Anda di halaman 1dari 1

Sejarah awal Perancis[sunting 

| sunting sumber]
Semapadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan Gaul purba yang pernah
diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh Rom di bawah Julius Caesar pada abad
pertama SM, maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom (bahasa Latin, yang
berevolusi menjadi bahasa Perancis) serta juga budaya Rom. Agama Kristian mula bertapak
pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, lalu kuat bertapak pada abad ke-4 dan ke-5 sehingga St.
Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada kekafiran".
Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang Sungai Rhine dicerobohi puak-
puak Jerman, terutamanya orang Frank, iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". nama
zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan feudal Raja-Raja Capet di Perancis
sekitar Paris. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah
setelah terjatuhnya Empayar Rom untuk memeluk mazhab Katolik dan
bukan Arianisme (namun Raja Clovis memeluknya pada tahun 498); maka Perancis digelar
"Saudari Tertua Gereja" (La Fille Ainée de l'Eglise), maka orang Perancis menerimanya sebagai
justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian".
Kewujudan perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan Perjanjian Verdun (tahun 843),
dengan pembahagian Empayar Carolignian Charlemagne menjadi Francia Timur, Francia
Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis
zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama.
Raja-raja Carolingian memerintah Perancis sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet, Duke
Perancis dan Count of Paris, dinobatkan sebagai Raja Perancis. Keturunannya, iaitu Capetian
Terus, Cabang Valois dan Cabang Bourbon, secara progresifnya menyatukan negara melalui
beberapa peperangan dan pewarisan dinastik. Kerajaan ini mencapai kemuncaknya ketika abad
ke-17 di bawah pemerintahan Louis XIV. Kewtika masa itu Perancis memiliki bilangan penduduk
terbesar di Eropah (lihat demografi Perancis) dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap
dasar kerajaan, ekonomi dan budaya Eropah. Sehinggalah berakhirnya era ini, Perancis
memainkan peranan penting dalam Revolusi Amerika dengan memberi aset modal dan
ketenteraan kepada pemberontak anti-British. Kemenangan Perancis yang amat penting
terhadap Britain di Pertempuran Chesapeake disusuli Pengepungan Yorktown pada
tahun 1781 menamatkan Perang Revolusi Amerika lalu membolehkan Amerika
Syarikat mencapai kemerdekaan daripada British.

Anda mungkin juga menyukai