Anda di halaman 1dari 5

KESULTANAN KELANTAN DAN PATANI

SEJARAH KESULTANAN KELANTAN

 Kelantan mengamalkan sistem beraja..Kesultanan bermula setelah agama


Islam bertapak di rantau Asia Tenggara khususnya Semenanjung Tanah
Melayu mulai daripada abad ke-12 Masihi dan raja memeluk agama Islam.
 Nama gelaran raja pemerintah pun ikut bertukar daripada ‘Raja’ atau
‘Maharaja’ yang dipakai turun temurun sejak dari zaman Hindu, kepada
gelaran Islam iaitu ‘Sultan’.
 Dipercayai bahawa Islam mula bertapak di bumi Kelantan pada awal abad
ke-12 Masihi. Bukti bertapaknya Islam adalah berasaskan kepada
penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota Kubang Labu
(sekarang Wakaf Baru). Pada muka pertama dinar itu tertulis perkataan
Arab ‘al-Mutawakkil’ yang bermaksud yang bertawakal iaitu semacam
gelaran kepada seorang raja, dan pada muka kedua dinar itu tercatat pula
perkataan ‘al-Julus Kelantan yang bermaksud menaiki takhta pada tahun
577 Hijrah.
 Berasaskan fakta ini bolehlah diandaikan bahawa sejak abad ke-12 Masihi
lagi sudah wujud sebuah kerajaan Islam Kelantan di bawah pemerintahan
raja yang bergelar al-Mutawakkil.
 Walaubagaimanapun, raja-raja Islam Kelantan yang awal ataupun
siapakah raja Islam Kelantan yang pertama belum lagi dapat diketahui.
 Sejarah melayu menyebut abad ke-15 Masihi, Kelantan adalah negeri
lebih besar dari Pattani iaitu Sultan Mansor Syah nama rajanya, anak
saudar sepupu pada Sultan Iskandar Syah dan Sultan Iskandar Syah itu
dikatakan asalnya daripada anak cucu Raja Chulan iaitu raja negeri
Ganggayu atau negeri Klang Kio yang terletak di Johor.
 Menurut sebuah cerita cerita dikatakan ada sebuah Kota Batu Hitam
dibangunkan di Ulu Sungai Johor. Rajanya Sultan Mansor Syah, tiada
mahu tunduk menyembah Melaka. Sultan Melaka pun menghantar
tenteranya memerangi kota itu. Sultan Mansor Syah berundur lari ke
Kelantan. Maka baginda menjadi raja dalam negeri Kelantan.
 Asal usul Sultan Iskandar Syah masih kabur. Mungkinkah Maharaja
Kumar yang sudah pun menerajui Kelantan pada tahun 1411 itu
ketrurunan dariapda diraja Srivijaya Kelantan atau apakah baginda itu
keturunan daripada raja atau pembesar Majapahit yang memerintah
Kelantan semasa negeri itu berada di bawah takluk atau kekuasaan
Majapahit.
 Kerana pada tahu 1365 kelantan terletak di bawah Majapahit.
 1493 Kelantan diperintah oleh raja yang bernama atau bergelar Raja Seri
Dewa dan isteri baginda namanya Nan San
 Sungguhpun Islam mula bertapak di Kelantan pada awal abad ke-12
Masihi, namun salasilah raja-raja yang memerintah Kelantan pada masa
itu hingga pada awal abad ke-15 Masihi masih belum dapat dikesan tetapi
hanya bermula dari awal abad ke-15 Masihi iaitu Sultan Iskandar Syah
seperti tercatat dalam Sejarah Melayu.
 Salasilah raja-raja yang memerintah Kelantan daripada keturunan Sultan
Iskandar Syah ini, iaitu
1. Sultan Iskandar Syah(?-1465)
2. Sultan Mansor Syah(1465-1526)
3. Sultan Gombak(1526-1548)
4. Sultan Ahmad(1548-1580)
5. Sultan Hussin(1580-1610)
6. Che Siti Wan Kembang
7. Puteri Saadong

 Dengan kehilanagn atau kemangkatan Che Siti Wan Kembang di Gunung


Cinta Wangsa pada akhir abad ke-17 Masihi, maka boleh dikatakan
berakhirlah pemerintahan raja-raja Kelantan berketurunan Sultan Iskandar
Syah seperti yang tersebut dalam Sejarah Melayu.
 Seterusnya awal abad ke-17 Masihi, iaitu pada zaman Che Siti Wan
Kembang di Kelantan, telah wujud sebuah kerajaan atau negeri yang
bernama Jembal.
 Salasilah raja-raja Jembal
1. Raja Sakti(1638-1649)(berketurunan raja Bersiong)
2. Raja Layor(1649-1667)
3. Puteri Saadong
4. Sultan Abdul Rahim(1671-1721)
5. Sultan Umar(1675-1721)
6. Raja Pah(1721-1733)
 Seterusnya Long Yunus menjadi pemerintah Kelantan. Secara ringkas
bagaiman Long Yunus menjadi raja pemerintah Kelantan iaitu apabila
Long Sulaiman, Raja Kelantan, yang berpusat di Kubang Labu mangkat
dibunuh oleh menantunya Long Deraman, puteranya yang bernama Long
Yunus melarikan diri ke Kuala Terengganu dan tinggal disana beberapa
tahun di bawah naugan Sultan Terengganu. Melalui pertolongan serta dan
bantuan Sultan Terengganu, Long Yunus merebut kembali negeri
Kelantan dan beroleh kemenanagan dan menjadi Raja Kelantan.
 Selepas Yong Yunus menaiki takhta, mula era baru dengan menyatukan
seluruh Kelantan.
 Hubungan Kelantan dengan negeri Terengganu iaitu sebelum campur
tangan Siam, Terngganu berusaha melepaskan diri dan membentuk
pentadbiran sendiri, Kelantan berada di bawah naugan Terengganu, dan
perkahwinan politik terjalin.
 Manakala hubungan dengan Patani adalah kerana memberi perlindungan
kepada rakyat Pattani yang ketika itu diserang oleh Siam dan Sultan
Kelantan dikatakan berasal dari Kelantan.
SEJARAH KESULTANAN PATANI

Raja Seri Wangsa


o Pemerintah terakhir Kota Mahligai
o Membuka negeri Pattani dan merupakan pemerintah pertama
o Beragama Buddha mazhab Mahayana-di bawa oleh orang-orang Hindu

Raja Antira
o Puteri Raja Seri Wangsa
o Menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama
o Mempunyai dua orang putera-Raja Muzaffar & Raja Mansur dan seorang
puteri Raja Aisyah.
o Terkena penyakit kusta-diubati oleh Syeikh Safiyy al-Din tetapi dengan
syarat mesti memeluk Islam.
o Ditabal menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Muhammad Syah”
o Menerima kedatangan Portugis dari Melaka-membenarkan mereka
berniaga di dalam Pattani.

Sultan Muzaffar Syah


o Mempunyai dua orang putera bernama Raja Patik Siam & Raja
Mambang(kakanda) dari seorang gundik
o Melawat negeri Siam-Thai tetapi mendapat sambutan yang dingin. Raja
siam-Thai memandang darjat baginda sangat rendah daripadanya.
o Menyerang Kota Ayutia ketika Burma turut menyerang kota tersebut
untuk membela & mambalas dendam terhadap orang Siam-Thai dan
berjaya merobohkan pintu kota tersebut.
o Mangkat ketika dalam perjalanan pulang ke Pattani & dikebumikan di
kuala negeri Siam.

Sultan Mansur Syah


o Memerintah selama Sembilan tahun
o Mempunyai dua orang putera iaitu Raja Bahadur dan Raja Bima dari
seorang gundik
o Berwasiat supaya Raja Patik Siam menjadi pengganti Baginda

Sultan Patik Siam


o Menaiki takhta ketika berusia 9 tahun
o Pemerintahan negeri telah dijalankan bersama-sama dengan seorang
timbalannya iaitu, Raja Aisah, bonda saudaranya.
o Di bunuh oleh Raja Mambang ketika baginda sedang bersemayam seorang
diri pada waktu pagi.

Sultan Bahadur Syah


o Mempunyai tiga orang puteri iaitu Raja Hijau, Raja Hijau dan Raja Ungu
o Dibunuh oleh Raja Bima kerana berlaku perselisihan
Raja Hijau
o Raja perempuan pertama menaiki takhta dan menjalankan pemerintahan
secara adil & saksama.
o Menjalin hubungan yang erat dengan Jepun dan Siam
o Raja Siam menggelarnya Phra Nang Cao Yang(baginda raja perempuan)

Raja Ungu
o Sentiasa mendapat serangan dari Raja-Siam-Thai

Raja Kuning
o Anak kepada Raja Ungu dengan Sultan Pahang
o Berkahwin dengan Yang Dipertuan Johor
o Gemar kepada pekerjaan berccuk tanam dan berniaga
o Menjalankan perniagaan sendiri di luar Patani dengan melantik seorang
kapten untuk mendagangkan semua barang dagangannya
o Menolak permintaan Raja Siam supaya tunduk ke bawah daulat Raja
Siam-Thai
o Berlaku perselisihan faham dengan suaminya sehingga suaminya
berangkat kembali ke Johor bersama-sama rakyatnya.

Perkaitan dengan Kerajaan Melayu

Melaka

 Sultan Muhammad Syah mengadakan urusan luar negeri dengan Sultan Melaka.
Sultan Melaka pada ketika itu ialah Sultan Mahmud Syah. Tujuannyaadalah untuk
merapatkan tali persahabatan diantara dua buah negeri ini

Pahang
 Sultan Pahang telah berkahwin dengan adinda bongsu Raja Hijau iaitu Raja Ungu

Terengganu
 Terengganu minta bantuan Patani semasa peperangan dengan Kelantan semasa
pemerintahan Sultan Muhamad 1 di Kelantan
 Pemerintah negeri Terengganu iaitu anak Raja Johor yang bergelar Dipertuan
Muda Johor berkahwin dengan Raja Kuning.

Kelantan
 Kelantan member bantuan dan perlindungan kepada rakyat Patani yang ketika itu
diserang Siam
 Sultan Kelantan dikatakan berasal dari Patani
 Patani mempersilakan seorang anak Raja Kelantan menjadi raja di negeri Patani
yang bernama Raja Mas Kelantan
Johor
 Yang Dipertuan Muda-Johor beserta rakyatnya telah membantu Raja Ungu
melawan serangan tentera Siam-Thai.

Anda mungkin juga menyukai