dan adat isitiadat. Lagenda pula ialah kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu.

14 15

Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2002, hlm. 19. Ibid.

Antara karya-karya di Alam Melayu yang dimuatkan dengan unsur-unsur mitos dan lagenda ialah Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Kandungan karya-karya tersebut banyak melukiskan hal-hal berdasarkan fantasi dan imaginasi penulis dengan diselitkan sedikit peristiwa yang kebetulan berlaku pada ketika itu. Misalnya, dalam Sejarah Melayu unsur mitos banyak sekali terdapat dalam bahagian awal pra-Melaka. Mitos berhubungan dengan asal-usul raja yang memerintah kerap mempunyai unsur kejaiban. Di dalam Sejarah Melayu memang banyak tertumpu tentang asalusul raja-raja Melaka dan keturunannya. Asal-usul dan salasilah raja-raja Melaka dikaitkan dengan tokoh sejarah Islam yang terbesar dan menjadi tokoh lagenda dalam kesusasteraan Melayu Islam iaitu Iskandar Zulkarnain. Asal-usul bermula apabila beliau dari Macedonia menjelajah dan menakluk negeri Hindi dan berkahwin dengan puteri negeri tersebut iaitu Shahrul Bariah. Daripada perkahwinan ini lahirnya keturunan seperti Raja Suran, Nila Utama, Nila Pahlawan dan Raja Iskandar iaitu tokoh diraja pertama yang berasal dari Palembang yang merajai Melaka. Di bahagian awal Sejarah Melayu memaparkan lagenda yang sering diperkatakan sehingga masa kini iaitu Iskandar Zulkarnain yang dikatakan menjadi tali-temali salasilah raja-raja Melaka. Selain itu, lagenda yang turut dipaparkan dalam Sejarah Melayu ini ialah Badang. Kekuatan aneh yang dimiliki olehnya setelah memakan muntah hantu menyebabkan ia dilantik oleh Raja Singapura sebagai Raden dan berikutnya sebagai hulubalang. Kemasyhuran Singapura hingga dikenali di Benua India dan Perlak dibina dari kegagahan Badang yang mana ia dapat dicapai apabila jaguh kuat dari Temasik ini berjaya mengalahkan kekuatan lagenda benua Keling, Nadi Bijaya Pikrama dan Benderang dari Perlak. Apa yang dapat kita lihat daripada karya Sejarah Melayu ini ialah banyak unsur-unsur mitos dan lagenda telah dimasukkan bertujuan untuk menyedapkan karya untuk bacaan

umum. Pada pendapat saya sendiri, hal ini boleh membawa kepada berlakunya percanggahan fakta kerana sangat mustahil perisitiwa yang diceritakan seperti di atas berlaku dalam kehidupan manusia. Begitu juga seperti apa yang diceritakan mengenai asal-usul pembukaan Samudera-Pasai yang banyak diselitkan unsur-unsur mitos yang tidak boleh diterima akal. Selain itu, penulisan-penulisan seperti ini boleh menyebabkan kekaburan tentang siapakah pemerintah awal Melaka itu sendiri atau pun salasilah keturunan Melaka itu sendiri. Namun begitu, seperti yang kita ketahui pada masa tersebut belum wujud disiplin khas sesebuah penulisan boleh dihasilkan. Bagi kita pada masa kini, kita wajar menilai dan boleh mengasingkan sendiri apa itu fakta dan mitos dan lagenda itu sendiri supaya ianya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan mengenai fakta sejarah itu sendiri di dalam apa-apa bentuk penulisan sekalipun. SIKAP BIAS SEJARAWAN Sikap bias sejarawan disini bermaksud sikap berat sebelah sejarawan yang dapat dilihat terutamanya di dalam penulisan sesebuah karya. Kebanyakan hal ini terjadi disebabkan oleh sikap sestengah sejarawan itu sendiri yang terlalu ingin mengagungkan bangsa, agama dan negaranya sendiri. penulisan sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarawan itu sendiri. Ia perlulah berasaskan sumber dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ini bererti seorang ahli sejarah tidak boleh membiarkan perasaan peribadinya bermaharajalela semasa menjalankan kajian.16 Perasaan ragu-ragu dan seperti yang diketahui semua melalui pengalaman sendiri menyebabkan berlakunya berat sebelah. 17 Unsur ini dapat dilihat di dalam penulisan Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji yang bersifat berat sebelah. Ini kerana Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad lebih memihak kepada

K. Anabalakan, Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaaan kepada Dr. R. Suntharalingam), Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995, hlm. 46. 17 W. H. Walsh, An Introduction to Philosophy of History, London: Hutchinson Uniersity Library London, 1967, hlm. 99-100.

16

10

orang Bugis. Selain itu, beliau juga memperkecilkan Raja Kecil dari Siak. Kecenderungan Raja Ali Haji terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tentang kehandalan pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan kerajaan Johor.18 Walaupun Raja Ali Haji menyatakan tentang penentangan orang Melayu yang dipimpin oleh Raja Kecil dari Siak terhadap orang Bugis, namun beliau bersikap berat sebelah dengan tidak menceritakan penentangan Sultan Sulaiman terhadap Bugis. Dalam Tuhfat An-Nafis terdapat susunan tentang peperangan antara Raja Kecik dengan opu-opu Raja Bugis. Jelas disini sikap untuk mengagung-agungkan orang yang mempunyai pangkat telah menyebabkan penulisan sejarah bersifat berat sebelah. Hal ini sewajarnya tidak boleh berlaku di dalam mana-mana penghasilan karya kerana penulisan sejarah tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan sejarawan itu sendiri. Sebagai seorang sejarawan, mereka perlu mengabaikan perasaan dan fikiran sejarawan itu sendiri. Impaknya boleh dilihat kemudian hari yang akan menyebabkan berlakunya percanggahan fakta di dalam karya-karya sejarah. KESILAPAN PENULISAN Dalam penghasilan sesebuah karya, pastinya akan terdapat kesilapan di dalam penulisan. Kesilapan di dalam penulisan ini boleh dikatakan sering berlaku ketika proses terjemahan sesebuah karya ke bahasa lain. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gaya bahasa bagi sesebuah bahasa sentiasa berubah-ubah samada dari sudut nahu, ejaan, struktur ayat, istilah, ejaan, penggunaan tanda baca dan sebagainya lagi. Aspek bahasa yang digunakan dalam sesuatu bahan bertulis adalah penting kerana melalui bahasa kita dapat membaca sesuatu teks itu dan faham akan maksud perkataan yang ditulisnya. Bahasa yang

Arbaiyah Mohd Noor,. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 125.

18

11

sukar akan membawa masalah kepada sejarawan yang melakukan proses penyalin hingga boleh membawa kepada perubahan sesuatu fakta.19Selain daripada itu, penggunaan tulisan jawi di dalam karya-karya klasik dilihat tidak wujud sebarang penggunaan tanda dan hal tersebut akan menyebabkan kesilapan boleh berlaku samada dari segi makna dan kefahaman apabila dibaca oleh masyarakat zaman kini. Misalnya, di dalam penulisan tradisional, sering dilihat penggunaan tulisan jawi digunakan secara meluas dan proses penyalinan semula karya itu dilihat sering berlaku. Hal ini dilihat boleh menyebabkan berlakunya kesilapan semasa proses salinan itu berlaku. Ini kerana, kebanyakan penulis menterjemahkan semula kefahaman mereka melalui pembacaan. Kemungkinan salah tafsir karya itu boleh berlaku memandangkan bukan semua penulis memahami tulisan jawi sepenuhnya. Wujud juga penulis yang tahu menulis tetapi tidak dapat menilai kandungan naskah asal. Keadaan ini berlaku kerana penyalin tidak memahami isi kandungan naskah tersebut. Tambahan pula, naskah asal itu ditulis di dalam bentuk tulisan jawi dan bukan semua penyalin arif membaca tulisan jawi. Jika boleh membaca pun, kemungkinan besar mereka tidak dapat menyebut bunyi nya dengan tepat tetapi terus menulis mengikut kefahaman mereka semata-mata. Selain daripada itu, dalam proses penyalinan juga boleh timbul pelbagai perubahan. Hal ini terjadi kerana penyalin mempunyai idea baru yang dijangkanya akan menarik minat pembaca. Penyalin juga mungkin kurang memahami bahasa atau pokok persoalan naskah asal. Mungkin juga tulisan teks asal tersebut tidak jelas atau ketidaktelitian penyalin sendiri sehingga beberapa huruf hilang. Malah penyalin bebas menambah, mengurang, dan mengubah naskah asal menurut seleranya dan disesuaikan dengan situasi dan kondisi zaman

19

Ibid., hlm. 63

12

penyalin. Unsur-unsur lain adalah seperti pengaruh pemerintah, pengkritik dan penerbit juga turut menjadi punca. Apa yang jelas ialah setipa naskah salinan itu dianggap tidak sempurna daripada naskah asal, sebaliknya menghasilkan naskah yang berbeza versinya. ANAKRONISME Anakronisme bermaksud kesilapan meletakkan sesuatu peristiwa, tokoh dan sebagainya lagi dengan zaman yang sebenarnya. Perkara-perkara seperti ini dilihat kerap berlaku disebabkan oleh daripada keterangan lisan itu sendiri atau pengarang-pengarang dahulu tidak mengetahui tarikh sebenar dan menganggarkan sahaja. Unsur ini banyak dilihat terutamanya di dalam karya Sejarah Melayu. Misalnya, diceritakan bahawa Melaka dan Majapahit telah menjalinkan hubungan persahabatan menerusi perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Raden Kirana, puteri Patih Aria Gajah Mada. Catatan sejarah pula membuktikan sebaliknya iaitu dimana kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-14 manakala, kegemilangan Melaka pula adalah pada abad ke-15. Malah, Sultan Mansur Shah dicatatkan dalam sejarah telah memerintah antara tahun 1459 sehingga tahun 1477, sedangkan Patih Gajah Mada telah pun meninggal sekitar tahun 1365 iaitu lebih satu abad. Daripada contoh tersebut kita dapat menilai bahawa unsure anakronisme ini boleh membawa kepada berlakunya percanggahan fakta. Justeru itu, karya Sejarah Melayu ini sedikit-sebanyak menimbulkan keraguan dari aspek faktanya kepada sejarawan masa kini. KETERANGAN LISAN Keterangan lisan boleh diertikan sebagai satu sumber yang diperoleh melalui kaedah temuramah terhadap orang-orang tertentu untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu peristiwa atau keadaan yang berlaku pada suatu ketika. Namun begitu, keterangan lisan ini

13

boleh menimbulkan pelbagai masalah antaranya berlakunya tokok tambah mengenai sesuatu peristiwa. Seperti yang kita ketahui, kaedah lisan sering digunakan oleh ramai sejarawan pada masa dahulu. Misalnya, Herodotus yang merupakan bapa sejarawan terulung. Beliau turut menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tentang Perang Parsi untuk dimuatkan dalam karya beliau, Histories. Karya-karya tradisional kebanyakannya lebih dominan terhadap sumber lisan. Sumber lisan sering digunakan pada ketika itu kerana sumber untuk mendapatkan maklumat masih belum mencukupi memandangkan masyarakat pada masa tersebut masih belum terdedah kepada bidang penulisan. Jika ada sekalipun, ianya lebih terdedah kepada golongan yang berpendidikan sahaja. seperti yang kita ketahui, sumber ini mempunyai banyak kelemahannya kerana kaedah ini secara lazimnya mudah dicemari dengan unsur-unsur tokok tambah yang akhirnya akan mencemarkan sifat sejarah sesebuah karya. Hal inilah yang akan menyebabkan sesebuah karya itu sukar untuk berdiri sebagai sumber sejarah. PEMALSUAN MANUSKRIP Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendefinisikan manuskrip sebagai apa-apa tulisan jawi atau rumi yang ditulis dengan tangan di atas bahan-bahan seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh, gading, kayu, kayu dan kain dengan isi kandungan dengan jangka waktu yang terbatas. Jika kita melihat kepada manuskrip Melayu, kebanyakannnya telah dihasilkan seawal-awalnya dalam lingkungan akhir abad ke-15 dan selewat-lewatnya di akhir abad ke19. Kebanyakan judul manuskrip Melayu banyak menyentuh pelbagai topik di dalam

pelbagai bidang ilmu yang menyentuh aspek kehidupan manusia diabadikan di dalam hasil penulisan manuskrip tersebut. Antaranya ialah kisah sejarah raja-raja, bangsa dan negara, karya sastera seperti hikayat dalam bentuk prosa dan puisi, petua-petua perubatan dan sebagainya lagi.

14

Namun begitu, terdapat sesetengah sikap penulis yang bertindak meniru atau dengan kata lain menyalin karya-karya asal ini bertujuan untuk memalsukan manuskrip asal dengan menyatakan bahawa karya yang dipalsukan tersebut merupakan sebuah karya asal. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya percanggahan fakta. Ini kerana semasa proses penyalinan itu berlaku, sudah tentu berlakunya tokok tambah di dalam manuskrip palsu tersebut. Hal ini boleh menyebabkan pembaca akan berasa keliru terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam karya palsu dengan karya asal. Sebagai contoh, di dalam karya Sulalatus Salatin itu sendiri, kita boleh melihat sendiri bahawa terdapat penggunaan bahasa Melayu yang berbeza pada masa dahulu dan kini. Sekiranya sejarawan mahu membuktikan jika terdapat sebarang pemalsuan dalam dokumen tersebut, sejarawan boleh menjalankan kajian terhadap penggunaan bahasa di dalam karya tersebut. Terdapat satu kes di mana pernah berlakunya pemalsuan di masa kini iaitu kes pemalsuan Buku Harian Hitler oleh seseorang yang mempunyai kepentingannya tersendiri. Kes pemalsuan Buku Harian Hitler ini dapat dibongkarkan apabila ada ahli sejarah yang sangsi terhadap buku tersebut dan telah meinta bantuan ahli paleografi untuk membandingkan tulisan tersebut. Apabila ujian dijalankan dengan membandingkan tulisan di dalam dokumen lain yang ditulis Hitler sendiri mendapati bahawa tulisan di dalam dokumen tersebut berbeza dengan tulisan di dalam Buku Harian Hitler itu. Kajian tersebut telah berjaya membongkar pemalsuan buku tersebut yang pada mulanya telah membawa kejutan kepada masyarakat dunia.

15

PENEMUAN BARU Penemuan-penemuan baru merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya percanggahan di dalam fakta sejarah. Penemuan-penemuan baru ini disebabkan oleh terdapatnya sumber-sumber baru yang ditemui dan boleh dipercayai kebenarannya. Percanggahan fakta boleh berlaku apabila telah terdapat sejarawan yang telah mengkaji lebih awal tentang sesuatu perisitiwa dan disebabkan oleh penemuan-penemuan baru ini menyebabkan sumber lama itu diragui. Sebgai contoh, melalui pembacaan di akhbar, saya mendapati bahawa pembukaan Kesultanan Melayu Melaka dikatakan telah muncul sejak tahun 1262 dan bukannya tahun 1400 lagi. Menurut sumber Kosmo bertarikh 1 Jun 2010, zaman Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa yang diasakan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing untuk menguasai rantau Nusantara. Sebelum ini terdapat juga penyelidik yang menyatakan kewujudan Melaka adalah pada tahun 1278. Namun dengan adanya penemuan baru ni, sekaligus telah menolak tahun 1278 dan tahun 1400 sebagai tarikh pembukaan Kerajaan Melayu Melaka. Ini kerana, tahun-tahun tersebut tidak mempunyai fakta yang kukuh tentang kewujudan Melaka pada tahun tersebut. Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu versi Raja Bongsu, Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada tahun 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung telah menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana ianya bukan berdasarkan fakta. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512 hingga 1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat yang menggunakan kaedah sumber lisan sahaja. Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang telah dijalankan di Malaysia dan juga di Indonesia. Menurut Pakar Sejarah, Profesor Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang
16

selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Menurut beliau juga, ia tidak boleh bergantung kepada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat. KESIMPULAN Secara tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa fakta merupakan tulang belakang ataupun nadi bagi sejarah. Sekiranya fakta itu tiada, maka seseorang itu seolah-olah bercakap kosong sahaja. Fakta juga harus berdasarkan sumber yang tepat kerana daripada sumber itulah wujudnya fakta. Selain itu, fakta yang berdasarkan sumber yang tepat dapat mengelakkan daripada berlakunya percanggahan fakta di dalam sesebuah penulisan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kepada berlakunya percanggahan fakta di dalam sesebuah penulisan. Antaranya ialah mitos dan lagenda, keterangan lisan, sikap bias sejarawan, berlakunya kesilapan di dalam penulisan, terdapatnya unsur-unsur anakronisme, kes pemalsuan manuskrip dan juga wujudnya penemuan-penemuan baru. Hal ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan berlakunya percanggahan fakta terutamanya melalui keterangan lisan itu sendiri. Ini kerana, maklumat yang diperoleh daripada keterangan lisan ini dikhuatiri mempunyai unsur tokok tambah daripada saksi-saksi yang memberi keterangan. Untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku, sejarawan perlu menilai maklumat-maklumat yang diperoleh terlebih dahulu sebelum menulis atau membukukan karya-karya mereka. Begitu juga halnya dengan unsur mitos dan lagenda yang wujud di dalam karya-karya tradisional Melayu yang kebanyakannya dipengaruhi oleh unsur-unsur ini. Oleh itu, sebelum seseorang itu ingin menghasilkan apa-apa jua penulisan, mereka perlu menilai dan menafsir sesuatu sumber itu supaya karya-karya yang dihasilkan tidak mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa kepada percanggahan fakta. Begitu juga halnya dengan kewujudan penemuan-penemuan baru. Penemuan-penemuan baru ini perlu dikaji terlebih dahulu untuk
17

memastikan kesahihan sumber yang diperoleh agar sebarang bentuk percanggahan fakta itu tidak berlaku. Sekiranya unsur-unsur yang membawa kepada percanggahan fakta itu dapat dielakkan, penghasilan sesebuah karya itu akan lebih berkualiti dari segi faktanya dan dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan di dalam masyarakat mengenai rentetan sesuatu peristiwa yang berlaku samada yang melibatkan agama, bangsa dan negara sendiri.

18

BIBLIOGRAFI Anabalakan, K., Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaan kepada Dr. Suntharalingam). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995. Arba'iyah Mohd. Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2002. Carr, E.H., What is History? London: Penguin Books, 1990. Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: beberapa perbahasan mengenai teori dan kaedah Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Walsh, W.H., An Introduction to Philosophy of History. London: Hutchinson University Library London, 1967.

19

Anda mungkin juga menyukai