Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

TAJUK : KURUN KE-18 MEMPERLIHATKAN PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU BARU DI MALAYSIA. BINCANGKAN.

NAMA NO MATRIK KOD KURSUS NAMA KURSUS

: MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN : D20112052063 : HSM 3013 : MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU.

NAMA PENSYARAH

: DR. HARYATI BINTI HASAN

1.0 Pendahuluan Pada kurun ke 18, terdapat kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu baru di Malaysia. Negeri-negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Keluarga yang mengasaskan kerajaan ini pula adalah keluarga baru dan mereka bukan berasal dari negeri-negeri tersebut. Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Di sini memperlihatkan bahawa sebelum penubuhan kerajaan baru ini sudah pun ada pemerintah di negeri-negeri berkenaan. Kewujudan keadaan yang demikian rupa menambahkan menariknya soal ini diberi perhatian kerana ia sekurang-kurangnya dapat menjelaskan tentang bagaimana keluarga tersebut mengasaskan kerajaan, mengambil alih teraju pemerintahan sebelumnya, mendapat pengiktirafan dan pengesahan sebagai pemerintah yang sah di atas takhta kerajaan.

2.0 NEGERI SEMBILAN Pada akhir kurun ke-17 Masihi, orang di Sungai Ujong, Johol, Naning dan Jelebu telah bersetuju untuk menjemput seorang raja dari Minangkabau untuk dijadikan pemerintah di Negeri Sembilan (pada masa itu negeri itu belum dinamakan Negeri Sembilan).1 Pada ketika itu, seorang raja dari Minangkabau iaitu Raja Kasah telah dihantar ke Negeri Sembilan dan dijadikan sebagai pemerintah. Namun begitu, Raja Kasah telah dihalau pulang ke Minangkabau kerana tidak berjaya mengatur dan memajukan adat pepatih iaitu adat orang Minangkabau seperti yang dikehendaki oleh Datuk undang yang menjemputnya. Selepas kepulangan Raja Kasah ke Minangkabau,

Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 43.

Negeri Sembilan telah menerima kehadiran Raja baru yang juga berasal dari Minagkabau iaitu Raja Adil. Nasib yang diterima oleh Raja Adil juga sama seperti yang terjadi kepada Raja Kasah iaitu Raja Adil turut dihalau kembali ke Minangkabau kerana alasan yang sama iaitu tidak berjaya mengatur dan memajukan adat pepatih. Kedatangan Raja Kasah dan Raja Adil yang berasal dari Minangkabau telah membuktikan bahawa sejak dahulu lagi Negeri Sembilan telah mula menerima kehadiran pemimpin yang bukan berasal dari anak watan Negeri Sembilan. Sultan Johor telah mengurniakan kepada Raja Melewar sebuah cap mohor dan Raja Melewar telah diberikan kuasa sepenuhnya untuk memerintah Negeri Sembilan.2 Perjalanan Raja Melewar dari Johor diteruskan dengan melalui Naning dan akhirnya sampai di Rembau, Negeri Sembilan. Raja Melewar telah ditabalkan sebagai Yamtuan Negeri Sembilan di Penanjis iaitu salah satu tempat di Rembau pada tahun 1773.3 Angkatan perang yang diketuai oleh Raja Melewar yang telah dibantu Penghulu Naam telah melancarkan serangan pertama ke atas Raja Khatib di sebuah tempat yang bernama Kampung Bukit. Peperangan yang dilancarkan di Kampung Bukit tidak berpihak kepada angkatan Raja Melewar, angkatan baginda telah mengalami kekalahan dan angkatan Melewar telah berundur ke suatu petempatan yang bernama Sepri4. Setelah mengalami kekalahan pada serangan pertama, angkatan Raja Melewar telah melancarkan serangan kedua melawan pihak Raja Khatib di Seri Menanti. Pertempuran kedua ini telah membawa kejayaan bagi pihak Raja Melewar. Selepas berjaya mengalahkan Raja Khatib, Raja Melewar terus bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti. Daerah

2 3

Ibid, hlm: 45. Ibid, hlm: 45. 4 Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 46.

Seri Menanti juga telah dinamakan sebagai Tanah Mengandung yang membawa maksud tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti.5 Sejak itulah sembilan buah luak telah disatukan atau digabungkan dan di sebut Negeri Sembilan. Luak tersebut terdiri daripada luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai(Inas), Kelang, Naning, Segamat, dan Pasir Besar dan Ulu Pahang (Kenaboi). Pertabalan Raja Melewar di Penanjis pada tahun 1773 dan pelantikannya sebagai Yamtuan Negeri Sembilan yang pertama telah membuktikan bahawa pengasas kerajaan Negeri Sembilan bukannya berasal dari anak watan sebaliknya berasal dari Minagkabau dan telah dijemput untuk menjadi Raja di Negeri Sembilan oleh penduduk Negeri Sembilan. 3.0 SELANGOR Sejarah Selangor pada awalnya telah terungkai pada kurun ke 15 dan awal kurun ke 16, iaitu semasa pemerintahan Melaka. Nama kerajaan Selangor diambil sempena nama sungai utamanya iaitu Sungai Selangor. Negeri Selangor masih dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka apabila Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu putera almarhum Sultan Mahmud Shah, memerintah di negeri Johor. Seperti yang diketahui setelah Melaka kalah dengan portugis pada 1511, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Johor dan apabila kemangkatan baginda kerajaan Johor diperintah oleh anakandanya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah. Semasa kurun ke 17, walaupun Selangor masih dibawah taklukan kerajaan Johor, namun didapati ramai orang-orang Bugis yang datang dari Sulawesi telah mendiami kawasan Kelang dan Kuala Selangor. Ini dapat dibuktikan dalam buku karangan R.J Wilkinson yang menulis tentang orang Bugis yang mula mendiami di Selangor. Mengikut catatan beliau itu, orang Bugis yang pertama

Ibid, hlm: 46.

mendiami negeri Selangor ialah Daing Lakani. Dalam buku pendaftaran (Drag Register)
6

harian orang Belanda juga ada menyebut tentang kedatangan orang Bugis ke Selangor.

Pada masa itu, Selangor menjadi tempat kekuatan orang-orang Bugis di barat Nusantara. Pada masa Yamtuan Muda II (Daing Chelak) mula memegang jawatannya di Riau, seorang orang besar Bugis bernama Daing Matekko (disebut juga Daing Matkah) yang berbaik dengan Raja kechil Siak yang telah membuat kacau di Selangor. Akhirnya Daing Matekko kalah lalu lari balik mendapatkan Raja Kechil Siak. Sejak itu Daing Chelak selalu berulang-alik dari Riau ke Selangor. Pada 19 Mei 1745 Daing Chelak Yamtuan Muda Riau II mangkat dan jawatan itu diganti oleh Daing kemboja(anak Daing perani) menjadi Yamtuan Muda Riau III tetapi kerana perselisih faham Daing Kemboja membawa diri ke Linggi walaupun ditegah oleh Sultan Sulaiman dan beliau (Daing Chelak) telah meninggalkan beberapa orang puteri dan putera dan antaranya ialah Raja Lumu dan Raja Haji. Raja Haji ditempatkan di Riau dan Raja Lumu di hantar ke Selangor. Pada 1756, semasa Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah memerintah Riau, Raja Lumu didapati telah memerintah Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin atau Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor7. Pertabalan beliau di Selangor sebagai Yang diPertuan Sultan lebih kukuh apabila Sultan Perak yang ke-16(Sultan Mahmud Shah) melantik Tuanku Raja Selangor dengan bunyian nobat dan diberi cop mohor pada 1770 dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Salehuddin seperti yang diberikan oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1756 dahulu. Dalam Tuhfat Al-Nafis mengatakan bahawa Raja Lumu mendapatkan pengiktiran dari sultan Perak adalah untuk

6 7

Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 6. Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: viii

mengukuhkan kedudukan baginda serta anak cucunya sebagai raja pemerintah (Yang Dipertuan Sultan) yang sebenar di Selangor dan bukan lagi dibawah jajahan taklukan Kerajaan Johor Riau.8 Berdasarkan bukti jelas menunujukkan pengasas Selangor merupakan bukan anak watan dimana Raja Lumu merupakan keturunan Bugis yang dihantar ke Selangor untuk memerintah Selangor setelah kematian Daing Chelak iaitu ayahandanya.

4.0 KELANTAN Pada kurun ke-18, Jembal pada masa itu di bawah pemerintahan Raja Omar. Raja Omar bersahabat baik dengan kerabat diraja Patani iaitu Dato Pengkalan Tua. Raja Nai Phaya diangkat menjadi Raja Jering dan memilih Tuan Sulong untuk diangkat menjadi Raja Patani yang bertempat di Kota Gerisik.9 Kemudiannya, Dato Pangkalan Tua telah menghantar 2 orang puteranya ke Kelantan iaitu Tuan sulong dan Tuan Besar. Hasil perkahwinan Tuan Sulong dengan Che Biru, mereka mendapat dua orang putera iaitu Long Muhammad dan Long Pandak.10 Manakala perkahwinan antara Tuan Besar dan Raja Pah dikurniakan anak yang bernama Long Sulaiman. Selepas kemangkatan Raja Omar, takhta kerajaan Jembal telah diserahkan kepada menantunya iaitu Long Bahar pada tahun 1721 M. Selepas kemangkatan Tuan Besar teraju pemerintahannya diteruskan oleh puteranya yang berada di Pattani iaitu Long Sulaiman pada tahun 1733 M. Long Sulaiman mempunyai dua orang puteri, Tuan Dewi dan Tuan Kembang, dan seorang
8

Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 20. Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 81. 10 Nik Mahmud bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, Kota Bharu: The Al-Asasiyah Press Co, hlm: 19.
9

putera iaitu Long Yunus. Semasa Long Sulaiman menjadi raja Jembal, telah wujud masalah konflik dalaman bangsawan iaitu menantunya Long Deraman yang ingin mendapatkan kuasa. Long Sulaiman tidak lama berada di atas takhta kerajaan kerana baginda mangkat pada 1756 M akibat ditikam oleh Long Deraman.11 Kemangkatan Long Sulaiman tidak digantikan oleh puteranya, Long Yunus sebaliknya Long Deraman telah melantik Long Pandak iaitu saudara iparnya memerintah Kelantan yang berpusat di Kota kubang Labu kemudian baginda pun berangkat pulang ke Legeh.12 Pada 1726 M ketika waktu malam, pihak Long Yunus yang terdiri daripada Long Ghaffar, Penghulu Adas dan Mandur Mis telah menyerang Kota Kubang Labu. Hal ini terjadi apabila Long Ghaffar menyerang dari Pengkalan Lisir-Kutan, Long Yunus dari Pengkalan Gong Chepa- Pasir Pekan dan Penghulu Adas dan Mandur Mis. Dalam peperangan ini, Long Muhammad telah terkorban kerana telah ditikam oleh Long Ghafar.13 Long Draman di bawa ke Kelantan dan akhirnya mangkat. Kemuncak daripada peperangan ini menyaksikan kejayaan Long Yunus meyingkirkan pengaruh Legih di Kelantan, lalu mengisytiharkan dirinya menjadi Yang Dipertuan Kelantan di Kota Kubang Labu pada tahun 1765 M.14 Long Ghafar, sahabat setia yang banyak membantu Long Yunus di lantik menjadi Mangkubumi merangkap Panglima Perang bergelar Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri.

11

Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 159. 12 Saad Shukri bin Haji Muda, (1971). Detik- Detik Sejarah Kelantan, hlm: 54. 13 Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 36. 14 Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, hlm: 24.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah jelas menunjukkan bahawa pada kurun ke-18 pemerintahan di negeri Kelantan adalah diasaskan oleh kerajaan dan salasilah raja yang berasal dari negeri luar dan bukannya anak watan negeri tersebut.

5.0 TERENGGANU Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin ibn Tun Habib Abdul Majid, putera Bendahara Padang Saujana Johor pada kurun ke-18. Dalam buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, menyebutkan mengenai pertabalan Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu dilakukan oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua yang mendapat titah daripada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.15 Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ialah putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV Johor. Dalam sumber lain pula terdapat keterangan yang menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chao Yang, Raja Patani. 16 Menurut Tuhfat al-Nafis, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Yamtuan Muda Johor iaitu Daeng Marewah telah mengarahkan Daeng Menampuk ke Terengganu menabalkan Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu. Selepas upacara ini Daeng Menampuk pulang ke Riau.17 Manakala dalam sumber Terengganu iaitu Sejarah Terengganu,Terengganu Dari Bentuk Sejarah dan Sejarah Terengganu mengemukakan kisah yang sama seperti

Hikayat Johor serta Pahang tentang bagaimana dan kedatangan Tun Zainal Abidin ke

15 16

Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd, hlm: 70. Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala Lumpur: Utusan Publication, hlm: 32-33. 17 Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd, hlm: 70.

Patani.Selain daripada menceritakan mengenai Tun Zainal Abidin ke patani kerana dihalau oleh Wan Abdullah, anak Paduka Raja setelah Paduka Raja dibunuh di Terengganu.Dalam kedua-dua sumber ini juga menyatakan mengenai Sultan Abdul Jalil datang ke Patani dan berkahwin dengan Phra Nang Chao Yang.18 Mengenai Paduka Raja Wan Abdul Rahman pula, di dalam buku Sejarah Johor ada menyatakan mengenai Paduka Raja Tun Abdul Jamil.19 Walaupaun nama bebeza tetapi dipercayai kedua-dua nama ini adalah orang yang sama.Ini kerana kedua-dua orang ini memakai gelaran Paduka Raja serta telah disingkir dari Johor dan dibunuh di Terengganu. Oleh yang demikian tidak syak lagi bahawa kedua-dua nama ini adalah orang yang sama. Wan Abdul Rahman mendapat gelaran Laksamana di masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil III dan memegang jawatan Paduka Raja pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim Syah (1677-1685) dan disingkirkan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud II (1685-1699). Pada tahun 1688, Tun Habib Abdul Majid masih menjadi Bendahara Johor.20 Pada tahun 1697, setelah mengetahui berita kematian Bendahara Tun Habib Abdul Majid, maka Tun Zainal Abidin pulang ke Johor untuk melawat jenazah ayahnya. Pada masa kematian Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Patani diperintah oleh Mas Kelantan. Setelah itu,baginda pun kembali ke Patani dan memberitahu kepada Raja Patani bahawa baginda telah dianugerahkan negeri Terengganu. Oleh yang demikian,Raja Patani iaitu Raja Emas Jayam (1707-1719) merestui Tun Zainal Abidin ke Terengganu bersama dengan lapan puluh keluarga dan ditabalkan menjadi Sultan terengganu di
18 19

Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 13. Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 82. 20 Ibid, hlm: 159-160.

Tanjung Baru, Kuala Berang.21 Berdasarkan pemerintahan Raja Emas Jayam ini bermakna pertabalan Tun Zainal Abidin di atas taktha kerajaan Terengganu di sekitar tahun 1707-1719. Oleh yang demikian, ini membuktikan bahawa kesultanan Terengganu yang pertama pada kurun ke-18 diasaskan oleh keturunan Bendahara Johor dan baginda bukannya dalam kalangan anak watan negeri Terengganu.

6.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, pengasas kepada keempat-empat buah negeri tersebut, iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Terengganu sememangnya bukan anakanak watan negeri-negeri itu sendiri. Berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan, ternyata pengasas kerajaan adalah dari Bugis, Minangkabau, Siam dan Johor masingmasing. Kekacauan dan huru-hara serta perebutan kuasa menjadi punca peralihan kuasa dan tampuk pemerintahan negeri-negeri tersebut. Perkahwinan juga menjadi faktor asalusul pengasas kerajaan-kerajaan ini. Walaupun pengasas negeri-negeri tersebut bukanlah anak watan, kemunculan kerajaan-kerajaan ini akhirnya menjadi antara negeri-negeri yang maju sehingga ke hari ini.

21

Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm: 103.

10

BIBLIOGRAFI Abdul Razak Mahmud, (2005). Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman, Press Sdn. Bhd. Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala Lumpur: Utusan Publication. Nik Mahmud bin Nik Ismail, (1934). Ringkasan Cetera Kelantan, Kota Bharu: The AlAsasiyah Press Co. Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd. Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Anda mungkin juga menyukai