Anda di halaman 1dari 12

http://portalbugis.wordpress.

com/abo ut-m/manusia-bugis-rantaubudayanya/sejarah-bugis-di-malaysia/ SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA


Salasilah Keturunan BUGIS di Malaysia

Salasilah Keturunan DAENG CHELAK

Salasilah Kesultanan Selangor Sultan Salehuddin (Raja Lumu 1742-1778) Sultan Ibrahim (1778-1826) Sultan Muhamad (1826-1857) dan kesultanan Selangor seterusnya.
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang DiPertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan. Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor. Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas. Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama. Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan denganDaeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan). Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagaiAl-Marhum Telok Ketapang. Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau. Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Salasilah Keturunan DAENG CHELAK

http://portalbugis.wordpress.com/aboutm/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarahbugis-di-malaysia/salasilah-keturunan-daengchelak/ Datu Ratu Upu Tandari Bureng Daeng Rilak


(Salasilah dari TUHFAT AL-NAFIS oleh Al-Marhum Raja Ali Al-Haji Riau 1932)
1.Upu Daeng Parani 1.Upu Daeng Menabon 3.Upu Daeng Marewah 4.Upu Daeng Chelak 5.Upu Daeng Kumasi

Upu Daeng Chelak ibni Upu Tandari Bureng Daeng Rilak + Tengku Mandak (Yamtuan Kedua Riau) 2.Raja Lumu (Sultan Salehuddin) Sultan Selangor I

1.Raja Haji

Raja Lumu Sultan Salehuddin ibni Upu Daeng Chelak (Sultan Selangor I) 1.Sultan Ibrahim Sultan Selangor II

2.Raja Nala

3.Raja Punuh

4.Raja Sharifah

Sultan Ibrahim ibni Sultan Salehuddin (Sultan Selangor II) 1.Sultan Muhamad 6.Raja Siti 11.Raja Khatijah 2.Raja Ismail 3.Raja Ahmad 4.Raja Yusof 5.Raja Siah 10.Raja Maimunah 15.Raja Abd

7.Raja Aminah

8.Raja Fatimah

9.Raja Mariam

12.Raja Halijah

13.Raja Abdullah (Keturunan Sultan

14.Raja Haji

Selangor IV, V, VI dan sekarang) 16.Raja Abbas 21.Raja Syed 17.Raja Salleh 18.Raja Hussin 19.Raja Usoh

Rahman

20.Raja Hamidah

Radin Zainal Abidin 1.Penghulu Shamsudin

(Lebai Kahar)

+ Raja Mariam ibni Sultan Ibrahim 5.Maduk

2.Hj Samad

4.Bilal Omar

Bilal Omar bin Radin Zainal Abidin + ? 1.Zabedah

Maarof bin Hj Nafiah + Zabedah bt Bilal Omar 1.Hamidah 6.Syed 2.Shukor 7.Muhamad 3.Hamid 8.Diah 4.Amil 9.Jemah 5.Kabit

Amil bin Maarof + Asmah (Isteri-1) 1.Hj Ismail bin Amil 2.Hjh Asiah bt Amil

Amil bin Maarof + Zaleha (Isteri-2)

1.Md Diah bin Amil . Hjh Asiah bt Amil + Hj aksan bin Hj Ali

2.Md Latif bin Amil

1.Hjh Aminah 6.Umikalsom

2.Hjh Hamidah 7.Khairi

3.Hafsah

4.Hashimah

5.Hasbiah

Dikemaskini: 19-Jan-2001

http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-dimalaysia/salasilah-kesultanan-selangor/

Salasilah kesultanan Selangor


Salasilah kesultanan Selangor mulai 1756
KESULTANAN Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1). Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor. Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah (2). Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor. Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang. Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelarSultan Muhammad Shah (3). Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor. Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut. Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong. Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.

Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.

1857 1898

Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu. Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra.

Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (5).

Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.

1898 1938

Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda. Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah.

Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah (6).

Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu. 1938 1960

Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7) dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.

1942 1945

Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad.

Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.

Lima bulan kemudian, baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (8).Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, pada pukul 11.57pagi 22 November 2001.

1960 2001
Anakanda Almarhum, Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah (9).

2001 sekarang.

http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-dimalaysia/sultan-salehuddin/

Sultan Salehuddin
Sultan Salehuddin (Raja Lumu 1742-1778)
Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela. Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor sampai kepengetahuan Sultan Muzaffar Shah diPerak, ketika itu bersemayam di Beruas. Sultan Muzaffar Shah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benarbenar berketurunan raja yang berdaulat. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Shah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Shah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husain. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Shah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati. Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan. Kemangkatan Sultan salehuddin meninggalkan empat orang anak iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah.

Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Sultan Selangor kedua. Sultan Salehuddin mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan Marhum Salleh. Baginda memerintah kerajaan dari tahun 1743 (1756) hingga 1778 .

http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-dimalaysia/sultan-ibrahim/

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim (1778-1826)
Raja Ibrahim putera sulong Sultan Salehuddin dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menhadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi. Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740an lagi. Api ini terus menyala selepas 14hb. January, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar Marhum Ketapang.

Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung. Sangkaan ini tepat, pada 2hb. Ogos, 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor,lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sempat berkahwin dengan Tun Selamah, anak Bendahara Ab. Majid.

Selama Belanda di Kuala Selangor dia telah memperbaiki kota batu di Bukit Selangor.Diberinya nama Kota Altings burg sempena nama Gebenor Jeneral Belanda pada masa itu. Begitu juga kota tanah di Bukit Tanjung dinamakan Kota Utrecht iaitu mengikut nama kapal Jacob Pieter van Braam, kemudiannya kota ini dipanggil Kota Belanda oleh Orang Melayu. Pada 27hb.Jun, 1785, angkatan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda yang berada di Kuala Selangor. Akhirnya pada 27hb. Oktober, 1826 Sultan Ibrahim mangkat kemudiannya dimakamkan di atas Bukit Selangor. Almarhum meninggalkan 12 orang putera dan 9 orang puteri. Mereka-mereka itu Raja Muhamad (Sultan Selangor III), Raja Ismail, Raja Yusof, Raja Siah, Raja Siti, Raja Aminah, Raja Fatimah, Raja Mariam, Raja Maimunah, Raja Khatijah, Raja Halijah, Raja Abdullah, Raja Haji, Raja Abd Rahman, Raja Abbas, Raja Salleh, Raja Hussin, Raja Usoh, Raja Hamidah dan Raja Said.

http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-dimalaysia/sejarah-kesultanan-selangor/

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR


SEJARAH KESULTANAN SELANGOR
Sultan Muhamad 1778 1826
Sebagai ganti Sultan Ibrahim ditabalkan Raja Muhammad iaitu Raja Muda. Walaupun baginda bukan anak isteri pertama bergelar Sultan Muhammad bersemayam di Kuala Selangor juga.

Pentadbiran baginda yang lemah itu menyebabkan Kuala Selangor menjadi sarang perompak. Buktinya peristiwa Pemeterian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1927 pembunuhan beramai-ramai terhadap Orang Melayu ioleh Cina di Lukut tidak Pahang. diambil tindakan, sedangkan baginda sendiri banyak berhutang kepada Pergolakan antara Raja Muhammad, putera Sultan saudagar-saudagar di Melaka. Muhammad dengan Tengku Ampuan basik yang masih kecil Perbuatan melibatkan berhutang ini baginda sendiri hingga (Lukut) berterusan kepada perang saudara. hendak
dilantik sebagai Raja Muda dan dipangku oleh Raja Jumaat Diantara Sultan Selangor, Perak, Negri Sembilan dan

dicolek

di Ketiga-tiga makam almarhum tersebut masih terdapat Melaka. Nasib baginda agak baik, hingga ke hari ini dan terpelihara dengan baik di atas Bukit menatu Raja Jumaat memberikan Selangor bersama pusara yang lain. jaminanakan melangsaikan segala Setelah pentadbiran Selangor berpindah ke Jugra, di Kuala hutang-hutang tersebut.
Selangor hanya tinggal seorang wakil sultan untuk

oleh

saudagar-saudagar

Dari kelemahan baginda inilag juga yang menyebabkan seorang keluarga Diraja Selangor bernama Raja Busu dengan sewenang-wenangnya membuka Lukut kerana bijih timahnya tetapi tidak membayar Muhammad. ufti kepada Sultan

memungut cukai di Sungai Selangor iaitu Raja Musa, putera Sultan Ab. Samad. Apakala wakil sultan ini dihapuskan, Kuala Selangor hanya tinggal di bawah pempinan seorang besar daerah berjawatan Yang Dihormati Datuk Penggawa Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor, iaitu salah seorang dari empat orang besar Selangor.

Kelemahan-kelemahan baginda ini juga membuka luas pintu perang saudara di Selangor. Baginda juga terlalu suka memberikan sesuatu kawasan di bawahnya itu kepada menantu tidak kepada anak lelaki baginda. Seperti mana yang terdapat Kuala

Orang Besar Kuala Selangor


Jawatan ini bermula pada tahun 1785 semasa Selangor diperintahkan oleh Sultan Ibrahim. Orang yang pertama tidak diketahui tetapi nyata jawatan tersebut diteruskan hingga ke pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Syah yang bersemayam di Klang.

Lumpur diserahkan kepada Raja Pada 20hb. Oktober, 1898, Sultan Sulaimantelah melantik Abdullah, Klang pada mulanya diberikan seorang besar Penggawa Permatang iaitu : kepada anak lelakinya, Raja Sulaiman, 1. tetapi apabila berlaku sesuatu Klang 1. Datuk Haji Ahmad bin Baba, bergelar diserahkan pula kepada menantunya. Datuk Penggawa Tua Permatang Paduka Sementara Lukut pula diserahkan kepada Mahabijaya. Raja Jumaat iaitu menantu baginda. Sikap memberikan kuasa Selangor dari anak kepada menantu ini menimbulkan perang saudara antara Raja Mahadi (anak saudara) menentang beliau. Begitu juga kuasa mentadbirkan negeri Selangor sendiri juga diserahkan kepada Raja Ab. Samad suami Tengku Atfah, turut membangkitkan peperangan saudara. Kuasa menantu ini lebih meluas dan
2. Datuk Haji Mohd. Shah, digelar pada tahun 1916. 3. Datuk Ismail bin Mohd. Shah, digelar pada 13hb. Mei, 1948. 4. Datuk Hj. Ibrahim bin Datuk Ismail, dilantik pada 13hb. Mei, 1958 bergelar Paduka Mahabijaya Permatang dan Kuala Selangor. Masih bertugas.

menjadi

apabila Mengikut setengah pendapat, di Jeram dahulunya ada pentadbiran Selangor diserahkan oleh seorang ketua bernama Datuk Mafak dikatakan mati Sultan Ab. Samad kepada menantunya tertembak peluru emas, lepas itu digantikanoleh adaiknya Tengku Kudin. Kesemua perang saudara bernama Datuk Sulaiman. Dari keturunan inilah yang ini secara tidak langsung melibatkan digelar oleh Sultan Sulaiman sebagai Penggawa Permatang Kuala Selangor. itu. Dari pergolakan ke pergolakan yang lain Disebabkan Permatang merupakan sebuah kampung Diraja menyebabkan Selangor dalam keadaan Selangor, itulah sebabnya orang besar daerah tersebut kacau-bilau. Akhirnya baginda mangkat diminta berada atau disebut Penggawa Permatang. dalam keadaan negara yang tidak stabil pentadbirannya. Baginda dimakamkan di tempat yang sama di atas Bukit Selangor. Dengan kemangkatan sultan Muhammad, Sultan Selangor tidak lagi bersemayam di Jugra. Perpindahan tersebut berlaku kerana pergeseran antara orang-orang besar di Kuala Selangor mengenai penggantian sultan.

kemarahan

rakyat,

Anda mungkin juga menyukai