Anda di halaman 1dari 15

1.

Pendahuluan

Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulis-penulis masa lampau sering


menggunakan sumber lisan dan sumber bukan lisan dalam menghasilkan
karya mereka. Kedua-dua sumber ini digunakan untuk menjawab persoalan
yang ingin dikaji. Dalam hal ini, sumber bukan lisan seperti buku sering
dijadikan sumber utama. Walaupun begitu, sumber tulisan ini adalah sangat
sukar diperolehi. Oleh itu, sumber lisan telah dijadikan sebagai sandaran
untuk melengkapkan karya penulisan.
Disebabkan penggunaan sumber lisan inilah yang menyebabkan
pengarang teks sejarah Melayu masa lampau sering dianggap telah
disesatkan dalam menghasilkan karya-karya mereka. Ini terjadi apabila
penulis-penulis ini kerap menggunakan sumber lisan berbanding sumber
tulisan dalam penghasilan karya. Menerusi sumber lisan ini, kesahihan
mengenai sesuatu fakta atau peristiwa itu adalah meragukan dan ini
sekaligus menyebabkan karya-karya tersebut tidak dapat diterima sebagai
karya sejarah dan dianggap lebih kepada karya kesusasteraan dan epik.
Dengan kata lain, karya-karya yang dihasilkan oleh penulis masa
lampau tidak dianggap sebagai karya sejarah. Hal ini terjadi disebabkan
penggunaan

sumber

lisan

ketika

penghasilan

memesongkannya.

karya

tersebut

telah

2.0

Definisi Sumber

Dalam sejarah, sumber boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu
sumber lisan dan sumber bukan lisan. Sebelum memahami sumber
berbentuk lisan dan bukan lisan ini adalah lebih baik untuk megetahui
mengenai definisi sumber terlebih dahulu. Menurut Oxford English DIctionary,
sumber

atau

source

bermaksud

sebuah

karya

dan

lain-lain

yang

menyediakan maklumat atau bukti yang tulen berkenaan sesuatu kejadian,


fakta atau siri hal-hal tersebut.1
Menurut Suntharalingam R. dalam bukunya iaitu Pengenalan kepada
Ilmu Sejarah, beliau telah menyatakan bahawa sumber dalam sejarah
bermaksud bahan-bahan yang menyediakan bukti berkenaan sesuatu yang
dikaji. Manakala Collingwood telah menyatakan bahawa sumber sebagai
sesuatu bukti yang dapat memberi jawapan kepada persoalan yang ingin
dikaji.2
Ringkasnya, sumber dalam sejarah bermaksud punca, dokumen atau
rekod yang digunakan dalam penghasilan karya sejarah. Sumber ini boleh
diperolehi sama ada dalam bentuk sumber primer (fosil, manuskrip yang
belum dicetak dan surat rasmi kerajaan) dan sumber skunder (buku, majalah
dan tesis).3

2
3

Suntharalingam, Pengenalan kepada Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1985, hlm. 28.
Ibid., hlm. 29.
Ibid., hlm. 31.

2.1

Sumber Lisan

Sumber lisan merujuk kepada keterangan dalam bentuk lisan mengenai


sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia diperolehi melalui wawancara sama
ada dengan menerusi pelakunya, seorang saksi mata, seorang pendengar,
seorang pemegang tradisi atau seorang yang mengetahui tentang sesuatu
peristiwa berkenaan. Ini termasuklah keterangan yang masih belum terakam,
yang terdapat dalam rakaman atau yang telah didokumentasikan seperti
transkrip sejarah lisan.4
Kebanyakan sumber lisan yang digunakan dalam pensejarahan tradisi
Melayu digunakan ketika masyarakat belum mengenali sumber tulisan. Ia
merupakan cara mengingat, menyimpan dan menuturkan sesuatu yang
dianggap penting untuk mengekalkan, menjaga, meneruskan sistem politik,
ekonomi atau kepercayaan sesuatu masyarakat itu. 5 Tradisi lisan mempunyai
tiga ciri yang utama iaitu peristiwa atau fakta dilaporkan oleh generasi
ketiga, testimoni lisan dengan transmisi dari mulut ke mulut, dan telah
melalui satu jaringan transmisi.6
Dalam

pensejarahan

tradisi

Melayu,

sumber

lisan

ini

sering

digunapakai dalam penghasilan karya. Sebagai contoh Tun Seri Lanang telah
menggunakan sumber lisan dalam penghasilan karyanya iaitu Sulalatus
Salatin. Selain itu Raja Ali Haji turut menggunakan sumber ini dalam
menghasilkan

karya

Tuhfat

al-Nafis.

Faktor

yang

mendorong

mereka

menggunakan sumber ini adalah disebabkan kekurangan sumber berbentuk


bukan lisan seperti buku di samping untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang sesuatu peristiwa.7

5
6
7

Badriyah Hj. Salleh et. al., Alam Pensejarahan dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 141.
Ibid., hlm. 141.
Ibid., hlm. 145.
Muhd. Yusof Hasyim, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu
Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 151.

Dengan kata lain, sumber lisan dalam pensejarahan Melayu masa


lampau merupakan sumber yang paling penting dalam penghasilan sesebuah
penulisan dan ia saling berkaitrapat. Walaupun sumber ini dianggap penting,
namun kesahihan mengenai faktanya adalah diragui. Disebabkan inilah
kebanyakan karya penulisan penulis tempatan masa lampau tidak diterima
oleh sejarahwan Barat dan dianggap lebih kepada karya kesusasteraan
kerana mengandungi unsur mitos, legenda dan dongeng.
2.2

Sumber Bukan Lisan

Sumber bukan lisan merujuk kepada sumber tulisan seperti buku. Seperti
yang dinyatakan sebelum ini, sumber lisan dan bukan lisan saling berkait
dalam penghasilan karya pensejarahan Melayu tradisi. Hal ini kerana keduaduanya merupakan elemen penting dalam menghasilkan sesebuah karya
penulisan.
Ini dapat dibuktikan melalui karya yang dihasilkan oleh Tun Seri Lanang
iaitu Sulalatus Salatin. Dalam penghasilan karya tersebut, beliau telah
menggunakan sumber bertulis teks sejarah Melayu induk yang dibawa dari
Goa. Beliau turut menggunakan Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir
Hamzah dan versi Hikayat Hang Tuah. Selain itu, beliau turut menggunakan
sumber lisan yang diperolehi beliau melalui mulut ke mulut yang menjadi
budaya popular pada abad ke-16 dan ke-17. 8
Walaupun kedua-dua sumber ini dianggap penting dalam penghasilan
pensejarahan tradisi tempatan, namun sumber lisan sering dianggap
menimbulkan masalah dalam mengkaji sejarah melayu. 9 Hal ini kerana
kesahihan fakta mengenainya sering diragui. Disebabkan ini, karya-karya
seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain
tidak diterima sebagai karya sejarah oleh sejarahwan Barat.

8
9

Ibid., hlm. 148.


Ibid., hlm. 147.

3.0

Ciri-ciri Kebiasaan Pensejarahan Tradisi Tempatan

Mohd. Taib Osman telah menyatakan bahawa penulisan sejarah moden pada
masa kini adalah berdasarkan kebenaran. Walaupun begitu, kebenaran dalam
penulisan sejarah Melayu lama adalah berbeza dengannya. Hal ini kerana
kebenaran

dalam

penghasilan

karya

masa

lampau

tidak

mempunyai

sebarang makna dan setiap yang dicatatkan dianggap sebagai perkara dan
peristiwa yang benar-benar berlaku.10
Ismail

Hussein

pula

berpendapat

bahawa

pensejarahan

tradisi

merupakan sejarah atau historiografi yang berdasarkan dakyak politik untuk


diperturunkan kepada generasi akan datang dan mengandungi unsur-unsur
kesusasteraan. Unsur-unsur sastera ini dilihat sama ada dalam bentuk syair,
puisi, mitos dan sebagainya.11
Lazimnya, pensejarahan tradisi dipengaruhi oleh unsur penaungan
iaitu kebanyakan penulis masa lampau menulis dalam keadaan yang tidak
bebas kerana dikongkong oleh kuasa pemerintah. Selain itu, terdapat unsur
anakrohistik iaitu kesilapan atau percanggahan untuk menempatkan sesuatu
peristiwa, tokoh dan tempat pada zaman yang sebenarnya. Tambahan lagi,
kewujudan

unsur

mitos,

legenda,

dan

dongeng

menyebabkan

karya

tempatan tidak dapat diterima dalam pensejarahan. 12


Ringkasnya, ciri-ciri kebiasaan yang terdapat dalam pensejarahan
tradisi tempatan ialah kaedah penulisan tidak rasional kerana mengandungi
10
11

12

Ibid., hlm. 149.


Arbaiyah Mohd. Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2002, hlm. 17.
Ali Ahmad, Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1987, hlm. 10.

unsur magis yang bercorak mitos, dongeng dan legenda, karya yang
dihasilkan biasanya bertujuan untuk mengagungkan pemerintah, kerap
menampilkan elemen kesusasteraan seperti puisi dan syair dan menyerapkan
nilai budaya seperti konsep daulat dan tulah serta ideologi.

4.0

Ciri-ciri Karya Pensejarahan Moden

Ciri-ciri yang terdapat dalam pensejarahan tradisi tempatan adalah berbeza


dengan ciri-ciri yang terdapat dalam karya pensejarahan moden. Seperti
yang dinyatakan sebelum ini, ciri-ciri kebiasaan yang terdapat dalam
pensejarahan tradisi tempatan ialah kaedah penulisan tidak rasional kerana
mengandungi unsur magis yang bercorak mitos, dongeng dan legenda, karya
yang dihasilkan biasanya bertujuan untuk mengagungkan pemerintah, kerap
menampilkan elemen kesusasteraan seperti puisi dan syair dan menyerapkan
nilai budaya seperti konsep daulat dan tulah serta ideologi. Ciri-ciri ini adalah
berbeza sama sekali dengan ciri-ciri dalam pensejarajan moden.
R.G Collingwood telah menyatakan bahawa empat ciri utama dalam
sejarah moden ialah bersifat saintifik (bermula dengan mengemukakan
pelbagai persoalan dan mencari jawapan terhadap setiap perkara yang dikaji
atau dipersoalkan), merupakan satu bidang kemanusiaan (mengemukakan
perkara yang telah dilakukan manusia pada waktu-waktu tertentu pada masa
lalu), sejarah adalah satu bidang kajian yang rasional kerana memerlukan
bukti-bukti dalam penyelidikan, dan dapat menjelaskan sesuatu (dapat
memberi pengetahuan dan penerangan tentang sesuatu perkara yang telah
berlaku dan mungkin berlaku).13
Dapat difahami bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara ciriciri pensejarahan tradisi tempatan dengan ciri-ciri-ciri pensejarahan moden.
13

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Hj. Yahaya, Sejarahwan dan Pensejarahwan:
Ketokohan dan karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 287.

Disebabkan inilah, karya pensejarahan yang ditulis oleh penulis masa lampau
seperti Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji dan lain-lain tidak dianggap sebagai
karya penulisan sejarah dan lebih kepada karya kesusasteraan.

5.0

Contoh Sumber Tempatan yang Dianggap Terpesong

Hasil-hasil karya yang dihasilkan oleh penulis masa lampau lazimnya sering
menulis riwayat tentang masa lalu tanpa menyaksikannya sendiri dan hanya
bersandarkan kepada tradisi lisan semata-mata. Ini terjadi apabila sumber
tulisan amat sukar diperolehi. Sekiranya adapun sumber tulisan ini, ia lebih
kepada karya yang bukan berunsurkan sejarah. Disebabkan penggunaan
sumber lisan inilah yang menyebabkan karya-karya tempatan tidak dapat
diterima sebagai karya sejarah.14 Contoh mengenai sumber tempatan
dianggap terpesong boleh dilhat melalui contoh-contoh yang diberikan.
5.1

Sumber Lisan

Sumber lisan mempunyai kaitan rapat dengan penghasilan karya tempatan.


Hal ini kerana para penulis sering menggunakannya dalam penghasilan
karya. Sebagai contoh, Tun Seri Lanang telah menggunakan sumber lisan
dalam menghasilkan karya beliau iaitu Sulalatus Salatin. Begitu juga dalam
penghasilan karya Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali Haji dan Hikayat Hang Tuah.
Contoh sumber lisan lain ialah mengenai asal usul Hang Tuah. Menurut
masyarakat Melaka, mereka mendakwa bahawa Hang Tuah berasal dari
Duyung, Melaka. Hal ini berikutan terdapatnya sebuah perigi di situ yang
dianggap sebagai perigi pahlawan tersebut. Masyarakat di Timur Sumatera
turut membuat dakwaan yang sama kerana di wilayah Pelan
14

Muhd. Yusof Hasyim,1992, op.cit., hlm. 151.

Baru, Riau

terdapat sebuah perkampungan bernama Duyung yang mempunyai perigi


yang didakwa sebagai perigi Hang Tuah. 15
Apabila dakwa-mendakwa ini terjadi, maka sumber untuk tujuan
penulisan

sejarah

menjadi

semakin

kecoh

dan

membinggungkan.

Ini

seterusnya menyebabkan kesahihan mengenai fakta sesuatu sumber diragui.


Disebabkan

itu,

penulis-penulis

masa

lampau

seringkali

dianggap

disesatkan oleh sumber ini sehingga menjejaskan kesahihan karya tersebut


sebagai sumber sejarah.16
5.2

Sumber Bukan Lisan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penulis-penulis masa lampau sering


menggunakan sumber lisan dalam usaha menjawab persoalan yang ingin
mereka kaji dalam menghasilkan karya. Disebabkan penggunaan sumber
lisan inilah yang menyebabkan karya-karya tempatan tidak dapat diterima
pakai sebagai sumber sejarah. Contoh karya bukan lisan yang dianggap telah
terpesong dan bukan sebagai sumber sejarah boleh dilihat menerusi
penulisan karya Sulalats Salatin, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Hang Tuah.
Karya Sulalatus Salatin merupakan karya yang dihasilkan oleh Tun Seri
Lanang. Tujuan beliau menghasilkan karya ini adalah untuk memenuhi
permintaan pemerintah ketika itu iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah III, Johor
(1557-1615). Selain itu, untuk dijadikan sebagai teladan dan pengajaran
kepada generasi seterusnya di samping mengambil iktibar daripada peristiwa
yang pernah berlaku.17
Antara faktor yang menyebabkan karya ini tidak diterima sebagai
karya sejarah disebabkan mengandungi unsur-unsur mistik seperti mitos,
dongeng dan legenda. Di samping itu ia turut menggunakan unsur-unsur
15

16
17

Muhd Yusof Hasyim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang
Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1989,
hlm. 10.
Ibid., hlm 10.
Muhd Yusof Ibrahim, Pensejarahan Melayu: 1800-1960, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1994, hlm. 164.

kesusasteraan seperti puisi. Sebagai contoh mitos mengenai jurai keturunan.


Raja-raja Melayu dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Rajaraja keturunan Iskandar zulkarnain ini dikatakan mempunyai keistimewaan
tertentu seperti keperwiraan dan keluarbiasaan. 18
Tujuan utama unsur-unsur ini diselitkan dalam karya tersebut adalah
untuk mengangkat kedudukan dan darjat pemerintah. Ini boleh dilihat
dengan

kemunculan

anak

Raja-raja

Suran

(keturunan

Raja

Iskandar

Zulkarnain) di Bukit si Guntang yang dikatakan telah menukarkan padi Wan


empuk dan Wan Malini menjadi emas dan daunnya menjadi perak menerusi
karya itu.19
Sejauh manakah kebenaran mengenai jurai Raja-raja Melayu berasal
dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain masih tidak dapat disahihkan
kebenarannya. Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain juga dianggap berbeza
dengan orang biasa kerana mempunyai keistimewaan seperti mempunyai
nilai kepahlawanan dan keluarbiasaan. Hal ini boleh dilihat melalui contoh
yang diberikan iaitu menukarkan padi menjadi emas dan daunnya menjadi
perak. Jika difikirkan secara rasional adalah mustahil untuk menukarkan padi
itu kepada bentuk emas dan perak kerana ia
manusia.

Namun,

di

sini

jelas

tujuannya

di luar batas kemampuan


adalah

untuk

mengangkat

kedudukan raja-raja. Oleh itu, karya ini sering dianggap sebagai sumber yang
tidak sesuai digunakan dalam mengkaji sejarah Melayu dan sering diabaikan
kerana boleh mengelirukan

di samping menyesatkan sejarahwan yang

mengkaji mengenainya.
Seterusnya ialah mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.
Menerusi peristiwa itu, ia menunjukkan mengenai kepintaran seorang kanakkanak dan kebodohan pemerintah. Hal ini dapat dibuktikan apabila Paduka
Seri Maharaja (Raja Singapura yang ke-4) telah mengarahkan rakyat agar
menggunakan betis mereka sebagai pertahanan untuk mengatasi serangan
todak. Kesannya, banyak nyawa rakyat terkorban. Kepintaran seorang kanak18

19

A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2003, hlm. 4.
Ibid., hlm. 19.

kanak telah dapat mengatasi masalah ini apabila mengatakan adalah lebih
baik menggunakan batang pisang untuk menangani serangan todak daripada
menggunakan betis. Walaupun begitu, kanak-kanak tersebut telah dihukum
bunuh kerana bimbang akan mengugat kedudukan pemerintah. 20
Melalui contoh yang diberikan jelas menunjukkan kebodohan dan
kezaliman raja yang tidak mengenang budi. Dengan kata lain, karya ini telah
menggunakan pengadilan moral ke atas raja tersebut walaupun cara
penyampaian yang digunakan adalah berunsurkan kiasan. Oleh itu, karya ini
tidak dianggap sebagai sumber yang sahih ketulenannya dan boleh
menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarahwan yang mengkajnya. Hal
ini kerana ciri utama dalam pensejarahan moden haruslah bersifat objektif
dan tidak mengandungi unsur bias. Sekiranya terdapat unsur pengadilan
moral, ia boleh menjejaskan pandangan sejarahwan yang ingin mengkajinya.
Selain itu ialah peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu.

Raja

Iskandar Syah iaitu raja Singapura yang kelima telah menjatuhkan hukuman
sula ke atas gundiknya iaitu anak perempuan Sang Rajuna Tapa kerana
difitnah oleh gundik-gundik lain. Ini telah menimbulkan kemarahan Sang
Rajuna Tapa sehingga sanggup membelot kepada sultan. Beliau telah
membuka pintu kota Singapura kepada orang-orang Majapahit ketika
serangan Majapahit ke atas Singapura tercetus. Namun akhirnya Sang Arjuna
Tapa telah menjadi batu kerana dianggap tulah kepada sultan. 21
Konsep tulah telah diperlihatkan menerusi contoh yang diberikan.
Tulah bermaksud balasan yang menimpa kepada penderhaka yang tidak setia
kepada sultan. Sama ada benar atau tidak Sang Rajuna Tapa menjadi batu
kerana menderhaka kepada sultan masih belum diketahui kebenarannya. Hal
ini kerana tiada bukti yang sahih mengenainya. Namun yang jelas peristiwa
ini tidak boleh dianggap sebagai karya sejarah kerana mengandungi unsur
mitos yang tidak dapat diterima oleh akal. Oleh itu, karya ini tidak dianggap
sebagai karya sejarah.
20
21

Ibid., hlm. 67.


Muhd. Yusof Hasyim, 1992, op.cit., hlm. 152.

10

Seterusnya ialah peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang. Sultan


Mahmud Syah telah mengarahkan Laksamana Hang Tuah dan sang Setia agar
meminang

Puteri

Gunung

Ledang.

Puteri

tersebut

telah

menyatakan

kesediaannya untuk menerima pinangan itu dengan syarat baginda berjaya


memenuhi

permintaanya.

memenuhi

kesemua

Walau

permintaan

bagaimanapun,
puteri

itu

beliau

kerana

tidak

tidak

dapat

sanggup

mengorbankan nyawa puteranya. Oleh itu, hasrat untuk meminang Puteri


Gunung Ledang tidak kesampaian. 22
Dalam contoh yang diberikan telah jelas menunjukkan keperibadian
sultan Mahmud yang zalim dan mementingkan diri sendiri. Unsur-unsur
pengadilan moral juga ditekankan. Peristiwa ini turut meragukan kerana
kewujudan Puteri Gunung Ledang tidak diketahui sama ada benar-benar
wujud atau sekadar mitos. Disebabkan terdapat unsur-unsur yang meragukan
inilah yang menyebabkan ia tidak dianggap sebagai karya sejarah dan lebih
kepada karya kesusasteraan.
Dalam karya Tuhfat al-Nafis yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji, ia juga
mempunyai unsur yang hampir sama seperti yang terdapat dalam karya
Sulalatus Salatin. Sebagai contoh tujuan karya ini dihasilkan adalah bagi
menerangkan pengalaman yang dilalui raja-raja terdahulu untuk ditujukan
kepada anak cucu raja-raja tersebut. Raja Ali Haji turut menggunakan sumber
lisan sama seperti kaedah yang digunakan oleh Tun Seri Lanang. Hal ini boleh
dibuktikan menerusi penyataan beliau iaitu Syahadan, adalah aku dapat
khabar daripada orang tua-tua yang mutahir... dalam karyanya.23 Seperti
yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan sumber lisan dalam penghasilan
karya boleh menjejaskan krealibilitinya sebagai karya sejarah. Disebabkan
itu, karya ini tidak diterima sebagai sumber sejarah.
Selain itu, karya ini turut mengandungi unsur-unsur mitos. Ini dapat
dilhat
22
23

menerusi

perjanjian

rakyat

dengan

Muhd. Yusof Hasyim, 1989, op.cit., hlm. 44.


Muhd. Yusof Hasyim, 1992, op.cit., hlm.473.

11

Tommanurung

(yang

bakal

memerintah) sama seperti waadat iaitu persetiaan atau perjanjian antara


Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dengan Sang Sapurba (mewakili
pemerintah) dalam karya Sulalatus Salatin. Tujuan utama unsur mitos ini
diselitkan adalah untuk menunjukkan keistimewaan asal usul nenek moyang
mereka.24 Disebabkan faktor inilah karya ini tidak diterima sebagai sumber
sejarah.
Karya Hikayat Hang Tuah turut mempunyai genre yang hampir sama
dengan karya Sulalatus Salatin dan Tuhfat al-Nafis. Ia mempunyai unsurunsur mistik seperti mitos, dongeng dan legenda. Contohnya, konsep kebal
telah digunakan untuk mengangkat kedudukan Hang Tuah dalam karya
tersebut. Dengan kata lain unsur mitos dan legenda telah diterapkan dalam
karya tersebut. Ini telah menyebabkan sifat pensejarahan dalam karya
tersebut terjejas sehingga ada sarjana yang mengatakannya sebagai sebuah
hasil penulisan epik semata-mata.25
6.0

Penilaian

Menerusi penilaian yang dibuat berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi,


didapati kebanyakan karya yang dihasilkan oleh masa lampau dalam
Pensejarahan

Tradisi

Melayu

bertujuan

untuk

mengangkat

kedudukan

martabat Raja-raja Melayu. Ini boleh dilihat dalam contoh yang diberikan iaitu
tujuan utama karya Sulalatus Salatin dan Tuhfat al-Nafis dihasilkan adalah
untuk mengangkat kedudukan dan martabat pemerintah.
Selain

itu,

ia

mengandungi

unsur

teladan

untuk

pengajaran

masyarakat. Ini jelas dipamerkan melalui contoh yang diberikan seperti


peristiwa

Singapura

dilanggar

todak

yang

menunjukkan

kebodohan

pemerintah dan kebijaksaan seorang kanak-kanak. Menerusi peristiwa itu


juga

ia

telah

menunjukkan

tindakan

terburu-buru

pemerintah

dalam

menjalankan tindakan tanpa berfikir terlebih dahulu di samping perasaan iri


hati yang menebal dalam kalangan golongan pembesar. Disebabkan sikap ini,
24
25

Ibid., hlm. 479.


Muhd. Yusof Hasyim, 1989, op.cit., hlm. 9.

12

nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa telah dikorbankan. Jika


diamati dengan lebih mendalam, tujuan utama peristiwa seperti ini diselitkan
dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai sumber pengajaran bagi tatapan
generasi seterusnya agar tidak melakukan perkara yang sama.
Seterusnya ialah terdapat peristiwa yang tidak rasional kerana
mengandungi unsur magis yang bercorak mitos, dongeng dan legenda di
samping mengandungi unsur kesusasteraan seperti puisi dan syair. Sebagai
contoh peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam contoh yang
diberikan ia telah menunjukkan unsur mitos kerana kewujudan Puteri Gunung
Ledang tidak diketahui sama ada benar-benar wujud atau sebaliknya. Bahasa
yang digunakan juga agak sukar difahami kerana menggunakan unsur-unsur
kesusasteraan. Walaupun begitu, ia jelas menunjukkan kekreatifan dan
kebijaksanaan penulis-penulis masa lampau dalam menghasilkan karya.l

7.0

Penutup

Kesimpulannya, karya-karya yang dihasilkan oleh penulis masa lampau tidak


dianggap sebagai sumber yang sesuai digunakan dalam mengkaji sejarah
masa lampau. Hal ini kerana ia mengandungi unsur-unsur magis yang tidak
rasional, karya yang dihasilkan biasanya bertujuan untuk mengagungkan
pemerintah, kerap menampilkan elemen kesusasteraan dan menyerapkan
nilai budaya.
Walaupun begitu, adalah tidak wajar untuk mengabaikan karya-karya
tersebut begitu sahaja. Ini kerana ia merupakan sumber yang paling dekat
dalam

mengkaji

sejarah

Melayu

yang

sebenarnya.

Ia

bukan

sahaja

merupakan rujukan yang penting dalam mengkaji sejarah masa lampau


malahan ia dapat menggambarkan keadaan masyarakat Melayu ketika itu.

13

Oleh itu, hanya penulis-penulis peribumi itu sendirlah yang seharusnya


menulis pensejarahan mereka dan bukan penulis lain seperti orientalis Barat
kerana hanya mereka dapat memahami keadaan sebenar kehidupan
masyarakat masa lampau.

Rujukan
Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbai'yah Mohd Noor. 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Samad Ahmad. 2003. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badriyah Hj. Salleh et.al. 1996. Alam Pensejarahan dari Pelbagai Perspektif.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

Muhammad Yusof Hasyim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa


aspek Tentang Melaka pada Abad Ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof Hasyiim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi
Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan
Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan kepada Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:


Marican & Sons.

15

Anda mungkin juga menyukai