Anda di halaman 1dari 4

NAMA KURSUS & KUMPULAN KULIAH:

HSM3013 MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU


(KUMPULAN C)

NAMA PENSYARAH:

DR. HARYATI BINTI HASAN

HARI KULIAH:

KHAMIS

TEMPAT KULIAH:

KOMPLEKS AKADEMIK

TAJUK TUGASAN:

TAJUK 5: NILAIKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN MELAYU BARU PADA ABAD


KE-18

NAMA:

BIL NAMA NO MATRIK


1 NUR ALEESYA MASNIN BINTI MARIDAN D20221103683
2 NUR NABILA NADIA BINTI ROSDI D20221103677
3 NUR NAJIHAH BINTI MOHD FAUZI D20221103681
4 NURUL WAJIHAH BINTI JAMALUDIN D20221103687
PENGENALAN
Pada abad ke-18, muncullah kerajaan baru di Tanah Melayu iaitu Terengganu, Selangor,
Negeri Sembilan dan Kelantan. Pihak yang mengasaskan negeri-negeri baru ini bukanlah
berasal dari negeri tersebut, namun dikatakan berasal dari keluarga baru. Contohnya,
pemerintah Terengganu berasal dari Johor, Selangor pula berasal dari Bugis, Negeri Sembilan
dari Pagar Ruyung manakala Kelantan berasal dari Patani.

TERENGGANU
Penubuhan Kerajaan Baru oleh keluarga baru di Terengganu bermula pada 1720an.
Kesultananan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin ibn Tun
Habib Abdul Majid. Dalam buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, menyebutkan
pertabalan Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu dilakukan oleh Daeng
Menampuk atau Raja Tua yang mendapat titah daripada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
Selepas upacara ini Raja Tua Daeng Menampuk pulang ke Riau. Kenaikan Sultan Zainal
Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu bukan sahaja menandakan tamatnya pemerintah
sebelum itu, tetapi juga bermulanya dinasti Bendahara. Dalam sumber Terengganu, Sejarah
Terengganu dan Terengganu dari Bentuk Sejarah mengemukakan kisah yang sama tentang
kedatangan Tun Zainal Abidin ke Patani. Hikayat Johor serta Pahang turut mengemukakan
kisah yang sama. Kesemua sumber ini mengaitkan kedatangan Tun Zainal Abidin ke Patani
dengan gerakan pembunuhan ke atas Paduka Raja Wan Abdul Rahman. Setelah Paduka Raja
dibunuh di Terengganu, Tun Zainal Abidin yang berada di dalam perahu kenaikan anak Paduka
Raja telah dihalau dan tiba di Patani dan diambil sebagai anak angkat oleh Nang Chayang, Raja
Patani. Peristiwa kehadiran Tun Zainal Abidin ke Patani adalah benar begitu juga kedatangan
Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Namun, peristiwa perkahwinan Sultan Abdul Jalil Riayat
Syah IV dengan Nang Chayang sahaja yang kurang tepat. Sultan Zainal Abidin telah mangkat
pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam putera. Oleh itu, Engku Tuan Wangsa dan
Bendahara Tun Hussein telah ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26
Februari 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

SELANGOR
Kerajaan baru muncul di Selangor pada tahun 1770 apabila Raja Lumu yang digelar
Sultan Sallehuddin Syah telah menduduki takhta Selangor. Pemerintahan Raja Lumu di
Selangor menyebabkan tamatnya pemerintahan keluarga sebelumnya serta pengaruh Johor.
Pemerintahan kerajaan ini adalah berasal dari Bugis. Penubuhan kerajaan ini dikaitkan dengan
kemerosotan kerajaan Johor yang berada di bawah pimpinan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah
IV yang menggantikan Sultan Mahmud Syah II yang digelar Marhum Mangkat Dijulang
apabila baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama. Namun, selepas 18 tahun memerintah, baginda
telah dikalahkan oleh Raja Kechil yang mendakwa dirinya anakanda Sultan Mahmud Syah II.
Sepanjang pemerintah baginda, kerajaan tersebut sekali lagi menjadi kacau-bilau disebabkan
oleh Raja Sulaiman meminta bantuan dari upu-upu Bugis bagi menjatuhkan Raja Kecil. Raja
Kechil telah tewas dan digantikan dengan Raja Sulaiman sebagai pemerintah yang digelar
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor.
Pelantikan upu-upu Bugis menandakan wujudnya kemunculan Bugis di Tanah Melayu.
Kehebatan Bugis dalam bidang politik menyebabkan banyak negeri berada di bawah
naungannya. Pada pertengahan akhir abad ke-18, muncullah Raja Lumu iaitu anakanda Daeng
Chelak. Raja Lumu ingin membebaskan kerajaannya dari Johor namun merasakan mustahil
Yamtuan Muda Johor, Kedah dan Selangor akan membantunya mencapai kebenaran tersebut.
Oleh itu, baginda telah meminta pengiktirafan dari Perak. Keadaan ini menyebabkan baginda
ditabal sebagai sultan dalam kerajaan Selangor.

NEGERI SEMBILAN
Pada abad ke-18 Negeri Sembilan juga mengalami penubuhan kerajaan baru. Sejak
abad ke-17, beberapa orang anak Raja dari Minangkabau dijemput oleh para pembesar di
Negeri Sembilan untuk menerajui Pemerintahan. Antaranya ialah, Raja Kasah dan Raja Adil.
Tetapi kedua-duanya gagal untuk memerintah Negeri Sembilan dan disingkirkan oleh
pembesar. Penyingkiran ini membuatkan para pembesar tidak lagi mencuba untuk
mendapatkan anak raja dari Minangkabau. Namun, pada abad ke-18, para pembesar
mengambil keputusan untuk menjemput semula anak Raja dari Minangkabau kerana bimbang
akan kemunculan kuasa Bugis dalam politik Tanah Melayu. Oleh itu, wakil telah dipilih ke
Pagar Ruyung untuk menguruskan jemputan. Raja Khatib yang tiba di Negeri Sembilan
terlebih dahulu telah mengakui dirinya anak Raja Minangkabau. Raja Malewar berangkat ke
Negeri Sembilan melalui Johor dan dianugerahkan cop mohor untuk memerintah Negeri
Sembilan. Di Negeri Sembilan, Raja malewar dilantik sebagai Yang Di Pertuan. Kehadiran
Raja Malewar di Negeri Sembilan mencetuskan peperangan di antara baginda dengan Raja
Khatib. Peperangan ini berlangsung dan dimenangi oleh Raja Malewar. Kemangkatan Raja
Melewar tidak digantikan oleh puteranya tetapi pembesar telah menjemput anak Raja dari
Minangkabau iaitu Raja Hitam. Selepas kemangkatan Raja Hitam, para pembesar turut
membuat perkara yang sama dan menjemput Raja Lenggang. Baginda ditabalkan di di Penajis,
Rembau dan akhirnya Raja Lenggang menjadi titik permulaan terhadap pengasas Kesultanan
Negeri Sembilan.

KELANTAN
Kelantan juga mengalami penubuhan kerajaan baru pada abad ke 18. Kelantan diasas
oleh Long Yunus yang asalnya keturunan bangsawan Patani. Sebelum diambil alih oleh
bangsawan Patani ini, kerajaan berada di bawah pemerintahan diraja Jembal. Sultan terakhir
diraja Jembal iaitu Sultan Omar merupakan sahabat baik kepada Datuk Pengkalan Tua Patani.
Oleh kerana, hubungan baik mereka telah berlaku perkahwinan antara dua kerajaan ini dan
bermulalah penglibatan keluarga bangsawan Patani dalam politik di Kelantan. Pada tahun
1721, Sultan Omar telah pun mangkat dan pemerintah keluarga diraja Jembal telah pun tamat.
Pemerintahan ini kemudiannya diterajui oleh Long Bahar iaitu menantunya yang merupakan
anak Datuk Pengkalan Tua. Selepas Long Bahar pemerintahan diganti Long Sulaiman namun
tidak lama kemudian baginda di bunuh oleh Long Deraman yang ingin menguasai Kelantan.
Seterusnya, Long Deraman telah mengetepikan anak Long Sulaiman iaitu Long Yunus dengan
melantik anak Tuan Sulong sebagai pemerintah iaitu Long Muhammad. Di samping itu, Long
Muhammad juga telah di bunuh oleh Long Deraman, dengan ini Long Pandak telah di angkat
menaiki takhta oleh Long Deraman. Ketika pemerintahan Long Pandak, Long Yunus telah
membuat gerakan bagi mengambil kembali takhtanya semula. Dengan ada bantuan Sultan
Mansur I, Long Yunus telah berjaya mengalah Long Pandak dan menaiki takhta tetapi tidak
lama kemudian Long Pandak dengan bantuan Long Deraman menyerang Long Yunus dan
beliau terpaksa mengundurkan diri. Sekali lagi dengan bantuan Sultan Mansur I satu rundingan
telah di buat dan dalam rundingan itu Long Pandak menjadi Raja Kelantan manakala Long
Yunus sebagai Raja Muda. Tidak lama kemudian Long Yunus telah difitnah dan menyebabkan
berlakunya peperangan Long Yunus yang dibantu Long Ghaffar telah berjaya dan seterusnya
menaiki takhta. Dengan ini tamat pemerintahan Tuan Sulong dan berjaya mengangkat
kedaulatan yang diasaskan oleh Long Bahar dahulu..

KESIMPULAN
Kesimpulannya pada abad ke 18 terdapat beberapa penubuhan kerajaan baru yang
diasaskan oleh keluarga baharu dan bukan penduduk asal kerajaan tersebut. Dalam pada itu,
penubuhan kerajaan baru pada adab ke 18 ini dapat memperlihat persamaan dan perbezaan dari
keempat - empat negeri dari segi proses pembentukan, tempoh masa, pengasasan dan
pengiktirafan. Pembentukan kerajaan Melayu memberi iktibar bahawa proses pembinaan
sesebuah negara bukanlah proses yang mudah. Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri
dan kegigihan penting untuk negara.

Anda mungkin juga menyukai