Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Kelantan Tua[sunting 

| sunting sumber]
Sejarah Kelantan Tua amat membingungkan para pengkaji. Namanya sering bertukar. Pada
abad pertama Masihi ia dikenali sebagai Medan Gana, Nusa Medan atau Medan. Menghampiri
abad kedua kawasan-kawasan dari Segenting Kera hingga Semenanjung diberi nama umum
sebagai Yawadwipa atau Kawasan Jawa. Pada abad ke-2 Masihi Negara Medan Gana berubah
nama kepada Kunjarakunja nermaksud Cerang Gajah atau Cerang Besar, dikenali sebagai
Penghijauan Besar dan dalam riwayat tradisi ia disebut sebagai selebar daun. Cacatan sejarah
China menyebut sebagai Chu-Yu-K’un, Tu- K’kun atau Tu-ya dan ia menjadi salah sebuah
negeri di bawah jajahan Raja Funan (Gunung) iaitu Negara di kawasan Teluk Siam sekarang
yang berpusat di Kemboja. Kira-kira pada tahun 369 Masihi, Kusuma Citraraja atau
Jayapurusya,Raja Kunjarakunja ketika itu telah bangun memberontak dan membebaskan diri
daripada kekuasaam Gunung dan memberi nama baru kepada negaranya sebagai Kalathana
bermaksud Tanah Raksasa atau dikenali sebagai Tanah Kala dalam riwayat tradisi Kelantan. Ibu
kotanya bernama Yawakoti atau Titik Jawa yang terletak di Hilir Kelantan kira-kira 10 kilometer di
sebelah barat Bukit Panau yang ketika itu terletak di pesisir pantai. Kota ini dikatakan telah
tenggelam ke dalam bumi. Seterusnya selepas dua tahun nama Kalathana diisytiharkan, rajanya
telah menyerang dan meruntuhkan Empayar Gunung. Sebagai ganti Empayar Kalathana telah
dibangunkan. Empayar Kalathana tidak lama usianya,ia diruntuhkan oleh kerajaan Champa
yang terkenal dalam riwayat tradisi sebagai Empayar Champaka Sari.
Sejak awal abad pertama Masihi telah wujud beberapa negeri kecil di Kelantan. Claudius
Ptolemy seorang penulis Mesir berbangsa Yunani pada pertengahan abad ke -2 Masihi
mencatatkan nama tempat-tempat seperti Koli Polis, Primula dan Tharra. Mengikut ahli sejarah
kesemua tempat yang disebut oleh Ptolemy itu terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung
Tanah Melayu yang disebut dalam buku itu sebagai ‘Semenanjung Emas” adalah kawasan
dalam negeri Kelantan sekarang yang dirujuk sebagai Kalathana.
Chi-lan-tan adalah nama yang mula-mula digunakan oleh penulis China, Chau Ju Kua apabila
beliau mencatatkan bahawa pada tahun 1225 Masihi negeri ini di bawah takluk Kerajaan
Srivijaya. Dalam syair Jawa Kuno Nagarakertagama karangan Prapanca, Kelantan pada tahun
1365 Masihi berada di bawah naugan Empayar Majapahit berpusat di Jawa Timur. Dalam
Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang menyebutkan pada abad ke -15 Masihi Kelantan lebih
masyur daripada Pattani. Dalam masa yang sama sejarah China mencatatkan bahawa dalam
tahun 1411 Masihi negeri Kelantan diperintah oleh seorang raja bernama Kumar beragama
Islam yang dipuji oleh Raja China sebagai raja yang baik. Beliau pernah mengirim ufti dan
persembahan kepada Raja China.[1]

Kerajaan Chin-tu[sunting | sunting sumber]


Empayar Tanah Merah (Chin-tu) ini sebenarnya ialah serpihan daripada Funan. Pada asalnya,
Negeri Tanah Merah ini merupakan sebuah Negeri Persekutuan, dikenali
sebagai Kalathana yang membawa maksud Tanah Raksasa.
Persekutuan ini mengandungi empat negeri iaitu:

 Kalathana (Kelantan)
 Thanathana (Terengganu)
 Gangga Negara (Perak)
 Kuli (Pahang)

Sultans dan Raja daripada Kerajaan Jambi[sunting | sunting


sumber]
Sultan - Dinasti Awal Langkasuka[sunting | sunting sumber]
 1267–1339: Raja Sang Tawal, Raja Langkasuka, anak sulung Raja Sakranta,
Maharaja Jawaka. Beliau dikalahkan oleh Siam pada 1295 dan melarikan diri ke Ligor.
Selepas kehilangan Singgora, beliau menetap di Kelantan dan membina bandar baru
Sultan - Dinasti Chermin[sunting | sunting sumber]
Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan
dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak,
utara Sumatra dan Champa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan
Champa di Vietnam.

 1339-1362: Sultan Mahmud Ibni Adullah, putera kepada Paduka Sri Sang Tawal, Raja
Langkasuka. Menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan ayahandanya, dan
mengasaskan Kerajaan Chermin. Meluaskan empayar kerajaan Chermin dengan menakluk
Perak, Kedah, Champa dan utara Sumatra. Dikalahkan oleh kerajaan Sukhotai pada tahun
1345 dan membayar ufti kepada Sukhotai. Masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan
Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Memindahkan ibu kota ke Bukit Panau.
Kerajaannya menjadi taklukan Majapahit selepas Majapahit mengalahkan Sukhotai pada
tahun 1357. Mangkat pada tahun 1362

 1362–1418: Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Chermin, anak Sultan
Mahmud ibnu Abdullah, Raja Langkasuka dan Kelantan
 1418–1429: Sultan Sadik Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Baki Shah [Maulana
Nenggiri] - Memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Chermin ke pedalaman Nenggiri
 1429–1467: Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Baki Shah (Raja Kemas Jiwa)
 1467–1522: Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah - Selepas
pemerintahan Raja Ku Umar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar[perlu rujukan] sehingga
1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur.[perlu
rujukan]
 Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur
sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M,
Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau
bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda
Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang
Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan
Muzaffar Shah (1528M).
 1522–1526: Sultan Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah - Apabila Sultan Mansur
Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi
Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak".[perlu rujukan] Setelah baginda Raja Gombak mangkat,
maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal
menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah
berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di
sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri
dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
 1526–1547: Sultan Ahmad Shah ibni al-Marhum Raja Mansur, anak kepada Raja Muda
Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Gombak Shah. Ditabal setelah kematian datuknya.
 1547–1561: Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Shah
 1561–1565: Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mansur (ditabal buat kali pertama)
 1565–1570: Raja Umar bin Raja Ahmad of Terengganu
 1570–1579: Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mansur (ditabal buat kali
kedua)
Raja Ku Umar[sunting | sunting sumber]
Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama
Islam bernama Raja Ku Umar.[perlu rujukan] Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat
mengesani daripada manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja
Ku Umar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam
tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain
sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.[nyatakan menurut siapa?]

Dinasti Kelantan (Kerajaan Jembal)[sunting | sunting sumber]


Sultan dan Raja dari Kerajaan Champa/ Jembal[sunting | sunting
sumber]

 1579–1597: Sultan Addil ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din (pertabalan kali pertama)
 1597–1602: Sultan Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
 1602–1605: Sultan Addil ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din (pertabalan kali ke dua),
Raja Kelantan
 1605–1616: Sultan Samir ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din, Raja Kelantan, anak Nik
Jamal ud-din bin Wan Abul Muzaffar, Timbalan Raja Champa
 1616–1637: Sultan 'Abdu'l Kadir ibni al-Marhum Sultan Samir ud-din
 1637–1649: Raja Sakti I ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Kadir, Raja of Kelantan-Utara
(Jembal) and Patani
 1649–1663: Raja Loyor bin Raja Sakti I
 1663–1667: Interregnum - Puteri Saadong
 1667–1671: Ratu Sa'adong I binti Raja Loyor, Putri Vijaya Mala, Raja Jembal
 1671–1676: Sultan Abdul Rahim ibni al-Marhum Sultan Samir ud-din Bahar
 1675–1721: Sultan Omar Ibni Al-Marhum Raja Sakti I
Raja Sakti I[sunting | sunting sumber]
Pada pertengahan kurun ke 17, Raja Kuning yang memerintah Patani telah mangkat dan
menjadikan negeri Patani huru-hara. Raja Sakti I dari Kelantan berjaya menyatukan Patani dan
Kelantan di bawah pemerintahannya pada tahun 1649. Pemerintahan di Patani selepasnya
diterajui oleh puteranya, Raja Bakal yang memerintah dari tahun 1688-1690. Dua orang Raja
Perempuan dari Kerajaan Jembal di Kelantan telah menerajui pemerintahan Patani iaitu Raja
Mas Kelantan (1670-1698) dan puterinya Raja Mas Cayam yang dikenali juga sebagai Raja
Dewi Peracu (1698-1702). Raja Mas Cayam inilah yang menabalkan anak Bendahara Johor iaitu
Tun Zainal Abidin sebagai Sultan di sungai Terengganu, dalam usahanya pengukuhkan
persahabatan dan persekutuan dengan Johor.

Hubungan dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang[sunting | sunting


sumber]
Cik Siti Wan Kembang[sunting | sunting sumber]
Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan
Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi
Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka
Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung
Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan
banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-
orang Arab yang menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda
mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.
Raja Jembal & Puteri Saadong[sunting | sunting sumber]
Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat
di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka
putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda
dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat
sewaktu masih kecil dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di
Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta
kerajaan sepeninggalannya nanti.
Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta
Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada
Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri
Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan
di Kota Tegayong (Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong) dan kemudiannya
dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa
kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh
disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku
pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena
tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Raja Abdul Rahim[sunting | sunting sumber]


Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu
saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan
dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi
Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang
Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang
pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada
1675M (1086H).

Keturunan Raja Jembal[sunting | sunting sumber]


Kerajaan Jembal ialah sebuah kerajaan yang memerintah di Hilir Kelantan yang diasaskan oleh
keturunan raja Champa. Negeri Champa dari kurun ke 14 hingga kurun ke 19 berperang
menentang penjajahan Vietnam (dinasti Nguyen) dari utara. Vietnam mempunyai hubungan
rapat dengan budaya China tetapi Champa pula lebih dekat dari segi budaya, bahasa dan
agamanya dengan Melayu sehingga digelar Melayu Champa. Ramai penduduk negeri Champa
berundur ke Kelantan setelah satu persatu kota meraka jatuh ke tangan Vietnam seperti kota
Vijaya dan Inderapura. Kota terakhir Champa yang jatuh ke tangan Vietnam ialah kota
Panduranga iaitu bandar Ho Chin Minh sekarang. Penghijrahan beramai-ramai orang Melayu
Champa ke Kelantan menyebabkan terbinanya pengkalan/pelabuhan yang diberi nama
Pengkalan Champa iaitu Pengkalan Chepa sekarang. Orang Champa inilah yang mengasaskan
kerajaan Jembal.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]
Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadong, anak angkat Cik Siti Wan
Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu itu.
Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja
Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedai
Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang
anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian. Ada
cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani
Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu
Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang
Melayu sejak dulu hingga sekarang.[perlu rujukan]
Tetapi fakta tentang cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang sudah dikaburi dengan cerita yang
dianggap dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya. didapati kini tiada lagi keturunan
Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenek moyang
mereka dari buluh betung dan buih.
Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani
Kemian itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif
tentang sejarah dan salasilah Raja Jembal. Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat wasiat
daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung
dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan
lain-lainnya daripada buluh betung. Anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan
memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.

Legasi[sunting | sunting sumber]
Bapa kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan, AImarhum Haji Nik Mat bin
Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam
kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di
Kota Jemba (Kedai Lalat), Pulau Melaka, Binjai dan beberapa buah kampung lain di dalam
jajahan Kota Bharu.
Sejarah Raja Jembal[sunting | sunting sumber]
Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik
Mahmood Nik Ismail (ayah Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Tan Sri Haji Nik Mustapha Fathil)
sebelum Perang Dunia Kedua. Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya telah dijadikan buku
bacaan ilmu sejarah bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua. [perlu
rujukan]

Keturunan Raja Jembal[sunting | sunting sumber]


Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri
Mani Kemian, kedua-duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong,
Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa
daerah lain di Kelantan. Hasil daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian itu
lahirlah Raja Loyor, Raja Umar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.
Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani
Kemian.[perlu rujukan] Menurut Cikgu Tuan Mat,[nyatakan menurut siapa?] pemerintahan Raja Jembal di Kelantan
berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung (putera Sultan Omar) pada tahun 1725. Setelah
kemangkatan Raja Kecil Sulung, satu perebutan kuasa telah berlaku antara puteranya Raja Kecil
Sulong iaitu Raja Abdul Rahman dengan adinda Raja Kecil Sulong iaitu, Raja Pah yg bernikah
dgn Long Bahar putera Datuk Pengkalan Tua Raja Jambu Patani).
Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Pah yang mempunyai hubungan besan dengan
Bendahara Tuan Dagang telah berkomplot dan menyebabkan Raja Abdul Rahman tersingkir
daripada takhta pemerintahan kerajaan sekaligus telah berjaya untuk Raja Pah mengangkat
suaminya Long Bahar itu yang bukan daripada keturunan dinasti Raja Jembal menaiki takhta
pemerintahan kerajaan Kelantan dengan bergelar Tuan Besar. Walaupun pemerintahan Dinasti
Raja Jembal keatas negeri Kelantan telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud
dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah
dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini
terletak di sekitar Kedai Lalat.
Sekolah[sunting | sunting sumber]
Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan
sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberi nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Dikatakan yang kerabat keturunan Raja Jembal kini berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka,
Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau
bahasa istana dalam pertuturan antara sesama mereka.Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda',
'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja
Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di
Kelantan. Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja
Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga
abad yang lalu. Perkembangan masa telah membawa anak cucu keturunan Raja Jembal
merantau keseluruh negeri di Malaysia Barat, khususnya Kuala Lumpur.[perlu rujukan]
Komuniti[sunting | sunting sumber]
Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada
Persatuan Kerabat Diraja Kelantan. Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang mula
ditubuhkan oleh Allahyarham YM Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri Limbongan, Exco Pertanian Kelantan Darul Naim pada masa Barisan Nasional
memerintah Kelantan dulu dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat juga telah dilantik sebagai penasihat kepada
Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu
tentang perlantikan itu. Ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah
dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang
datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada
Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan
Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja
Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah. Mengikut Tuan Guru Haji Nik
Abdul Aziz, datuknya suka merantau meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu.
Apabila beliau pulang, dikerjakannya tanah dengan menanam kelapa dan getah secara
bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan
merantau itu.[perlu rujukan]

Kesultanan Melayu Kelantan[sunting | sunting sumber]


Long Bahar[sunting | sunting sumber]
Sultan Umar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong
Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang
bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada
1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Raja Kelantan di Jembal atas
kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Jambu
Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan seterusnya
berkahwin dengan Raja Pah Binti Sultan Umar dan bersemayam di Sening dekat Jembal.
Raja Long Sulaiman atau nama tubuhnya Long Nik (Wan Anom) anak Long Bahar dengan Raja
Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan
dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman
putera Long Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku
serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman.
Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan
adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Long Muhammad[sunting | sunting sumber]


Kemudiannya pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana
membalas dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu
adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu.
Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long
Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dan Penghulu Umar Kampung Laut dengan Long
Yunus yang dibantu oleh Long Gafar seorang putera kepada Raja Reman di Hulu Perak,
Sepupunda Long Yunus iaitu Mandur Mis (Tuan Khomis) dan Penghulu Adas (ipar pula kepada
Mandur Mis). Dalam peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan Long
Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi
mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah
melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri Maharaja
Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Mandur Mis dilantik
sebagai Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa
memerintah Lundang, Penghulu Adas dikurniakan memerintah di sebelah hulu Sungai Nilam
Puri (Kadok) dengan diberi gelaran Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan Raja Langsuring
dikurniakan memerintah di sebelah Hulu Pulau, Tanah Merah bergelar Engku Pahlawan Seri
Maharaja Dalam. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri
Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Sultan and Raja dari Salsilah Kerajaan Pattani[sunting | sunting


sumber]

 1721–1734: Raja Long Bahar bin Dato' Pengkalan Tua Wan Daim (Dato' Jambu of Patani)
bin Dato' Wan Nik Pattani Bin Andi Ali
 1734–1739: Raja Long Sulaiman Bin Long Bahar, Raja Jembal (Kelantan Kelantan),
 1739–1746: Tiada pemerintah (perang saudara antara Kelantan Barat (Raja Long Pandak)
dan Kelantan Timur ( Raja Long Sulaiman)
 1746–1756: Raja Long Sulaiman (kali kedua)
 1756–1758: Raja Long Pandak bin Tuan Sulung Bin Dato' Pengkalan Tua Wan Daim.
pemerintah Kelantan-Barat
 1758–1763: Raja Long Muhammad bin Tuan Sulung.
 1765–1795: Raja Long Yunus Bin Raja Long Sulaiman.
 1795–1800: Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Shah I of Terengganu
 1800–1835: Sultan Muhammad I Expelled his brother-in-law (Tengku Muhammad Ibni Sultan
Mansur Terengganu)
 1835–1836 (pemerintahan bersama): Sultan Muhammad II and Tengku Long Zainal Abidin
Ibni al-Marhum Raja Long Yunus, Raja Bendahara Banggul.
 1836–1886: Sultan Muhammad II Ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan bin Raja
Long Yunus [Sultan Mulut Merah]

 1886–1889: Sultan Ahmad Ibni Long Senik Mulut Merah (Marhum Besar).
 1889–1890: Sultan Muhammad III Ibni Sultan Ahmad Ibni al-Marhum Sultan Ahmad [Sultan
Bongsu]
 1890–1899: Sultan Mansur Ibni Sultan Ahmad ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tengah [Sultan
Mandul]

 1899–1920: Sultan Muhammad IV Ibni Sultan Muhammad III Ibni al-Marhum Sultan
Muhammad III
 1920–1944: Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan
Muhammad IV
 1944–1960: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
 1960–1979: Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

 1979–2010: Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra


 2010-Kini: Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra

Bendahara Kelantan Berketurunan Long


Gaffar[sunting | sunting sumber]
Long Gafar yang merupakan putera Raja Reman dan sahabat karib kepada Raja Long
Yunus banyak membantu Long Yunus didalam menyatukan Kelantan. Raja Kelantan Long
Yunus telah menganugerahkan kawasan timur Kelantan iaitu dari Sungai Pengkalan Datu
di Pasir Tumboh hingga ke Bukit Yong di sempadan Terengganu sebagai kawasan autonomi
dibawah pentadbiran keluarga Long Gafar. Jawatan Long Gafar dan keturunannya ialah sebagai
wizurai (wakil raja) dan memakai gelaran Tengku Sri Maharaja bagi mentadbir kawasan timur
Kelantan, seperti Sultan Terengganu melantik Tengku Seri Indera Segara sebagai Raja dan
wakilnya di Besut.

 Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri Long Gaffar Bin Raja Long Nik Leh (1775-1794)
o Merupakan Raja Muda negeri Reman tetapi suka merantau. Sampai di Kelantan pada
1750-an selepas Perang Kota Kubang Labu II
o Dilantik menjadi Perdana Menteri Kelantan dengan gelaran Tengku Sri Maharaja
Perdana Mantri pada tahun 1763
o Mangkat pada 1794 dan dimakamkan di Limbat

 Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Long Seri


o Memindahkan pusat pemerintahan dari Limbat ke Jeram
o Mangkat pada usia 137 tahun
o Mempunyai 15 putera dan 4 puteri

 Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Long Demor


o Putera kedua kepada Engku Long Sri

 Tengku Sri Maharaja Jeram Engku Chik Pandak


o Menaiki tampuk pemerintahan Jeram pada tahun 1878
o Dimakamkan di Kota Jeram

 Tengku Sri Maharaja Jeram Tuan Ahmad Bin Eengku Chik Pandak
o Menaiki tampuk pemerintahan Jeram pada tahun 1905
o Bercita-cita menubuhkan negeri baru yang merdeka dari Sultan Muhammad IV dan
bebas dari pengaruh Inggeris.
o Baginda bersama-sama Tok Janggut memberontak pada tahun 1915. Dikalahkan oleh
pasukan Inggeris.
o Kemudiaannya berhijrah ke Kota Bharu di negeri Reman
Long Gaffar membantu Paduka Seri Long Yunus menguasai Kelantan (ketika itu dipanggil
"Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong", Negeri Cik Siti Wan Kembang). Setelah
menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1. Perang tersebut berlaku selepas raja Kota
Kubang Labu yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja
Legeh (Narathiwat dan Jeli sekarang).
Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku Tengah, adik Long Deraman) adalah juga
merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana
memiliki "kain Cindai" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya
kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu,
kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak. Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan
kejam, di mana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama
"Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan
kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh.

Gelaran "Long"[sunting | sunting sumber]


Sudah menjadi adat di kalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi
takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala,
Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).Pendapat yang menyatakan riwayat lain ada
menyebut bahawa gelaran Long berasal daripada perkahwinan diantara pihak lelaki yang
berstatus Wan dengan pihak perempuan berstatus Raja atau Nik,ini boleh dibuktikan dengan
perkahwinan Draja dahulukala dimana seorang kerabat berstatus Wan iaitu Wan Daim digelar
Dato'Pangkalan Tua(Raja Patani) telah berkahwin dengan seorang kerabatnya berstatus Raja
kemudian daripada ini lahirlah keturunanya yang diberi nama Long Sulong dipangil juga Tuan
Sulong,Long Baha kemudian digelar Tuan Besar Jembal,Long Senik Geting kadang-kadang
dipangil juga Tuan Wook dan Long Nik kemudian digelar Dato Pasir. walaubagaimana pun
status kepada gelaran Engku,Wan,Tuan,Long,Nik, Che dan Raja adalah sama tarafnya sebelum
abad ke-20.Pendapat mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan
Siam "Luang" yang diambil daripada "Luk Luang" yang bererti "Anak Raja". Dalam tradisi Siam,
kesemua anak-anak raja akan digelar Luk Luang. Namun berdasarkan carta organisasi keluarga
diraja Kelantan/Pattani lama, kebanyakan anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa
mengira sama ada anak sulung atau tidak. Dalam hal ini menampakan dalam konteks gelaran
"Long" ciri-ciri kepada kesepakatan bukti maklumat ini lebih kepada menyokong maklumat
pendapat yang kedua itu. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana anaknya ialah Ngah
Ibrahim). Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang"
di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam).

Anda mungkin juga menyukai